Hari Raya was good. Tapi banyak perkara tak dapat buat raya tahun ni. Tak sihat.. perut meragam. Raya tahun ni nekad aku kasi duit raya gak kat kakak-kakak aku. Tak pernah aku buat sebelum ni. Tak plan pun.. cuma aku rasa aku patut kasi.. maka beri saja.
Aku pun tak solat sunat Raya. terlambat bangun, lagipun badan aku memang letih, lesu. Ini aku kat opis.. Tah raya ke berapa ni... Hari Selasa.. baru je lepas pulang 4 bundles.. subject global affairs. Tadi aku kat bilik gerakan terjumpa la dua orang coleagues. Sorang ni, aku senyum.. tak senyum pun balik kat aku. Takpelah.. pilihan masing-masing.. Jika itu dirasakan yang terbaik dalam kehidupan.. teruskan...
Ini hari Rabu.. No, dah Khamis.. aduh cepat gila masa berlalu... Aku buat entry lain lah jap lagi..
|
Inilah pelita letrik di halaman rumah member aku kat Seri Medan, Batu Pahat. Aku tertipu pada awalnya. Rumah beliau dah renovate. Cun gila sekarang. Ini lah rumah rakan Smule nombor satu aku. Suara dia sedap. |
|
Sedap gila ketupat tu aku makan dengan kari tetel.. masih terimbau. Tapi ni aku dah start jaga makan kembali. Cirit seminggu tak habis lagi. Perut takleh lagi heavy duty. |
|
Ada gak pelita raya ni. Ingat macam malas nak pasang.. tapi anak-anak buah aku nak.. aku belikan gak.. aku suruh diorang pasang sendiri. Dulu-dulu memang keje aku le yang masukkan minyak tanah and pasang sumbu semua. Sekarang kena bersara, |
|
Aku buat banyak gila air untuk berbuka puasa hari last.. ada cendul ada buah naga.. yang pasti lepas minum semua ni aku cirit birit makin teruk |
No comments:
Post a Comment