Adoi ngantuk gila.
Tadi aku tido lepas semayang Jumaat... damn aku just tak leh tahan hari ini... BTW aku solat Jemahat kat kampus saja ini hari.
Aku sebenaunya memang tak suka pegi solat Jumaat.. dari kecik lagi. Entahlah.. mungkin sebab cuaca kot. Panas wei.. Aku yakin aku pasti dikecam dengan statement ini.. Tapi to all the kecamist, pleae lah.. deep inside takkan tak terdetik langsuing kot rasa itu.. Or takkan tak pernah kot berada dalam fasa pemberontakan at least for once dalam hidup?
Apa sajalah.. teruskan menipu.. teruskan berada dalam penafian..
Aku bukan apa, aku bosan dengan khalayak yang terlalu "control," terlalu hati-hati.. tak bosan ke? Especially bila aku jumpa young people.. memang ada yang menggembirakan sampai layak digelar hedonists... ada juga yang terlalu membosankan sampai aku rasa nak upah kaki pukul beri pengajaran & peringatan kepada Sang Bosanists (A creepy cross-breed between Sang Sapurba and botanists.. so jadiklah Sang Bosanists)... Hmmm.. Tapi bila pikir semula aku tak patut begitu. Terima mereka seadanya. sebab kepelbagaian characters memberi warna pada kehidupan dan persekitaran...
Semalam (Khamis, besdey DYMM YamTuan) balik kampung, balik dengan Pips and Dora.
Thank you so much to both. Perlu teman balik kampung. So, takdelah ngantuk sangat sebab aku selalu mengantuk. Dan paling penting emak aku jumpa orang luar. Interaksi dengan dengan orang luar penting dalam usia Nek Tim tersebut.
Cuma satu, attitude bangga diri Nek Tim memang takleh kikis.... Dalam usia begitu suka membangga-bangga diri dan bangga dengan kisah keluarganya. Beliau bangga jugak dengan aku.. haha. aku tak suka, tapi bila pikir balik apa salahnya right? Ibu mana yang tak bangga dengan anak nya. Being proud.. feel successful sebagai Mother sebagai Nenek pada aku yang pada mulanya malu is very healthy!!! No wrong about it! Yeah Emak teruskan. I love you so much.. I'll make you lebih bangga lagi di masa akan datang... and knowing that she feels successful at her age buat aku rasa sangat relieved... takdelah aku rasa aku ini mengecewakan. BTW, beliau boleh proud dengan anak-anak beliau yang lain... walaupun aku lah yang paling disayangi.. dan paling ditunggu-tunggu kepulangan...kikikikih.
Aku baru bangun.. ini hari Sabtu 16 Januari 2016...
Semalam aku tak productive langsung dok campus. Kerja-kerja yang sepatutunya siap tak siap. Mengapa? Mudah saja sebab ada saja tetamu... Tetamu pada aku adalah pembawa rezeki. Mereka tidak bawak wang ringgit datang ke Bilik Koordinator No. 5 (macam No. 5 Downing Street right? OMG.. this makes me feel so good...) yang aku occupy sekarang.. Tapi sering mereka bawa bersama idea... pengalaman hidup.. paling bangsat pun mereka datang dengan senyuman... that's good enough.. Senyuman itu adalah rezeki buat aku.
Siapakah tetamu-tetamu itu?
Pertama Shakir mamat konsesi yang Kak Ijat ada kepentingan di dalamnya. Aku betulkan telepon bilik koordinator tersebut.. Sebab baru sekarang aku nak betul-betul buat kerja sebagai Koordinator.. sebelum ini aku leka... bukanlah leka sangat.. tapi sibuk beremosi... Haha. Lagi pun aku dah dapat boss baru yang garang. Sebelum aku kena maki better aku perbaiki diri. Aku sedar khalayak di persekitaran yang berpersepsi bahawa aku adalah a great talent with no hope... aku sedar itu. Tu hari Dak Ed pun dah sah kan kewujudan persepsi tentang aku itu masa lepak-lepak jaga exam budak-budak EPJJ kat DRMM kat seksyen 7 Shah Alam... So, aku mesti lakukan sesuatu.. Aku takdelah nak prove apa-apa pada orang lain.. cuma aku nak bereksperimentasi untuk kepuasan diri sendiri... apa jadi kalau aku ubah sikit gaya kerja aku? Cuba juga berprestasi dalam pada buat PhD.. aku to the extend nak masuk office sebelum pukul 6 pagi setiap hari. Kononnya nak buat macam Ananda Krishnan.. nama MAXIS tu kisah beliau ler.. SIX AM. Masuk opis tiap hari pukul 6 pagi. Apa pulak jadi kalau aku buat menda yang sama?
