Friday, May 13, 2016

Hujan

Tadi hujan lebat. Aku teringat lagu Hujan.. kih kih kih. Lagu Hail Amir & Uji Rashid. Ni baru cek YouTube. Ada gak. Ni lagu favourite masa kecik-kecik. Aku rasa masa umur 5 tahun sebab aku ingat dengar ini lagu kat umah baru. 

Bila pikir terus teringat Emak. Sebab beliau rasanya yang selalu beli those cassettes. Kaset tu bukan kaset kecik mini yang popular throughout mid 80s-90s. Tapi yang besar tu. Semua kaset tu dah kena bakar. Sedihlah. Even the player. Ohya, besar dia macam video cassette. Susah nak describe, tapi kalau google sure jumpa punya. Aku tried google tadi.. tak jumpa la.. salah keyword ni.. kena brainstorm sikit.

Ni hari tak jadi swim. Sebab ramai guests.. dari masuk opis bawak ke malam. Yang pasti aku makan banyak gila malam tadi. Nasi goreng daging kunyit and maggi goring, dua-dua taruh telur mata.. itu kat kedai yang sama. Pastu aku beli plak burger daging letak telur and cheese... Sure gemuk.

Ni sudah pukul empat suku.. still kat office. Semalam aku nye thesis xde progress.. tapi aku dapat byk idea dari Azfa.. Mamat ni memang brilliant... sudah dua chapter beliau adalah antara kontibutor ide terbesar.

Ini hari ada tetamu lagi, Fuad.. juga beri ide-ide yang bukan saja leh guna untuk tesis.. tapi untuk kehidupan. Cukup menarik,

Alhamdulillah. Aku cukup syukur sebab Allah sentiasa beri tolong pada aku. Ini mahu buat thesis. Semoga ada progress yang agak besar sekejap lagi.

Wednesday, May 11, 2016

St. Basil of the East

Tadi aku janji nak letak pic masjid Ubudiah.. ni ha. Kuala Kangsar memang cantik. Aku suka gila istana lama tu. Memang penuh seni. Masa kecik-kecik aku suka belek picture Istana Lama tu kat dalam buku-buku teks sejarah kakak-kakak aku. Aku lepas swim. Ni malam buat 30 laps. 1500 meter. Best gila rasa. Ni nak dinner. Gi makan kat area Mahkamah Syariah.. kat Seri Sendayan. Bila la dapat jenjalan lagi. Jenjalan buat aku happy walaupun sensorang. Harap dapat jalan serata dunia sebelum melelap mata.

Ada macam St. Basil Basillica tak?
Tak cun la istana ni.
Terasa seram bila lepak tepi Sungai Perak. Sure banyak hantu and santau kat dalam Sungai tu.
This is what we call the real istana.
Cantik sungguh.
Teringat iklan Adabi.
Aku malas nak keluar kereta.
View from the sungai.
St. Basil boleh bergelar the Russian version of Ubudiah.

Ubudiah

Nak letak picture Masjid Ubudiah Kuala Kangsar tu tapi kena modify jadikan dia vertical. So, yang ada hanya picture kucing yang lepak dengan penjual aiskrim kat parking lot depan Masjid saja.

Masa kecik-kecik Masjid ni jelah yang ditunjuk oleh RTM untuk waktu Azan Maghrib. Aku rasa bukan takat Maghrib tapi untuk semua kalau tak silap. Masa darjah satu siaran TV RTM mula pukul 7.30 kot. So, azan Isha jelah.. aku tak sure sama ada pukul 7.30 malam or 5.00 petang during weekdays. Sebab masa darjah dua tahun 1984 waktu tu Syarikat Televisyen Malaysia Berhad or STMB or TV3 mula operasi. Tapi lambat sikit sampai Melaka.

Bila ada saingan maka RTM pun ansur-ansur mula siaran awal. Yang aku ingat Jumaat mula awal sikit dalam pukul 3.00 kalau tak silap. Pastu Sabtu and Ahad lagi awal. Tak sure samada kul 10.00 pagi or 12.00 pagi. Yang sure aku suka gila citer Giligan Island.

