Sunday, July 5, 2015

Terawih

Tak sangka tahun ni banyak gak terawih yang aku pegi. Not bad at all... yang best terkenang zaman sekolah. Masa tu semayang kena paksa... bila terpaksa rasa lama dan penat.. sekarang pergi sukarela.. tapi sebenarnya aku paksa diri pergi.. tapi entah rasa macam best. Aku rasa macam dah dekat 20 tahun aku tak pegi terawih... kat US tak pegi.. balik US tak pegi.. masa dok KL tak pegi... dok Kedah memang langsung jadi jahiliyyah.. dok Seremban baru pegi...

Another thing.. business rempeyek emak aku dengan Mak Ngah yang aku tolong makin menjadi.. mula-mula tuhari ada order 28 je. 2nd round nye order ada 41. Not bad utk satu tempat je yang aku jual. Aku tak amek pun profit. Tu duit raya emak aku.

Wednesday, June 24, 2015

Nawaitu

Tadi aku sembang dgn ex students. Bercakap tentang dia yang indecisive antara kawen and tak kawen and dengan siapa perlu beliau berkawen.

Rumit. Yang dpt aku kenalpasti, beliau berkira-kira tentang apa bakal suami dapat dan apa yang beliau perolehi daripada ikatan tersebut.

Aduh. Mungkinkah trend masa kini marriage for advantage? Hapus pupus sudah marriage for love?
Mungkin aku yang idealist atau utopianist.... atau naive?

Sejak kecil aku sering persoalkan tentang sesuatu perkara..

Pada aku kalau ikhlas semua jadi mudah. Ada orang cakap in order to ikhlas kita mesti suka apa yg kita buat. Benarkah?

Bercakap pasal suka. Betul ke perkara yang kita suka hari ini kita suka esok hari? Can we be consistent?

Aku pun x tau nak tulis apa ni. Aku drafted this posting lama dah.

Tadi aku tengok citer maze runner.. best gak citer tu.. pasal survivorship.. kemampuan utk fight.. kemampuan to be resilient.. best lah. Better la dari the  giver.. the Giver not bad tapi mcm x mengujikan.

Nak tulis apa ni yer..  sebenarnya tadi aku teringat pesanan mak aku masa nak balik malam Sabtu.. she said.. "awak jangan kecewakan emak". I think she cried yesterday...

Don't worry Mak, I already made a pact with myself.. Emak pun tau how strong your son is.. kalau tak kuat.. dah lama dah xde dalam dunia.. I keep on fighting.. cuma tunggu masa yg tepat to conquer.. Ill make you proud.

Cakap pasal mak.. tu hari keluar beli barang.. aku rasa best dpt sembang dengan beliau.. mcm2 gak topic sembang.. the best part.. Mak Teh, Mak Itam and Dak Busu dah kembali pada Emak. I told Emak.. kebenaran will surface.. kita hanya perlu sabar.

Begitu juga dgn aku kini.. there have been many let downs.. the are people who take me for granted... tapi aku sangat sabar.. masa akan memberitahu...

Oh cuma aku sedih dgn anak2 buah Emak.. I mean my cousins yang masih biadap pada emak. Entahlah kebiadaban ini memang suatu penyakit. Berjangkit dan merebak.

Adoi apa aku tulis ni.. berbalik pada tukar nawaitu.. aku masih ingat ada seorang rakan.. yang aku meluat.. tapi masih aku sayang... beliau sering ingatkan aku... "Bad.. betulkan nawaitu".. Friend tq so much.. kini apabila aku betulkan niat.. segalanya makin mudah... dan aku tidak merungut lagi dalam hidup walau biar apa yg mendatang.

Another friend.. beliau tak pernah give up on me.. sering tegur.. "babe.. stop merungut".. betul I admit.. masa aku selalu merungut waktu di Kedah dulu.. aku trapped.. trap dgn dunia yg aku bikin sendiri..

Kini Alhamdulillah things get better... quit magical sekarang semuanya elok..

For those who have never putus asa on me.. Terima kasih... aku sgt hargai.

Monday, June 22, 2015

Ramadan

1 Ramadan. Aku suka tarikh tu. Sejak dari 1 Ramadan tahun lalu bawak ke 1 Ramadan tahun ini.. mcm-mcm pahit manis aku lalui. Yang pasti keadaan semakin baik.

