Thursday, August 18, 2016

Kerusi Hilang di Warong Haji Karim

Emak dengan Ayah sedang sembang... Itu pagi tadi. Sekarang aku kat opis. Tadi aku berjaya buat 39 laps. Tapi ni kat opis tengah melantak kuih raya. Member baik aku kasik. Sedap.. aku makan kuih sarang semut and tart nenas. Masa aku bunuh semut-semut siang tadi dengan Ridsect, Aku teringat kuih sarang semut. Aku percaya nama itu silap.Sepatutnya nama kuih tu is Kuih telur semut. sebab biji-biji putih tu resembles the eggs. Pastu choc rice adalah semut hitam. Aku sungguh happy dapat spend masa yang agak berkualiti dengan Emak, dan apat tengok interaksi both parents hari ini.

Cakap pasal kerusi.. Aku cukup tak puas hati dengan buku teks sejarah.. nanti aku selak. Even kenyataan so called pakar bahasa yang claimed kerusi is a borrowed term from bahasa Portugis. Bukan kerusi is perkataan Arabic ke?

Lagipun.. yang lebih awal datang ke sebelah sini were orang Arab. Katalah Kesultanan Melayu Melaka jadi benchmark... Bukankah Melaka Islamized dulu then barulah Portugis plak datang... Maksudnya perkataan kerusi dah duduk dalam bahasa Melayu SEBELUM Portugis datang. So apa hujah kata kerusi adalah kata pinjaman dari Portugis????? 

Lagi satu.. kerusi dalam bahasa Portugis. Apakah STATUS perkataan kerusi dalam bahasa Portugis? Bukankah ia juga perkataan pinjaman? Pinjam dari bahasa mana? Dari Arabic la... Ini hasil pemerintahan Umayyad Caliphate di Iberian Peninsula.. remember Andalusia? Banyak kot perkataan Arab dibawak masuk dalam Indo-European languages.. Paling senang RICE... ARRUZ. Check le Spanish and Portuguese.. suire enlightened.

 So.. please keluarkan KERUSI dari senarai perkataan pinjaman dari bahasa Portugis.. Kerusi datang dari Arabic.

Non-Conformist

Emak aku sibuk cerita pasal Hishamudin Rais.. hahaha.. itu baru the father of all non-conformists. Semalam member aku dok cerita pasal personality test kat internet... pilih ink blot.. Katanya ini Freudiannya punya test. Beliau dapat non-conformist. Bangga betul dia.. Aku bila dia cakap macam tu.. aku dengan maha yakin aku nya result sure sama... sebab kalau dia yang agak obedient and not-so-risk-taker itu pun leh didescibed as non-conformist.. apatah lagi aku... Orang yang pernah bertemu empat mata dengan Isham Rais masa kat Pantai Balok suatu ketika dulu. Sasah aku lebih non-conformist. Yay.. aku buat test itu.. maka inilah resultnya... Memang tepat. Aku non-conformist. Cara aku pikir sangat beda. Dari suatu sudut.. aku bangga. Tapi dari angle lain aku sentiasa dalam bahaya. Leceh life sebagai non-conformist. Sebab orang keliling tak paham.

Banyak pula gambau yang aku letak for this entry... jap.


wanderlust tu maksudnya suka sangat nak mengembara.
Dulu Warta.. sekarang Kip Mall.. rebranding.. siap luar ni dibuat begini.. apapun bangunan ni memang hodoh.. dulu lagi hodoh.. kalah flat komunis dan bangunan-bangunan kat China yang langsung takde citarasa.\
Lawak tengok menda ni.. mesti mereka mengharapkan diorang jadi viral. Marketing yang elok.. untuk politik pun mungkin berkesan cara camni.
Comel kucing ni.
So true.. focus on winning...
Tepat sekali. Tapi lantak le.. aku banyak keje nak dibuat... Tak puas hati? Mampus me nko le.
Picture pintu apartment aku... Dah habis bayau. Kat Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Cek Mudah.my harga leh jejak RM150K!!! Damn.
Aku ke?

Sighisoara

Itu buku terkini buat Ibu Tim aka Emak. Semalam beli kat ada sebuah toko buku kat KIP Mall... dah rebranding. Dulu Warta.. tapi sejak anchor tenant adalah Giant maka Mall buruk yang binaannya lebih hodoh dari binaan era komunis di ex Soviet Union dan Eropah Timur... sudah bertukar wajah.

Aku kat kampung lagi... Ni Ibu Tim sedang bercerita tentang kerinduan dengan anak-anak beliau.. Kak Long aku dengan Abang aku dah lama tak balik.. Ibu Tim mengira minggu. Dah 5 minggu tak balik-balik.

Ini beliau sedang mengisahkan tentang pemergian. Baru je habis tentang kematian Nek Entih.. Nek Entih was emak mertua of her. Beliau cerita macam mana mudahnya Nek Entih meninggal.. rebah di atas pangkuan Mak Lang Sakmah dalam pada nak pergi ke klinik.
Pastu berkisah tentang kematian Busu Milah..

Cepat pulak Emak bercerita. Tapi asalnya beliau kesal tentang Dak Long and Abang aku yang dekat tak balik padahal dekat. Pastu Emak bercerita tentang ada orang tua yang meninggal tak diketahui anak. Balik-balik dah berbau saja. Mak cerita memang ada macam kat Chabau. Anak dia balik sebab nak mintak duit kat bapak dia..sampai je.. jengok umah.. senyap sunyi.. pastu didekati..rumah berbau.. ni umah belah hulu PASTI..

PASTI ni entiti perkaderan PAS. Zaman dulu PAS sangat particular dengan TARBIYYAH.

BTW.. Emak sedang komplen tentang TGHH and PAS. Emak umur 76 tahun. Tapi pendirian politik beliau bukan parokial.

