Tah hapa-hapa aku tulis...
Pengaliran maklumat
tanpa henti dan bebas di media sosial menjadi teras keterbukaan politik yang
serasi dengan idealisme politik baru.
Oleh kerana itu teknologi yang datang dari Barat ini memang begitu intim
dengan sosio-politik negara maju. Media
sosial dan Internet bukan sekadar satu lagi medium perhubungan, dan bukan juga
gudang penyimpan maklumat, ia adalah kehidupan.
Justeru, peranan media sosial di negara maju melangkaui politik pilihan
raya kerana demokrasi bukan sekadar tentang pilihan raya, demokrasi adalah
suatu kehidupan yang berterusan yang penuh interaksi di antara setiap aktor politik
dalam sesebuah politi. Oleh kerana itu,
media sosial bukan saja menjadi platform kegiatan politik yang berkesan, tetapi
berperanan hebat sebagai entiti yang mempengaruhi tingkah laku dan hala tuju
sesebuah politi.
No comments:
Post a Comment