Thursday, July 11, 2019

Bakar Dalam

Aku burned out.
Aku terlalu penat. Aku nak balik kampung sekerap mungkin tetapi terlalu banyak kekangan. Kenapa orang keliling aku tak faham. Could you please give me some times to celebrate, to rest? Kenapalah begini?
Aku nak menangis. Aku nak mengadu. Mengadu pada Tuhan is the best, tapi kalau ada manusia yang boleh mendengar pun ok gak.
Cuma sekarang aku kena kuat saja, tak boleh lemah and tunjuk lemah walau seketika. Sebab aku rasa semua keliling aku lemah. Aku yang terkuat. Tapi aku penat nak bagitau aku mesti happy barulah aku kuat. Aku kena selalu balik kampung. Aku tak boleh duduk lama, tapi aku kena balik kerap.
Satu lagi please empathize me. Memang aku rasa aku ni superhuman. Tapi aku ada perasaan.

Tuesday, July 9, 2019

Post Doctoral

Ini kali pertama aku memblog after months of absence. Lega dah viva. Lega correction pun dah siap. Cuma tinggal nak hantar hard cover thesis sahaja.
Tapi aku terlalu stress sebab aku banyak betul artikel kena buat. Ada yang memang aku nak buat, anda pulak yang supervisor aku suruh.
Aku say yes to him. Malangnya, tajuk tu aku tak suka. Dia suruh tulis pasal freedom of speech and democracy dengan comparing Malaysia and Indonesia.
Bosan wei tajuk tu.
Aku bila tajuk aku tak berapa nak suka, maka payahlah jadinya.
Memang aku anggap ini sebagai training. Konon nak train diri supaya boleh tulis cepat.
Tapi keje aku banyak sangat. Aku sendiri kena tulis tiap minggu di The Malaysian Insight.
Alhamdulillah berbayar. Tapi itulah kerja dah banyak sangat. Aku terlalu penat.
Entahlah, tak elok merungut.
Tapi aku seriously penat. Tak cukup tidur.
Mintak mintak Allah kasik aku ilham mencurah-curah.
Memang itu beban, tapi itulah juga rezeki.

Tuesday, February 26, 2019

Pundek

Aku rasa aku tak mahu jadi orang lain. So, aku nak menyumpah, aku punya pasal.

Babi betul lah. Aku tahu apa sebab aku takleh nak express. Sebabnya ialah drama bangang kat TV3 tu. Volume tv tu agak kuat. Dulu kalau bising takde hal sangat. Ini plak tak boleh.

Aku nak cuba marah sebenaunya ni. Sebab tadi aku cuba sedih. Tapi tak menjadi.

Okaylah. Aku surrender. Aku nak cerita pasal happynya aku bila aku nyer artikel kuar kat The Malaysian Insight. Pastu  petang tadi, reporter from that portal called aku. Bertanya pasal pandangan aku tentang politik Mesia. Fuhh seronok rasanya. It serves my ego.

Tak lama lagi viva. Aku jenis manusia yang tak prepare apa. Aku tak suka berskrip. Tapi kali ni aku mengalah. So aku pun buat skrip. Aku plan nak hafal. Caranya baca sebanyak 40 kali berturut-turut. Maka pastu melekat kat kepala hotak.

Ohya, reporter tadi dok tanya pasal PRK Semenyih. Aku mixed feelings dengan PRK ni. Dalam rasa bosan ada rasa excited. Kih kih kih.

Aku kena blah. Aku kat opis ni.

Oh bukan blah balik umah, tapi nak wat artikel. Ini gonna be my second article for this 2019. This time dalam English.

Aku tahun ni memang gila babi kerja keras. Entahlah, aku memang bukan jenis manusia yang lewa. Try lewa, tapi memang tak menjadi. Aku memang kena beriyer.

Huhu.

La lupa aku plan nak ada entry every day kat sini. Sebab aku takde toxic handler. Aku noticed, aku saja mendengar, tapi orang tak boleh mendengar cerita-cerita aku dan tidak benar-benar focus on me bila berbicara. Aku cerita saja, nanti orang jump to another story. Salu jadi, patut aku story kisah aku tapi at last jadi kisah dia. Adoi.

Paling irritated bila aku nak orang tu dengar tapi at last orang tu nasihat. Aku tak mintak nasihat.. aku just nak you dengar. Tu je.

Tapi itulah jenis manusia-manusia yang rapat dengan aku. Tak siapa boleh jadi my toxic handler. So, aku terima qada dan qadar Ilahi ini.  So,  sebab itu aku kena menulis kat sini tiap hari.

Untuk apa? Entahlah, mungkin to remain sane dan tak perlu maki-maki or berjauh hati dengan mereka ni.

Huhu.

Kena mara.

Pergi Mampos

Aku teramat sangat nak express betapa sedihnya aku rasa. Tapi tak boleh. Ini macam an asthmatic person nak menghela nafas. Macam nak berak, tapi  taik ya ampun terlalu keras. Nak duduk tapi lubang buntut berbunga  sebab buasir.

Ramai tak paham, and aku pun tak memaksa sesiapa faham. Tetapi alangkah indahnya kalau ada yang faham.

Tak boleh lah. Ingatkan boleh tulis sesedih dulu. Agaknya  betul segala kesedihan itu dah hilang. Atau mungkin aku sendiri yang tak mampu untuk sedih lagi.

Hu hu hu.


Thursday, January 31, 2019

Nak Kurus

Aku tak perasan ini hari ke berapa aku lepak umah Cik Pid. Aku yakin blog ini dah takde reader sebab aku dah lama nau tak update. Even post mortem 2019 pun aku tak buat. Bila aku reflect maka baharulah perasan 2018 tahun amburadul dan aku mulakan tahun 2018 dengan drama paling hebat. Ini lebih tragis berbanding 2015, lebih menyayat hati berbanding 2016 dan lebih menggilakan berbanding siri 2018. Bayangkanlah, makin nak habis PhD drama itu makin banyak.

Aku bersyukur dengan setiap episod. Ini kerana setiap episod ada perkara bagaru yang belajar. In fact, setiap drama menyebabkan family kami kembali bersatu. Aku cukup bersyukur dengan itu.

Aku teruk kena marah. Apa tidaknya umur menjangkau 43 tahun tapi sekali imbas bagaikan 23 tahun gelagatnya. Maka aku pun buat beberapa azam yang tak tahulah dapat capai ke tidak sebab aku mahu relax dalam segalanya. Buat dan tempuhi sesuatu perkara dalam keadaan yang amat calm.

Contohnya macam aku quit smoking dulu. Tapi memang aku tak pernahlah smoke sampai dua kotak sehari, malah tak pernah smoke sampai lebih sekotak. Selalu bila balik kampung memang tak smoke at all. Tapi aku yakin perkara tu ‘rasa’ susah or derita nak buat sebab aku dah smoke lebih dari 10 tahun. So, apa yang terjadi pada suatu hari aku nak beli rokok kat 7-Eleven, aku renung harganya dan terus berlalu. Tahun 2017 rasanya. Aku tak set apa-apa. Tak plan, tak berazam, tak bersungguh. But it was done. Maka aku yakin aku mampu lakukan perkara lain dengan konsep lewa ini. We don’t think too much about it, tapi hasilnya luar biasa.

Maka inilah yang cuba aku terapkan untuk mission terkini. Walau lewa, mission kena ada. Tapi proses tu lewa. Ini aku share, mission untuk kurus sampai 97kg. Lelemak ini ialah by-product of quit smoking. Tapi takpe kali ni akan ku tempuh dengan bersahaja!

Wednesday, January 30, 2019

Burit Tumbuh Bunga

Dah few days aku menderita sakit bontot. Bukan kerana diliwati tapi sebab kena buasir. Ini first time dalam life aku kena. Ya ampun. Memang menyiksakan. Aku solat pun kena guna kerusi. Sebab kalau duduk in between sujud or tahiyat memang tak tahan terhentak. Mulanya aku kena sembelit sebab asik minum air teh. Pagi teh, siang teh, sebelum tidur pun teh. Aku pulak sedang duduk rumah kakak aku, rumah dia takde hose yang boleh pump anus tu. So aku rasa macam ada tahi tertinggal kat bontot. Aku bayangkan tahi keras yang ala-ala tahi kambing tu. Rupanya bila pump bukan. Ternyata dinding anusku sudah membengkang. Oh hanya Allah sahaja yang tahu kerisauan ini. Apa lagi agaknya dosa aku atas dunia yang fana ini hingga begini dugaan ku alami. Serius, memang a real pain in the ass. Alamak bapak aku datang. Datang mengadu. Aku ni toxic handler kenalah dengar.

Monday, October 15, 2018

Anwar Ibrahim Masuk Dewan Rakyat

Dalam pada marah dan mual dengan ramai manusia, aku happy sebab DSAI akhirnya kembali ke Dewan Rakyat. Aku kalau boleh hari ini angkat sumpah, esok beliau menjadi PM.

Aku doa beliau jadi PM sesegera mungkin. Malaysia needs him.

Seperkara tentang beliau yang buat aku sangat inspired ialah 5 bulan lepas beliau dalam penjara, hari ini beliau dalam parlimen. Siapa boleh jangka nasib seseorang boleh bertukar dengan sekelip mata.

Satu lagi ialah his perseverance and determination. Cukup aku sanjung tinggi. Yer, menda yang aku lacking rasanya.

Aku sedang undertake a project. A long-term project. Aku yakin boleh berjaya. Anwar nak jadi PM, Anwar nak partinya menang dalam GE ambil masa 20 tahun. Dari 1998 sampailah 2008. Aku yakin aku mampu jayakan project tu.

Project ini memang exciting. It becomes a diversion for me. The project untuk kepuasan diri aku sendiri. Ianya bukan untuk memuaskan hati orang lain and far from fulfilling others' expectations.

So far aku happy... yes sangat gembira and bahagia. 

Not Ready To Make Nice

Aku rasa macam senasib dengan Datuk Awie sebab ada perkara yang aku tak ingin berlaku di bulan ini. Actually bulan September yang amburadul, bukannya Oktober. Oktober is bulan yang begitu calm and lahirnya aku yang baharu.

Aku yang baharu ialah aku yang sangat marah. Aku yang baharu express kemarahannya. Aku yang baharu sangat berani. Aku yang baharu pasti ramai benci. Aku yang baharu tidak peduli!!!

Aku pernah takut jadi dibenci. Aku dulu mahu disukai, digemari. Kini tidak lagi. Kini bila dah tak boleh blah aku terus blah. Kini aku tak bercakap lagi sebab aku terus pergi. 

Basically aku sangat radical. Aku ditch those bitches yang tidak memahami aku, judgmental dan buat aku uncomfortable walaupun mereka inilah yang telah membantu aku selama ini. 

True, aku kini selfish, self-centered dan lupa diri seperti kacang lupakan kulit.

Mahu saja aku curhat lebih panjang, lebih lama. Tapi aku sudah tidak peduli.


Thursday, September 6, 2018

Angan-angan

Aku ada banyak impian.. Tapi bila aku muhasabah.. Aku rasa ada antaranya tak mungkin jadi kenyataan.. Lepaa banyak perkara yang berlaku lately.. Aku betul-betul patah hati...
Antara yang paling mengecewakan, aku kena buat banyak pembetulan kat tesis aku. Kalau boleh aku tak mau modify lagi. Tapi terpaksa... Tak tahulah apa yang tak kena lagi..
Tentang fakulti.. aku tanak campur lagi.. tanak buat apa dan tanak aktif.. datang ngajar and balik.. tu jer.. aku takkan kongsi idea lagi.
Begitu juga dengan orang-orang yang rapat dengan aku.. aku tak mau ada harapan lagi ke atas mereka.. kalau mereka nak tolong.. tolonglah.. kalau mereka tanak.. tak mengapa..
Even kalau nak sabo ke hapa.. kalau itu boleh buat anda happy.. teruskanlah.. Aku pun takde kacau life anda semua.. kalau korang nak siksa aku supaya aku mati segera.. aku tak kecik hati..
Aku hidup dalam sangsi.. dalam false happiness.. tapi takpelah.. kenalah aku fake it.. fake bahagia.. fake segalanya baik.. tak apa.
Pastu nak amek kesempatan ke atas aku pun.. buatlah.. jika itu buatkan korang happy.. nak fake depan aku pun.. buatlah..
Aku faham.
Tapi aku kena gak kawan dengan korang.. walaupun aku tahu hakikat sebenar.. takkan aku nak jadi kera sumbang kan?
Tulah.. semoga cepatlah aku dapat siapkan pembetulan tesis ni.. Lepas tu boleh focus pada perkara lain dlm hidup...
Aku tak merajuk.. aku cuma faham.. sedih pun ada... tapi takpe...
Satu lagi.. aku tak mau masuk TV lagi.. Aku tanak glamer.. Aku nak life yang very quiet..
Aku takkan demand apa-apa dan mengharapkan apa-apa lagi...
Aku tak mampu ubah kalian.. kalau sempat hidup sampai viva.. bolehlah aku ubah life.. tapi kalau tak sempat.... beginilah adanya..
I hate my life.. Aku hidup sebab Emak.. Ayah.. family.. itu pun tak tau diorang sayang betul ke kat aku.. Cuma yang pasti.. aku sangat sayang mereka..
Samalah juga dengan kengkawan aku.. they are all backstabbers.. even family pun.. mereka lebih tahu tentang aku banding aku tahu tentang diri aku..
Cuma ada kalanya aku tertanya-tanya.. kenapa kejam sangat?
Kepala aku sangat sakit.. hati aku setiap hari merintih... Entahlah.. mungkin untuk kebaikan aku juga.. Aku yang banyak tahu.. tapi tak tahu... Tapi aku sebenarnya tahu..
Aku selalu terpikir.. kenapa sampai hati... kenapa jahat sangat?? Kenapa marah sampai begitu sekali? kenapa dengki benar dengan aku?
Kenapa main-mainkan kasih sayang aku pada korang semua?
Maaf aku mesti hentikan gejala parasit ini... Once and for all.
Kalau tak kesian kat aku.. at least kesianlah kat emak.. Sihir.. Syirik.. kecurian.. penipuan.. sabotaj.. aduh... Tak paham kenapa semua ni terjadi..
Keluarga teruk berpecah hanya kerananya... Begitu juga dengan organisasi.
Aku tak mampu nak buat apa.. Aku cuma mampu merayu.. pulangkanlah... another thing.. please let me viva ASAP... bijak kalian.. aku lemah selagi aku belum dapat PhD.
Tapi kalau korang terus nak menyiksa aku... Aku doakan kalian ditunjukkan jalan yang lurus ke...
Ada part yang mungkin fiktif.. maksudnya gerak hati sahaja.. ada pula yang sememangnya benar.

Tuesday, August 28, 2018

Aku bosan

Posting infinity war tu lama dah. Before raya.. BTW raya puasa aku tak balik kampung. Apa yang aku pikir pun aku tak tau. Sedih betul. Tapi raya aji aku betul balik. Tapi itu pun esok tu balik somban dah sebab nak setelkan kije phd.

Marah

Aku sangat marah. Aku penat. Aku dah bosan kena mengadap tesis lagi. Ada lagi yang aku kena ubah and in fact asa yang aku kena tambah.

Semalam SV aku bgtau yang bab 2 tak menjadi, especially part Politik Baharu. Dia kata dari cara aku tulis nampak sangat aku tak paham what is politik baharu. Aku terlalu keciwa. Aku tahu lah!!!

Politik baharu ni idealisme, amalan, budaya, dan retoriknya adalah berasaskan prinsip-prinsip yang bersifat sejagat or universal. Ianya berbeza daripada politik lama yang berasaskan perkauman, agama, politik pembangunan dan penaungan. Satu lagi rakyat berada di titik tumpu. Perjuangannya merakyat dan segalanya kerana rakyat.

Tak tahulah bila nak move on... Aku seriously dah takde hati.. Aku bosan. Bosan dengan tesis.. bosan dengan dunia akademik.. bosan dengan politik Malaysia. Bosan dengan dunia.

Maka personal life aku jadi sangat bosan. Asik keje saja.. tak habis-habis. Aku sangat bengang. Aku nak ada masa swimming.. jogging... aku nak selalu balik kampung.

Sampai bila aku nak cenggini?

Monday, June 11, 2018

Malam Tujuh Likur

Aku kat opis ni.. pukul 12.02 am hari Senin.. lagi 4 hari nak Raya.. aku ada tercongok depan komputer... buat kerja. Ya Allah.. aku rasa sedih nak mampos...

Ni dah pukul 2.39 pagi 11 June 2018.... Aku rasa sangat tak confident dengan thesis aku.. rasa bangang.. bodoh.. bahlol.. semua ada.... Aku sedih...

Sedih lagi menyedihkan.. itulah aku.. or dalam bahasa omputihnya ialah pathetic...

Rasanya life aku ni penuh dengan kekejaman... Arghhh bengangnya!!!

Saturday, June 9, 2018

Sangkar

Ini tajuk satu lagu and tajuk album by anak Salamaiah Hassan.. apa namanya.. ohya Atilia.. Itu album memang sangat best.. muncul tahun 2007.. Masa tu aku baru pindah Kedah.. Ingat lagi Dr. N yang suruh aku pegi... aku ikut jer... aku memang jenis tak membantah.. tak reti melawan... susah sangat nak say no... tapi end up aku yang suffer... and pastu.. konon being positive.. and aku pun survivelah.

Bila pikirin... itulah permulaan aku membina sangkar... kerana rentetan itu semua ler yang buat menyangkar idop aku sampai sekarang.. Kerana itulah jugak aku buat PhD and aku pilih esvi sekarang.. sebab itulah gak aku... entahlah..

Aku bengang.. aku marah... taklah marah sesiapa.. cuma aku marah dengan diri aku sendiri... tapi aku pun dah bosan jadik self-blamer.. aku bosannnnnn!!!!!

Sejak pilihan raya sampai lah dah nak hari raya.. which gonna be a few days lagi, terlalu banyak menda yang berlaku.. bercampur-campur sebenarnya.. TWO extreme ends.. ada yang buat aku sangat happy.. macam menangnya PH.. and anak buah angkat aku kembali kontek aku lepas kena maki.... ada yang buat aku sangat marah.. macam proses aku untuk viva.. ada buat aku sangat menyesal.. macam aku jerit-jerit kat bapak aku yang dah berusia 80 tahun. Padahal aku bukanlah marah sangat kat beliau.. Aku lebih marah.. terlalu kesal.. terlalu kecewa.. terlalu hampa dengan kakak-kakak dan abang aku sendiri. Itu sebenarnya...

Memang aku marah dengan bapak aku yang sudah acap kali cakap kasar kat Emak aku yang dah pun disahkan ada Alzheimer.. tuhari dia cakap "kau ni pergi mampuslah," then "ko tu gila!!"

Anak lelaki mana yang mampu tahan bila Emak dia kena hina.. Pastu aku bengang mana-mana manusia yang dok sibuk nak bawak Emak masuk ward gila... Orang tua umur 76 tahun... ko nak masukkan dia dalam ward gila.. campur dengan pompuan meroyan tah mana... adoi.. pikir ler..

