Sunday, December 4, 2016

Tijuana

Tadi Ayah datang lepak dengan kami.. Masa tu kami sedang tunggu masa untuk FGV.. Bukan Felda Global Ventures tapi Final Gegar Vaganza. Kami tu plak adalah aku, Kak Long, Kak Ita, Emak dan Narkopah. 

Ayah mula-mula lepak berbicara tentang pembiayaan pengurusan mayat dan pengkebumian. The conversation bermula dengan Emak... pastu terus melibatkan kami pulak. Agak bengang sebab beliau seolah tidak yakin dengan kami yang akan bertanggungjawab menguruskan mereka. Tapi itu pun kalau kami masih hidup. Kita tak tahu, ada waktu yang muda pergi dulu banding yang tua. So, perkara ini susah nak cakap. 

Secondly bengang sebab mereka especially Emak berpersepsi yang kami yang takde anak ini akan susah nak nanti bila mati. Paham sebab concern.. tapi aku kurang suka gak.. Ayah pun nasihat.. which kami appreciate tetapi kurang setuju... Beliau nasihat untuk buat baik dengan anak-anak buah.

Mungkin aku bangang.. tapi aku dengan sesiapa juga.. aku baik sebab aku nak buat baik.. kalau aku tak leh nak buat baik.. aku tak buat apa... Simple. Itu saja. Tulah ramai gak yang preach tentang tanggungjawab.. macam balik kampung semua... Entah.. aku hanya pikir aku nak balik sebab rindu pada Emak and Ayah.. Rindu nak kemas rumah.. rindu nak lepak dengan adik beradik and anak-anak buah... 

Tipulah tak pikir pasal tanggungjawab.. tapi aku memang jenis.. aku buat sesuatu sebab aku mau.. aku suka.. aku enjoy melakukannya.. Camna nak cakap yer.. 

Tadi Tok Ram ada nasihatkan Siti Sarah.. Beliau sarankan supaya Siti Sarah dahulukan soul berbanding technical. Hah.. itulah analoginya. Aku pentingkan ikhlas berbanding memikirkan apa yang aku dapat... 

Kalau orang yang aku buat baik itu reluctant untuk buat baik kembali pada aku.. apa daya aku.. mungkin individu tersebut tidak berada dalam keadaan terbaik untuk membalas budi baik aku.. 

Again.. aku tak define budi baik aku sebagai budi baik.. sebab aku memang have fun semasa berbuat baik. Very simple.. 

Memang aku belajar bisnes.. belajar politics.. belajar IR.. semua emphasize on win-win... self-interest.. Tapi untuk personal life.. hubungan among family... among BFF.. career dalam education.. apatahlagi spiritual.. aku terlalu percaya kepada keikhlasan.. 

Ok done soal itu.. Tadi ayah cerita tentang politics and economy. Sungguh aku impressed. Beliau bercerita tentang Malaysian bonds.. tentang CIMB.. closure of branches.. tentang KWSP.. KWAP yang membeli bonds..  Tentang IPP (Independent Power Plant) yang dijual dengan harga murah dan dijual dengan harga mahal.. 

Tentang Zimbabwe yang kini menggunakan Yuan.. Tentang Malaysia yang benci Cina DAPig tapi suka Cina People's Republic of China.. Biasalah politics memang banyak paradoks. Apapun aku kagum Ayah and proud of him. 

Kalaulah beliau further study amek degree.. amek master.. amek PhD.. pasti beliau somebody.. tapi beliau tak perlu PhD untuk jadi somebody di mata aku. 

Begitu juga dengan Emak.. yang politically literate.. Yang kesal dengan tren politik dunia yang mengundur ke belakang. Mereka adalah orang lama yang embrace politik baharu.. 

Tu sebab aku pelik dengan orang muda tapi terlalu terkongkong dengan politik sempit.. apatahlagi yang berpolitik sempit tu cerdik pandai.. pelik.. tapi begitulah.. FGV dah pun nak habis... Kejap lagi nak balik Sendayan.


Add caption
Kelas 1 Abu Bakar or 1A.. Aku memang budak pandai

13 comments:

  1. Yang mana satu dalam ramai2 tu? Hehe

    ReplyDelete
  2. Baris tengah paling hujung dari kiri!! Betul tak sir?? Tepat tak? Merintis tak?

    ReplyDelete
  3. Aku baris paling belakang belah kanan

    ReplyDelete
  4. Ahhah! Lainnya sir (tapi mimik serious tu maintain ah) ni form bapa time ni

    ReplyDelete
  5. Tak nampak ke caption kat bawah gambau tu?? Tingkatan 1 A... kelas terbijak.

    ReplyDelete
  6. Aah..tak perasan.. kalut focus carik mana satu sir. Ofcos la bijak tak lama lagi dpt 'dr'!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penat la.. Apabila bergelar Dr. B kelak.. aku nak lepak-lepak saja

      Delete
  7. Bagus sir! Lepak mamak! Fareed bistro lagi baek. Jgn terjebak dgn cafe cafe anak dato ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. noted. payah benau aku nak modify menda ni

      Delete
    2. Sir kami yg buat proposal fyp degree pon semput. Sir kene jd mentor kami rasanya ni

      Delete
  8. Kelemahan sy ialah tak suka baca benda ilmiah... paksa diri??? Oh sakit nya bila paksa diri 😪

    ReplyDelete