Monday, July 11, 2016

Buntu

Aku tak tahu nak buat apa. Hidup aku rasa macam tidak menyebelahi aku. Mahu positivekan diri bagaimana lagi? Aku kepenatan.. dalaman.. luaran.. mentally.. physically.. Aku tertanya apa lagi mesti aku lakukan untuk buat hidup aku milik aku... Buat pertama kali dalam 40 tahun aku rasa mau putus asa. Berhenti berjuang. Sebelum raya tempohari ada seorang sahabat bagitau... kalau orang lain yang tempuhi.. sudah pasti sudah tiada lagi.. kata beliau.. aku hanya yang mampu hadapi.. Banyak tanda yang aku putus asa. Yang paling ketara.. peningkatan berat badan mendadak. Aku reluctant jaga kesihatan... jaga apa yang aku makan.. aku sumbat dengan jajan.. kfc.. McD.. Aku malas bercakap.. aku malas nak sembang kat Whatsapp.. even nak greet selamat hari raya pun aku hesitate. Aku rasa it's all over. Mungkin the only tanda aku masih simpan harap dalam hidup is aku masih mau curhat kat sini. Sampai bila aku mahu menulis tentang sad story di sini? Bila agaknya life aku akan berubah jadi bagus.. hebat.. luar biasa? Tadi tengok citer Big Hero 2... dialog paling banyak ialah "look from different angle" which is bagus tuk aku apply kan dalam life aku ni.. Tapi aku rasa dah terlalu sering aku buat dan dah tak larat.. Mungkinkah ada lagi angle yang aku tak jumpa? Angle yang permits aku tengok yang sebenarnya segala apa yang berlaku sekarang adalah suatu perkara yang sangat hebat dan sangat bagus? Wujud ke angle tu?

No comments:

Post a Comment