Thursday, January 14, 2016

27

Is my 27 day comparable to 27 Dresses?

Hahaha 27 Dresses ni movie. Main actress nye yang dulu berlakon dalam series Roswell.  Still ingat masa tu aku kat US. Citer pasal alien.. yeah alien.. alien from space.

Kena hati-hati guna perkataan alien.. because we ourselves can be an alien.. it depends on where are we or circumstances that we are in.. kena CONCEPTUALIZE alien dengan tepat.. because we can be categorized as alien.. and therefore subjected to alienation.. subsequently deportation.. ha ha ha.

Just talked to Emak.. beliau cerita tentang kisah 4 ekor anak kucing yang dibela Ayah... Mereka adalah Panda, Aneng, Itam, and no name yet.  Those kittens are very close to Ayah. Yang paling touched Ayah buatkan susu untuk diorang. Itu mengharukan. Dalam pada Ayah yang agak cold tapi beliau sangat penyayang.

Aku nak sudahkan marking.. ada satu lagi untuk proma and ada 4 bundle yang still tak bersentuh untuk South East Asian Studies.

Tapi sebelum itu aku dok tambah-tambah apa yang patut untuk Thesis. Aku tambah pasal Peristiwa Tanduo. Itu isu national security dan sempadan yang poros. Harap-harap dapat selesaikan bahagian "Isu Dalam PRU-13" ni sesegera mungkin.  Ikut plan, patut hari ini hari siap Chapter 4. Tapi tidak berjaya, tak mengapa. Aku sengaja buat aim yang nampak mustahil supaya usahanya berlipat kali ganda.

Semalam, kat whatsapp grup member-member sekepala sekolah menengah, ada sorang mamat ni, bukan sebarang mamat yer.. ngajau kat IIUM. Beliau hebat. Beliau forwardkan all the short forms yang Gen-Y yang tengah gila guna kini. The list is as following:

#IMHO - In My Humble Opinion
#SWAG - Style With A Lil Bit Gangsta
#ROTFL - Rolling On The Floor Laughing
#YOLO - You Only Live Once
#HOTD - Hijab Of The Day
#OOTD - Outfit Of The Day
#QOTD - Quote Of The Day
#CMIIW - Correct Me If I'm Wrong
#OOT - Out Of Topic
#EOD - End Of Discussion

Tadi aku start tulis entry ni pagi tadi.. pastu aku belek Tesis, then habiskan 2 bundles project management. Alhamdulillah selesai.

Pastu aku belek Tesis balik.

BTW aku sambung balik tulis entry ni.. masa aku mula tulis entry ni aku baru saja found my inner strength which kononnya leads to inner peace. Itu few days ago.

Sekarang.. ini hari.. on 13 Januari.. aku rasa sangat marah. Cuaca mempengaruhi kot. Panas.

Aku pun tak tau pasal apa aku marah.. mungkinkah kerana nescafe 3 in 1 bungkusan hijau yang tak sedap tu??? Atau mungkinkah sebab jaga exam 3 jam yang buat pikiran aku melalut ke sana ke mari?? Atau mungkin sebab satu message forwarded by my sister yang ceritakan kisah ekonomi negara yang going down.. which we might be the next Argentina??? Yang aku ingat kat Argentina dulu.. inflation sampai beribu percent. Mati. Nak makan apa kita? Terpaksalah nampaknya aku tanam sayur-sayuran kat keliling umah ni. Takkan aku nak makan ulam daun buluh? Yeah, aku nye pokok buluh sedang membugar kini after months of too slow progress. Damn, macam aku.

Yang aku pasan aku lately jadi hyper.. bila aku cakap.. aku cakap laju and too excited, Aku tak pasti sama ada ia bagus atau tidak.. entahlah. Lantaklah.

So, aku sambung entry aku pasal Gen-Y... generasi yang sangat yakin terhadap diri sendiri.. keterlaluan individualistic... tidak percaya kepada hard facts.. read blogs rather books.. the ultimate job-hoppers.... apa lagi ye??? Oh ya generasi yang entrepreneurial... gila nak meniaga.. nak kayo.. oh kalau study.. mereka suka tengok gambar... tak kisahlah sama ada gambau tu pegun ke or gambau bergerak... pun tak kisah kalau bergerak dalam jangka masa yang sangat pendek macam kat Instagram or lama macam kat YouTube.. maka konklusinya mereka ini sangat berdikari... berdiri di atas kaki sendiri.. Kalau guna perkataan Politics, they are autonomous.

