Aku terlalu penat. Aku tak tahu nak wat camna lagi untuk puaskan hati SV aku. Aku tak balik kampung nak siapkan segala keje. Aku tak cukup tido. Aku rasa bodoh... Aku rasa tak bagus. Aku nak positivisekan camna lagi? Aku letih.. Aku teramat letih.
Tuesday, December 26, 2017
Saturday, December 9, 2017
Pegu Yoma
Aku rasa aging process has taken its toll on me. Muka aku haggard. Memang aku dah tua. Aku tengah rasa x best sebab tak makan dinner, terlebih minum teh and nak tido tapi aku cuba tak tido....
Wednesday, November 15, 2017
Puasa Nabi Daud
Monday, November 13, 2017
Sudairi Seven
Saturday, November 11, 2017
Life After PhD
Mimpi Sedih
Wednesday, October 25, 2017
Lotus Drinking Water
Inilah air mineral yang aku beli kat Cambodia. Harap sangat habis PhD sesegera mungkin supaya boleh aku jalan more frequent. |
Tuesday, October 24, 2017
Angkor
Aku sebenaunya rindu betul dengan Emak.. Rindu Emak yang sihat macam dulu.. Tapi aku mesti terima Emak walau apa jua keadaannya. Aku semacam rasa yang Allah bawak Emak pergi dari aku sikit-sikit, Dia tak amek sekaligus. Tapi aku tak putus asa, aku yakin Emak akan kembali sihat macam dulu. Ada waktu aku blame gak Ayah, terpikir gak mungkin sebab Ayah ni orangnya jenis macam-macam, banyak sangat songehnya, selalu negatif, maka buat orang sekeliling jadi stress. Of courselah yang terdekat which Emak, maka Emaklah yang paling teraffect. Tapi aku tak boleh berpikir begitu, pikir camtu tak mungkin memperbaiki keadaan dan tak mungkin dapat mengembalikan Emak macam dulu. Aku cuba buat yang terbaik.
Aku sekarang banyak benau kerja. Aku sampai selalu rasa terlalu penat. Macam pagi tadi, aku tak boleh buat apa dah. Tapi Alhamdulillah, weekend ni berjaya gak aku habiskan perbaiki tesis sampai sub-topic 5.3. Memang sekarang tiap hari sure ada progress. Memang aku sangat bersyukur bab itu.
Aku nye aim sekarang sekadar nak habiskan PhD and afterward aku akan berusaha spend more time with Emak and Ayah kat kampung. Itu azam aku. Aku dah tak kisah dengan Prof. Madya or full professorship atau dapat position. Itu semua memang penting, tapi tidaklah sepenting family.
Balik dari Seam Reap aku makin boleh say no. Aku manusia yang sangat susah untuk say no. Tapi sejak pulang, aku dah boleh. Aku kena say no demi prioritize goals and financial aku. Aku tak boleh sewenangnya pakai ikut saja cakap orang or ikutkan saja kehendak hati aku. Yes, paling penting ialah say no pada diri sendiri dulu. Itulah yang aku buat.
Tadi tengok Gegar Vaganza, Ni tulah aku malas nak terjerumus dalam the rat race. Aku just nak lepak, buat kerja aku, selalu travel, reduce weight sebab semalam timbang dah 99kg and of course betul-betul jaga Emak and Ayah kat kampung.
Aku nak really distant myself from colleagues kat campus. Sebab aku dah bosan talking to them. Bukannya mereka orang tak baik, tapi aku too different. Memang aku perasan aku lebih bagus daripada mereka. Maksud aku dari sudut akademik and many more. Aku bosan sebab aku yang aku cakap mereka tak paham. Which pada aku, untuk level mereka, mereka sepatutnya faham. Pastu priority mereka beda banding aku. Pendek kata, aku tak boleh masuk.
Cuma aku hormati mereka sebagai induvidu. Tapi aku tak pandang tinggi pada mereka. Sebab bosan. Mereka membosankan aku. Aku takkan berusaha ubah mereka, dan aku tak mahu jadi seperti mereka. So, better aku jarakkan diri sejauh mungkin.
Yeah, senyap, jarakkan diri tapi perform.
Thursday, October 19, 2017
Planting Seeds In The Same Spot Every Day
Aku pun sangat syukur sebab sekarang cepat aku ni move on dengan sesuatu perkara... macam ni ha.. USD100 tu.. aku memang dah dapat get rid sepenuhnya...
