Friday, January 1, 2016

21st

Today is the 21st day.

Masih diblocked.

Aku puas dinasihati rakan sama ada yang hampir sebaya atau yang jauh lebih muda yang bring the conotation.. "move on."

BTW, please conceptualize what is move on. Define move on. Will that very own definition of move on of yours suit the condition or the character of the advisee? Do you really understand the advisee?

Again aku tak salahkan sang penasihat. Banyak kali kita meminta pandangan dari khalayak yang salah. Ataupun kita tak mohon sebarang pandangan, tapi mereka dengan murah hati memberi konsultasi gratis.

Semalam aku pulang ke kampung. Alhamdulillah segalanya indah dapat melihat wajah Emak dan Ayah. Alhamdulillah, Allah masih pinjamkan mereka buat aku yang masih terhoyong hayang mengharungi hidup. Aku berdoa agar Allah terus pinjamkan mereka dalam satu jangka masa yang sangat panjang lagi agar mereka dapat menikmati hasil 'penantian' mereka... the fruits of their labor. Aku teringin sangat nak renovate rumah mereka itu... teringin nak bawa mereka jalan-jalan naik kereta yang lebih bagus, yang lebih mewah.. mungkin bukan itu yang mereka impikan.. tapi at least mereka tahu bahawa aku sangat menyayangi mereka... 

In fact aku buat PhD kerana Emak. Emak teringin sangat nak tengok salah seorang dari enam anaknya bergelar Dr.. Aku yang paling beliau harapkan sebab masa beliau datang SMDB masa perjumpaan cikgu and parents, beliau bagitau Cikgu.. aku lupa nama cikgu chemistry tu.. "kalau boleh anak last ni saya nak tengok dia jadi doktor."  Aku tak pandai... aku bodoh maths.. mana nak dapat... masa tu plak requirement nak amek medic was really tough... so aku pikir by jadi lecturer.. itulah avenue aku untuk bergelar Dr.

Bila dah keje.. aku ada profession yang bagus and full of prospects masa di CIMB, and I was happy, tapi aku pikir aku wajar fulfillkan my mom's dream.. so here I am. Begitulah aku, tak pernah menyerah, tak pernah mengalah.

Begitu juga hubungan aku dengan the toxic handler (TC), ia hanyalah hubungan kawan, tetapi sangat rapat dan terlalu bermakna. Diblocked oleh beliau bagaikan seluruh dunia aku kelam. Gelap gelita.

Ramai pihak berkata... move on... beliau juga pernah menuturkan perkataan yang sama. Tapi ternyata aku move on dengan cara yang sangat berbeza.

Semangat Emak dan semangat TC itulah bekal untuk aku teruskan PhD. So, apabila ada kalangan yang mengatakan move on.. maka pada aku itu satu pandangan yang ignorant.

Yang paling aku sedih apabila ada rakan yang pernah begitu bermasalah dalam rumah tangga.. pernah memikirkan perpisahan. Tapi aku nasihatkan beliau, perjuangkan, pertahankan.. Aku in fact mendoakan agar rumah tangga beliau bertahan. Alhamdulillah beliau kini sudah ada baby. A baby yang bakal buat rumah tangga itu semakin kukuh. Tapi sayang when it comes to me... "move on." Ia menyentapkan.. ia menyentakkan.

In fact ramai lagi rakan-rakan lain yang always datang pada aku untuk berkongsi tentang masalah 'hubungan.' Tak kira sama ada rumah tangga, atau relationship tanpa ikatan, atau sekadar frienship biasa... begitulah aku... sentiasa dengan kata-kata perangsang dan semangat. FIGHT!!! do not ever flight.

Mungkin aku banyak dipengaruhi oleh keluarga sendiri, aku sentiasa ingat kata-kata Kak Adia aka kak long,.. berkongsi kisah tidak puas hati dengan suami.. aku cakap.. cerai sajalah.. yeah, ignorant me. Tapi beliau cakap, apabila kita ambil keputusan untuk bersama seseorang... apabila kita berkahwin.. kita berkahwin sekali sahaja.. statement tersebut memang benar-benar terpahat dalam jiwa aku hingga kini. Beliau adalah pejuang, kakak yang sebenar-benarnya aku lihat "lemah" itu adalah pejuang.  Begitu cara beliau move on.. dengan berjuang.

Begitu juga dengan Emak aku sendiri, Cikgu Tim, sentiasa complain pasal suaminya Abang Mad, banyak yang beliau tidak puas hati dengan Abang Mad. Tetapi tidak pernah terlintas difikirannya untuk perpisahan. Bang Mad banyak buat hal.. tapi Kak Tim terus setia... 

Ini bukan soal generasi... yes mereka bukan generasi X bukan the millenials. Aku yakin ramai generasi X dan Y di luar sana adalah pejuang. Tak pernah menyerah.. In fact aku describe diri sebagai gen X yang punya terlalu banyak elemen gen Y... Perjuangan bukan hanya dalam soal relationship or friendship, tapi dalam soal biz yang diceburi, dalam study, even dalam battling addiction...

Aku... aku percaya pada perjuangan... aku percaya kepada pertarungan... sama ada ia berkeberhasilan atau tidak... itu bukan persoalan.

Conceptualize 'move one'... perlu hindari elemen 'escapism' apabila menasihati seseorang tentang move on... escapism itu putus asa. escapism itu menyerah.. escapism itu kalah.,, walau ada yang pasti mendefinisikan ia dalam konteks 'hijrah.' Pada aku ia bukan hijrah Nabi... Tapi ia kalah sebelum berjuang... kalah tanpa sebarang pertarungan.

Fight is the only option. Fight is the only alternative. Fight!!!!! Because it's TINA!!!!




No comments:

Post a Comment