Nak letak remarks dulu eh... entry ini bukan untuk meruntuhkan esteem generasi ini... This is not a Gen-Y bash entry.... NO. Sebab aku sendiri sangat percaya bahawa aku adalah Gen-X yang terlalu banyak elemen Gen-Y.. aku pun tak tahu kenapa... tu sebab aku percaya aku baru nak masuk 20 tahun... bukannya nak masuk 40 tahun this year...  oh mungkinkah aku juga terlalu banyak elemen Gen-Z?? arghhhh.. apa-apa sajalah. Mungkin aku a person who TRANSCENDS generations. Me the transcendence. Ha. Ha. Ha. (Tu sebab aku obsess dengan citer yang Johnny Depp berlakon tu.. gila best.. tapi transcendence dia in a different context).

So... #IMHO... which can be a #QOTD... this generation.. Gen-Y is Gen-#. Period.

Yup, They are "#" people.. what was that? Hashtag generation???? Pound sign generation? What pound??? Which pound??? Pound Sterling??? Egyptian Pound? Emas Pound????

Atau sekadar # untuk main menda alah tu... letak XOXOXO... hahahaha.

Beginilah, aku nak story sket pasal the Invention of Tradition by Hobsbawm... tak ingat tarikh buku.

Bangsa.. nations.. boleh dibentuk.. boleh dicipta... boleh dibina.. boleh dimusnahkan.. boleh dibina semula... can be constructed, deconstructed, reconstructed.... kalau begitu, boleh gak renovate... nak extend depan ke... nak extend belakang ke... nak tambah dapur.. porch.. tak pun runtuhkan rumah.. buat umah baru atas tapak yang sama... kalau rumah tu banyak memories, runtuhkan pastu buat garage buat parkir kereta mewah... nah... camtulah bangsa.

Tapi ramai yang pejam politik (celik lawannya pejam.. so aku amek keputusan guna istilah pejam... sounds sungguh begitu keterlaluan kejam... Tidak sinis, tapi just plainly kejam. You have the eyesight, deria penglihatan yang sempurna... but you chose to close).

Pejam sesuai.. sebab mereka ni bukan khalayak yang bangang... mereka bijak... mereka berpendidikan tinggi sampai peringkat ketiga... sering mengembara secara bungkus-belakang serata dunia.. selalu naik kapal terbang... (yeah a big thank you to the cheap airlines yang telah berjaya mendemokrasikan penerbangan)... kalau dedulu naik flights ni utk golongan ada-ada saja... yang tak ada takleh terbang.

So, khalayak yang pejam politik ini seringkali percaya yang bangsa itu alami. Wujud dengan sendiri... secara semulajadi... natural..  bangsa itu ancient.. zaman berzaman.. ia bukan perkara era modern.. Bangsa is God-created, divine... manusia terlalu lemah untuk mencipta bangsa... Maka, entiti normal ini dah macam jadi entiti paranormal dek kekejaman kepejaman pandangan mereka.. bangsa tidak boleh dibina... Kalau relatekan dengan nation-state, mereka akan berhujah bahawa nation muncul dulu baru state. Tetapi tahukah anda? French was/has been created by France.

Aku paham, masing-masing dok tengok Malaysia.. mana ada bangsa Malaysia.. yang ada bangsa Melayu, bangsa Cina, bangsa India. Ah ha... Malah kalangan ini begitu sinis dengan kemunculan Bangsa Johor.  Tahukah anda Bangsa Johor adalah inovasi politik terpaling hebat di era media sosial? Yes, tools nya sukan, JDT. TMJ, TMJ's social media accounts, in particular Tweeter, and replicas of that royal-Johore-blue crown (susah aku nak susun adjectives for the crown.. perhaps should be this way.. royal-blue-Johore crown) yang erected state-wide kat important cities and small cities in Johore.

Berbalik kepada pembinaan bangsa... apakah tools untuk bina bangsa??? apa peralatan untuk cipta nations?