Satu lagi.. aku sendiri sangat gemar dengan sikap aku yang maha demokratik sekarang.. Aku sangat tak macam dulu.. aku tak bagitau apa yang orang perlu buat dalam life mereka and sangat ok sekiranya orang tak ikut cakap aku...
And sekarang aku melatih diri untuk semakin tak kisah kalau orang tak minat nak dengar cerita aku... Cuma kalau ada yang berminat... Alhamdulillah... tak minat.. pun Alhamdulillah...
Yay!!! Sonok... Itulah akibat salu berjalan.. memang tiap kali aku balik dari travel.. memang jiwa aku jadik bertambah.. tambah apa yer.. aku rasa.. happy kot.. yeah that's it.. takde grudge.. takde marah.. takde kecil hati.. aku just happy..
Siem Reap
Monday, September 25, 2017
GE14
Ni aku letak menda ni sebab tak lama lagi nak PRU-14.. Sebab tu hari aku lepak warong Pak Abu.. memang dia dok sembang Tok Jib banyak sangat curah duit kat Indians.. lepas keciwa dengan Chinese dalam PRU lepas.. and lepas orang Melayu pun suam-suam kuku nyokong BN.. Maka Tok Jib pun tabur duit... paling senang kat Sekolah Tamil.. kat Seri Sendayan.. Sekolah Tamil nyer ada LAMPU LIMPAH tau kat padangnya.. hebat kan?? Cash is king.. duit ni minyak pelincir. |
Rindu banget aku pada Emak.. Emak still kurang tido sekarang.. cemana eh. |
Ini murtabak makan kat Pekan.. Aku bawak member aku jalan sempena hari jadinya.. sian dia.. so, aku bawaklah dia makan sini. |
Sunday, September 24, 2017
Rayau
Masjid kat Lipis, kampung Siti Nurhaliza |
Ah ha.. tengok tu.. PAS punya slogan.. SEJAHTERA BERSAMA ISLAM.. Aku rasa sentimen terhadap PAS di Terengganu berbeza daripada sentimen terhadap PAS di peringkat nasional. |
Aku suka Kertih. Haha. |
Bantal
Beli kat U.S. rasanya kat KMart.. nak kena bakau dah... sedih.. one by one barang kena let go.. tapi mesti move on.. Kat kampung.. aku just spend masa kat kampung. Tak wat apa pun.. just lepak.
Wednesday, September 20, 2017
Gua Musang
Aku sampai kelas epjj kampus Bandaraya Melaka tersangat awal.. Mati-mati aku ingatkan kelas mula 10.15.. rupanya 11.15.. sudahlah malam tadi aku tak cukup tido..
Alhamdulillah.. semuanya berjalan lanca sekarang.. Orang Melaka sebut lancar.. as lanca.. bukan lancau... huhu..
Aku rasa inilah semester yang paling aku organized dalam hidup.. cakap pasal life.. bila kenang balik.. nearly 10 tahun life aku amburadul..
Haah.. sejak aku duduk Kedah.. messy betul... bila sambung study.. pun jadik lagi teruk...
Tapi sekarang semuanya dah sangat sangat sangat OK. Tak tau nak aku gambarkan keokayan aku tu.
Ohya, tu hari mantan biz partner aku masa kat Kedah dulu ada text thru WhatsApp.. huhu.. nak pinjam duit.. RM200.. Aku tak kasik.. teringin sangat nak membantu... tapi tak boleh.
Aku memang takde rasa apa.. marah ke.. dendam ker.. takde rasa dia salah ker.. memang takde.. in fact... aku takde rasa dia berdosa pada aku... and aku plak.pernah mintak maaf pada dia... so, basically, kami 0-0 lah...
Cumanya aku tak mau ada apa-apa langsung deal dengan dia.. unless dia nak kasik duit sama aku... tu lain cerita la..
Maka, aku dengan sewenangnya blocked dia masa dia sedang merayu nak pinjam duit...
Pas block tu terasa nak unblock untuk bagitau dia yang jangan kontek aku langsung.. tak kisahlah masa tu ko jutawan ker.. hartawan ker.. aku tanak berkomunikasi langsung dengan ko.. unless ko nak kasik duit kat aku... tapi tak terbuat plak.. jadi malas lak... menda tu sket jer.. tapi sebab memang aku tanak berinteraksi langsung sama dia lagi.. maka takde ler aku wat.
Hmmmm.. bosannya kisah...
Jom aku cer pasal menda lain... tu hari.. entah sipolan mana forward kat aku.. quiz tentang diri aku sendiri... ada satu soklan ni.. dia bagi options.. antara fixing the past and duit.. rasa dalam.sejuta dollar Amerika..
Students dah masuk kelas.
Aku nak sambung tulis entry ni.. tapi aku rasa biarkan jelah macam ni.
Friday, September 8, 2017
Minimalism
Ini beg cerruti.. tak tau nak kasik sapa.. Ini dari aku kat US lagi ni.. beli perfume dapat beg ni ha. Era tu orang muda pakai beg cenggini. |
Thursday, September 7, 2017
Ribut
Ni Ati warded.. sebab nak rawat telinga dia yang masuk air. Kesian dia.. Sure dia tak selesa duduk kat pet clinic tu.
Aku meluat betul dengan Vet nama Emelia dengan assistant dia tu. Diorang ni takde soft-skill. Sok aku nak tanya dia grad mana. Dia salu buruk sangka dengan statement aku. Dah lah tu, suka-suka panggil aku abang. Aku lagi suka orang panggil aku Encik, Mr. or Sir.
Bab 4 ni tak habis-habis lagi ni.. and masih kat 4.2 Perhubungan Politik oleh Pakatan Rakyat.. huhu.. lama nau.. PR dah musnah jadik PH pun.. PRU-14 pun dah nak menjelang, tesis aku masih lagi dalam progress
Aku baru ternengok Shila Amzah nya klip kat YouTube nyanyi lagu Mandarin... Habit aku sekarang suka dok baca comments kat YouTube.. the best part aku jumpa sorang dari Sinkiang or Xinjiang suruh dia pindah sana untuk conquer Muslim World of China.. besau gak pengaruh dia ni..
Inspiring betul la Minah ni.. Ini kalau PH especially DAP kalau dapat pujuk N.D. Lala yang memang terkenal UMNO totoknya tu sure boleh bantu kempen PH dalam PRU-14 kelak.
Tapi takyah le involve dalam potik mesia ni.. She should be a UN ambassador.. Rasanya impact dia ni besau and dah patut jadik headline news... Yuna tu tak berapa sangat.. sebab US memang is a land of opportunity... yang ni memang betul-betul odd... memang betul-betul pelik.. cemana leh penetrate China.. communist China.. mainland China.. kalau ikut kat Mesia ni.. orang Melayu ni nengok Cina kat mana pun sama.. Chauvinistic.. tapi ngapa pompuan pakai tudung leh success kat China.. apa lebihnya dia?
BTW.. cakap pasal tudung.. aku rasa guna jelah perkataan tudung tu.. ini tak.. hijab... basmallah pun tonggak tebalik ko nak guna perkataan Arab.. letih... kan best.. "I used to wear tudung..." "I want to buy a tudung..." "Duck tudung is my fav"... apa lagi?? Ini konon.. hijabista.. yuck.. nak muntah...
Apa lagi aku nak tulis ni?? Oh.. ada satu buku ni.. A Short History of the Middle East by Gordon Kerr.. best.. barulah lagi clear pemahaman aku pasal that region. Part yang aku ialah Ottoman Empire pada mulanya tak guna istilah CALIPH... 500 tahun tak guna rupanya.. diorang guna SULTAN... 100 tahun terakhir tu ler baru Sultannya guna title tu.. Maksudnya Islamic World take Khalifah selama 500 tahun.
Haha... maka teringatlah aku ada sorang member ni.. PAS totok betul.. pada dia Islamic Resurgence ialah nak revive Caliphate System.. Cemana Tu?
Oh pastu ada sikit pasal Wahabi Movement.. aku cukup geram betul dengan kalangan yang ngata Wahabi ni Syiah.. Pastu bila Syiah jer mula la dia dok tengok apa yang beza dengan dia banding nengok persamaannya.. Macam biasa nak tuduh orang sesat.. tah habis-habis.
Pasal Ribut kat atas tu.. aku dapat tau HURRICANE IRMA sudah muncul di Caribbean Sea.. Maka aku teringatlah akan terma-tema lain yang bersangkut paut dengan ribut... Monsoon... Tornado..Cyclone.. Typhoon..
