Deng Xiaoping said "it doesn't matter if the cat is black or white. All that matters is that it catches mice" (Leonard 2008:42). Makanya, China's economic growth for the last twenty years has been 'Black Cat GDP Growth.' Pertumbuhan yang tak peduli environment. 1980's model is based on 'getting rich first, clearing up later.' Ini memunculkan saranan for 'Green Cat Development' which is synonymous with sustainable development. Inilah dilema pembangunan, ada menda yang terkorban. Macam aku study ni. Habiskan dulu, penampilan diri komdian. Nak balancekan study dengan penampilan mak oii payahnya. Tido tak tentu, exercise terpaksa korbankan sekarang ni cuma leh agak menjaga makan and tadi start kembali buat walk. Harini berjaya puasa lagi. Alhamdulillah hari ni genap aku usia 41 tahun ikut perkiraan Masihi. Ikut Julian Year or Gregorian Calendar aku pun tak sure. Rasanya apa yang the world guna sekang or Civil Calendar is Gregorian which is a modification of Julian. Huhu. Tak tercapai dek kepala hotak aku. Rasa sangat bertuah, rasa sangat bernasib baik. Tahun ini birthday nya sangat indah. Aku cuma celebrate dengan solat and baca Quran saja tadi and pastu baca buku Merah tu and pas ni nak sambung keje. Aku target chapter 2 habis modify this week. Then Chapter 3 habis next week. Mengimbas kembali, last year pada hari dan waktu yang sama. Aku dalam keadaan paling terduduk. Aku bersyukur sebab bermulanya daripada besdey last yearlah aku mula secara serious mencari jalan untuk melepaskan diri dari pasir jerlus yang aku cipta sendiri. Alhamdulillah pada waktu itu munculnya para sahabat yang hadir membantu. Tapi waktu tu aku sedar aku sendiri mesti ada kemahuan untuk keluar dari pasir jerlus tersebut. Orang lain boleh bantu, tapi peranan diri sendiri itu yang terpaling penting. Sejak itu aku cuba jaga solat, baca Quran. Hari ini aku dah sampai Juzuk 23. Azam aku untuk khatam by the end of Syaaban. Masuk Ramadan, aku akan try khatam untuk kali kedua. Semoga semuanya makin bahagia, makin makmur. Bila aku dok citer aku solat and baca Quran, bukanlah aku manusia yang baik or hebat. Cuma aku nak kongsikan itulah rutin paling best untuk membina semula apa yang telah musnah. Aku pun dulu tak sangka aku akan sekerap ini guna sejadah dan bukak Quran. Tak sangka. Aku juga tak sangka aku mampu bangkit setelah tenggelam. Tidaklah sehebat mana aku kini. Tapi kiranya dibanding aku pada tahun yang lepas, pada tarikh and waktu yang sama, maka aku pada hari ini sangat jauh dalam keadaan yang lebih baik. Walaupun hari ni aku 20kg lebih berat. Hari ini, aku berpijak di bumi nyata. Hari ini aku tidak berangan-angan lagi. Hari ini aku lebih tegas especially pada diri sendiri. Hari ini aku lebih fokus. Hari ini aku lebih tahu apa yang aku mahu dalam hidup. Sungguhpun begitu, hari ini aku tetap seorang empath yang sangat memahami dan sangat penyayang. Esok mau celebrate besdey dengan Emak. Aku sangat bersyukur dengan segala kurniaan Allah. Parents yang luar biasa hebat. Kakak-kakak dan abang yang sangat luar biasa baik dan anak-anak buah yang sangat luar biasa bijak. Aku juga dikelilingi oleh sahabat-sahabat yang terus menyokong. Aku juga sangat bertuah dapat students yang hebat semangat. Aku juga dapat supervisors yang tegas tapi luar biasa skillsnya dalam mendidik aku. Pendek kata, aku di kelilingi oleh manusia biasa yang luar biasa. Yang aku perasan, semakin aku tenang, semakin aku kerja keras, semakin aku berdamai dengan kehidupan.. Maka, semakin mudah segalanya. Tapi ini semua dengan izinNYA. ALHAMDULILLAH. Aku rasa macam dah banyak kali aku nye entry cenggini. Tapi sempena besdey ni relevant kot sounds syahdu.
Friday, May 5, 2017
Black Cat versus White Cat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment