Aku banyak share. Tapi terbatas waktu. Semalam aku masuk opis kul 7.00 pagi. Tak berjaya misi 6.00 pagi. Tapi aku nak usahakan jugak. Ini hari 20/01/16. Aku masuk lambat. Serious semalam pun sangat mengantuk. Adoi. I am no Superman. Tapi aku akan cuba gak esok masuk kul 6.00 pagi. One thing yang aku masih tak berjaya is make sure exercise everyday, at least morning or night walk.
Aku nak citer apa ek? Ni aku kat opis bawah. Aku sakit pala.
Ok jap aku nak tulis pasal sikit pasal interpretation of revolution by an aristocratic intellectual ALEXIS DE TOCQUEVILLE. Dia French kalau tak silap. Kena google ni.
Dia punya famous work according to Ferguson (2011:153) are Democracy in America (1835) and The Old Regime and the Revolution (1856).
Tocqueville nye dua buku menjawab a fundamental question: WHY WAS FRANCE NOT AMERICA?
Ini kisah kenapa Revolusi Perancis 1789-1799 tak menghasilkan perkara yang sama dengan Revolusi Amerika 1765-1783.
Kalau zaman sekarang, leh bandingkan pasal Arab Spring. Kenapa Revolusi Mesir tidak menghasilkan perkara yang sama dengan Revolusi Jasmin di Tunisia? What makes Tunisia democratize but Egypt kembali kepada kuku besi bawah Sisi?
Kalau zaman tak lama dulu... REFORMASI yang berkait rapat dengan Asian Financial Crisis 1997. Kenapaa Reformasi di Malaysia tidak menghasilkan perkara yang sama dengan Reformasi di Indonesia? Apa yang menghambat Malaysia dari mendemokrasi seperti Indonesia?
Buat perbandingan itu menarik. Kalau dalam management ada benchmarking. Kalau personal life, bahaya sebab nanti banyak iri dengki.
Jap, nak ke jamban.
Aku dah solat Asar.. ni dah pukul 3.20pm. Aku nak key in markah dulu. Sakit pala siot. Tadi aku gi jamban tingkat 9. Aku naik tangga naik dan dan turun, tak naik elevator. Aku sekang susah nak find time tuk exercise, so, bila ada peluang untuk memenatkan diri, maka amek option yang tidak memanjakan diri itu.
Hence, the #QOTD, "DALAM PENAT ADA MANFAAT," or "PENAT MEMBAWA MANFAAT."
Jap, nak key in dulu.. BRB.
Sudah pukul 7.15pm, aku pun tak sure pukul berapa maghrib. Key in sudah habis.
Aku dapat berita dari Kedah yang hasrat untuk anjurkan forum politik yang aku sepatutnya bakal jadi moderator, pastu Dato' Agus, KJ, dan Datuk Maznah the Iron Lady of Malaysia jadi ahli panel mendapat halangan. Aduh pelik sungguh.
Pihak pengurusan UiTM Kedah mengatakan bahawa Agus bermasalah. Paling best, Aku yang takde nama ini juga bermasalah.
LOL. HA HA HA HA HA. Bukan kami yang bermasalah, tetapi anda yang terkongkong dengan politik lama itu yang bermasalah. No, bukan politik lama, tapi politik purba. Sedih lagi menyedihkan.