Aku tak rasa beliau adalah Non-Conformist seperti aku... beliau sekadar celik politik. Celik demokrasi.. celik hak asasi manusia...  beliau macam my second supervisor yang pernah mentioned "I tua tapi I embraced Politik Baru." Betul.. kadang pelik tengok orang muda.. educated.. berkedudukan tapi.....

Cikgu Tim bijak.

I love her.
Buku baru untuk Emak.

Wednesday, August 17, 2016

The cacophony

Hari ini aku rasa macam nak demam teruk. Dari hari Sabtu lagi rasa sangat letih. At last hari ini kat opis. Sekarang, aku betul-betul rasa terpinggir dan dipinggirkan. Suatu pengalaman yang aku rasa cukup berharga dan ia berlangsung di tanah air sendiri.. di negeri yang budayanya adalah budaya Emak aku sendiri... di negeri yang berjiran dengan negeri aku.. pendek kata ia berlangsung di kampung sendiri.

Betul ke aku didiskriminasi? Atau aku saja yang terasa sendiri?

Tapi tak mengapa. Ini memang lumrah dunia. Ini masa aku.. maka aku kena tempuhi dengan redha dan tabah.

Ini entah bila punya entry..

Sambunglah... ini hari aku sangat terkejut. Aku diconfirmedkan yang someone hates me so much. Aku sungguh mau tertawa. Irony nya kebencian itu datang dari kalangan yang aku sangat pandang tinggi. Dari kalangan yang aku idolakan. Malang khalayak ini melihat aku sebagai ancaman.

Satgu lagi aku terjumpa species yang tak reti to suspend judgement.

Sekarang... aku tak tau.. aku ke yang malang... atau mereka yang malang... Aku propose mereka ini buat trip to Malang, Jatim.

Please la... Gelagat seakan absolutism anda tu obsolete. Kalau susu.. dah basi. Obsoleteism ideologynya.. Obeleteist.. pengamalnya. Start listening.. stop judging.... Start helping... stop condemning..  Tu sebab la aku malas nak rub shoulders with the Malangites. Elok jumpakan dengan the Phalangist.. Aku teringat Nabih Berri.

Ohya.. tadi swim.. 26 laps. Semoga esok jadi lebih bagus.

Judah







Mengantuk betul. Aku kat opis. Aku dok terpikir tentang nationalism. Aku rasa banyak buku ter"miss" pasal JUDAISM bila cakap tentang nationalism. Memang le ada sebut, tapi selalu sebut Judaism as a religion berbanding an ideology about a nation. Judaism.. an ideology about a nation named JUDAH. So, Judaism is Judah nationalism.. macam Malay nationalism.. macam Dayakism... Pan-Arabism..  

Monday, August 8, 2016

Makhluk

Malam kemarin Emak ngigau. Kesian beliau. Aku terus rasa sedih dan risau. Kakak aku yang atas aku pun terjaga. Petang tadi Emak cerita yang beliau sudah sering didatangi lembaga masa beliau sedang tidur. Kata beliau lembaga tu berkulit hitam.. sangat tinggi.. aku mengimaginekan macam orang-orang Masai dari area tanah tinggi Kenya.. yang sangat herjaya dalam lari jarak jauh... gila sungguh berstamina mereka. Sekarang aku tak amek tahu lagi pasal Olympic... Aku serious rindu dengan life dulu-dulu.. lebih tenang.. lebih indah.... apapun aku appreciate gak life sekarang.. especially Emak dan Ayah.. syukur mereka masih around. Emak cakap 2 hari lepas pun beliau ada mengigau gak.. the same person came to her. Ohya.. Emak menjerit bila makhluk tu nak pegang beliau. Makhluk apa tu yer? Kesian le kat mak aku.. ko takyah lah ganggu dia.. kalau berani tunjukkan diri kat aku.. btw Emak cakap.. dia selalu bukak mata kecik tiap kali makhluk itu datang sebab nak kenalpasti wajahnya. Tapi bila makhluk nak dekat barulah Emak bukak mata and jerit. Emak suspect mungkin rumah kampung ni dah ada penunggu. Kalaulah benar.. please selain jaga keluarga kami.. please pergi kacau hidup orang-orang yang telah menganiayai aku serta keluarga.. orang yang pinjam duit mak aku tak pulang-pulang.. orang yang tak kasihan dan gagal berempathy dengan keadaan Emak dan Ayah aku.. please.. do not disturb Her.. pergilah kacau mereka-mereka yang berhati kering dan jahat itu.. Mohon Allah makbulkan permintaan hambaMu ini. Ngantuk sungguh. Aku masih kat kampung. Esok kena print tesis... Ya Allah permudahkan segala urusanku.

From Mariah To Pariah

Aku gila irritate dengan sorang member ni. Boleh ayatnya.. "mungkin ko tak faham." This is in reference of feeling.. not being.. "alone." Ada beza antara dua tu. Talkin about alone as a subject matter.. Sasah I am the expert in that area. Ko hanya merasa sendiri... tapi aku pernah dipinggirkan untuk merasakan bersendirian dan benar-benar sendiri! So I experienced both... feeling & being.. yeah FNB.. bukan food & beverages. Aku memang angin betul... btw chap 6 sudah siap. Esok kena print. Ada plak bengkel hari khamis and Jumaat. Bosan betul. Ohya esok mau set questions for interview. Dah boleh start collect data.... nanti aku kena buat satu entry.. From Pharaoh To Farouq... ejaan Farouq tu tak sure.. King Faruk... kalau tak silap the last king of Egypt.. Iraq pun sama kalau tak silap nama the last king.. later aku nak list downkan nama2 the last monarchies. Malas esok nak ke kampus.