Ha.. basically, ribut besau yang ada pusau tengah tu kalau muncul kat Atlantic.. salunya kat Caribbean or Gulf of Mexico... namanya HURRICANE.. Salu kena kat tenggara US le..
Kalau muncul kat Pacific... namanya TYPHOON.. dalam bahasa Melayu.. topan kot... Salu nya memang nyerang Filipina (teringat Philips the Arab... patut orang Filipina tukau nama negaranya ni.. itu foreign term.. kih kih kih... kalau lah aku ni Professor Ulung Di Raja.. memang aku cadangkan kat Duterte.. tapi apakan daya.. kita ni genius tapi kita sendiri je yang tau..). Nyerang Taiwan.. Okinawa... mainland Jepun.. tak sure...
CYCLONE plak untuk fenomena yang sama tapi jadik kat Lautan Hindi... salu nyerang Sri Lanka kot.. aku tak sure.. sebab tak salu banding Hurricane and Typhoon..
Pastu TORNADO.. ini puting beliung atas tanah.. ini kat US ler... Dulu tah cite apa kononya duduk dalam pusat ribut tu.. aku tertarik betul.
Tah bila aku dapat satu ungkapan... ATTITUDE THE WAY TO ALTITUDE... Do I have that attitude???
Malasnya.. aku ni rasa nak berjalan and baca buku jer.. aku bebenaunya malas tol nak menulis ke hapa.. just travel and read books... huhuhuhu
Kalau bersyarah ok gak.. tapi malas nak buat research tah hapa ke jadah ni.... BOSANNNNNN...
Tapi telan jelah.. telan tu lah is the attitude yang akan bawak aku ke altitud tinggi... Ini aku terbayangkan Lhasa.. Bilalah nak gi sana.. May be tunggu Shila Amzah buat konser kat sana barulah aku pergi.
Wednesday, August 30, 2017
Cape Town
Tuesday, August 29, 2017
Burkina Faso
Aku suka banget dengan rupa paras truck ni.. comel gila.. Bila lagi nak gi travel ni.. kalaulah PhD dah habis.. memang tiap bulan aku keluar Mesia. |
Ha.. tu 111 pingat emas.. yang dapatkannya was Azizul Hasni Awang... masa aku kecik-kecik kalau lumba beskal ni memang M. Kumaresan lah.. sekarang dah tak dengau nama tu.. BTW tu hari ada Nurul Huda Abdullah appeared on TV.. aku sangat mengidolakan dia sampai sekarang. |
Inilah Yangon.. tengok keta cantik-cantik.. tapi persekitaran belum lagi... Tapi aku syak kejap je ni.. dalam masa 5 tahun lagi.. datang.. memang banyak berubah. |
Monday, August 28, 2017
SEA Games
BTW, baru jap tadi Azizul Hasni Awang baru dapatkan medal ke 111 for Malaysia.. Inilah SEA Games yang aku macam semangat sikit nak ikut.. Kalau lah dah abis wat tesis ni memang aku dok depan TV jelah.
Aku pelik tengok prestasi Indonesia sekarang tak macam dedulu.. Dulu hebat sungguh.. era Suharto.. tak kira sapa host sure diorang je bolot... alasannya kalau tanya orang dewasa waktu tu.. katanya sebab Indonesia ramai population... Tapi kenapa sekarang tak lagi? Aku perasan since democratized Indonesianya prestasi sukan merudum teruk. Ada kaitan ke antara democratization dengan sukan??? Salu kalau democratize segalanya akan meningkat.. terutamanya ekonomi and standard of living.. tapi kenapa performance sports leh merosot? Peliklah.
Narrowcasting
Sunday, August 27, 2017
Koryo Saram
Oh.. pasal pasang impian nak jadi vlogger tu.. kena ada kemera kot... wat masa ni lom boleh lagi... and kalau jadi vlogger pun takleh nak tunjuk muka.. hahaha.. huduh.. tapi sukurlah apa yang ada.. asalkan masih sihat... cukuplah..