Kalau hari Jumaat aku suka tengok dokumentari. Masa tak pergi sekolah agama petang lagi. So tengok citer Beyond 2000. Zaman itu lagi orang-orang dah membayangkan cemana la agaknya life lepas Y2K. Tulah aku masih hidup lagi dah 15 tahun lebih sikit lepas tahun 2000.

Kang aku letak picture Masjib Ubudiah yang tuhari transit tido Kuala Kangsar lepas balik dari ronda Naratiwat-Patani-Yala.

The kitten yang lepak di pekarangan masjid Ubudiah

Bharatiya

Bharatiya Janata Party. Ha itu parti kanan.. lebih kurang macam BN le kot.. mungkin gak lagi kanan..


Tanak citer ideologi.. kang macam-macam orang nye interpretations. Bosan kot. Kita discuss academically pun karang ada je yang emosi. Takpe ler. Nak wat cemana.



Aku nak cerita tentang pertambahan negeri dalam Republic of India. Nak jelaskan ye.. India ni macam Mesia, macam US.. comprised of negeri-negeri.. practice FEDERALISM kalau kat Mesia negeri jumlahnya begitu je.. tak bertambah-tambah.. yang bertambah nya ialah jumlah Federal Territory.  Tapi kat India.. jumlah negeri makin bertambah.



Aku tak sedar sangat.. sedar-sedar tapi tak amek pot sangat sampai le tadi aku dok bukak Google Earth pastu nengok le kat India... Lepas je the break-up.. betul ke aku pilih term tu. Betul kot.. Salah. Aku google.. the correct term is THE PARTITION OF INDIA 1947 or The Partition of British Indian Empire 1947.



Negeri yang alami partition of course le PUNJAB and BENGAL. Ini demi nak mewujudkan dua entiti politik -  UNION OF INDIA and DOMINION OF PAKISTAN.. Pastu diorang tukar nama.



Tanak citer pasa tu moh kite cerita pasal the GROWTH of STATE in India. Negeri baru yang aku jumpa.. Ni kira compare atlas 1990 nye masa aku sekolah Menengah dengan sekang.. dari utara.



1 Chandigargh (rasa dari zaman dulu dah ada kot.. kena cek ni.. tapi malas sekarang)



2 Uttarakhand (pecah dari Uttar Pradesh... dulu kira the Himalaya region of Uttar Pradesh... Uttar Pradesh ni the most populous state kat India.. tapi fakta dedulu.. sekarang aku tak sure).



3 Jharkhand (pecah dari Bihar.. kira southern part of Bihar dulu.. mountainous region)  



4 Chattisgargh (pecah dari Madhya Pradesh.. eastern part.. pun bergunung macam Jharkhand.. memang neighbouring pun)



5 Telangana (sebenaunya sebab jumpa this state le aku terus beriya tulis entry ini... Betul terkejut.. nama dia pun menarik. The best part Hyderabad (dalam Hyderabad ada section nama Secunderabad... best gila nama... dalam pada nak nama yang 'local' or sound 'Hindu' still ada nama macam omputih) berada dalam Telangana. No more apart of Andhra Pradesh. So, Andhra Pradesh macam dah hilang prestige la kot sebab takde Hyderabad.



So, 5 ni jelah.. Sebab prior to these 5 (mungkin gak 4 sebab Chandigargh tu macam dari mula dah memang jadik state kecik.. kena cek). Sebelum tu ASSAM sendiri sudah dipecah 7. Tapi kalau tak silap aku bukan kerja BJP.. Tu masa Congress Party kot.



Another penemuan yang menarik lagi ialah sekarang ini rupanya BANGALORE sudah jadi BENGALURU, pastu MYSORE sudah jadi MYSURU.



Yang aku tau sejak dedulu....



BOMBAY - MUMBAI, MADRAS - CHENNAI, PONDICHERRY - PUDUCHERRY, COCHIN - KOCHI.. 



Sebab aku tak amek peduli sangat.. dulu yang aku ingat BJP yang berkait rapat dengan RSS (Rashtriya Swayamsevak Sangh) ni dia kuasai few states je.. sampai le tuhari aku baca rupanya BJP dah kuasai New Delhi...



Aku tak dulik sangat politik India.. 



Apapun kegemaran BJP tukar nama bandau and creating new states ni sangat menarik.. Cuma satu bila nak tukar "NEW" DELHI tu?