Walaupun 1 Ramadan tahun ini tak macam 1 Ramadan tahun lepas... tapi ia tetap bermakna macam tahun lepas. Kali ni aku ke Behrang hantar anak buah aku masuk politeknik. Tak dapat aku pick up sahabat aku di airport. Alhamdulillah beliau faham.

Harini dah masuk Ramadan ke 7. Buat pertama kali dalam banyak tahun aku ke surau untuk berterawih. Allah Maha Hebat.. aku merasa sungguh tenang sekali.. dan sungguh aku happy. Aku berusaha untuk terus berterawih pada malam-malam seterusnya.

Pada Ramadan kali ini jugak aku berjaya tolong jualkan 28 balang rempeyek Mak Ngah aku. Seronok aku dapat membantu. Sahabat aku pula semakin ghairah dengan tart nanas nya. Aku tumpang happy... aku ada order tapi beliau sendiri sudah ada lebih daripada 200 order. Moga beliau sempat siapkan juga untuk aku sebab tart nanasnya aku mahu hadiahkan kepada orang-orang penting dalam hidup dan kerjaya aku... tapi kalau beliau dahulukan tempahan orang lain.. aku x kecil hati... sebab seperti kata beliau tart tidak semestinya untuk hari raya. Semoga cita-cita melihat tart beliau di kiosk stesen-stesen minyak dan pasaraya akan termakbul.

Namun aku agak terkilan sebab masih tak dapat menolong kakak aku dalam bisnes beliau.. beliau ada jual keropok tempe. Aku dah rasa.. memang sedap and boleh go.. harapan aku.. tak berapa lagi dapatlah aku bantu beliau juga.

Phd aku pulak masih bab 2.. semoga Ramadan kali ini memberikan momentum untuk aku menyudahkan bab 2 dan bergerak dengan bab 3. Moga Allah membantu aku untuk aku menyiapkan tesis phd pada 2016. Sudah tak sabar untuk bergelar Dr. Gelaran tersebut adalah bagi menunaikan cita-cita ibuku untuk melihat salah seorang zuriatnya beroleh gelaran tersebut. Semoga Ibu dan Ayah dipanjangkan umur dan terus sihat agar dapat melihat hasil kesabaran mereka dalam membesarkan aku... teringin sekali aku berjasa sehebat-hebatnya kepada mereka berdua..

Satu lagi aku ingin menjadi seorang yang lebih humble.. semakin berisi semakin tunduk.. menjadi seorang yang lebih menghormati orang-orang disekeliling.. lebih tenang.. lebih gembira.. lebih sabar..
Moga terus maju.. terus mara..

Wednesday, June 17, 2015

Decaf

Mungkinkah terlebih kopi? Too much caffein running through my veins...

Inikah punca kepada segala emosi? Inikah punca kepada segala kebimbangan? Mudah aku tersentuh.. mudah aku berkecil hati...

Entahlah moga Tuhan membantu...

Kebelakangan ini aku sering dikecewakan.. mungkin situasi yang tidak mengizinkan...

Aku cukup kecewa apabila aku sudah rancang segalanya dengan baik dan sesempurna mungkin tapi situasi tidak mengizini..

Semoga Allah permudahkan segalanya... semoga Allah tenangkan hati ini.

Toxic

Pagi bangkit. Terima email.. tahap kerisauan aku meningkat mendadak. Email diterima dari my very own personal toxic handler... masih beliau tidak boleh pulang kerana laut gelora. Me myself is a toxic handler.. a toxic handler for my mother.. kadangkala to my sisters.. to my closed friends.. to my colleagues....

Diwaktu my toxic handler berada dalam stressful environment aku memaksa diri menjadi berganda luar biasa kuat berbanding biasa... hampir dua minggu berlalu aku sendiri terpana dengan kekuatan aku.. Alhamdulillah.. tapi email terkini buat aku lemah.. Kerisauan mengenangkan cuaca yang boleh affect keselamatan.. moga beliau selamat.
Kisah lain....

Lately... banyak expectation yang perlu aku penuhi... aku bukan manusia yang bijak to say No... dan pada aku siapa kita untuk say No di kala ada yang memohon pertolongan... diperlukan di kala aku keterlaluan sibuk adalah suatu cabaran besar...

Diperlukan.. merasa diperlukan itu indah.. ia bukan bebanan.. ia adalah kepercayaan.. ia adalah tanggungjawab...

Kakak aku mintak tolong hantar anak dia utk register politeknik.. tuhari dok uitm.. tapi this the very 1st anak buah in the family tak boleh nak survived lantas membuang dirinya sendiri.. bapak dia marah sungguh...

Dapat poli bagaikan peluang kedua.. aku faham benar tentang peluang kedua.. tidak semua beroleh peluang kedua.. kerana itu sedaya mungkin aku mahu menolong my nephew ini... menghantar beliau ke Behrang adalah suatu tanda sokongan yang tidak berbelah bagi.. ia suatu tanda keyakinan... kisah my nephew walaupun tak sedramatic kisah Burn kawan kepada kawan aku bernama Abu... tapi byk similarities...

Burn dapat peluang kedua... begitu juga my nephew.. aku sebagai pemerhati kehidupan semahunya accomodative.. walaupun my nephew tak segenious Burn.. namun setiap individu ada potensi sendiri...

Aku stress sebab byk benda nak buat.. kena kemas rumah sebab malam ni kakak aku and the nephew plus his sister nak datang.. rumah macam rumah kongsi...

Stress sebab kredit kad tak bayar lagi..

Stress sebab kena keluarkan duit yg untuk bayar ASB loan untuk bayar kredit kad..

Stress sebab tak lama lagi kena bayar phd tuition fee..

Stress sebab kereta tak service lagi....

Stress nak pergi bank jap lagi.. stress nak basuh kereta.. stress marking tak siap lagi...
Stress singki penuh....

Sering aku luahkan all of the above to my toxic handler... tapi memahami keadaan beliau.. aku luahkan di sini...

Kalau diluah beliau akan stress.. stress bila the toxic handler sendiri bagitau aku yang beliau stress dgn my own stress..

Sering kalau stress aku akan end up atas katil.. baca buku kejap pastu tertidur.. alhamdulillah.. aku blah dari katil terus mandi.. and here I am jotting down rasa aku...

Lega.. kurang stress....

Saturday, June 13, 2015

Bitter

Lately I've learned so many things about life... be it from my own experience or from surroundings...

I've been tryin extremely hard to stay positive and be as nicest as possible not only to people around me but also to cats.. dogs.. plants.. my car.. my mom's car..

Tapi.. I don't understand certain people who just love to be bitter.. grudgy.. is it fun to be that way?

Would being bitter help you to feel good about yourself? Is being bitter making you at least a penny rich?

Pelik....

Preaching about options in life.. tapi it is so ironic when you choose to be bitter.. grudgy.. grumpy.. every second.. every minute...

When I wake up in a morning I always choose to be happy.. and I am trying hard to make sure people around also be happy with me.. tapi to my frustration I keep on receiving bitter treatment from surroundings.. it is heartbroken when the bitterness dtg from people that you love.. from people that you care.. from people who claimed care about you....

Frustration management is the answer I guess

Situs

Aku betul-betul bengang dengan any pihak yang destroy historical sites be it during conflict or in the name of development...

Tu hari.. few years back kot.. yang giant Buddha statues kat Bamiyan Valley.. tu Taliban..
Kali ni.. kat Yemen.. masalahnya Moslem sendiri yang musnahkan...

Yang kat Makkah in the name keselesaan jemaah haji and umrah.. habis buildings yg erected during Ottoman era kena bulldozed... rumah kelahiran Nabi pun kena sodok.. aku doubt alasan the Najd rulers yg claim to be the guardian of the Haramein tu... konon not to promote idolatory...

Yang kat Mesia pun ada... dataran Pahlawan dok bina atas padang pahlawan.. patut biarkan aje.. tgok apa jadik.. last2 A Famosa yg jadik lambang Melaka sekian lama dah hilang gah.. xleh nampak dari jauh.. seolah dok belakang bangunan.. kalau dataran pahlawan tu memang betul2 buat mcm dataran Merdeka takpelah.. that is a dataran.. ni aku tak tau nak decribe cmna dataran tu.. yg aku tau.. it is an eyesore...

Masa construction of dataran pahlawan tu aku ingay lagi dalam tahun 2002 kot the Star ada reported pasal terjumpa historical relics masa korek2 kat situ.. tapi state gomen still proceed..
Sedih.