Sunday, November 13, 2016

Abstract

Aku seharian buat abstrak. Tak tahulah elok ke tidak.. Yang pasti aku yakin makin elok. Aku pasrah saja.. RDR... Redah dan Redha.. or mungkin RnR

Aku rasa makin bijak cara aku menstruktur cara berpikir. Apa lagi yer? 

Aku risaukan Emak dan Ayah kat kampung, tapi aku pulun siapkan kerja ini pun kerana mereka. Aku really mahu banggakan mereka. 

Aku pun mahu siapkan PhD ini untuk khalayak yang tak putus-putus percayakan aku dan terus beri peluang kepada aku... InshaAllah aku akan extremely berjaya.. hahahaha

Tak pernah dalam hidup aku sangat bekerja keras seperti sekarang. Sering tertanya. Mampukah aku? 

USPE (US Presidential Election) yang tuhari sangat menginspirasikan. Hillary sebab beliau sangat berkeinginan dan bekerja keras. Pada aku beliau sudah sangat berjaya walaupun tak dapat lepak di Oval Opis. 

Trump plak sebab beliau tak peduli.. lantak apa orang mau cakap.. menangnya beliau buat aku kembali percaya pada phrase "just be yourself." Lagipun kalau sapa really kenal aku.. or pernah masuk kelas aku.. leh nampak banyak persamaan aku dengan Trump.. kih kih kih.

Menangnya beliau juga buat aku percaya kepada memberi peluang dan menolong walaupun personaliti orang yang ingin ditolongi diragui kemampuannya untuk mengotakan apa yang dijanji.

Macam aku, kalaulah aku tak diberi peluang.. dan tak ditolongi.. tak mampu aku berada di sini lagi.. Aku memang sudah jatuh.. aku memang sudah lebih dari terduduk.. tapi Allah dan insan-insan yang berhati mulia hadir menolong dari pelbagai segi... 

Semoga Allah permudahkan perjalanan hidup terutama kesihatan.. kewarasan.. kewangan. kerjaya supaya aku boleh menolong orang-orang disekeliling.

Ya Allah.. copeklah kitorang leh poi Kembara Tungus.. hahaha.. itu panggilan tuk Trans-Siberian... 

3 comments:

  1. Bangga dengan semangat awak. Never say never ok! Teruskan berusaha. Miracles do happen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.. masih ada orang yang baca blog ek.. ingat takde

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete