Tuesday, February 28, 2017

Rasa Bodoh

Aku dah bosan buat abstract... aku rasa dah buat betul.. tapi tak betul gak... entahlah cemana yang betul pun aku tak tau.. so aku jadik bosan.

Sekarang aku sedar.. kalau cikgu cakap muridnya bodoh.. memang murid tu akan bodoh and matikan kreativiti murid tu.. and matikan juga motivation.

Aku dah jadi student yang begitu... Buntu.. tak tahu nak buat cemana.. Aku just harap belas ihsan supervisors aku untuk kasik aku habis ASAP... Aku bosan... 

Knowledge-wise aku ok.. readings semua bagus.. cuma writing tak pandai.. and lagi gigih kena kritik.. makin aku buntu... sebab aku tengok orang previous thesis orang lain biasa-biasa je.. and aku pun tak paham apa mereka tulis.. So, takyah la nak simpan-simpan aku lagi.

Makin tambah teruk.. aku makin tak minat dengan politics.. tak kira apa sisinya.. academic ker or secara practicenye ker.. semua.. aku dah muak.

Even aku dah tak minat dengan dunia academic.. makin tak minat buat research... Ini ke objective PhD??

Mungkin aku tak layak kot.

Ati duduk dalam tudung saji... aku pelik dengan dia ni
Tuk tuk warna Brazil kat Luang Prabang... Yang bangunan tu is Luang Prabang Municipal Council nyer building... Yang warna hujau tu.. tak sure sama ada green tea or mint milk... tak sedap... pic tengah.. family SUCK (owner rumah tumpangan) tengah lepak-lepak... malam kang tu ada family dinner.. esok Taipusam... tu V-Soy.. aku haus gila masa tu.. bila minum rasa sedap bangat.. yang papan tanda tu.. papan tanda for Mucipal Council building.

Monday, February 27, 2017

Oscars

Aku kat dobi.... aku nak baca buku.. entahlah.. rasa macam makin bodoh.. aku bosan buat thesis.. tah hapa-hapa. Esok nak interbiu Ketua Puteri Umno.. YB Mas kat opis dia kat Masjid Tanah.

Tadi agent jual umah / property valuer datang umah Sendayan.. landlord umah aku tu nak jual.. Aku lah gatal tanya.. dia ada niat nak jual ke.. aku ingatkan beli subsale senang.. payah.. takde 30k cash dalam tangan takyahlah.. aku congak-congak macam.leh sediakan upfront tu... and boleh gak bayau bulan-bulan.. tapi aku abort the mission.. tak mau lah.. nanti banyak benda kena sekat..

Aku nak focus pada PhD dulu and gi travel. Aku kesan yang aku ni mesti kuar dari sempadan negara at least 6 bulan sekali.. kalau tak kepala rasa macam dirasuk tungau.

Aku kepenatan.. and sket rasa macam bengang.. macam irritated.. macam apa lagi yer.. sampai aku agak keciwa dengan diri sendiri.. taklah teruk sebab aku sekarang bijak tangani emosi and attitude.. tapi ada gak..

Aku rasa macam tak dapat bantuan.. and macam keliling tak cuba nak paham betapa penatnya aku.. macam tak nampak.. 

Aku tak expect bantuan duit ke apa.. cuma tunjuklah yang anda semua bersama aku..  beri aku kelonggaran.. aku rasa macam kena bully kadang tu.. semua hempok or baling kat aku macam baling baju masuk dalam washing machine and dryer.. 

Argh lega curah perasaan kat sini.. 

Alamak baju dah kering.. aku nak lipat baju.. huhuhu


Sayang rumah ni...  aku beli 2003 kot.. aku pun tak ingat.. pastu duduk dari 2003 - 2007.. kejap je.. then pindah Kedah...
Inilah ad kat mudah.. berbaloi beli umah kat Bandar Baru Bangi.. senang dapat renter.. Ada jer orang dok tanya.. tapi tak larat la orang asik mintak diskaun.. bukan korang saja perlu guna duit.. aku pun...
Kalau tak silap keter antik tu Jagiuar.. kat Luang Prabang tu.. rindu lepak sana.. memang aku akan kembali ke sana... sangat best... Aku macam dah meluat gila dengan study aku... Aku sangat marah... Ohya.. rumah tu ada tangga macam tangga Melaka.. Aku rasa kalau ada orang nak sebarkan Islam.. Laos is a good place..  Elok kalau Raja Salman from Saudi gi visit sana gak... 

Kunming

Bulan 8 ni aku ke Yangon.. excited. Ni dua orang kakak aku and anak buah aku.. Dak Kakak dah balik Mesia dari Hokkaido.. nengok gambau mereka nampak sungguh best.

Bunyi azan Subuh.. ni kat kampung.. Aku sebenaunya gila banyak menda nak cite tapi macam susah benau nak sampaikan.

Malam tadi member aku yang kena remand MACC tu responded to my text kat wasap. Alhamdulillah.. bayangkan 4 hari terkurung dalam lokap.

