Tu hari aku dok banyak sembang dengan mamat sorang ni. Beliau ni obses dengan menganalisis personaliti orang. Dalam pada sembang-sembang karang dia tanya DOB kita. Pastu belek-belek tulisan tangan kita, pastu dok tanya kita anak nombor berapa.
Dakwa beliau, kemahiran mengenalpasti personaliti diri orang lain banyak membantu beliau dalam kerja. Luar biasa. Aku setuju, tapi keterlaluan dok sibuk sembang pasal personaliti membuatkan khalayak tidak selesa. Yes, people end up distant themselves from you. Unless itu yang anda mahukan maka onjective anda tercapai. Pada aku rather sibuk dok menilik personaliti orang lain better gunakan segala masa dan tenaga untuk perbaiki diri. Itu lebih penting.
Aku bukan apa, mula-mula ok je aku rasa mamat ni. I tot he is a type yang berjiwa besar. Tapi lepas lepak dengan lebih lama, aku found out he loved to play victim. Aku memang allergy. Whatever happens to himself semua kerana nawaitu jahat orang lain pada diri nye. Siyes lawak. Memang aku tak leh blah.
BTW talking about personality, dari pada dok sibuk menilik tangan ke, tilik muka ada berapa ribu garisan atau pori-pori, tengok ada berapa banyak jerawat or kesan jerawat, atau tengok DOB macam Dr. Azizan masa nak mula-mula pemes dulu, aku ada cara paling senang nak identify personality diri.
Biar aku permudahkan pada kalangan yang nak tahu personaliti dan jiwa seseorang. Yelah banyak kegunaannya, macam nak pilih bakal suami, bakal isteri, nak pilih menantu. Apakah mekanismenya? Mudah saja. Bertandanglah ke rumah mereka dan tengok jamban! Jamban yang bersih yakni bukan sekadar lantai, or bukan sekadar lobang jamban, tapi meliputi dinding jamban, pastu penjuru di antara dinding jamban dengan lantai, hatta pintu jamban. Tahap kebersihan jamban adalah indikator utama jiwa besar dan jiwa bersih pemilik kediaman tersebut.
Tapi, di zaman globalisasi yang penuh elemen liberalisasi, nyah-regulasi, dan penswastaan, outsourcing adalah perkara biasa. Kalau pemilik kediaman outsource kerja-kerja bersih jamban padan Indonesian, aku tak consider orang tu berjiwa besar. Orang yang berjiwa besar, pemaaf, luar biasa hebat, bersihkan sendiri jamban yang dia kotorkan sendiri. Bukan senang ye untuk merendah diri membersihkan jamban. Justeru, jangan dipandang hina penjaga tandas awam, jangan dipandang hina profession sebagai cleaner.
BTW, aku baru lepas sental jamban. Jamban aku kini bersinar selepas berbulan berlumut dan berkulapok. Orang Melaka memang terkenal dengan jamban yang sihat, tak macam orang negeri-negeri lain, muka cun, tapi bila datang rumah, tengok jamban....
No comments:
Post a Comment