Tuesday, May 10, 2016

Why

Aku mengantuk gila. Tadi petang hujan. So tak pergi swim. Esok aku kena bawak kasut and suar pendek. Kalau ujan gak aku kena masuk gym. Takleh jadik tak workout.

Maka sebagai ganti swim aku ke Fareed. Melantak mi goreng telur mata atas plus nasi goreng daging telur mata atas, and aku minum teh ais. Nasi goreng daging dia tak sedap langsung. Bengang betul. Tapi aku habiskan juga. Rezeki kena bersyukur walau kurang sedap. Mungkin sedap sudah full makan mi earlier tadi.

Macam biasa bila aku makan terlalu banyak aku susah nak menulis. Apatahlagi ini menulis chapter baru. Memang sudah jadi lumrah kalau tulis chapter baru aku selalu sambil menulis sambil itu menangis. Tapi chapter 6 macam dah tak leh nak nangis lagi kot. Dah terlalu banyak kali menangis so kali ni macam dah kering air mata.

Balik dari Fareed aku dok baca buku ni... WHY THE WEST RULES - FOR NOW by Ian Morris... This book is just like Civilization by Ferguson. Ia Morris rupanya academician gak. US punya orang. Kalau orang lain baca ni aku rasa mesti terus conclude yang ini semua penulisan untuk bangga diri omputih or kalau yang baca tu plak adalah Muslim yang warak sure akan kata ini bangga diri puak Kristian. Aku nengok tak begitu. Buku-buku ni sekadar nak bincangkan possible points kenapa certain budaya lebih competitive banding dengan yang lain.

Yang aku pasti, both talk about the use of authority. Kuasa kat negara Asia seringkali keterlaluan centralized. Pastu yang ada autoriti gunanya untuk lenyapkan persaingan berbanding galakkan persaingan sesama sendiri. Kat Barat autoriti lebih disperse so persaingan walaupun tidaklah sesihat mana tetapi persaingan berlangsung sehingga membolehkan muncul budaya inovasi, keusahawanan, penerokaan, dan ambil risiko. Then, bila masuk bersaing dengan orang Timur maka Barat ketengahkan yang terbaik sebab persaingan awalnya sendiri sudah hebat.

Camtu le serba sedikit. Kang aku amek picture buku ni. Aku ngantuk lagi. Jap lagi nak solat Isha. Sekarang aku sudah jaga solat. Pastu aku berusaha jaga hati Emak dan Ayah. Tak boleh cakap sembarangan depan mereka. Adoi, rasa mata aku gatal-gatal plak.

Office

Haha.. nak naikkan motivasi PhD habis segera maka aku lakukan sesuatu ke atas office. Semoga berlaku sesuatu yang hebat bila transform. Pada yang nak aku nye professional service untuk organize office secara bergaya atau rumah.. maksudnya malas nak cat.. tapi mau sesuatu ruang nampak cun dengan harga yg murah.. contact lah aku. I have that midas touch. Call me. Haha.

Samalaju

Aku suka nama tu. Samalaju. Haha. Dah aku kata result PRN kali ni begitu. It doesn't take a genious. Emak pun cakap menda yang sama. Emak walaupun sudah 74 tahun tapi minat beliau dalam politics sangat dalam. Untuk PRN kali ini, beliau lebih banyak tahu berbanding aku. Nanti mahu belikan bahan bacaan buat beliau. She loves to read. Sekarang Harakah and Suara Keadilan dah tak masuk kampung Simpang Bekoh. First sebab Pakatan Rakyat dah takde. Orang PAS kat kampung tu sendiri marah dengan tindakan pimpinan yang berbaik dengan UMNO. Secondly, sebab readers go digital. Thirdly, pembaca hard copies are old generations like Emak and Ayah. Ramai dah pergi.

Ya Allah semoga Emak and Ayah terus dipanjangkan usia. Kakak aku Cik Pid sekarang selalu belikan Harakah and Suara Keadilan kat Shah Alam, bawak balik ke rumah.

BTW those negative words semalam masih terngiang. Aku pelik cemanalah gen-millenials boleh berpikir macam Baby Boomer. Nope, bukan.. itu pemikiran diapers of Baby Boomers. Sedih.