Aku tak peduli sama ada betul ke idak dia guna credit card corporate tu secara betul or salah.. satu takde rasuah.. menda ni lebih pada misuse of power yang leh settle internally.. rasa macam bukan MACC nyer jurisdiction.... Yang penting, dia salah or tak salah.. beliau tetap kawan aku and aku support beliau...

Aku dulu pernah gak terpalit dengan kontroversi.. tapi Alhamdulillah ramai sangat kawan membantu.. cuma satu dua saja yang very grudgy and judgy (huhu aku coined perkataan baru). Yang grudgy and judgy tu aku tak kisah pun sebab mereka tak ngerti dan tak lalui... so mana nak paham.. tapi takdelah nak doakan mereka lalui untuk paham.. tak sempat kot nak doakan begitu... huhu better aku doa untuk diri sendiri. 
 
Tu sebab bila ada member yang ditimpa kontroversi.. aku mendoakan mereka dapat tempohi dengan baik dan segala isu dapat selesai dengan sangat baik... Aku contact dia... Cakap elok-elok... Bila contact aku tak keji... tak maki-maki.. tak sesal-sesalkan... tak jauhkan diri... 

Yang aku pasan.. kita ni kalau bila orang susah kita sesal-sesalkan dia macam "kan aku dah cakap dulu... tu lah tanak dengau cakap aku... cakap aku ko tak pernah dengau.. " or cakap threaten.. "kalau ko buat lagi memang aku takkn peduli lagi or ko takkan jumpa aku lagi...".. itu buat orang tersebut lagi down.. teruk lagi.. dan menda tu akan balik kat kita.. 

Perhatikan.. kalau kita suka cakap macam itu.. Bukan saja orang yang sedang ditimpa tu lari.. tanak ngadu apa-apa lagi kat kita... tanak mintak tolong dari kita (loss of opportunity untuk buat baik.. buat pahala)... tapi orang-orang lain pun lari... 

Kena dengau lirik lagu Marsha Milan Londoh... aku tak ingat tajuk... tapi dia ada cakap.. bila kita sembang... or bila berhadapan dengan situation.. it is not about siapa benar siapa salah... it is also not about siapa menang sapa salah... It is about finding solutions.. it is about brainstorming.. 

Aku pelik kenapa ramai orang marah bila member dia or kita tak ikut nasihat dia... I mean.. berlapang dada.. masing-masing dah besar kot... dah tua bangka.. satu lagi cermin diri.. adakah anda sentiasa menerima dan ikut sahaja pendapat and nasihat orang lain... sasah lah akan timbang tara before you decide... 

Nak balik Sendayan... 

Ohya.. aku nak travel ke Kunming.. A city of eternal spring.. sure sejuk kan??? Aku nak beli beskal ni.. nak bawak beskal ke swimming pool... baru lah sonok. 


Ini ubat aku beli kat Luang Prabang.. untuk perut yang gassy.. aku selalu sendawa.. aku tak suka. Tapi aku tak bawak balik sebab aku takut kot-kot ada daun-daun tu daun ganja ke hapa.. walaupun beli kat pasau malam tapi mana tau kena tipu. 

Sunday, February 26, 2017

Empath

Kat kampung.. jap tadi jumpa balik term yang aku suka.. Populist Kleptocracy.

Tadi sakit pala sket.. pusing sebab aku pening seolah dunia mengharapkan aku... Kat Sendayan begitu.. kat kampung pun begitu.. dengan member begitu.. dengan family pun sama.. dengan supervisor pun gitu gak.. 


Satu sudut.. Mak aii... aku bukan tuhan Hindu yang banyak tangan tu (maaf kalau ada yang Hindu kat sini.. jangan kecam aku macam Prof kat UM tu... sian dia)


Siyes... tak nampak ke aku banyak gila menda yang kena buat.. takanlah menda kecik-kecik pun nak suruh aku gak... memanglah leh buat.. tapi aku penat.. tak kesian ke? Siyes kebanyakan perkara yang diadukan.. diajukan.. boleh selesai sendiri... tak perlu aku pun...


Satu sudut lagi.. aku dipercayai.. diperlukan.. memang sonok rasa tu.. tapi manalah aku sempat nak wat semua.. so.. mohon banget.. kalau leh dibuat from your end.. or by yourself.. please buat.. 
Bantulah aku yang memang banyak perkara yang mesti dihandle..


Tak best nya aku curhat sekarang.. macam xde jiwa.. Eloklah.. aku tak suka nak meroyan cam dulu... nak Asar pastu sambung sidai baju.. huhu.


Mak aii 90kg... sekarang entah berapa pulak... usaha gak nak reduce weight.. harap-harap berjaya.
Depan kedai-kedai kat Luang Prabang.. diorang suka pokok-pokok.. cantik.

Friday, February 24, 2017

23 February

23 February.. Ini hari sangat mengejutkan aku... I was petrified... stunned.. betul ke perkataan to tuk describe how I felt semalam... A news yang aku baca left me without a word.. speechless... jap lagi sambung... aku nak gi makan.

