Ah-ha. MBS bukan Master in Business Studies. Teringat aku masa era CIMB aku kononnya nak amek master, amek le kat UPM. Kalau tak silap Master in Management. Ini eksekutip program. Perghh, punye le mahal. Aku takat pergi few weeks sahaja sebab aku nak muntah belajau Finance. Siap ada kira-kira. Aku bab belajau kena guna 'sempoa' ni memang aku kalah. Aku masa kecik-kecik dulu teringin nak pandai guna sempoa sebab selalu nampak tauke Cina guna nak-nak kat kedai sen se. Ala kedai Cina yang jual ubat tu. Menarik sekarang, kalau orang Cina ada kedai sen se, orang Melayu pulak ada kedai jamu or Toko Jamu. Yang moden or Western plak farmasi.
BTW kedai sen se kat Simpang Bekoh tu dari aku kecik sampai sekarang rupa parasnya tetap sama. Frozen by time. Susun aturnya semua sama. Biarlah tak perlu ditukar seperti kedai-kedai runcit pengusaha kecil yang telah menyertai program Transformasi Kedai Runcit or TUKAR tak silap akau dalam tahun 2011. Program tu under KPDNKK, nak galakkan kedai runcit tradisional pakai teknologi, so semua digital la katanya. Pakai cash register, scanner and what not. Maka inventory, pricing, cash flow semua jadi lebih teratur dakwa penganjur. Dah 5 tahun, apa jadik ek dengan pogram tu? Aku tak pastu menda tu dok bawah mana. GTP ke, ETP? Yang sah menda tu bukan under PTP. BTW, PTP bukan Pelabuhan Tanjung Pelepas milik Syed Mokhtar Al Bukhary. PTP is Political Transformation Program. Pogram bawah 1Malaysia yang least popular. Kalu buat questionnaire ni memang aku rasa para respondent tak mampu beri sebarang response.
Cakap tentang Al Bukhary aku penah je pegi kat AiU or AlBukhary International University kat Alor Setar, tah tak ingat tahun berapa. Yang penting buat marketing untuk promo program anjuran universiti autonomi ceruk Merbok tu. Peh, punyalah kerek mamat komunikasi keparat nye. Aku tak tau asal mana, ikut muka ada features Caucasian and Mongoloid. Kalu ras yang ada mixed features macam tu selalunya Turkic. Yes tengok nama kat name card sasah dari rantau Asia Tengah. Dia tak pakai name tag. Aku yakin he is an Uzbek sepupu sepapat Uighur kat Singkiang and Nazarbayev dari Kazakhstan. Aku sure mamat tu dari Bukhara kot. Yelah uni nye AlBukhary maka employees nye dipilih dari Bukhara la kot. Haha.
Yang penting, aku memang sangat nak muntah dengan kekerekan beliau. BTW, dari mana datangnya perkataan 'kerek'? Aku puas flexing aku nye brain muscles mikir. Adakah kerek derives dari 'cerek'. DiAnglicizedkan cara nyebut 'C' jadi 'K'. Tapi kenapa 'cerek'. Adakah cerek mempunyai sifat sombong, kendati sesapa yang berlagak dipanggil kerek? Atau mungkin 'care rack'? Atau 'charac' dishort-formedkan perkataan character. Macam, "she's got an attitude." Which brings negative connotation. So, kerek mungkin konteks nya adalah "He's got a character." Cuma ayat tu brings positive connotation. Tapi bila orang Melayu guna digunakan untuk refer pada sifat buruk, maka dipendekkan jadi kerek. Yes, aku yakin kerek is karektor.
Haah ek, pasal TUKAR tu, apa jadi? Dan apa juga jadi dengan telaga minyak TUKAU dan Betty kat offshore Sarawak? Petronas takde ke buat research pasal shale oil macam Amerika? Tuhari aku dengan bodohnya tanya member aku, apa beda shale oil dengan whale oil. Mangkuk betul sasah le whale oil itu minyak ikan paus yang orang-orang Eskimo selalu ekstrak. Teringin aku nak tengok minyak ikan paus. Camna ek rupanya? Boleh tak minyak tu guna buat marjerin ke, yang aku tau leh guna untuk nyala apa. Luar biasa bukan?
Sebenaunya aku nak timbulkan persoalan tentang MBS. Siapakah MBS? Ha, MBS ini ialah Mohammed Bin Salman Al Saud.
Cuba google, MBS ini memang hensem orangnya, rupa paras yang melayakkan beliau menjadi model jenama jubah-jubah moden yang kini melambak di pasaran atas talian Melayu Malaysia. Maka ingin sekali aku utuskan surat terbuka buat HRH MBS. Patik pacal yang hina dina yang kini menetap secara menyewa di sebuah kediaman satu tingkat lot tengah kos sederhana rendah di sebuiah taman perumahan yang mengkhusus untuk golongan menengah bawah Melayu yang dahulunya adalah sebuah 'tanah rancangan' merasa amat terluka dengan tindakan HRH yang merobohkan rumah-rumah yang dibina dari lumpur di Yemen. HRH korbankan warisan dunia demi permainan politik HRH yang sebenarnya bukanlah sebenar-benarnya kerana sengketa mazhab. Please la, kalau nak bom, pilih-pilihlah lokasi. Jangan sesuka hati musnahkan mud-brick buildings yang usia ratusan tahun tu.
Aku dah lama marah pada MBS. Tapi kini lepas dapat unjuk rasa di sini, aku ras ngantuk. Nak Isya' pastu tido jap, then buat Thesis.
TTFN
No comments:
Post a Comment