Friday, January 22, 2016

Kashgar

Ini entry tah hari apa punya, aku lupa. So, sekarang aku tambah sajalah. Ini hari 21 Januari 2016.

Aku sedih bila dapat news yang cadangan pihak penganjur untuk aku jadi moderator forum politik dipertikaikan. Bukan sebab kebolehan, tapi aku disangsi pendirian politik. Bukit Aman ok, Tapi Kedah yang tak ok. Yang tak best ex-colleague and ex-boss sendiri yang tak favor aku and aku nya To' Guru.

Takpe. Bukan rezeki. Aku pun malas nak jenguk sana. Better aku pergi tempat lain yang jauh lagi best. I had enough of Kedah. For almost 7 years memang environment kerja tak encouraging. Gila tak best. Cakap kena hati-hati. The list of don'ts memang gila panjang dari do's.

Suasananya comparable to mainstream media, especially during Tun Mahathir era. Aku lupa termnya. Bukan self-edited. Itu sunting sendiri. Term itu connotes yang a person, kalau dalam media maksudnya a writer itu sendiri yang refuse melaporkan kisah sebenar or tulis ikut selera pihak management yang memang answerable to political masters.

Perkataan yang tepat ialah SELF-CENSORSHIP. Pihak yang punya kuasa tidak pun bagi tau itu tak boleh. Tapi khalayak sendiri yang choose to be self-censored. Memilih untuk tidak express. Memilih untuk pendam, memilih untuk diam kerana mereka percaya itu adalah yang terbaik bagi mereka. Atau yang selalu kita dengar, play-safe. So, begitulah suasana di Kedah. Aku dok sana 7 tahun, tapi tak boleh langsung cakap Kedah. Yes, aku memilih untuk begitu. Kenapa? Haha, satu sebab aku protest dengan suasana kerja di Kedah yang tidak terbuka. Secondly, sebab orang Kedah sendiri tak kasik aku cakap Kedah sebab sounded macam orang Siam. So, aku senyap. Aku pun tak gegeh la.

Malas nak citer pasal Kedah. Ni aku pasang Youtube yang ada To' Guru aku and few other penganalisis politik. Sambil marking paper IR. Kepala memang pusing rasa nak bakau semua kertas jawapan...

Aku bukak klip ceramah and program politik sebab nak amek inspirasi. Aku nak jadi moderator atau penganalisis politik nombor satu negara. Tapi bila aku banding diri aku dengan those yang sudah ada big names, terutama To' Guru aku sendiri. Aku rasa sangsi. Bukan sangsi dengan kebolehan aku berhujah. No. Tapi, boleh ke orang Mesia terima aku? Aku always over-excited. Hahaha. Tiba-tiba melompat dari atas kerusi masa tengah bercakap. Will the audience accept me yang sebenarnya jauh lebih celupar banding dengan To' Guru aku sendiri? Kena tone down?? Will orang macam aku be accepted?

Aku merata orang aku bagitau akunya cita-cita. Cita-cita mau jadi moderator politik nombor satu negara. Aku tahu, cita-cita aku tu bodoh. Nak letak kat mana To' Guru aku? Tapi paling best aku temui tiga kategori response yang very much linked to their personality. Kah kah kah.

Pertama, yang all the way positive. Yang ini memang jenis yang mikir takde menda yang tak mampu dibuat kat dunia ni. Orang macam ini, macam aku. Pernah kaya, pastu miskin, pernah nampak sangat berpotensi, tapi lepas tu tah ke mana. Haha. Tak ramai. Susah wei cari. Kalau yang ada tu pun, tak ada pengalaman hidup yang luar biasa. Takat kena tinggal dengan gepren or boipren itu yang dikatakan sebagai the darkest era in their life. Takyah le. Ada gak golongan positif yang memang berangan. Ada gak aku jumpa. Tapi kita leh test boleh measure orang itu real positif atau tidak menerusi advise yang mereka beri pada kita. Tak boleh kasik ilmu lebih, nak lebih, kena bayau.

