Tuesday, January 19, 2016

Arakan Rakhine

Unbelievable.

Aku tengah bengang. Bengang dengan boss baru yang aku rasa using sarcasm or menyindir untuk tegur aku. Aku lagi suka terus terang. Tapi mungkin beliau takut aku lebih terasa kot. Takpelah, aku terima saja. Selekeh benau ke aku? Sampai nak cakap pasal sahsiah rupa diri? Aku rasa aku ok saja. Rambut aku yang ikal ni aku rasa eksotik. Aku tak suka nak pakai minyak rambut sebab nanti muka aku sedia ada berminyak jadi tambah berminyak yang mungkin boleh membawa kepada turunnya lagi harga minyak yang boleh affect pendapatan negara.

Cakap tentang minyak. Aku rasa ini semua political game by the US. Luar biasa hebat penguasaan US ke atas ekonomi dunia. Nak pencilkan Russia. Hebat sekali US guna SOFT POWER. Apa itu soft power? Ah ha, ni aku cedok dari wikipedia, sorry terpaksa buat perangai macam students EPJJ yang rata-rata pemalas sebab further study sebab nak naik pangkat saja, bukan belajau sebab nak belajau. Tapi masing-masing la, asalkan ada niat nak improve diri apa salah nya ek. Lantak nko le. Elok gak dapat aku buat extra duit yang boleh aku guna buat bayau yuran pengajian UKM.

Ohya, SOFT POWER is the ability to ATTRACT and to CO-OPT rather than coerce, use force, or give money as a means of persuasions. Concept tu deleveloped by JOSEPH NYE from Havard University. Bila lah agaknya aku dapat serve Harvard? Layak ke? Hahaha. Entah, aku sentiasa rasa aku layak.

Lagi pasal SOFT POWER.. the ability to shape preferences of others through APPEAL & ATTRACTION. Damn, I love International Relations. Memang best. Hence, the currency of soft power ialah CULTURE, POLITICAL VALUES, and FOREIGN POLICIES. Yes, maka lifted the sanction on Iran adalah polisi terkini US. Berapa tahun ek economic SANCTION itu berlangsung? Jap, aku nak cek. Oh mula-mula US sahaja yang sekat due to Iranian Islamic Revolution 1979. Pastu global sanction pulak, mula 23 Dec 2006. Then, 24 March 2007 arms embargo dan pemebekuan aset. Pastu, 3 March 2008 expanded lagi dengan pemantauan movement of individuals yang terlibat dengan Iranian uranium enrichment. Pastu.. bla.. bla.. bla.. EU pun ada gak buat resolutions berkaitan dengan sanctions. Finally, sanctions lifted on 16 January 2015. Bargaining bermula 20 July 2012. Rasanya masa tu Russia under Valdimir Putin sudah semakin luar kawal.

Luar biasa impact soft power yang ini. Macam blocking and unblocking pulak. Hahaha.

Aku lupa apa aku nak cerita, Ohya pasal tajuk tu ha. Aku siyes lupa sebab meleret cerita pasal menda lain. Aku dapat identify rupanya Rakhine and Arakan merujuk kepada suatu tempat yang sama. Aku tanak citer pasal Rohingya dan issue kewarganegaraannya, bosan. Ini pasal ejaan dan sebutan. Kalau tengok peta. Haha, itu memang hobi aku masa kecik-kecik. Rakhine refers to a city di pantai Arakan, mengadap Bay of Bengal. Bandau ni jugaklah yang gaduh antara Rohingyas Muslim dengan Burmese Buddhists. Ye, aku rasa Burmese, bukan ehtnic lain kat Myanmar tu. Aku dapat tau yang Rakhine is Arakan sebab sembang dengan Encik Mohi. Aku agak irritated dengan beliau, tapi kepala otak beliau aku tak nafikan begitu hebat. Cuma bab konsep politik aku terlalu yakin aku lebih hebat. Aku ada conceptual skills yang sukar untuk ditandingi oleh orang lain, dan skills itu bukan hanya boleh apply kat dalam ilmu politik, bahkan kat disiplin lain. Maaf ye, aku tahu perangai ini bukan perangai biasa orang Melayu, Cuma aku percaya kepada product aku sendiri, iaitu aku.