Ni dah pukul 2.36 petang.. 25 february... semalam nak sembang.. tapi lepas balik dari dinner aku terus tidur.. Sekang ni aku nak buat kijer.. tapi kena gak curhat sikit kat sini sebab curhat kat sini macam stretching before workout.. 

Moh cerita pasal 23 Feb.. yer hari Khamis.. aku bangun-bangun bukak grup wasap kuar newspaper cutting pasal senior officer of a GLC kena tahan remand dengan MACC.. Itu member aku... tak member masa kat PPP ITM, pastu jadi member rapat kat MCC Kuantan.. pastu rapat-rapat tidak kat Drexel Uni, US.. pastu balik Mesia memang setahun sekali pun susah jumpa..

Yang aku tahu mamat ni memang sangat berjaya... 

Aku wat kije dululah..

Aku malas nak baiki entry ni.. biarlah.. pasal member aku.. Alhamdulillah dah kuar lokap.. katanya takde pertuduhan.


Kak Ita.. Cik Pid.. and Dak Kakak... sonok diorang pergi Hokkaido.. Semua ok sampailah hari Jumaat.. Kak Ita merajuk.. siap bila dah sampai Mesia left group.. aku call tak angkat-angkat.. dia bengang dengan Cik Pid and Dak Kakak.. biasa lah tu.. travel sure ada drama.. tapi pastu baik semula.. kena travel sama.. travel membina kenangan.... Travel yang paling aku bangga of course lah dapat bawak Emak ke US and Canada... banyak cities plak tu... even dah sampai kat Hatten Island.. eh yeke nama dia.. yang ada Lady Liberty tu... Travel tu gak lah yang buat aku rapat dengan family.. kalau tak memang aku tak balik Mesia.. and tak dulik pasal Emak and Ayah aku and family.
Member aku Dak ENdot.. member masa PPP, MCC and Drexel tunjukkan postcard Philly.. Haah la.. aku rindu Philly.. moga dapat balik sana nanti.
Inilah dia.. Aku rasa beliau ada salah.. tapi aku sokong beliau. Alhamdulillah tuhari sembang beliau very calm and composed.
Jumpa kat bilik belakang or Bilik Emak masa kemas... dulu masa kecik aku nak belajau solat semua aku baca buku ni.. dalam Jawi ok... dulu sangat lancar baca Jawi.. sekarang tak sure...
Stupa.. kat Luang Prabang.. aku sebenaunya banyak sangat nak cerita pasal sana.. tapi sekarang macam tak reti menulis.. Supervisor aku asik cakap aku tak pandai menulis.. sampai aku tak boleh nak jadi kreatif.. tak tahu kenapa.. Harp aku dapat kembali rasa seronok menulis.. be it creatively or in academic...

Saturday, February 18, 2017

Rokki and Multilateral Retrenchment

Apa ke jadah maknanya? Aku pun malas nak mahamkan.. ni jumpa dalam artikel by an Israeli academic Efraim Inbar dalam buku The Arab Spring, Democracy and Security.

Tadi pagi aku berjaya swim 30 laps or 1500 meter.. aku wat rilek rilek pelan pelan saja..  berjaya juga.. then aku masuk gym.. buatlah tah apa nama machine tu.. Tapi sebelum tu aku timbang.. Aku sudah 91kg!!!! Aduhai.. berat sungguh.. mesti lakukan sesuatu.

So far tak minum manis dah dekat seminggu.. minum air kosong manjang.. rasa macam ok badan. Argh.. ngantuk gila.


Ini in flight nye wifi.. kimak memang tak payahlah.. tapi kalau nak guna gak sign in guna CHROME.. jangan guna google.. boleh TEXT MESSAGING SERVICES only.... Internet surfing and streaming.. youtube ke memang takleh.. buang duit RM9 je.. jahat Air-Asia ni.
Hari ni Mak Tom meninggal dunia.. hari ini gak Cikgu Mokhtar.. cikgu masa aku kat Sultan Muhammad.. meninggal.. sedih kan..
Aku tak ingat apa aku makan... RM15 kalu tak silap... sedap.. ini macam chicken role.. very nice..
Inilah rupa paras BUREAU DE CHANGE kat airport Luang Prabang.. Aku sampai je tarus tukau USD to Kip di situ... Tadi aku timbang berat aku 91kg wei.. fuhh.

Friday, February 17, 2017

Rumah Bangi Siap Chat

Alhamdulillah.. terima kasih buat sahabat aku yang sorang ni.. Aku di Luang Prabang beliau sensorang ngecat rumah aku.... balik2 aku just kemas sikit-sikit je.. Kalau takde beliau... susah aku.. khidmat ngecat beliau pun foc sahaja.. aku nak bayau.. tapi budget tengah ketat.. huhuhu.. Tapi beliau tak merungut.. Alhamdulillah.. mana nak dapat member sebaik ini... Syukur banget tuah sentiasa menyebelahi diri aku ni... Aku nak sewakan RM650 plus RM33 maintenance fee... Masa dok cuci rumah ni.. aku teringat zaman lepak umah tu... best gila.. sejuk..