Kedua, positif, tapi sebenaunya skeptic Tau dari mana yang orang tu sangsi? Of course dari gesture, especially mata. Mata takkan menipu. Itu sebab kalau aku bercakap eye-contact mesti ada. Aku orangnya memang tulus, itu sebab tak perlu takut kau nak bertentang mata dengan aku. Unless ada nawaitu jahat. Lagi satu, bila kita cakap orang tu berada dalam silent mode yang ketara panjang, pastu tengok aku macam tu saja. Itu memang gila skeptic. I mean, what is wrong with bercita-cita? Or kalau kat social media, still boleh trace sama ada mereka ini pretending atau tidak. Aku pakar komunikasi, dan pengkaji media sosial, sah sah lah aku paham bebenau. Sering, sekali saja jawapannya, "yes, you can do it," tapi tak proceed jadi inti conversation.

Dua faktor yang sebabkan golongan ini skeptical. Pertama, diorang memang tidak kenal aku. Tak tahu macam mana aku punya determination. Mereka hanya nampak atau bersua waktu aku memang tengah lepak. Atau sentiasa ingat kisah lagha-lagha aku sahaja. Kedua, orang yang skeptic ini golongan yang tak well-exposed dan sentiasa penuh negativities dan buruk sangka. Kalau dalam politik 90-an atau early millenium, mereka ni memang baca Utusan Malaysia dengan Berita Harian jelah. Tapi jangan terkejut ye, khalayak ini tidak pupus, masih wujud lagi. Mereka memang species yang tak lekang dek waktu tak luput dek zaman. Tapi jangan dikeji sangat pembaca sokabau tu. Kalau zaman sekarang, mereka ni dok dengan media sosial sahaja 24 jam. Macam dok layan instagram tak habis-habis, dok selfie. They thought they are well-exposed dengan keep abreast with FB, Ig, and the likes. Tapi rupanya tidak. They are in their own cocoons.

Ketiga, positif tapi jeles. Yang adalah kalangan teman yang sangat rapat, Mereka benar-benar tahu kemampuan aku. Mereka tahu pelbagai talents luar biasa yang aku ada, dan tahu sekiranya aku benar-benar mahukan sesuatu, aku akan usahakan sehingga dapat. Fuhh berani gila aku cakap macam ni. Publicly ni. Tak berjaya apapun lagi, tapi berani. Walaupun imej diri dan persepsi orang lain tentang diri kita sangat penting, namun biarlah aku bereksperimentasi di sini. So what? I am an attention seeker who happens to be a risk taker. Itu sebab aku pursue public confession. Bukan semua orang mampu, sebab you may end up with public-self-humiliation.

Pasal orang-orang yang jeles, mereka akan tetap melayan keinginan aku untuk jadi moderator politik nombor satu negara. Tapi seketika cuma dan cuba berbicara dengan lebih bijak di hadapan aku. Hihihihik. Apapun moderator politik nombor satu negara tak semestinya orator terbaik.

Argh. Tak mahu pikir tentang itu lagi. Better pikirin yang best-best.

Tadi aku pergi iNED kat Shah Alam, ada urusan. Aku pergi dengan Dak Fuad. Ini satu lagi character gila di fakulti aku. Ramai tak ngam dengan dia. Aku pun ada gak rasa irritated dengan dia. Tapi aku being aku. aku welcoming dengan sesiapa sahaja yang ingin bersahabat baik dengan aku.

Yang aku nampak, beliau punya talent yang luar biasa. Dari cara berhujah dan melontar soalan, aku boleh nampak beliau suatu hari nanti mampu menjadi seperti Professor Ulung. Ah ha, aku dulu pernah membangangkan diri, aku cakap nanti aku nak jadik Professor Ulung DiRaja. Nak dapat dua titile sekali gus. Adoi lawak. Oh berbalik kepada kisah Dak Fuad, beliau luar biasa. Aku ada ngadu kat dia tentang ada pihak yang kurang berpuas hati dengan aku. Kata mereka, aku sesuka hati kritik program orang lain yang konon tiada impak, syok sendiri, dan mereka mengatakan aku ada ke buat program? Apa sumbangan aku?

