Friday, January 29, 2016

Apandi

Aku juga mau bandwagoning. Mau mengikut tren. Sekarang di antara nama paling pemes kat Persekutuan Malaysia yang tercinta ini adalah Apandi. Sekonyongnya aku pun letak nama kucing aku Apandi. Kucing yang aktif sedang dalam proses tumbesaran yang hebat.

Aku baru balik dari kampung. Jumpa Emak, Ayah, and empat ekor anak kucing yang telah dipisahkan secara terancang, secara paksa. Yes, it was orchestrated. Diimplementasikan oleh Ayah yang buang Dak Tompok di pasar Jasin. Adakah Tompok bahagia di sana? Mampukah Dak Tompok mulakan hidup baru?

Bolehkah Dak Tompok yang baru bermigrasi kerana deportasi mampu mengasimilasi dan menaturalisasi diri di persekitaran yang asing itu?

Benarkah being autonomous, being self-determine adalah perkara terbaik buat Dak Tompok? Aku sebagai pencinta haiwan agak gusar. Alangkan entiti sovereign seperti Scotland tidak berani bermandiri untuk keluar dari the United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland seperti referendum lepas, inikan pula Dak Tompok.

Begitulah apabila memiliki authority, sesuatu aktor itu boleh melakukan sesuatu bukan sahaja dengan paksaan malah menjatuhkan hukuman yang dilihat oleh mata sang pemilik autoriti sebagai adil bagi menjamin order. Dak Tompok dijatuhkan hukuman buang daerah apabila beliau dikenalpasti bunting lagi. Kebuntingan Dak Tompok yang mungkin secara paksa rela diyakini boleh mengancam status quo. Menjejaskan kestabilan, terutama ekonomi.

Apandi si kucing kecil. Nama beliau bukan secara total terinspirasi dari isu terkini. Nama tersebut datang dari beliau sendiri. Ya, kerana beliau adalah satu-satunya yang berekor panjang. Maka nama asal beliau adalah Dak Panjang a/k Dak Tompok (terpaksa menggunakan salasilah maternal di atas sebab-sebab yang tertentu). Maka, his nick was Pan, dengan suntikan keMelakaan (bukan kecelakaan), maka beliau dipanggil Dak Pan.

Ye, macam frying pan. Macam lebuh raya pan-Borneo. Macam Pan-Asia, ye zaman aku kekecik dulu ramai wajah Pan-Asia di kaca tv seperti Julia Rais (takde kena mengena dengan Hishamudin Rais), Ramona Rahman, Susan Lancaster. Sampaikan masa zaman tu semua mengaku mereka mixed race. Feeling Mestizo atau Mulatto (dipertegaskan Creole bukan mixed race). Bila ditanyakan, kau kacuk apa? Jawa campur Minang (Jaminan), Jawa campur Banjar (Jawab) Melayu campur Bugis (Magis). Malah ada yang menjawab Orang Asli aka Orang Asal Lubok Bandung campur Melayu Kelantan. Aku, letih.

Cakap pasal Bugis. Ada sorang kenalan dari pantai timur Sabah, tak sure apa keturunan. Aku panggil beliau the leggy Miss Swan. I believe she is Bugis, tapi tidak puas hati dengan masalah pendatang sama ada dari selatan Sabah, or dari seberang Laut Sulu or seberang Laut Sulawesi. In particular, beliau yang aku agak seorang Bugis kurang puas hati dengan berleluasanya Bugis yang bukan warganegara. BTW she is so leggy. Susah nak cari khalayak yang leggy ni. Singular leggy, kalau jamak? Leggies? Leggians? Leggites?

Yang penting, tak ramai legginese (lebih sajak, sounds like Balinese, Buginese, Burmese, Chinese) yang aku sangat kenal. Buat masa kini, ada tiga orang. Pertama, boss aku yang sealiran sikap dengan aku when it comes to pemakaian jubah untuk formal setting. Kedua, member se Philly. Ketiga, rakan aku di Birmingham yang sedang buat PhD.

