Pagi tadi aku pergi jadi pegawai pengiring that program organized by UNICEF. Menda tu held kat Bangsar. Malas nak cerita pasal program tu. Banyak boleh cerita tapi entah le. Aku down. Down sebab aku rasa tak bagus dengan diri sendiri. Aku memang takde confidence.
Rasa takde apa-apa. Rasa bodoh. Rasa hodoh. Memang betul. Bodoh sebab banyak sangat buat salah. dalam banyak segi. Rasa express kat sini pun mungkin is one of the many indicators of aku nye kebodohan. Even cara penulisan akademik. Tak reti berhujah. Pastu hodoh. Tengok kat cermin muka sendiri, memang hodoh. Muka penuh kesan jerawat. Berlubang-lubang. Kulit berminyak. Hidung kemek, pori besar, banyak black and white heads. Kat dahi ada banyak lines yang memang obvious gila. Perut buncit, berenang lah banyak lap mana pun lemak tu takkan tanggal. Rambut kasar mengerbang. Aku memang lahir dengan satu pakej lengkap. Pakej B&H, bodoh dan hodoh. Pakej yang takkan bawak aku ke mana-mana di era media sosial ni.
Seorang teman pernah menyindir aku, memang aku terngiang-ngiang kata-kata beliau yang berlangsung sebelum Ramadan tahun lepas. Beliau tak faham bagaimana orang yang hodoh boleh jadi begitu jahat. Aku terlalu percaya beliau bercakap tentang aku. Conversation itu berlangsung di meja makan kat sebuah restoran di Jalan Reko. Ya, aku bukan sekadar hodoh, bodoh, tapi jahat pulak tu. So, pakej aku ni pakej terpaling lengkap.
Justeru, mungkin atas justifikasi di atas aku berhak mendapat layanan yang terpaling buruk. Kata-kata itu sebenarnya terlalu menusuk. Aku pernah rasa give-up, pernah rasa tak berhak untuk hidup, pernah rasa tak berguna, sorry, bukan pernah,.. Aku masih merasakan semua itu.
Am I too sensitive? Entahlah. Aku pun tak tahu, yang aku tahu aku sangat rasa down, aku tak tau nak buat apa sekarang. Mungkin aku mesti tidur. Aku hanya tidur satu setengah jam sahaja pagi tadi. Sekarang sudah mau masuk hari baru. Will esok menyebelahi aku? Adakah kalau aku bangun esok paras rupa, kepala otak dan gelagat aku akan bertukar?
Inilah yang terjadi bila we are emotionally dependent on a person.. or people around. How to break the chain? Camna mau tukar jadi positif? Aku tak tau. Aku takde kemahiran itu. Aku bodoh.
No comments:
Post a Comment