Aduh, sedih betul dengan buruk sangka orang pada aku. Aku, memang bijak in assessing proposal and aku punya proposal memang selalu cun. Kemas, takde cacat cela. So, bila orang hantar proposal kat aku, aku krtik, memang pedas, tapi ada ke aku tak sokong? We are talking about proposal over here. In fact, kalau nak citer pasal proposal aku pernah hantar proposal pada PUNB untuk dapatkan dana berjumlah RM200K bukak business. That was in 2008, and it was approved. Pernah masuk meeting kena bambu dengan wakil-wakil penilai proposal dari few prominent financial institutions. Cmon la people, korang nya proposal kurang RM5K kot. Kenapa nak manja sangat ye? Semua benda nak senang, pastu semua nak dengar yang indah-indah. Kalau disagree with my point of view, come forward bagitau. Let me know yang aku nye kritikan buatkan kau tak boleh tidur malam. Let us have a healthy debate rather dok ngadu sana sini pastu ada plak yang sampaikan dalam bentuk sarcasm.

Oklah, aku tak contribute apa-apa dari sudut mengorganize program lagi or tak pandai buat program, at least korang yang tengah giat buat program can learn something from me dari sudut bikin a sure-approved proposal. Takat ni, proposal ko paling jauh antau kat Pilah aje, tapi mana tau nanti nak antau proposal to private sectors or financial institutions yang terlalu berkira setiap penny and cents? Guna aku ini untuk kenalpasti kekurangan dan belajar untuk atasinya. Berlapang dada. Aku mungkin tak bijak lead a project, tapi aku sangat bagus bikin dan kritik proposal. Faham tak? Byk kali aku cakap, ko suruh Ramli MS nyanyi, sedap? Tapi dia sedap kritik cara orang lain nyanyi, sebab pengetahuan dia dalam bidang itu. Macam tahun 80-an, aku ingat lagi Ku Seman Ku Hussein, a well-known pengkritik filem. Beliau bikin ramai pengarah and produser filem Mesia marah. Bapak kepada Syamsul Yusoff pernah marah gila then cakap "kalau kamu hebat sangat tentang perfileman, kenapa kamu sendiri tidak bikin filem." Betul, tapi dah beliau kerjanya mengkritik. Maka buatlah kerja mengkritik sehabis baik. Kalau nak puji saja baik tukar nama kerja jadi pemuji filem.

Macam aku pulak, dalam kritikan pasti ada yang aku bersetuju. Kalau tidak, masakan boleh dapat sokongan aku? Kerja mengkritik bukan semuanya mengeji. Dalam kritikan ada pujian, kejian, dan saranan. Untuk apa semua itu? Bukan untuk tunjuk pandai, tetapi untuk penambah-baikan. Eh, tapi yang tunjuk pandai tu, aku rasa aku macam ada gak kot. Tapi dah memang kita pandai, so nak wat cemana lagi.

Tentang Dak Fuad, dia beri analogi, dan analogi itu aku suka. Beliau kata, kita selalu keluar makan right? Kenapa selalu keluar makan kat luar? Pelbagai alasan, salah satu faktor ialah banyak antara kita bangang memasak, boleh memasak tapi tak pandai. Maka kuar makan kat luar. Tapi nak tanya, kita yang takde sijil kulinari ni, bijak tak membezakan yang mana satu sedap dan yang mana satu dtidak sedap? Boleh kan? At least kita mampu kritik sesuatu masakan at least dengan sepatah perkataan seperti "sedap" atau dengan satu abjad sahaja iaitu "X'.

Hahahaha. BTW idea asal yang berkaitan dengan analogi masakan itu sudah aku exaggerate atau perindahkan lagi dari idea asal Si Fuad. Si Fuad hebat, tapi ada lagi yang lebih hebat dari beliau. Apapun, aku sangat hargai Dak Fuad, dan aku sedih apabila beliau merasakan bahawa beliau kurang dihargai oleh orang sekitar. Pada aku, dengan yang beliau ada yang aku rasakan begitu luar biasa, dengan kepetahan berbicara, beliau bakal jadi nama besar dalam negara. Yes, he is another talent to watch for.

