Aku start baca buku ni plak by Juan Cole, The New Arabs: How The Millenial Generation Is Changing The Middle East. Best kan judulnya?
Tadi ada sembang-sembang dengan rakan sekerja.. beliau ini hebat. Positive attitude beliau infectious.. Aku kena berterima kasih pada beliau gak sebab menjangkitkan aku dengan attitude sebegitu...
Apa impaknya positive attitude pada diri aku?? Takdelah jadi social media sensation.. tak gak terus jadi jutawan dan hartawan... aku cuma lebih calm dan lebih happy menempuh kehidupan... Tidak jugak menyebabkan orang lain nampak aku sebagai hebat or terinspirasi.. but at least aku happy dengan keadaan aku yang boleh terus berprogres dalam study, mampu terus bekerja, mampu terus selalu menjengok orang tua di kampung.. small yet meaningful.
Beliau pernah cakap... "Cik Bad kena buktikan pada mereka" tapi respon aku berbeda.. Aku tetap hargai attempt beliau untuk memberi semangat.. cuma bagi aku... aku tidak mahu membuktikan apa-apa pada diri orang lain.. aku hanya mahu beri bukti pada diri sendiri... supaya di masa akan datang, aku boleh imbas kembali dan tersenyum...
Orang lain tak peduli pun sebenarnya kita kaya atau berjaya.. mereka hanya akan focus seketika saja pada kisah kita... kalau mereka ambil masa menumpu pada kita pun sebab dengki.. so buat apa nak buat orang dengki kat kita...
Itu sebab aku katakan padanya "Aku tak mau buktikan apa-apa pada orang lain... aku cuma nak buktikan pada diri sendiri.. I don't wanna look good in front of others.. I wanna feel good."
Satu lagi... membuktikan pada orang lain seolah kita cuba satisfy others.. Tapi benarkah kejayaan kita satisfies them? Adakah mereka benar-benar ingin lihat kita berjaya...
Baiklah.... membuktikan sesuatu pada mereka buat anda rasa bagus dan itulah tanda kemenangan anda.. Tapi adakah kita sedang dalam perlombaan? Adakah kehidupan suatu pertandingan???
Mungkin aku orangnya tidak competitive.. tu sebab approach melihat kehidupan sebagai pertandingan tak relevant or tak suit dengan aku... Or mungkin aku memang loser.. hahaha..
Tapi tak penat ke hidup bertanding dengan orang lain? Or tak penat ke bertanding dengan orang di sekitar yang tidak merasa pun nak bertanding dengan anda? Or tak penat ke nak membuktikan sesuatu padahal orang sekitar tak nak pun apa-apa bukti daripada anda..
Itu sebab aku just nak buktikan pada diri sendiri jer.. yeah.. memang syok sendiri.. Is it wrong?? Terganggukah emosi anda bila tengok aku always happy sendiri??
Bebanaunya.. ini TRICK... sapa tak suka bila berjaya.. bila berjaya buktikan yang kita juga hebat.. kita juga boleh buat.. kita juga mampu... sonok!! Aku lagi ler sonok... knowing me yang asal usulnya memang kaki cakap besau dan bangga diri keterlaluan...
Tapi kalau ko niat macam tu... kalau dari sudut agama.. Itu riak.. kalau dari sudut kepala hotak aku plak... kalau buat sesuatu untuk buktikan pada orang lain... itu pathetic.. itu memenatkan diri sendiri.. tu yang in the end... kita jadi perungut (macam RUNGUS.. ini ethnic kat Sabah).. kita jadi perengus.. kenapa? Sebab hampa.. kecewa... "kenapalah orang tak nampak aku?" "Aku dah buat macam-macam tapi orang keliling tak sedau...." Kah kah kah.
Makanya... elakkanlah dialog or monolog.. "Aku akan buktikan pada MEREKA yang aku... bla bla bla.. yadda yadda yadda (BTW yadda ini New Yorkers banyak guna.. especially Jewish people.. korang google Seinfeld... best sial sitcom tu.. yadda ni mungkin memberitahu warisan Yiddish mereka.. see.. Yadda and Yiddish.. gi lah google kalau nak tambah ilmu sket).
Pastu perkataan DOWN... dalam pada down ini mengdownkan.. ada satu down yang buat aku excited or OVERZEALOUS... yeah DOWNING STREET... Bilalah nak jadi tetamu kehormat di 10 Downing Street?
Ini bukan seorang dua yang gemar confess or describe situasi dan emosi mereka guna perkataan itu.. Paham.. takkan asik nak dalam denial.. menipu diri dengan mengatakan diri ok walhal sedang down... Oklah.. aku terima walaupun aku memang sarankan AVOID using the term... walaupun aku sarankan.. CHEAT yourself.. bagitau diri dan orang lain yang anda OK.. yang anda happy.. yang dalam keadaan terbaik..
Aku terima.. it is ok to be down.. it is ok menempuhi the crunch.. the downturn.. takpe.. sebab dalam macroeconomy pun ada menda tu semua... CASH CRUNCH.. CREDIT CRUNCH.. economic downturn... economic crisis..
Cumanya.. dalam economy wujud terma RECESSION.. Makanya rakan-rakan.. mari le kita nengok that personal downturn as personal recession.. hahaha mana wujud term tu.. Recession ni lebih subtle.. subliminal.. macam berehat.. kan zaman kanak-kanak.. masa sekolah rendah.. ada RECESS time.. recess period.. yeah... the down happens suruh kita lek lek... rehat jap... suruh supaya kita bina semula tujuan kehidupan...
Satu lagi... banyak nye satu lagi.. Down buat kita grounded... down makes us be on the ground.. lagi best kalau underground.. kah-kah... yang tu memang dalam tanah.. tapi belum mati kan?? So, yang dalam tanah tu ko macam anai-anai.. tak pun ko macam tengah buat PILING... apa nama Melayu nyer.. aku lupa.. so, dalam tanah buat piling to strengthen the foundation to erect a skyscraper..
So, basically down not only makes you grounded.. but also creates solid ground yang sediakan kita untuk masa depan yang memang best kelak.. masa berjaya solid ground tu bantu kita untuk terus mempertahankan kejayaan.. masa ada cabaran tu pun the solid ground akan pastikan menara yang kita bina itu takkan runtuh.. kalau gegar pun mungkin condong je... hahaha.. kalau condong jadilah ia unik macam kat Pisa and Telok Anson.....
Aku nak buat kijer!!!!!!
Bahasa melayunya pasak.. mempasak tiang huhu
ReplyDeleteOh PILING is PASAK ek?? huhuhu.. thank you..
Delete