Friday, August 25, 2017
67 Pingat Emas
Shwedagon
Emak tengah breakfast, tunggu Ayah.. karang diorang keluar gi Jasin. Aku sentiasa rindu Emak.. Tapi sebab buat tesis aku tak boleh balik selalu. |
Inilah notes yang buat aku paham tentang politik Myanmar. Aku sangat beruntung dapat jumpa minah owner restaurant ni. BTW ada kengkawan yang aku pasan pikir aku ni pergi berjalan sebab aku nak cuti-cuti Malaysia.. nak sonok-sonok... Quasi truth ya.. No, please jangan samakan aku dengan orang lain atau kengkorang.. Tabiat travel aku sangat lain... Apa yang aku suka selalunya orang lain tak suka.. and apa yang kebanyakan orang suka.. aku tak berapa nak gemar... Aku tak shopping.. even kat parents and adik beradik pun aku tak beli... So, basically, hadiah aku bila balik Mesia is my stories.. kisah travel and information yang aku dapat pasal negara tu... Too bad kalau tak bertanya maksudnya takdelah dapat hadiah dari tempat yang aku lawati tu.. your keychains and fridge magnets are my stories.. Aku sangat appreciate info yang aku dapat dan experience aku sepanjang aku berjalan.. Aku treasurenya sangat-sangat.. So, pada aku kalau orang tu takleh hargai kisah pengalaman aku.. maksudnya orang tersebut tidak menghargai aku... yelah.. tak meningkat pun pendapatan bulanan dengan dengau citer aku... Arghh takyah pikirlah.. |
Aku bila tengok je Shwedagon temple.. aku dah rasa.. that's it.. I've seen enough Buddhas and pagodas.. dah tak larat lagi.. yang ni besau nyer.. nak je aku kopek emas tu. |
Inilah Shwedagon Pagoda yang aku nak tengok dari kecik lagi. Aku rasa dalam artikel Astora Jabat kot yang bercerita pasal Burma... Utusan Malaysia zaman dedulu memang bagus... basically it has been Myanmar for many-many-many years.. Burma is a western term for Myanmar.. samalah macam Malay for Melayu... Cuma tah bila 90-an kalau tak silap Junta lahanat tu made Myanmar known to the world... Lain example is Greece.. kalau term Greek nya is Ellas... or Hungary for Magyar... or CYMRU untuk WALES.. |
Wednesday, August 23, 2017
Zulhijjah
So, Aku azam tanak cer sangat lagi supaya aku banyak modal nak cer kat sini. Huhu..
Aku nak share satu menda ni.. dah lama tapi tak tershare.. so before balik kampung ni aku rasa dah masa nya. Ini macam merungut sikit lah... tapi bukan.. entahlah.. ikut masing-masing yang menapsirnye..
Ni haa...aku rasa.. ramai orang pikir aku ni kaya dan banyak duit... part sedihnya ialah.. yelah bila orang pikir kita ni berduit macam-macamlah... korang pun paham kan.. Cuma tulah aku boleh menyumbang or kasik pinjam or belanja ikut kemampuan semasa aku... kadang geram gak.. tapi persepsi orang tu aku pikir suatu doa.. yelah.. orang pikir kita ni banyak nau duit.. mana tahu kot Allah pun betul-betul kasik aku duit banyak-banyak....
Ada satu hari ni.. tengah meronda... member aku ada dok sebelah.. aku drebar.. dia pasenjir.. itu Ayah aku tau nyebut pasenjir.. ni patut leh masuk kamus dewan.. yelah it sounds very Malay... So tak salah ek kalau perkataan passenger tu di bawak masuk dalam bahasa Melayu...
Masa meronda tu.. aku teringat salah satu faktor yang sebabkan aku kuat sangat nak berjalan dan sangat terer geography... faktornya is Emak sakit masuk University Hospital.. Sekarang ni UM Medical Center... Yelah zaman tu Hiway PLUS takde... ada... tapi takat dari exit PD sampai ke Jalan Syed Putra... dan sambung dengan Federal Hiway... Sebab Emak kat situ maka Ayah bawah kitorang ke KL tiap weekend.... penat... and bila aku pikir sekarang... hmmm penat gak tu sebab aku ni pun dah mula merasa penat salu ulang alik Somban-Jasin.... penat walaupun keter ada ekon.. walaupun lalu hiway... walaupun jalan kampung dah lurus.. tak banyak selekoh macam dulu...
Masa meronda tu.... masuk Felda Sendayan... Selain teringat Siti Nordiana and siap nak carik umah dia tapi tak jumpa... Aku teringat Ayah yang suka nak try 'jalan lama' dari Somban ke KL.. Aku tak suka.. sebab bila ikut jalan lama.. salu akan sesat.. tapi taklah sesat benau... lalu Mantin, Semenyih, Cheras... Tapi salu ikut jalan lama waktu balik dari UH..