Bawah ni aku sambung yang tuhari punya. Ni tah bila.

Sebenaunya tajuk entry ini was KASHGAR. Nanti google la nama bandau yang berada dalam jaringan Silk Route. Kashgar ni kat China. Kat perenggan bawan ni aku tulis pasal Kashgar ye.

Aku selalu berangan nak kembara. Satu tempat yang aku nak sangat pegi is Kashgar. Kat Xinjiang Ni ejaan rumi baru Mandarin. Kalau zaman dedulu sebelum Pinyi (aku tak sure, betul kot, Pinyin. aku siyes malas nak sahkan fakta. Aku sakit pala teruk). Kalau selak peta-peta zaman dulu. Ejaan Xinjing was Sinking. Sekarang XINJIANG UYGUR. Dedulu Sinkiang Uighur. Xinjiang means New Frontier.

Macam Peking jadi Beijing. Kwangchow jadi Guangzhou. Kwangtung jadi Guangdong. Kansu jadi Gansu. Ningshia jadi Ningxia.

Xinjiang ni pernah jadi Republik Turkestan Timur. Oh another penemuan dalam peta dedulu yang best. The capital city, URUMQI formerly known as TIHWA. Tapi aku yakin nama asal memang urumqi yang sounds Turkic. Yang Tihwa tu sure sebab Cultural Revolution.

Bila cakap pasal Xinjiang, macam-macam cerita leh share. Tentang marginalization, tentang separatism, irridenta, apa lagi? Turko-Mongol, Mongol-Tatar, terrorism. Hmm aku teringat, masa kecik-kecik, bila kita lihat sesuatu aksi yang hebat, atau yang luar biasa sering kita beri remark dengan gunakan istilah yang bunyi nya seperti TERROR. "Terernya, terelnya, teranya," Aku nak tanya pakar bahasa. Apa sebenarnya adjective tu? Is it really "TERROR"? Kalu benar perkataan itu adalah terror maksudnya orang Melayu lebih awal menjadi pengguna perkataan TERROR, atau sudah biasa dengan penggunaan istilah TERROR. Maksudnya TERRORISM sudah lama bertapak dalam masyarakat Melayu. Ramai kalangan Melayu juga boleh dikategorikan sebagai terrorist kalau begitu adanya. Hahahaahaha.

Kalau benar, maka istilah itu sejajar dengan banyak perkataan asing yang diMelayukan or MALAYANIZEkan macam sojar jadi soldier pasenjir-passenger, dreba-driver. What else? Banyak aku dah lupa.

Tu lah, pasal Xinjiang yang berpenduduk majoriti Uighur yang berbahasa TURKI dan beragama ISLAM. Kalau kat Mesia ni, in fact all around the world. Kalau cakap pasal penindasan, accupation, keterpinggiran, penjajahan, dan yang sekonotasi dengannya maka orang dok sibuk Gaza and Tebing Barat. Adoi! Tak bosan ke? Bila nak bersentimen or feeling-feeling konon-konon dialah muslimah or muslimin, or mukminin, or mukminat, or mujahid (MUJAHIL ada tak?) sejati maka mereka pun dok lah sembang pasal Palestin. Marah. Sangat marah. Nak-nak hijabists yang sangat bangga kini dengan lilitan shawl pelbagai hala. Seolah setiap lilitan itu menggambarkan tahap keimanan. Walhal dada tetap terbuka.

Pastu berbondong jugak orang Melayu yang gila nak jadi kemah bergerak. Senang nak berak and kencing kot. Tapi cukup-cukuplah kita ni berkemah masa jambori pengakap peringkat daerah atau masa pergi berkemah kat dalam hutan or masa travel lepak-lepak bunuh diri di padang pasir TAKLAMAKAN or Gobi Desert. Tak payah la woi nak berkemah sepanjang masa. Nak jadi kaum nomad ke? Cukuplah adanya sorang saja Melayu Badawi kat Mesia ni yang sudah pun bergelar Tun. Really an eyesore. Kalau wanita yang dah berusia tu aku paham le. Ini yang muda-muda pun. Pastu orang lelaki pun gila nak jadi kemah bergerak. Aku paling geli bila sekarang ni macam-macam pesen kemah bergerak yang ada. Pesen kononnya. Hihihik geli geleman aku.