Pastu... korang boleh tak paham yang adik korang ni tengah buat PhD?? Aku tak sepandai mana.. buat PhD sangat demanding.. pastu esvi plak satu macam perangai... pastu aku kerja pun terlalu banyak.. susah aku nak explain.. susah aku nak buat korang faham.. aku just doa korang paham.. tapi korang tak pernah faham..

Yeah korang pun banyak hal masing-masing.. tapi leh tak tolong aku kejap ni.. tengok-tengokkan mak and ayah tu... and please jangan berkira... aku sangat tertekan... Please sket jer lagi.. InshaAllah lepas aku habis PhD.. rezeki kita semua melimpah ruah..

Aku tak paham.. apa ujian yang sedang aku alami sekarang? Aku tak tahan... Dengan esvi aku plak yang maintain being selfish.. apa lagi yang engkau nak dari aku???? Engkau nak jadi full professor.. ko dah dapat.. aku dah tolong kau... apa lagi????

Aku bengang. Ramadan tahun ni.. tak tau lah.. plan nak terawih bagai.. nak khatam quran buat kali kedua dalam idop.. tapi kelaut...

Keje aku banyak bertimbun.. tapi aku takleh nak buat...  Ini pun patutnya balik dari Bangi aku kena buat modify article.. tapi aku tak daya... aku rasa trapped... takleh nak wat apa..

Aku ada terpikir untuk tidak pulang raya... aku tak mau balik.. bukan aku tak sayang family aku.. bukan aku tak rindu.. tapi aku tak daya dah.. aku tak sekuat mana.

Aku sangat-sangat berharap sangkar yang selama ni memerangkap life aku dapat aku musnahkan..  I wanna be free... Aku nak merdeka.. Aku mahu menang.. Aku kena graduate segera.


Tuesday, May 1, 2018

Infinity War

Haha.. malam tadi aku nengok cite tu kat Palm Mall. Ok lah tengok dengan dua ekor member ni.
Tapi yang tak bestnya lepas tengok cerita yang sangat best ialah lepak Pelita dengan dua ekor ni. Sorrylah aku memang dah bosan yang teramat dengan sekor ni yang guna taktik reverse bragging.. aku tak ingat termnya.. aku dah googled.. humble bragging.. Boring la pundek!!! Bertahun kot aku ngadap perangai ko tu. That's it!! No more kuar dengan ko..
Aku takkan kuar dengan orang yang buat aku rimas.. uneasy.. annoyed.. enough is enough!!! Kimak.
Dia punya negative vibes tu.. adoihai.. sampai kan aku nak bangun tido pagi ni susah.. rasa penat semacam.. aku sampai tak jadi pergi swimming...
So, memang aku makin kenal diri aku.. yang aku pasan.. lagi satu ko jangan paksa-paksa sangat aku nak wat sesuatu.. aku rasa ramai je orang macam tu.. semalam member yang sekor ni call.. tanya nak tengok tak.. aku cakap laterlah.. aku busy.. aku nak swim.. aku esok nak swim lagi.. pastu nak siapkan spreadsheet.. lagipun aku dah plan dengan member lain untuk tengok cerita tu.. tapi sebab dok jerit-jerit.. maka aku pun say yes.. aku ni masih a pleaser..
Tapi tulah ni hari.. di labor day yang mulia ni.. aku kepenatan!!!!
Aku apppreciate sapa saja nak kawan nak lepak... nak sembang.. takde aku rasa tak lengkap.. aku sangat happy.. tapi ini soal energy.. nanti aku exhausted.. mohon paham... pastu tolonglah jangan ganggu masa swim aku. Aku nak sihat.. aku nak tenangkan fikiran.. aku nak kuruskan badan... so, hormatlah bila aku say no.
Sabtu lepas.. aku balik.. ni cerita lain sket.. aku bawak Emak.. pastu Cik Pid.. pergi makan kat DIMA restoren.. sonok sangat rasanya dapat kuar dengan Emak and kakak aku.. hepi betul.. Aku makin merasakan itulah yang mak aku mahukan... spending time with her.
Malam.. masa nak Isyak.. Aku masuk bilik emak nak amek sejadah.. pastu emak cakap beliau nak ikut.. dulu penah aku imamkan Emak solat tapi beliau lambat sangat.. dia tak ikut.. so, aku bagitau emak.. Emak kena ikut betul-betul aku.. pastu.. rupanya Cik Pid pun checked and aku pun baca pelan-pelan bacaan dalam solat.. haah.. mak ikut betul.. aku heppi betul.. pastu masa lepas doa.. salam.. aku cium mak semua.. pastu sambil peluk Emak bisik "Emak maafkan awak.. segala kesalahan awak." Aku sebak betul...
Apapun Sabtu lepas memang antara momen paling indah dalam life aku.. dapat imamkan Emak.. Emak plak dapat betul ikut.. and keampunan dari Emak.
Aku kalau boleh nak balik hari hari kampung... jumpa Emak.. tapi busy.. and energy aku lagi.. and banyak perkara aku kena buat kat sini..
Tulah.. aku terpaksa 'singkirkan' kawan baik aku yang sorang tu.. maaf.. banyak sangat negativities dalam percakapan you.... and terlampau banyak juga tunjuk hebat.. maaf aku sentiasa rasa diri aku lebih hebat dari kau.. so, tak payah buang masa bagitau kelebihan ko.