Hmmm dah lebih seminggu aku tak balik kampung.. rindu kat Emak.. tapi tulah.. banyak nau keje.. BTW aku pelik bila nengok ada colleagues yang beriya betul kerja sampai kan melewati weekends.. tak balik kampung ke? Tak rindu mak ayah ke??? Memang ada sorang tu nampak macam berjaya... tapi aku kesian kat dia.... kesian... kenapa tak balik??? Mak bapak ko benci ko ke??? Or ko rasa diorang tak penting.. entahlah.. masing-masing berpegang pada values yang berbeza... mungkin pentingkan mak bapak tak universal kot.
Oh.. aku banyak nak citer pasal Myanmar.. tapi nantilah aku ingatkan satu-satu... Aku sebenaunya sangat nak ke Sri Lanka.. may be kena ke Kandy.. naik ketapi.. Or ke Jaffna... bila lah agaknya ek.... Bulan sepuluh ni ke Siem Reap.. aku tak excited sangat... tapi should be ok kot.. apapun aku paling miss Luang Prabang... aku rasa later ke Myanmar memang aku kena pergi Mandalay... Ohya.. kena pergi Davao jugalah.. aku macam nak cari member kat Davao... cariklah kat Facebook or mana-mana...tapi takut plak aku... sebab aku wajib keluar kota.. satu pasal trip Yangon tu.. Aku cirit sampai tak sempat keluar kota... Davao ni aku akan pastikan.
Tuesday, August 22, 2017
Bab III
Tak sangka aku berjaya meet dateline yang aku tetapkan sendiri. Lega ada, bangga pun ada. Mintak-mintak Bab 4 aku boleh siapkan dalam masa sebulan. Maksudnya 2 minggu after Raya Haji sudah siap modify Bab 4.
Memang betul aku pulon kali ni. Aku nak 'sempurna' thesis writing sebelum New Year 2018.
Aku rindu gila kat Emak, weekend lepas tak balik sebab nak nyudah kan Bab 3 ni. Harap family pahamlah situasi aku sekarang. Kalu ikut hati nak je balik tapi ngenang 'sket' je lagi nak siap, maka aku teruskan bertapa kat Dayan. In fact, masa buat kije aku always ingat Emak. Susah kot nak mengira detik yang aku tak teringatkan beliau.
Banyak yang aku nak cerita, tapi lately bila nak cerita kat sini aku jadi blank. May be sebab otak memang dah terlalu focus on thesis so nak divert kepada menda lain dah payah.
Aku baru bangun lepas tido lepas Subuh.. kena ke ILD. Huhu.
Tuesday, August 15, 2017
Republic
Tuesday, August 1, 2017
Malas
Aku lately tak boleh buat apa. Aku rasa nak quit. Rasa bengap nau.. rasa tak layak buat phd.. rasa tak layak untuk berjaya. Aku jadi terlalu pemalas. Nak tido saja. Aku tak mampu. Tadi SV aku called. Marah-marah.. aku tau dia marah untuk kebaikan aku.. tapi memang aku tak mampu nak buat apa.. nak baca buku pun aku tak boleh sekarang. Tak tahu kenapa.
Sunday, July 2, 2017
YIS
Huhuhu.. tadi aku terbukak OASIS maka tertengoklah Prof. yang buat lasic tu.. ohh Muhaya.. dia cakap pasal Yakin Ikhlas and Syukur.. Yakin aku lupa cemana caranya.. tapi yang ikhlas aku ingat.. nak ikhlas kena letak pengharapan pada Allah saja.. pastu bila buat baik kena tak harap langsung balasan.. pastu langsung tak bagitau or ungkit segala jasa or budi baik kita.. kiranya sorok kebaikan kita macam kita sorok keaiban kita sendiri... cenggitu sekali.. dia cakap kalau yakin.. kita akan jadi berani.. kalai ikhlas kita akan jadi.. alamak tak ingat.. then kalau syukur kita akan jadi sangat bahagia... best. Aku nak try habis-habisan lah.. tengok apa jadi bila kita jadi cenggitu.
Saturday, July 1, 2017
Puasa Enam
So, bila acap kali begini... aku mula re-assess keperluan ada company bila jalan-jalan... Apa perlunya ada teman berjalan kalau merasa seperti berjalan sorang???