Sunday, June 26, 2016

Tangga Melaka

Aku tak sempat lagi nak betul-betul tulis entries ni. Macam-macam lately. Banyak perkara perlu disiapkan dan dilakukan. Another thing, aku rasa penat fikir perkara yang di luar kawal dan di luar kemampuan aku.

Aku baru minum kopi dua cawan, sekarang aku sedang fikir macam-macam. Buat masa sekarang aku hanya mampu berdoa yang semua akan baik-baik belaka.

Tak tahu lah, tadi boleh saja cakap pasal product pelancongan, sekarang ni macam dah tak boleh fikir.

Oh.. Semalam aku balik buka di kampung and I found out 3 ekor baby kittens tu dah mati. Parents aku tak perasan. So, aku bagitau Emak.. then, Emak cakap.. "betterlah mereka takde lagi sebab hidup mereka tersiksa." I replied dalam hati.. "then, it should be me too."

For what reasons aku masih bernyawa aku pun tak dapat jawapannya. Serius sungguh misterius. Aku tak kecewa dengan dunia, cuma aku sekarang banyak amek pendekatan senyap saja. Terima dunia seadanya. Terima manusia keliling seadanya.

Apa aku merepek ni?


Ini rumah di Kesang.. Bukan Kesang dalam Johore, tapi Kesang Jasin, atau Kesang Tua. Traditionally ada dua Kesang.. satu Kesang Tua, Another one is Kesang Pajak. You know like pajak gadai.
Sambil menulis ni aku rasa sesak nafas. Aku rasa macam ada lung problem. Tapi malas pikirlah. Aku pun makin gemuk. Aku tak boleh nak control makan sekarang. Ini tangga rumah yang sangat cantik di Kesang tu. Dari aku kecik sampai sekarang aku terlalu admire rumah ini. Kenapa ye jadi begini? Cuma satu.. sesuatu yang cantik.. walau apa usianya tetap cantik dan mahal... Kini, banyak saja sesuatu yang nampak mahal sebenarnya tak berharga.. ada harga kerana branding.. bukan kerana jiwanya.
Itu view depan. Cun kan rumah ini? Harap diperbaiki tanpa hilang ciri sebenar.
Cantik sungguh tangga rumah ni. Walau bumbung and yang lain agak biasa.. tapi tangga itu memang dalam kelas tersendiri.
Ini pulak di Rim, Jasin. Macam dah betul tinggal rumah ni. Tak tahu kenapa. Rumah ini sebelah rumah Cikgu Seman. Cikgu Seman ni dulu garang gila sampai aku pindah dari sekolah Chabau ke sekolah Asahan. Dah masuk waktu Isya. Tahun ini aku tak dapat nak buat Tarawikh berjemaah. Sedih.. tak macam tahun lepas. Cuma aku anggap buat kerja-kerja duniawi ini pun sebagai ibadah. Mana tahu aku bertemu Lailatul Qadr.
Saksikan tangganya. Sungguh berseni. Harap waris-waris pemilik rumah ni pertahankan rumah ni. Moga tidak dirobohkan.

No comments:

Post a Comment