Sunday, April 22, 2018

Do things that make you strong

Ini motto that keeps on playing in my head lately. Menda yang buat aku lemah, aku avoid.... Satu lagi aku gradually have changed my definition of happy. 

No more I am happy when others happy or when others happy then I am happy... So, my emotion is not relied on others'. Kalau tak how do I spread happiness kalau sendiri punya emotion pun takleh jaga. 

Marah? dulu aku agak selalu tak tunjuk aku marah. Now no more, I show it. Emotions is God-given, therefore there's nothing wrong in expressing anger, rasa irritated.. annoyed.. 

Lately ramai yang aku annoyed with. Tapi aku takkan meroyan.. itu tak classy. Cukup sekali maki. Kalau mereka buat lagi. Maki lagi. Huhu.

I am sooo proud.. of kos with my self sebab stop smoking. Memang every now and then the crave came back but I just ignore it. Banyak duit save... tu paling important.. and rasa sihat. 

Ini pun part of me training to say no. Not only to others.. but to me... Say no to over-eating, say no to malas, say no to keluar lunch berejam.. huhu say no to lepak lama.. say no to procrastination... when I can say no to others.. I can say no to myself. 

Aku peratikan.. I've been a people pleaser dari kecik. At 40's aku rasa the time has come for me to really prioritize on me. Not saying to be selfish.. Tapi say no.. say no sebab aku tak mampu.. say no sebab mesti ada masa untuk diri aku sendiri.. say no sebab later aku yang ngadap sendiri.. say no sebab later it may become an issue to me. Aku remain the same me.. yang tak kisah and tak berkira.. tapi sekarang the wiser... and very firm.

Oh.. menda yang buat aku stronger. Solat, baca Quran.. balik kampung, swimming, read books, expressive.. especially here, travel.. and when I am able to say no... I feel empowered and powerful... 

Dulu aku akan rasa down... guilty.. Pelik, tak perlu rasa bersalah sebab setiap orang dah besar and pandaii jaga diri.. especially emotion. If you feel sad when I say no to you.. then, too bad lah sebab you tak pandai kawal emosi you sendiri... Aku sangat berterima kasih to few people in my life yang ada kalanya sangat tegas.. memang say no to me.. so, selain semangat aku sendiri yang mau begini.. I learn from them as well.. aku belajar kalau aku sendiri boleh accept their no dengan sangat jayanya.. You also can be like me.

Tuesday, April 17, 2018

Cebuano

Tak sabau nak pegi travel lagi... Duit takde.. tapi berangan gak.. so pegi jelah.

Lately aku sibuk swimming and sleeping... Last last satu hapah kije tak siap. Article tak siap-siap.. Masukkan verbatim dalam thesis.. tak buat-buat... Apa nak jadi pun aku tau.. Dahlah tak apply kenaikan pangkat. Aku malas.

Lately aku banyak bengang... faktor paling utamanya is pasal SV aku yang melambat-lambatkan viva aku sebab sibuk buat tesis untuk sorang pak menteri. Huhu baru dapat tau Jumaat pagi.. Bengang betul.... memang kimak.... Terus comfirm sapa aku nak vote in GE14.

Oh Jumaat aku tengok movie Dukun... Best.. Kan best kalau aku ni ada supernatural power... berkuasa.

Aaa.. aku ni sibuk swim tapi berat tak turun-turun. Sialan betul.. tapi aku buat jelah walaupun tak membuahkan hasil. BTW hari Sabtu.. aku berjaya swim for 70 laps!!!! Huhuhu.. Gila power aku. Tapi Ahad dok bantai Texas Chicken and tadi petang aku makan Char Kuew Teow. Adoi... Cemana nak kurus...

Oh cerita Ahad... Aku jadi fasi untuk module Finishing School... Mak aii.. dah lama aku tak jadi. Dapat RM300. Easy money.. oklah tu.

Tapi Senin.. sekarang ni very early Tuesday morning.. aku sedau yang aku hilang teaching file.. adoi babi betol... Ha.. semalam gak.. ujan lebat petang.. balik umah.. umah banjir.. taklah teruk.. tapi paling teruk lah kiranya ni.. bumbung tu bocor.. memang aku nak maki orang sebelah ejen umah... aku bayau sewa mahal... tapi ni yang aku dapat? Tunggu masa je nak kena maki.. takpe sabau dulu.

Cakap pasal maki.. tuhari aku maki manusia yang banyak tolong aku untuk my PhD... and sangat memberi simpati sewaktu aku memang desperate perlukan simpati... banyak mendoakan aku... TQ tapi itu bukan lesen untuk ko mengada-ngada.. buat perangai gedik.. pastu ada hati nak instruct-instruct aku and siap pernah judge aku... Kimak haram... Annoyed la butoh...