Oh, cakap pasal Rakhine, bila mamat tu sebut Rakhine, it sounded really Arabic, Macam "ArRakhine." You know macam ArRahman, ArRahim. ArRakhine ni 'kh' itu ialah 'kha.' Maka Arakan is a corrupted version of ArRakhine. Macam Rogayah untuk Ruqayyah. Kalau yang lebih pemes, Dolah untuk Abdullah. Menarik kan penemuan aku, dan ia disahkan oleh mamat ensiklopedia ASEAN tu. Haha, tapi beliau tak blog, I blog, so aku pun dokumenkanlah penemuan aku tu kat sini walaupun ini bukan formal dan boleh diterima sebagai hard facts. Kihkihkih.

Yeah, life is so interesting. Setiap hari ada saja penemuan baru. Terpulang pada kita sama ada dapat tak kenalpasti ia adalah suatu penemuan. Ah ha, anyway kalau ada conceptual skill yang hebat memang mudah untuk kenalpasti. Sesuatu yang 'kecil' boleh dikenalpasti sebagai sebuah penemuan dan penemuan itu boleh diangkat jadi perkara hebat sekiranya kita bertindak melakukan kajian lanjut.

Tak suka nya aku.. sounding too geeky. Tapi nak buat cemana kan? Geeky is the next big thing. I believe masyarakat akan memfokus kepada the brains lepas ni. No more celebrating no brainers yang kini menguasai dunia nak-nak kat media Malaysia sekarang. Rimas kepala tengok perilaku dan aksi dalam program-program TV tempatan yang bodoh lagi membodohkan. Tah hapa yang khalayak dok value and treasure sangat pun aku tak paham. Tapi begitulah masses, ciri-ciri apathy memang takleh lekang dari khalayak majoriti ini. Yeah, they appreciate mediocrity. Tu sebab bila cakap soal what is commercial and what is not, maka yang commercial itu wajib mediocre.. tak boleh luar biasa sebab majority khalayak takleh nak hadam. Macam kita hidangkan caviar dia tanak tetap nak makan fries. Kahkahkah. Jangan disalahkan Ahmad Maslan bila response nya di bawah paras mediocre. Sebab ikut kefahaman kami yang belajau dan praktis politics ni, masses walaupun sudah well-informed dek kerana social media, mereka tetap apathy, seleranya memang alami or natural begitu, tekaknya memang takleh nak diubah. So, dikasiklah jawapan-jawapan sebegitu yang terpaling diyakini sesuai dengan status sosial dan status kepala hotak.

Jangan marah ye, BTW, esok aku nak masuk opis awal, aku plan kini aku nak masuk opis tepat atau lebih awal dari pukul 6 pagi setiap hari. Mampukah aku? Aku pun tak tau, cuba jelah. Aku namakan project ini sebagai Project AK or MAXIS. Ananda Krishnan masuk opis tiap hari tepat pukul 6 pagi. So, jenama MAXIS is about his behavior. 'SIX AM' terbalikkan jadik le MAXIS. Pintar sungguh, rasa itu semua orang tau kot. AK pulak aku suka sebab bukan kerana Air Asia or Ananda Krishnan per se. Ia sebab kalau tambah 'P' jadik AKP. AKP is parti Erbakan, parti Erdogan. BTW 'g' kena sebut as 'w' ye in Erdogan context. AKP simbol kejayaan serpihan, simbol kejayaan yang dipinggirkan. Bukti empiri bahawa kita boleh relaunch. Macam kisah aku, pernah kayo, taklah kayo sangat, pernah berjaya ada business sendiri, pernah gagal business, prestasi dalam karir asik turun naik, too fluctuated. Pernah menang award. Kihkihkih, I am an award winner lecturer. Ah ha, tu tahun berapa ek? 2011 kot masa 'deyan' kat Kodah. Sampai sekarang karir macam tak pick up.

Pada aku, sudah sampai masanya aku relaunch my career. Salah satu cara project AK aka Maxis. BTW aku dapat berita aku dicalonkan oleh fakulti untuk Anugerah Akademik - Penulis Terbaik. Mintak-mintak menang ler. Malam ni aku nak buat solat hajat.

GTG.  





No comments:

Post a Comment