Konsep gelombang
pendemokrasian mempunyai tiga gelombang pendemokrasian dan dua gelombang
pembalikan (reversed wave). Gelombang pendemokrasian pertama berlangsung
dari 1828 sehingga 1926 dengan kemunculan Switzerland, Perancis, England dan
beberapa negara lain sebagai negara demokrasi.
Proses pembalikan demokrasi kemudiannya berlaku dari 1922 sehingga 1942
yang melibatkan negara yang di antaranya ialah Bulgaria, Greece, Itali,
Lithuania, Poland, Sepanyol, Yugoslavia,
Brazil, Argentina dan Uruguay. Gelombang
pendemokrasian kedua berlangsung dari 1943 sehingga 1962 akibat
dekolonisasi. Pembalikan demokrasi kedua
berlaku dari 1958 sehingg 1975 kerana negara-negara yang baru merdeka tidak
biasa dengan demokrasi. Manakala gelombang
ketiga bermula daripada tahun 1974 dengan menyaksikan pendemokrasian rantau
selatan Eropah yang bermula di Portugal.
Pendemokrasian turut berlangsung di Asia yang melibatkan Filipina, Korea
Selatan dan Taiwan. Pendemokrasian menurut
Huntington melibatkan proses transformasi, replacement,
dan transplacement. Perubahan menuju demokrasi pula meliputi lima pola
iaitu berbentuk kitaran, mencuba kedua kalinya, demokrasi terputus-putus, peralihan
langsung, dan penjajahan (Huntington 1991b, Doorenspleet 2006).
No comments:
Post a Comment