Pada hemat aku, kalau tidak dibawa kami yang tidak berpihak ini ke kampus UiTM Kedah, para pelajar itu sendiri yang akan mencari maklumat yang lebih bebas. Untuk aku, aku tak berpihak kepada mana-mana parti. Hanya berkata benar, kalau sesuatu aktor politik itu bermasalah, maka kami akan nyatakan ia bermasalah. Itu bukan suatu tindakan menghentam, ia adalah perilaku jujur dan tulus. Dan seringkali kemudiannya aku akan sarankan penambahbaikan. Pelik sungguh, nak sembang politik tapi hanya mahu dengar puji-pujian. Lepas itu beremosi, bersentimen. macam sokong membawa rebah. Bosan la weh. Adoi.. zaman itu sudah berlalu. Tapi kalau nak aku sembang politik yang keterlaluan berpihak pun boleh juga, tapi cara yang sangat akademik yang berasaskan the body of knowledge, takde masalah. Tapi belum apa-apa didakwanya aku dan To' Guru aku, bahawa kami ini anasir merbahaya. Kah-kah-kah. Anda penyekat informasi itulah yang merbahaya. Menyekat anak muda, menyekat siswa, menyekat warga negara daripada well-informed. Kalau macam ni, memang jaguh kampung la kita. Apa-apa jelah. Aku, terus mara.
Jap nak gi solat maghrib.
Aku nak amek note pasal apa tadi eh? Ohya pasal perbandingan. Membandingkan WHY WAS FRANCE NOT AMERICA? Kenapa yang berlaku dulu kat tempat tu tak menjadi kat sini? Macam itulah analoginya.
Selalu kita suka generalize right? Tapi bila buat perbandinga, barulah enlightened. Apa lagi contoh best. Jap. Yeah, macam AEC. Boleh ke AEC jadi macam EEC (European Economic Community)? Hah macam tu le
Tocqueville dalam Ferguson (2011:153-154) cakap ada five fundamental differences between the two societies, and therefore between the two revolutions they produced.
Pertama, France was increasingly centralized, US plak amalkan federalism. Pastu States plak gerakan masyarakat sivilnya pun hebat.
Kedua, French lebih mendaulatkan GENERAL WILL berbanding dengan RULE OF LAW. Maksudnya when it comes to 'kepentingan bersama' maka kita leh kompromi dengan undang-undang. Tapi kat US, mereka begitu menghormati undang-undang, sebab undang-undang, perlembagaan semua telah dibuat dengan begitu teliti, dalam perlembagaan and undang-undang itu sudah ada general will. Tapi kat Perancis, seolah leh langgau undang-undang demi general will. Mak oi sakit kepada. Kalau tak paham kontek aku.
Ketiga, revolusioner kat Perancis attacked agama dan gereja. Kat US gereja-gereja yang terlalu pelbagai, macam-macam, dan banyak yang leh disebut sebagai begitu plural itu menyediakan tempat perlindungan buat revolusioner daripada pihak berkuasa sekular. Tu sebab aku banyak kali cakap kat orang-orang yang suka sangat generalize, Nak banding US society dengan European societies, yang kat Eropah tu lebih tak caya Tuhan bandingkan dengan Americans. Tapi dok cakap US tu begitu, US tu begini. Boring gile berdebat dengan kalangan yang debat guna sentimen dan bukan ilmu. Aduh sakit kepala.
Keempat, ni best. Tapi aku malas nak tafsirkan. the French ceded too much power to irresponsible intellectuals, whereas in America practical men reign supreme.
Finally, yang kelima dan paling penting buat Tocqueville. Aku gila benci eja nama mamat tu. Kata beliau, "the French put EQUALITY above LIBERTY. ROUSSEAU over LOCKE.
Maka, inilah lima alasan kenapa French Revolution yang sepatutnya betul-betul mendemokrasikan Perancis seperti yang diaspirasikan dari American Revolution itu, tidak nak menjadi sangat.
Tu sebablah ye, kalau kita nak 'adopt & adapt' takleh semberono. Apa yang berkesan untuk orang lain, untuk masyarakat lain, untuk negara lain, tak semestinya menjadi untuk kita.
DONE. Ini aku nak tambah kat dalam Chapter III aku yang sedang discrutinized by my SV's. Aku harapa sangat feedbacks mereka positive. Aku harap sangat mereka sangat impress dengan penulisan aku and idea luar biasa aku.
DOAKAN.
K, aku nak gi solat Maghrib.
No comments:
Post a Comment