Huhu.. tuhari.. aku maki sorang member aku ni.. satu PPP and pergi States and sekang keje dengan Embassy States.. Tapi political view.. MashaAllah bangang nyer.. Parochial.. Primordial... Illliterate.. pundek.. kalau ko pernah dok oversea please la political view tu patutnya kelah... hebak.. Ni tak.. pernah dok negara maju.. dunia pertama tapi political view masih dunia ketiga.. Ni satu lagi jenis manusia yang memang aku malas nak lepak sama.. Tak tahan lah dengan orang bangang macam ni. Cukupla aku dapat ramai student.. ex students and collegues yang bangang-bangang...

Pergi lantaklah ko nak kata aku ni takleh terima pandangan orang lain ke idak.. Dah pandangan ko bangang.. behavior ko tu bodoh.. takkan aku nak terima.. kalau aku terima maksudnya aku pun sama bangang macam kau.. penat je wei wat PhD.. baca buku... pergi travel sana sini.. 
So, aku takleh tolerate kebangangan.. Bangang is not sexy.

Friday, April 13, 2018

PRU

Yay 9hb Mei ni ngundi. Bosan politik Mesia... seperti bosannya aku dengan tesis aku sendiri. Aku sampai ke hari ni menunggu call dari main SV aku.. Dato' Agus.. tapi sampai sekarang takde... Dia bz sebab musim PRU. Aku antau tesis before 1 January lagi. Ni dah bulan 4.. takde apa perkembangan. Tiap kali call asik suruh aku jadi ghostwriter. Memang aku annoyed.
Sekang ni plak aku try lah tulis article.. tapi dah berbulan.. aku stuck. Tak taulah gapo payah nau.. asik nak tido je...
Ni sebab swim. Tapi memang aku takleh tinggalkan swim lagi dah. Itu wajib. So sekarang ni, aku kena belajau perform dalam kije tapi dalam masa yang sama active bersukan. Kena train diri. Takleh tinggalkan berolahraga tu. Tak mau macam setahun lepas.. sampai jadi gemuk.
Ni pun berat tak turun walaupun aku active.. takpelah pelan pelan sure turun and aku makin fit. Tapi kali ni memang mencabar betul.. nak seiringkan semuanya.. keje hakiki.. menulis.. balik kampung selalu... bersukan.. salu kena korbankan beberapa demi satu dua yang tadi. Tapi NO MORE!!! Inilah another change lepas balik travel.. memang balik dari Perth banyak big transformation. Paling aku bangga sekarang..  Aku dah boleh declare aku dah bebas rokok dan bebas nescafe tin.. bahaya dua tu. Memang jadi lembab menulis.. tapi aku yakin, kalau aku train.. aku tak perlu dua tu untuk menulis!!!!
Gitulah so far tiap kali lepas travel mesti ada change. July.. aku ke Cebu.. to Cik Pid and few other kengkawan yang sangat aku sayangi... mintak maap sebab kali ni nak travel solo. Lagipun Filipina jer.. takde apa yang best sangat.. Sebab lepas Cebu tu nak wat something yang real big.. huhu.. kononnya...
Tapi tulah pada semua doakan aku segera viva... lulus PhD dan segera berjaya siapkan 8 artikel!!!!

Monday, March 26, 2018

98 kilogram

Aku hari apa tuhari checked berat... dah 98.. turun sket dalam 3 kg dari berat asal 101 kg.. Aku rasa tuhari ada je berat aku 102 kg.. tapi aku tak hiraukan sangat.. hahaha so, makanya aku berjaya kurangkan 4 kg..

Sabtu kelik kampung.. pastu balik Dayan Ahad.. Impressed gak aku dengan diriku sendiri sebab berjaya nyapu part dalam... the whole rumah... gila ko.. pastu semua part bersimen kat luau and... ini paling hangat... berjaya basuh ketiga-tiga jamban... pendek kata.. ko boleh tidor baring dah dalam jamban tu semua...

Baru aku ingat.. aku dah lama nau tak basuh jamban umah kampung.. rasanya memang bertahun sudah... and semalam, baru aku sedau... bahawasanya aku adalah orang yang miliki skill basuh jamban terbaik... bayangkan sampai putih melepak penutup lubang air toilet Emak and bilik air tengah tu punya... 

Bab basuh jamban ni buat aku sangat puas hati and barulah aku teringat yang dulu aku memang selalu basuh jamban umah kampung... Tapi entah kenapa.. lepas-lepas tu aku jarang... and seingat aku last sekali aku basuh.. aku basuh toilet Emak masa toilet tu lepas renovate.. maksudnya mungkin dalam tahun 2010 kot last sekali aku basuh... maknanya dah 8 tahun... Lama sangat tu... kesian Emak...