Ohya sebelum aku lupa, satu lagi, baju Melayu lelaki takde PESAK. Itu satu lagi, aku adalah penentang nombor satu negara. Kalau ada NGO yang ditubuhkan untuk itu, please call me. I am interested to be a pengerusi.  Mungkinkan ini impak dari budaya SADO? Sampai pakai baju Melayu pun ko nak tunjuk bentuk tubuh ko? Masa akad nikah pun nak pakai baju Melayu ketat? Itu bukan sado, itu SADIS.

Eh, aku nak citer pasal apa sebenarnya? Oh pasal Xinjiang. Ohya kalau nak tumpukan pada perkara macam penindasan, penjajahan, mungkin juga perkauman, or diskriminasi terutama yang melibatkan Muslim, especially yang Muslimnya dipercayai adalah MANGSA (aku cukup tak gemar dengan pemikiran VICTIMIZATION), maka banyak kes lain or contoh lain dalam dunia ni. Bukan hanya kisah Arab-Israel. Banyak lagi oii.

Kisah Uighur is one of them. Pada aku sepatutnya ada sebuah lagi "ISTAN" yang SELF-DETERMINED wujud di dunia ini. Bukan sekadar wilayah autonomi, tetapi benar-benar merdeka, Bukan sebahagian daripada People's Republic of China. Nak kena padam ke statement aku ni? Mmmm tak perlu kot. Kang ada aku kena panggil ke Bukit Aman. Tak nyaman hidup apabila sudah terpaksa ke bukit tersebut. Haah eh, kalau kita ke Bukit Katil, adakah kita akan nyaman tidur? Sorry, melalut lagi. Yes, sebuah lagi ISTAN yang menyebabkan sempadan timur "Turkic World" yang sovereign bukan lagi terhenti di Kazakhstan.

BTW bukan semua Istan adalah Turkic. Meh aku listkan negara-negara Turkic dari barat bawak ke timur yang bersempadan dengan China, to be exact, bersempadan dengan Xinjiang.

Turkey
TRNC (Turkish Republic of Northern Cyprus)
Azerbaijan
Turkmenistan
Uzbekistan
Kirghizia (or Kirghistan)
Kazakhstan

Kalau Xinjiang separated maka leh le tubuhkan East Turkestan or Uighuristan, so dah ada tujuh. Makin besar jugak dunia Islam kalau ia leh bebas dari PRC. Tapi bebasnya Xinjiang akan trigger pembebasan Tibet. Tibet lebih dekat dengan India dan Bhutan dari sudut culture berbanding dengan China.

Satu lagi. Aku dah letak lables, pastu aku terlupa nak cerita pasa Kashgar. Aku bebenau nak pergi sana. Nak tengok those mud-brick buildings. Kalau kat Yemen, those beautiful mud-brick houses yang adalah world heritage dimusnahkan by Saudi bombings sebab nak bunuh the Houthis. Kat Kashgar the beautiful mud-brick houses kena musnah kena bulldozed oleh Chinese developers konon nak bina bangunan yang moden dan cantik. Cantik kau kata? Tengok le taste mereka dalam buat rumah. Satu lagi penyebab aku sakit mata.

Begitulah, kenapa tidak kita juga pay attention to Xinjiang? Kenapa perlu ada dwi-piawai? Adakah kerana ada HOLY SITE maka kita lebih menumpu pada Palestine? Adakah kerana mereka berbangsa Turki maka kita serahkan tugasan pembebasan kepada negara Turki yang lain? Kalau begitu kenapa tidak kita biarkan isu Palestine sebagai isu Arab? Bukan isu Islam.

Tapi, sebelum ke Xinjiang, jengoklah kat belakang rumah, jengah-jengahlah seberang Sungai Golok, jengoklah Danok. Itu Tanah Melayu ke Tanah Siam?


  


No comments:

Post a Comment