Wednesday, March 9, 2016

Gerhana

Hari ini gerahana matahari. Excited gila semalam. Tapi pagi ni aku bangun lewat, tapi still dapat jugak tengok. Seronok. Ini second time dapat tengok gerhana matahari seumur hidup. Yang lain banyak missed. Bulan punya selalu la tengok. First time tengok masa darjah satu, kat Sekolah Kebangsaan Chohong.

Pagi tadi aku call Emak bagitau ada gerhana matahari. Itulah dia pesan menda yang sama macam tahun 1983. Jangan tengok direct, leh buta. tadi aku tengok guna spec itam. Ok kot.

Aku rindu gila kat Emak, tapi malam ni kena siapkan analyzing the results of GE13. Aku tak tahu nak analyze camna. Siyes bosan politics Mesia ni. In fact, aku dah bosan dengan politics.

Aku macam nak buat menda lain dalam life. Tapi aku rasa perasaaan ni temporary je. Jap lagi aku suka la balik politics.

Anak buah favourite aku, Narkoba nama dia dapat straight As. Hebat. Aku harap sangat dia dapat buat medic kat Upenn. Kalau kat Upenn dia akan belajau next to my uni dulu. Haha, Drexel Uni. School of Business Drexel korok saja. Tak macam Upenn, apatahlagi kalau beliau dapat buat medic. Narkoba ini memang really brainy. Macam aku gak aku rasa. Sangat fond of knowledge, suka membaca. Aku nak sembang lagi pasal Narkoba, tapi later lah.

Nak cerita pasal progress PhD. Aku sebenaunya berdebar. Aku tak tahu lah betul ke tidak cara aku buat. Aku pakai hentam buran saja. Tapi aku rasa cara aku menulis macam best. Tapi itulah, is my writing tepat dengan cara academic writing? Argh, lantaklah, paling penting bendanya dah ada. Kalau dah ada at least bila nak modify dah senang. Aku suka masa edit-edit tu. Macam-macam aku akan tambah. 

Aku tuhari beria nak buat macam-macam lepas PhD. Tapi sekarang, bila pikir-pikir balik macam malas nak jadi itu semua. Aku mau life yang laid back dan tenang. Yang penting aku sihat dan di kelilingi oleh orang-orang yang sayang aku dan aku sayang.

Entahlah. Aku bosan sebenarnya. Aku tak tau apa nak buat, and aku tak tau apa yang nak ditulis. Ohya, Family aku sekarang banyak gossip. Pasal Mak Itam aku. Beliau ini adik mak aku. Beliau balu, Pak Itam aku meninggal setahun lepas kalau tak silap. Haha the best part beliau sekarang dah ada boyfriend. Kahkahkah, her sisters semua menentang kecuali Emak. Hahaha, aku suka gila dengan pendirian Emak. At the age of 74 beliau sungguh cool. Ramai cakap termasuk ada sepupu aku yang cakap she is already 54, kenapa nak berboyfriend and mau kawen lagi. Tapi aku pikir itu hak beliau lah. She is entitled to be self determined. Macam-macam hujah ini. Satu lagi mereka risau Mak Itam aku next year akan boleh keluar EPF, maka takut 'bakal' suami rompak. Entahlah, aku pikir itu hak Mak Itam aku. Apa lagi ek hujah mereka? Ohya, mereka kata arwah suami beliau baru je pergi tak sampai dua tahun. Tapi pada aku, itu hak individu lah. Aku rasa arwah Pak Itam sure mau yang terbaik buat balu beliau. If remarry is the best, then why not?

Aku sebenaunya tak tau apa nak share, aku tak suka cerita pasal kisah personal orang lain. Tapi pada aku kisah Mak Itam bukan suatu aib, beliau hanyalah seorang wanita yang mahu kecapi kebahagiaan dalam hidup. Lagipun 54 is still young. Ramai kata angka itu sudah tua. Dalam politics 50's terlalu muda. Tengoklah Tun M, at the age of 90 masih bertenaga, masih bersemangat, kenapa perlu dilunturkan semangat seseorang yang masih muda?

Yang sedang bosan,

Badrul.

No comments:

Post a Comment