Mudah saja ye Tuan-tuan dan Puan-puan, semua ada disekitar kita... ada di dalam rumah, ada dalam taman perumahan.. ada atas meja.. merata... Malah ada pada diri kita.

MEDIA.. itu tool paling utama.. sekarang ada pulak media sosial... even fliers.. pamplets.. kertas itu media.. macam sok kabau... majalah... ada online ada plak offline.. TV itu media.. radio itu media... buku itu media... billboards itu media....basically, ia pasal maklumat...  lagi satu jangan lupa... mulut itu media... tangan... caps... baju.. ada gambau Che Guevara.. ada gambau DSAI.. ada gambau tukul dan sabit.. ada Cyrillic Script "CCCP".... keychains.. itu media.. mugs.. fridge magnets.. hasil seni.. itu media... lukisan... lagu.... susunan music.. macam untuk bina bangsa.. kenapa ada lagu kebangsaan??? Yeah, bunga.. pun media... aduh.. pendek kata, media itu pelbagai.

Basically segala macam mak nenek yang berupaya menyampaikan maklumat.. selalu orang cakap anything that imparts, conveys messages, information.. adalah media.. therefore.. gestures adalah media... selalu organ manusia yang paling dikenalpasti sebagai media is mulut.. pastu tangan leh menulis.. tapi ni muka... muka kita adalah penyampai maklumat yang keterlaluan berkesan... Kerut-kerut, parut-parut (damn parut jerawat) tu semua adalah bagaikan tulisan kat atas kertas.. bagaikan lukisan di gua di zaman paleolitik, mesolitik, neolitik.

Kalau nak citer lagi... argh... pemilihan #HOTD conveys certain message.. warna kasik statement.. cara lilit hijab kasik statement...adoi.. banyak nye... malas dah nak cerita..

So apa fungsi media yang merupakan tools of nation-building??? Tools for creating.. constructing of nation??

The gist... paling penting... the CORE or the fundamental part.. menda ni samalah macam buat pilling untuk bina a tower... macam apa tu.. bumi sendiri.. ada tiga lapisan paling penting.. ada CORE, MANTEL, and CRUST.

So, the CORE dalam pembinaan bangsa is SHARED BELIEFS yang memunculkan share values.. customs.. traditions...  ia dictate tingkah laku.. dictate hala tuju..

In relation to GENERATION... pembinaan generation very much similar.. malah aku percaya the SAME as NATION.

Yeah generation.. you can engineer generation.. you can generate generation.. Generasi boleh dijana... dijanin.. tu sebab ada term social engineering.

Aku makin melalut.. tapi ini dapat tenangkan jiwa.. dan lalutan ku penuh ilmu. Pas ni aku nak buat Pendekatan dan Strategi dalam PRU-13.. aku bosan buat part tu.. balik-balik cakap pasal menda yang sama... bosan. Perkauman sasah ada.. aku bosan lah.

Tapi begitu juga dengan generation... same old.. same old.. macam TH cakap kat aku.. same old me.. who is always talking about me.. yeah whatever.

Yang membina generation adalah TEXTBOOKS... buku teks kat universiti.. buku teks OB.. HR..Sociology..  apa lagi.. politics.. intro to this.. intro to that.. hah macam-macam lah.. cariklah.. sure ada..

Yeah definition... yang terdiri daripada statements kat textbooks pasal The Greatest Generation, Baby Boomers, Gen-X, Gen-Y... yang seringkali satu paragraph sahaja.... kengkadang satu ayat saja.. tapi banyak koma... tak penuh muka surat.. even tak sampai suku page.. pada aku satu per lima muka surat.

Definisi itulah yang terlalu banyak di QUOTE.. di petik.. kalau zaman sekarang.. diVIRALkan.

Maka, apa peranan that definition about that generation???

Tapi prior to defining (or selalu sambil-sambil or kendian pun boleh... bergantung kepada PRODUCT DEVELOPMENT PROCESS dilangsungkan).. kita kasik nama. Penamaan ialah categorization, labeling, branding. Ye, Gen-Y is a product hasil product development. Pastu bila dah ada nama.. kena letak ciri-ciri, criteria, watak. Hence, definition is characterization. You give characters to this group of people yang lahir pada tahun sekian-sekian sehingga tahun sekian-sekian.  How do they decide nak beri the arrays of watak yang aku sebutkan pada perenggan-perenggan awal tadi? Bila diorang come into consensus dengan that definition of Gen-Y? Masa diorang usia berapa? Masa dah lahir? Belum lahir? Apa faktor yang mempengaruhi "penganugerahan ciri-ciri itu"? Selain era, mungkin teknologi yang available, mungkin gak sistem politik?