Ada juga sorang member ini, bekerja di HSBC, orangnya tinggi dan berkeyakinan tinggi. Maaf, aku tak dapat masukkan kau dalam list ini. Mengapa? Pertama, height is not a sole determinant of being leggy walaupun a leggy usually comes with height. Kedua, quota untuk listing hanya tiga. Frankly, you were in my mind, tapi I decided to de-list you. Anda telah dinyah-senaraikan. Kalau letak empat jadi odd. Lagi pun kalau untuk orang Cina nombor empat bermaksud mati. Nak ke aku senaraikan ko di nombor empat? Ketiga, memang aku takkan senaraikan kau. This is business, do not take it personal.

Oh tentang Bugis or Buginese di pantai timur Sabah. Mereka ni asal Sulawesi and very much maritime. Pelaut handal yang aku percaya comparable to the Vikings. Dan kalau buat movie yang bersequel mungkin boleh tema nya macam movie yang Johnny Depp berlakon tu. Yes, Caribbean itself zezaman dulu dipanggil sebagai West Indies, maka memang ciri-ciri societies of East Indies ada persamaan dengan rantau hemisfera barat itu.

Kendati, the leggy Miss Swan (cuba google or carik series of Miss Swan kat YouTube, lawak gila), begitu marah dengan pendatang dari Indonesia terutamanya yang berketurunan Bugis. Dakwa beliau, orang Bugis di pantai timur Sabah begitu berleluasa kerana Malaysia pada hari ini dikuasai oleh seorang Magis yang happens to be closely related to the Magis yang menguasai institusi kewangan tempat Miss Swan selalu bertransaksi itu..

Dakwa Miss Swan yang leggy, leggy seperti wanita China dari Beijing yang sering mengeji kaum sejenisnya yang datang dari Canton (Kwangchow sekarang Guangzhou) atau Shanghai kerana non-leggy. Miss Swan kasi tau yang barang keperluan hatta harga hartanah di pantai timur Sabah jadi begitu tinggi. Begitu tinggi sehingga being tinggi lagi leggy pun tak mampu nak beli. Barang keperluan di Sabah dibeli secara pukal oleh non-locals sama ada untuk untuk di bawa merentas sempadan atau merentas perairan. Ia bukan sekadar merentas desa atau mutakhir ini banyak larian merentas kota dianjurkan.

Yang ketara, beliau kurang puas hati dengan Bugis dan Magis. Bukan soal etnik, tapi soal ekonomi dan keselamatan. Sempadan dan perairan yang porous.

Aku being the ultimate toxic handler, aku menjadi pendengar setia. Yes, Setia Bersama Rakyat or SEMARAK. Jalan Semarak kat KL nu dapat nama yang ditukau dari Jalan Gurney sebab dari program rapat umum anjuran arwah Tok Mat Bulat le. Menteri Penerangan yang gunting rambut Amy Search dan Awie.

Aku macam nak merepek lagi. Tapi entahlah, Macam nak tidur pulak. Aku bebenaunya bengang dengan diri sendiri sebab tak dapat ilham nak tulis apa pasal DAP. PKR dah sudah. Lepas DAP nak story pasal PAS pulak. Ini kisah cemana mereka mengoperasikan politik baru dalam PRU-13. Ini kisah lama tak lama. Yelah, sekarang PAS dah kembali kepada kejadian asalnya sebagai pendukung politik lama.

Oklah. Aku nak tido. Tapi nak belek Tesis jap. Alamak, aku lupa nak relatekan dengan kisah Apandi. Jap. Mula-mula aku panggil Dak Panjang sebagai Dak Pan, kemudian, aku menCinakan nama beliau kepada Ah Pan. Aku gemar Sinification (term by Samuel P. Huntington), lagipun panggilan Dak Pan, macam tak best, Ah Pan sounds better. Komdian aku rasa better diinject dengan elemen keMelayuan, supaya ada nilai nation-building di situ.

Maka, demi nama yang lebih komersil dan lebih harmoni dengan suasana terkini, maka aku putuskan untuk melakukan transformasi jenama.

Maka, muncullah APANDI.

How bout that?

No comments:

Post a Comment