Friday, April 15, 2016

Dedakism

Semalam progress kurang best... tapi ok lah... Swimming sebab masih demam maka 20 laps sahaja. Pagi ni rasa macam tak syok, maka aku sampai saja opis terus buat kerja.

Tapi my boss paged me..  I mean texted me whatsapp le. So kuar makan. So kuar le bekfes dengan boss and Dak Ram. Pastu lepak dengan Dak Ram. Bagus walaupun banyak info pasal sejarah Dak Ram ini boleh dipersoalkan tetapi lepak dengan beliau membuat aku tersedar tentang gaps... benci gila aku term tu.. yeah masaih ada menda yang aku overlooked.

So pastu aku tanya Jibby tentang perkara berikut, maka inilah tafsirannya. Aku perlu akur ada orang yang lebih hebat pengetahuan politics nya berbanding aku sebab dia ni amek political science dari first degree lagi.

Politik Penaungan - I scratch your back, you scratch mine.. tapi macam tak perlu direfined lagi tafsiran ini.

Maka aku downscopedkan.

Patronage - stay with a leader, setia la kot. Kalu dia masuk penjara, you sama ada turut masuk atau berjuang untuk membebaskan dia.

Clientele - stay with 'the power' not with the person. Bila power tu pindah kat orang lain, maka you pun pergi kat orang yang ada power tu dan tinggalkan yang used to be powerful but now powerless.

Rentier - pemakan dedak (bakal bapak mertua Nora, Jamal Sekinchan)

Factionalism or Politik Perpuakan - Jepun specifically Liberal Democratic Party.

Politik sate - politik bakar, kasi panas so mereka bergaduh.

Aku kena masukkan salah satu strategi penting BN untuk menang PRU-13 selain dari BR1M dan peta pilihan raya legasi 2008 (PRU2004 - 219, PRU12 - 222), was politik sate dioperasikan ke atas Pakatan Rakyat.

3 comments:

  1. Wow sir . Haha exactly like you've explained in class �� for the patronage thingy .

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete