Aku di opis. Hari ini sudah start pulun segalanya. Yeah, segalanya. Bila memulun seringkali beremosi. Bila beremosi maka blog yang takde audience ini.. or kalau ada pun very limited.. platform yang makin tidak popular ini adalah yang terbaik untuk aku berekspresi.
Alhamdulillah tadi berjaya buat 20 laps which aku rasa cukup for today. Esok inshaAllah mahu masuk gym.. lari kat treadmill dalam setengah jam pastu swimming 20 laps. Aku mesti kurangkan berat badan. Terpaksa, kalau tidak susah nak buat aktiviti yang suka aku buat.
Tak boleh tunggu selesai study baru nak exercise. Kena seiring. Aku mencuba sahaja.. Aku doa, aku consistent dan berjaya dapat berat badan yang ideal.
Banyak perkara buat aku down lately.. banyak perkara yang buat aku risau. Banyak manusia juga yang buat hati aku terasa. Tapi begitulah, aku rasa I am not in a position to say anything. Bila curah rasa, sering aku dilukakan semula. Tak tahu nak buat bagaimana.
Aku berusaha juga mengadu pada Allah, cuma cara Allah sampaikan mesej sering susah aku nak fahami.. Tu lah.. aku mohon Allah terus beri petunjuk pada aku... mohon pada Allah dekatkan pada aku dengan orang-orang yang baik... jauhkan aku daripada orang-orang yang keep on hurting me... pastu mudahkan perjalanan aku.. pastu aku doa Allah buka pintu hati orang di sekeliling aku supaya boleh empathize.. supaya tak lukakan hati aku secara direct or indirect.. juga supaya takde bad intentions on me... kalau ada tolong pergi jauh.... sebab aku dah tak mampu...
Aku bersyukur, ramai yang jaga hati aku.. tapi ada juga yang sewenang.. yang semberono dalam kata-kata. Ada yang kata cabaran yang aku lalui tak hebat.. mungkin benar, aku saja yang fikir segalanya berat.
Aku sedar yang aku dalam denial... Aku pura-pura yang aku kuat... padahal aku cukup dah tak larat.. aku diasak dari berbagai sudut. Aku dapat sokongan padu dari ramai orang.. tapi aku tak dapat sokongan padu dari orang yang paling aku harapkan boleh beri sokongan yang tak berbelah bagi itu...
Aku selalu bagitau diri.. aku tak boleh merungut dengan kehidupan.. tapi that conduct macam aku menyimpan dalam. That behavior macam aku menafikan apa yang ada dalam hati aku... itu suatu penafian... Perlu ke aku fake kan perasaan aku?
Gembira aku pura-pura... aku merintih.. merana... dan aku rasa seolah aku melarat sekarang. Pedih... terlalu pedih... Aku keep on telling myself.. "Semua akan ok... percayalah..."
Walhal aku tak ok.. Aku seperti mahu berhenti berjuang. Aku just mahu mengaku yang aku tidak ok dengan keadaan sekarang... aku mahu bagitau orang-orang yang layan aku seperti sampah sarap.. yang aku tak kuat nak hadap...
Aku just mahu merayu... layanlah aku dengan baik... Masuk syurga ke layan aku seperti aku takde maruah? Masuk neraka ke kalau layan aku dengan baik???? Tak cium bau syurga kah kalau aku dihargai??
Aku ni macam loji nuklear rosak... Aku macam Chernobyl.... mungkin juga macam Bhopal.
Tanjung Tuan |
Sate gemuk kat Satay Station di Port Dickson. Sate saja best, the rest tak best. |
Kat Pekan Satun |
Dari Satun terus ke Hatyai dengan insuran kereta takde. A good experience though. |
No comments:
Post a Comment