Tetapi persoalan paling penting ialah SIAPAKAH yang terlibat dalam product development process itu? SIAPAKAH yang decide ciri-ciri generasi itu? SIAPAKAH yang say yes dengan definition tersebut? MENGAPAKAH they define a generation sedemikan rupa? APAKAH matlamat, apakah objektif, apakah motif, apakah AGENDA? Another important question. DIMANAKAH definisi tersebut dilakukan? Kalau melihat kepada persekitaran, persekitaran kat mana?

Ok.. peranan definition itu yang terpaling besar ialah that individuals which belong to the generation jadi percaya bahawa mereka memiliki perwatakan tersebut. Which I extremely doubt for generation Y!!! Sorry peeps.

Yes, a simple statement jadi definition, jadi belief, jadik faith, and turns into PROPHECY. A prophecy about Gen-Y. Therefore, segala gembar-gembur kehebatan kisah Gen-Y sebagai sebuah generasi belum teruji dan bakal tahan uji is a sweeping statement, over-simplification, overrated, semuanya generalization. Memerhati persekitaran, generasi ini bukan belum diuji, tetapi tidak tahan kena uji dan sangat tak tahan kena keji, justeru mengelak dari diuji. They opt for escapism.

Perbincangan dengan rakan-rakan dalam industri, masing-masing merungut dengan Gen-Y yang unreliable dalam banyak konteks. Individualism menyebabkan mereka tidak setia pada organisasi. Perabih duit dalam T&D (Training & Development) pastu lari. Nak train pun payah sebab keterlaluan berdampingan dengan gadget. Mereka sering salah pungut maklumat, amek maklumat dari sumber yang tidak disahkan oleh pihak yang credible & authoritative. Terlalu percaya kepada diri sendiri dan percaya mereka itu independent and autonomous menyebabkan mereka tidak punya skill yang paling perlu dalam apa jua bidang yang mereka ceburi.. iaitu LISTENING. Over confident juga menyebabkan mereka tidak menghargai perhubungan sehingga tidak berupaya mencipta jaringan sahabat yang fundamental atau core yang sangat penting bagi pembinaan kerjaya, atau business. Mereka sering terpedaya dengan kejayaan jangka pendek sehingga lupa cabaran semasa tenaga semakin berkurangan. Lepas tu terlalu sukar untuk mereka focus, cepat give up, mudah mengalah.

Blame on whom? Yeah blame on social media. Their moods.. attitudes depend on friends' of friends' of friends' of friends' of friends' of friends' mood and attitude. Perkara itu juga pengaruhi their decision making in life. Paradox bukan? Katanya autonomous tetapi kehidupan mereka sentiasa di bawah lingkaran pengaruh rakan. Rakan di mana? Rakan di media sosial.

Aku nak tulis lagi pasal siapa yang mold that definition.. pasal agenda... sebab boleh relate dengan government & politics..  Analysis kena guna Elite Theory by Pareto, Mosca, and Michels. Barulah leh paham pasal konsep small government... lean organization.. pasal entrepreneurship.

Tapi macam ngantuk gila... pastu aku dah macam preaching.. tak best gila bila menulis macam untuk text Khutbah Jumaat... Tapi aku taknak ubah.. sebab kritikan towards Gen-Y is also a reminder for me yang keterlaluan ciri-ciri Gen-Y.

Esok-esok lah yer... aku ngantuk. BTW aku punya amarah dah hilang. Yeah, write calms me down. Esok aku nak balik kampung. Nak jumpa Nek Tim & Tok Mad beserta the kittens.

Paling penting... that definition of Gen-Y developed by few people with certain interests and agenda has created a belief or a prophecy. That belief has mad Gen-Y believe they possess all that mentioned characteristics walhal don't.

That definition yang dicipta oleh sebilangan elite dalam pemerintahan.. elite dalam pendidikan tinggi.. elite dalam perniagaan tujuannya tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk memudahkan lagi kehidupan the elites.

Dikatanya Gen-Y ini begitu begini.. independent.. bijak meniaga walhal online je.. tu pun syok-syok sendiri sebabnya Gomen dah tak larat nak pikir pasal JOB CREATION... Bukan gomen je.. syarikat swasta yang besau-besau tu pun tak larat... tu sebab ada concept SMALL GOVERNMENT.. tu sebab ada LEAN ORGANIZATION... sapa amek Change Management aka Managing Change sewajarnya boleh relate... kalau unable to relate, maksudnya sel-sel otak tidak berhubung.. maka lakukanlah sesuatu.. kena makan kismis banyak-banyak kalau camtu.

Pastu.. baca jelah buku text mana-mana pun yang guna buat didik Gen-Y... future of employment irregardless of sectors... awam ke... swasta ke... bukan lagi permanent employment tapi yang lebih flexible macam contractual, temporary, or casual employment. Linked tak dengan small and lean concept tu? Linked right?

All entities mau focus on the CORE BUSINESS.. kalau jadi kerajaan dia pikir pasal polisi & pungut cukai and redistribution jelah.. create polisi.. polisi yang bolehkan rakyat cipta keje sendiri dan cipta keje untuk orang lain. Bukan polisi yang galakkan rakyat carik keje kat gomen or syarikat swasta lain. Hal ini sangat berkait dengan penswastaan. Swastakan utiliti.. syarikat swasta plak outsourcekan functions pada smaller companies. Maka ekonomi jadi lebih meriah. Projects bukan lagi initiated by the government, the ideas, the funds, the development semua datang dari private sectors.

Cumanya.. nama generation.. orang yang kasik ciri-ciri... the elites yang decide definition tu.. semua datang dari US. Baby Boomers misalannya.. that was about US population after WWII. Maka begitulah juga dengan Gen-Y. Ia kisah Amerika.. tapi digeneralizedkan sebagai kisah dunia termasuklah Malaysia. Kena hadapi kenyataan kebanyakan trend kebanyakan technology datang dari dunia sebelah sana yang core culturenya adalah Laissez Faire or capitalistic.. pembentukan negara dan bangsa nya juga adalah bottom up berbanding rantau lain di dunia yang top down. Apa yang berlaku di US tidak mewakili dunia.. dan tidak juga mewakili The West yang Amerika adalah sebahagian daripada that civilization. Macam UK, ciri penduduknya adalah sangat berbeza walaupun dari sudut sejarah dan akar budaya adalah terlalu rapat dengan US.. Apatahlagi dengan continental Europe.. apatahlagi nak bandingkan dengan Scandinavian countries.. Mereka Welfare States... walhal US adalah pasaran bebas sebenar. Kat Asia plak gomen memang keterlaluan dalam ekonomi perananya..

Another thing, menda ni sangat berkait rapat dengan neo-liberal movement.. inilah punca globalisation.. ada tga core dalam globalisasi... Liberalization, deregulation.. and privatization.. mula 80-an... datang dari mana? US and UK.. Reagan and the iron lady Tatcher.. maka ramai le yang ikut macam Tun Mahathir.. Lee Kuan Yew.. Suharto... kalau tools of liberalization (runtuhkan sempadan ekonomi.. reduce/eliminate trade barriers).. tu GATT (General Agreement in Tariff & Trade), IMF, all the FTA's, and paling baru TPPA.. tadi ada ex-students mintak aku crack my head about TPPA sebab nak present depan CEO esok. Sakit jiwa aku.. Aku suruh beliau cerita the whole story of globalization.. kena list down semua tools. Then do the comparison. For me, TPPA basically fill the gap of the established tools.

Harap boleh membantu untuk linked kan definition of Gen-Y dengan matlamat-matlamat political actors such as governments all around the world and MNC's.. They don't want this generation depend on em. Kalau ekonomi merudum, you sendiri kena cari solutions. Even seringkali dalam kesempitan pasti ada kesempatan.

So, Gen-Y.. keterlaluan mendabik dada keterlaluan yakin diri boleh mengecewakan.. nama generasi itu sendiri dan cara anda melihat diri sendiri has been pre-determined.. you thought you are autonomous.. you thought you are independent.. NO.. No man is an island. So do a generation.



No comments:

Post a Comment