Kedua, Dak Lin.. Dak lin ni junior aku... She is really cool. Tenang, relax tapi perform. Pada aku beliau sangat luar biasa. Beliau mengingatkan aku pada diri sendiri zaman-zaman sekolah dulu.. cuma bab perform tu mungkin leh dipersoalkan when it comes to me... Eh no.. aku performed gak masa zaman-zaman sekolah.. jika tidak mana mungkin aku di sini... Am I right? Cuma aku sendiri yang lihat prestasi zaman sekolah itu bukanlah suatu prestasi.. yer.. sebab aku pemalas. Orang lain pergi study malam-malam aku tido terbongkang... bila terjaga, aku sorang-sorang dalam dorm.. Still ingat Dorm 1 kat Sultan Muhammad... masa tu form 3. Aku lah batch terakhir amek SRP, tapi batch pertama KBSR dan batch kedua KBSM. Betul ke fakta tersebut? Yeah, betul.
Aku kuar pergi buat 3 aktiviti berpekda dgn Dak Lin before solat Jemahat.
Pertama, betulkan jam.. jam FCUK warna biru yang tak professional tu.. jam Esprit aku yang cun dan mahal dulu aku buang masa aku tak sedar diri dulu.. damn menyesal gila biarkan diri jadi gila... dulu, aku pernah buang Iphone 5 dalam tong sampah... buang Iphone 3 dalam lumbang jamban kat umah Sendayan ni ha... Reasons?? Sebab terasa diekori... tak mustahil tau.. kalau kau ni punya talent luar biasa, berkemahiran tinggi, tapi mulut tempayan sehingga jadi WHISTLE BLOWER macam Edward Snowden.. anda berpotensi untuk dilihat as a threat to national security and to the extend of threatening world order... sekarang mudah saja nak mengancam keselamatan... hujung jari saja... kalau anda gemarkan risiko.. an adrenaline junkie kononnya.. tak payah susah-susah nak buat bungee jumping sampai ke NZ... you can do it online... buat secara maya.. secara virtual.. hahaha.. the rest pikir sendiri ye.. Yeah, terasa diekori.. semua orang dok sibuk social media is a great tool for democratization... untuk biz.... untuk raih populariti tapi terlalu kurang yang aware bahawa social media is also an effective tool for CITIZEN SURVEILLANCE.
Jap aku nak gosok gigi..
Aku dah balik dari beli roti.. tu jelah bekfes and perhaps lunch.. dinner.. for the whole day.. pasal VIRAL siswa tak cukup duit nak makan.. Ni aku ni.. the best living evidence.. kahkahkahkah.
Jap weh.. dah pukul 10.44. Aku kena buat Tesis. Aku takleh bergembira sangat ni walaupun memang begitu gembira hari ini. Aku mesti celebrate dengan pulun Thesis dan bukannya berehat-rehat. Meraikan dengan bekerja berganda-ganda lebih kuat lagi!!!!!
Bodoh gila.. aku nak carik info pasal GERAK.. ini civil movement yang initiated by Almarhum Ustaz Fadzil Noor lepas sahaja DSAI kena tangkap.. tapi sangat kurang atas talian.. BERSIH yang agak berjaya dan jadi fenomena politik baru kat Mesia ni adalah legacy GERAK. Takde GERAK takde BERSIH. GERAK itu pencetus Politik Baru kat Mesia ni.. yelah pencetus sebenar ialah DSAI.. tapi pastu DSAI masuk lokap, penjara semua... so, GERAK lah.. sebab ada GERAKlah adanya BA or Barisan Alternatif.. Takde BA.. takde Pakatan Rakyat... takde Pakatan Harapan... Argh indah sungguh politik.
Politik penuh dengan paksaan.. penuh dengan elemen kerahan... malah dalam kesukarelawanan ada unsur paksaan.. dalam voluntarism ada force. Siapakah yang enforce the force? Tentulah the participants.. tentulah the volunteers. The volunteers yang paksa diri untuk melakukan sesuatu tanpa sebarang ganjaran yang berbentuk materi terutama kewangan.
Itulah aku dalam menulis PhD. Tiada siapa paksa, tapi sukarela, tapi untuk melihat progress aku paksa diri aku...
Ini entry hari Sabtu 16 January.. Aku post jelah ini hari. Rimas aku tengok still 'draft;.
BTW hari Ahad aku jumpa Dato', lega dah Chap 1, 2, & 3 sudah hantar hard copy.
Semalam Senin, 18 January 2016 Aku hantar plak kat Dr. Sity. Dak Lin teman aku... nasib baik ada Dak Lin, leh sembang.
Yesterday was a good day. Ini hari aku nak setttlekan banyak menda.
No comments:
Post a Comment