Dah nak masuk 25 hari...
Tadi kat kampus masa buat team marking dengan team yang ajau proma, aku jadik sedih.. yang aku noticed, bila overdosed caffeine memang aku jadik camtu..
Apa lagi memang mengalir la air mata.. entah lah tak habis-habis kisah air mata.
Aku pun naik muak and naik malu.
Tapi dah itu yang jadik. Nak buat macam mana lagi. Tak perlu sorok.
Member-member aku tak kasik nangis, even yang perempuan pun, cuma sorang je yang ok with menangis. Pada aku menangis itu tunjukkan anda kuat. Itu petunjuk yang kita tak mask emotion.
It is good for our health especially mental.
Pendam jadi dendam. Itu tak bagus, Itu yang ramai pihak ANTI-TANGIS mendakwa diri mereka kononya move on padahal dok halakan tenaga pada the second party. Itu yang aku notice pada ramai kengkawan aku... baik yang muda mahupun nan lanjut usia... menumpu tenaga dan cracking head to find means nak balas dendam.. walhal senantiasa sober dari bayi sampai kini.
For me, a leader of PRO-TANGIS (wow.. I just love this... My very own one.. a new coined term... sounds like PRO-CHOICE vs. PRO-LIFE), rather than wasting our energy and time to seek revenge, adalah lebih bagus kita tumpukan tenaga dan masa untuk perbaiki diri.. perlengkapkan diri.... untuk diri sendiri.. anda kalau ada rezeki pada yang sudi.
Maksudnya, yang sudi bakal dapat a better version of us.. or perfected version. Hence, sewajarnya kita berterima kasih pada yang dah tak sudi, sebab kerana beliaulah kita menjadi a better version... tak mustahil a perfected version. Tindakan beliau menyempurnakan kita.
Kalau untuk konteks aku.. pastinya suatu versi yang luar biasa... Yeah.. kalu ikut term ICT or gadget term, an upgraded version. Versi yang dipertingkatkan!!!!
Begitulah aku,.. balik dari kampus.. dalam kereta aku terisak-isak.. sampai rumah aku rasa tak bermaya.. maka aku tekadkan diri, aku perlu lakukan sesuatu.
Maka lepas buat keje sikit.. dapatlah marking paper dalam 3 helai. Ada budak dapat kosong Part A. bengang gila aku... padahal aku dah ajar dah.. "the backbone" or "the spine" must be in a line. A straight line... adoi.. ada plak yang berinovasi... rupawajahnya jadi bertangga.
Tapi sebab aku hati tisu aku hanya tolak 0.5 marks. Bersyukurlah sebab aku PRO-TANGIS... kalau yang menanda itu ANTI-TANGIS pasti, the whole schedule tak dapat apa markah. ZERO.
Itu bukan kisah utama.. ok, lepas tu aku mandi, then macam biasa solat Maghrib. Sekarang memang aku betul-betul jaga solat. Memang berubah. Then aku baca Quran... macam biasa bila baca Quran aku teriak... sedih..
Apapun aku syukur, aku ni macam mana pun mesti kembali ke tikar sejadah... bersujud.. In fact, bila aku telek cermin sekarang, aku dah nampak tanda sujud di dahi ku. Di padang Masyhar kelak bakal bersinar dahi aku... tak payah nak pakai head lamp macam orang kerja lombong arang batu kat China yang underpaid.
Lepas habis baca Quran.. bukan Koran.. koran is sokkabau in Indonesian. Yes lepas baca aku pun pergi buat night walk...
Alhamdulillah lepas berjalan pastu ada la berlari dalam 2 round dalam jarak 5.6km maka aku rasa begitu fresh. Aku janji pada diri, itu akan dijadikan daily routine.
Tadi dah berjaya analyzed pasal repressive laws yang jadi main obstacles for democratization kat Malaysia ni.. namely ISA replaced by SOSMA (tapi debatable la), then sedition Act, AUKU, pastu Publication & Press Printing Act 1984.. aku rasa ada kena tambah lagi.. tapi tu ler yang populer pun to silent oppositions and social activits..
Sekarang aku dok ngadap this stupid anti-tangis and pro-tangis entry..
Pasal 40 is a new 20 tu esok jelah.. BTW dah lepas pukul 12.00..
Maka, yeah Day 25...
Tadi aku menunggu bilala aku nak kuar air mata ni.. the moment aku typed saja "Day 25"..
No comments:
Post a Comment