Mungkin sebab abaikan tanggungjawab aku tu lah makanya life aku tak berapa nak umpph... and semalam bila berjaya selesaikan tanggungjawab tu... maka teruslah aku berasa sangat hepi!!! Paling penting.. terasa seperti direstui...

Bila imbas kembali... aku ingat yang aku mula rajin basuh toilet sejak tahun 1994.. masa masuk PPP yang sekarang ni Intec.. Yeah aku sangat rajin basuh jamban apartment kitorang and basuh jamban umah kampung.. Masa zaman tu aku bodoh... CGPA teruk... and takde harapan.. Bila kenang kembali... aku yakin.. sebab kerajinan aku basuh jamban itulah yang bolehkan aku belajau sampai States... Aku yakin.. sebab Tuhan merasa kesian kat aku... 

Oh petang ni aku nak swim... pagi tadi kepala sakit teruk.. so, aku tak jadi.. even punch in pun dah lepas pukul 12 lebih.. gila aku.. Tapi petang ni aku mesti swim.. kalau leh nak try sampai 50 laps.

Wednesday, March 14, 2018

Timberland

Aku tengah pakai baju Timberland.. Itu baju aku bawak balik dari US. Diam tak diam dah dekat 20 tahun aku balik dari US. Balik dari teambuilding kat Tekam... aku tak sihat.. aku muntah-muntah and cirit birit... teruk sangat... terlalu teruk... tapi sebenarnya itulah hasil aku tricked diri aku supaya aku boleh balik kampung masa besdey Emak. Alhamdulillah.. muslihat yang aku kenakan pada diri aku tu sendiri.. telah berhasil. Pelik kan? Buat muslihat ke atas diri sendiri. Itulah aku... demi untuk buat THAT BIG CHANGE... Aku terpaksa melakukan sebegitu... Demi menghentikan apa yang mahu aku hentikan... FOR GOOD.... Demi kesihatan diri.. demi kesihatan emosi.. demi kehidupan aku yang lebih bermakna... Fuhhh... 

Alhamdulillah.. Itulah juga hasil TRIP... Inilah hasil Perth-Albany... Memang aku bangga.. Oooppsss takleh terlalu awal bangga.. sebab That Big Change kali ni lebih holistic.. lebih healthy... lebih menakjubkan... lebih MAGIS...
 
Aku takut.. sebab ianya melibatkan PhD jugak... Tapi hari AHAD ni aku akan call supervisorku.. Ya Allah.. permudahkan segalanya.. Terima kasih juga kerana makin banyak yang telah berjaya dicapai!!! Terima kasih pada semua yang membantu secara langsung dan tidak langsung. ALHAMDULILLAH.


Terharu betul anak buah angkat aku sampai ke kampung aku.... memang leh kenenkan dengan anak buah aku.

Tuesday, March 13, 2018

Happy Birthday Emak

Emak... Selamat Hari Lahir yang ke 76... Semoga Emak terus panjang umur.. Emak makin sihat lahir batin.. jiwa raga.... physical.. emotional.. mental... Emak dapat tengok Adik dapat PhD.. and husnul khatimah untuk Emak kelak...

Emak.. adik takde apa hadiah untuk tahun 2018 ni... Adik hadiahkan diri Adik saja... My presence... Meskipun dulu Emak lebih appreciate.. tapi Adik rasa tak terlambat untuk hadir di malam hari jadi Emak ini...

Emak... Adik mohon maaf... Adik bukanlah anak yang soleh.. Adik juga bukanlah anak yang terbaik... Adik salu tak dengar cakap Emak.. Cuma satu jer Adik boleh gerenti... Adik terlalu sayangkan Emak...
 
Emak.... Kalaulah Adik yang pergi dulu.... Adik harap Emak tahu yang Adik sudah mencuba... Adik sudah usaha... Tapi Adik tak daya.... Kalaulah semua manusia berhati mulia macam Emak.... Kalaulah semua orang sayang Adik macam Emak sayang Adik... Kalaulah semua orang memandang Adik seperti mata Emak.... 


Masa Emak pergi US-Canada back in 2000, Emak siap bawak balik pokok bunga betul letak dalam plastic bag sebab nak tanam kat umah di Malaysia... hihihi... Tapi of course ler kena rampas.. takleh bawah dalam kapal terbang... Tapi kendian aku belikan beliau benih pokok bunga... and beliau tanam kat Simpang Bekoh.. Antara moment paling sebak and paling buat aku sentiasa mengalir air mata ialah pasal pokok bunga... bila tengok bunga blooming cenggini... memang always ingat Emak...... Apapun aku bertuah sebab sentiasa ingat Emak semasa Emak masih ada.. Tima kasih sangat pada Tuhan sebab sentiasa beri opportunities untuk aku terus selalu lepak dengan Emak. Dulu masa kecik memang aku malu bila orang kata aku anak Emak or dok bawah ketiak Emak... but now aku sangat bangga... Aku memang anak Emak.. lantak apa orang lain nak kata or pikir pasal aku...