Sunday, January 17, 2016

Kotor

Aku cukup bengang..

Apart from Bangsa Johor yang pada hemat aku merupakan a political innovation of the century (memang boleh merangkul semua pingat dalam series IID [Innovation Invention Design]), Bersih juga adalah satu inovasi politik yang juga bukan kepalang hebat walaupun memang ketara ia adalah budaya demokrasi Barat (tapi debatable sebab Almarhum TGNA pernah bitau yang performing Haji is a demonstration.. Itu bukan sebarang ritual biasa, maka unjuk rasa bukanlah total budaya peradaban Barat.)

Bersih adalah suatu produk pintar oleh golongan ELIT yang berada dalam parti-parti pembangkang dan NGOs. Strategi menggunakan masyarakat sivil untuk create awareness bahawa free and fair elections itu perlu untuk rakyat begitu menjadi apabila berlandaskan keputusan dalam 2 PRU yang lopeh.. PRU-12, 8 Mac 2008 and PRU-13, 5 May 2013.. itu besdey aku.. hahah). Maksudnya, sebilangan besar rakyat terpengaruh dengan Bersih dan percaya bahawa pilihan raya yang free & fair membawa manfaat kepada mereka.

Yelah, tak semestinya pendemokrasian ataupun pilihan raya yang benar-benar bersih dan adil itu boleh menjamin pendemokrasian kekayaan. Banyak negara yang rakyatnya tidak pernah tengok peti undi, tak penah tengok kertas undi, apatahlagi nak merasa kena calit kuku dengan dakwat kekal tapi semakin hebat membangun macam China, Vietnam.. Even negara Teluk macam Kuwait, Saudi, Bahrain, Qatar, UAE, and Oman.. semua makmur... tak perlu pun pilihan raya.. memang oil-dependent, tapi they are diversifying.. dalam property, tourism.. even media... memang negara-negara ni jurang kekayaan cukup besar di antara kelas elit pemerintah dengan rakyat jelata.. Tapi kat States yang very democratic and begitu laisez faire (betul ke aku eja ni?) itu pun jurang di antara yang tersangat kaya yang minoriti dengan kelas menengah pun majoriti pun tersangat besar.. even ada yang gelandangan... macam kat kat KL tu..

So cemana ek?? Should elections in this country di reform? Atau jadi terus "agak" bersih, agak bebas, and agak adil. Atau status-quo??

Sebab kalau reform elok gak.. FDI's lebih convinced terutama dari sector ICT and services.. sebab mereka perlukan warga yang creative, innovative, warga yang bebas guna kepala otak... bolehlah budak-budak ni lepas grad dapat keje.. takdelah keje nya online biz.. dok dropship... last-last dropshit...

Era industry or to be specific.. manufacturing/electronic/export-based yang sesuai dengan STRONG GOVERNMENT yang menekan union macam era Tun Mahathir, Lee Kuan Yew... Suharto.. yang lebih protect pemodal berbanding pekerja... dah berlalu.. lagipun nak ke diorang ni keje operator pengeluaran... pastu kilang tu semua nak ke hire diorang yang takleh nak focus and lembik tu??? Tu yang hire Bangladeshi and Nepali...

Tapi bila those people ramai kat Mesia ni marah plak.. tak tahan dengan bau badan kata mereka... tu yang gomen kena relaxkan polisi berkenaan pekerja asing.. kalau idak.. Kilang-kilang tak kira lah milik asing ke... separa asing or milik tempatan.. sure lari pergi China, Vietnam.. Cambodia.. kilang-kilang ni memang ler tak beri sebarang peluang pekerjaan yang besar pada rakyat tempatan.. tapi mereka menyumbang pada negara menerusi pelbagai cukai...

BTW, nak sustain economy.. SME kena hebat.. so SME ni sesuai dengan demokrasi atau autokrasi??

So, cemana? How to find the equilibrium? Nak mereform? Or, tak nak mereform?

Back to Bersih...

Tapi tulah tak didokumenkan Bersih ni dengan teratur. Susahlah camni nak buat paper ke apa. Adoi. Apasal lah aktivis-aktivis Bersih ni tak berbudaya inovasi.. walhal Bersih itself is so innovative.

Eh.. sorry-sorry ada lah wei.. and quite thorough and comprehensive. Thank you to all contributors. Kita jadi well-informed citizens kerana mereka.

Adoi.. aku cari info pasal Himpunan Hijau yang first sampai sekarang tak dapat-dapat.... so aku omit saja Perhimpunan Hijau Lynas ni... so aku simpulkan aktivis Hijau ni memang tak best...

1) Bersih (10 November 2007, Dataran Merdeka, KL)

    PRU-12 (8 Mac 2008)

2) Bersih 2.0 (9 July 2011, Stadium Merdeka, KL), aka "A Walk for Democracy"

3) Hijau 2.0 (26 February 2012, Padang Kemunting, Kuantan)

4) Bersih 3.0 (28 April 2012, KL, Dataran Merdeka, KL), aka "Sit In Rally" or  "Duduk Bantah"

5) Himpunan Kebangkitan Rakyat (12 Jan 2013, Stadium Merdeka, KL), aka KL112 or HKR112

    PRU-13 (5 May 2013)

6) Blackout 505 (25 May 2013, Stadium Kelana Jaya, PJ)

7) Bersih 4.0 (29-30 August 2013, KL, KK, Kuching)

Hah.. lega.. siap. cuma Himpunan Hijau yang first tu tak dapat lagi.

Masih bengang.

Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment