Friday, May 5, 2017

Black Cat versus White Cat

Deng Xiaoping said "it doesn't matter if the cat is black or white. All that matters is that it catches mice" (Leonard 2008:42). Makanya, China's economic growth for the last twenty years has been 'Black Cat GDP Growth.' Pertumbuhan yang tak peduli environment. 1980's model is based on 'getting rich first, clearing up later.' Ini memunculkan saranan for 'Green Cat Development' which is synonymous with sustainable development. Inilah dilema pembangunan, ada menda yang terkorban. Macam aku study ni. Habiskan dulu, penampilan diri komdian. Nak balancekan study dengan penampilan mak oii payahnya. Tido tak tentu, exercise terpaksa korbankan sekarang ni cuma leh agak menjaga makan and tadi start kembali buat walk. Harini berjaya puasa lagi. Alhamdulillah hari ni genap aku usia 41 tahun ikut perkiraan Masihi. Ikut Julian Year or Gregorian Calendar aku pun tak sure. Rasanya apa yang the world guna sekang or Civil Calendar is Gregorian which is a modification of Julian. Huhu. Tak tercapai dek kepala hotak aku. Rasa sangat bertuah, rasa sangat bernasib baik. Tahun ini birthday nya sangat indah. Aku cuma celebrate dengan solat and baca Quran saja tadi and pastu baca buku Merah tu and pas ni nak sambung keje. Aku target chapter 2 habis modify this week. Then Chapter 3 habis next week. Mengimbas kembali, last year pada hari dan waktu yang sama. Aku dalam keadaan paling terduduk. Aku bersyukur sebab bermulanya daripada besdey last yearlah aku mula secara serious mencari jalan untuk melepaskan diri dari pasir jerlus yang aku cipta sendiri. Alhamdulillah pada waktu itu munculnya para sahabat yang hadir membantu. Tapi waktu tu aku sedar aku sendiri mesti ada kemahuan untuk keluar dari pasir jerlus tersebut. Orang lain boleh bantu, tapi peranan diri sendiri itu yang terpaling penting. Sejak itu aku cuba jaga solat, baca Quran. Hari ini aku dah sampai Juzuk 23. Azam aku untuk khatam by the end of Syaaban. Masuk Ramadan, aku akan try khatam untuk kali kedua. Semoga semuanya makin bahagia, makin makmur. Bila aku dok citer aku solat and baca Quran, bukanlah aku manusia yang baik or hebat. Cuma aku nak kongsikan itulah rutin paling best untuk membina semula apa yang telah musnah. Aku pun dulu tak sangka aku akan sekerap ini guna sejadah dan bukak Quran. Tak sangka. Aku juga tak sangka aku mampu bangkit setelah tenggelam. Tidaklah sehebat mana aku kini. Tapi kiranya dibanding aku pada tahun yang lepas, pada tarikh and waktu yang sama, maka aku pada hari ini sangat jauh dalam keadaan yang lebih baik. Walaupun hari ni aku 20kg lebih berat. Hari ini, aku berpijak di bumi nyata. Hari ini aku tidak berangan-angan lagi. Hari ini aku lebih tegas especially pada diri sendiri. Hari ini aku lebih fokus. Hari ini aku lebih tahu apa yang aku mahu dalam hidup. Sungguhpun begitu, hari ini aku tetap seorang empath yang sangat memahami dan sangat penyayang. Esok mau celebrate besdey dengan Emak. Aku sangat bersyukur dengan segala kurniaan Allah. Parents yang luar biasa hebat. Kakak-kakak dan abang yang sangat luar biasa baik dan anak-anak buah yang sangat luar biasa bijak. Aku juga dikelilingi oleh sahabat-sahabat yang terus menyokong. Aku juga sangat bertuah dapat students yang hebat semangat. Aku juga dapat supervisors yang tegas tapi luar biasa skillsnya dalam mendidik aku. Pendek kata, aku di kelilingi oleh manusia biasa yang luar biasa. Yang aku perasan, semakin aku tenang, semakin aku kerja keras, semakin aku berdamai dengan kehidupan.. Maka, semakin mudah segalanya. Tapi ini semua dengan izinNYA. ALHAMDULILLAH. Aku rasa macam dah banyak kali aku nye entry cenggini. Tapi sempena besdey ni relevant kot sounds syahdu.

Wednesday, May 3, 2017

Mingnong

Mingnong ni term jumpa kat Leonard (2008). Baru pasan bila buku ni published. Lama dah, tapi best gila. Sebelum ni aku memang tak minat langsung pasal China. Pada aku overcovered. Semua nak sembang pasal China. Punyalah aku bosan topic China sampai discard topic China dari syllabus. Sebab pada aku cerita China is a only a sub-theme of Globalization. Samalah reason aku buang Myanmar yang pada aku just another case study of Human Rights. Sementelahan aku nyampah dengan sorang ex kelik dari negara tu. Mulut dia busuk. Siyes, konon bau akibat berpuasa. Tipulah hari-hari puasa. Aku tengah seronok betul buat tesis. Tapi gentar gak. Esok dah kena hantau second draft of chap 1 to SV. Tak taulah. Aku berserah saja. Ni chap 2 dah nak separuh 1st part tu siap. Tapi ni aku rehat. Lepakkan kepala dengan baca pasal China. BTW aku punya reference yang paling updated termisplaced. Tapi aku rasa ada je kat komputer opis angkat kat bawah tu. Esok aku tengok. Tadi dalam kul 10 macam nak ke kampus and carik file tu. Tapi rasa gentar plak. Sekang agak takut dengan entity and activity paranormal. Dulu tak langsung, sejak dua menjak ni plak. Haah aku dah berubah. Pecaya plak aku dengan menda tu semua. Aku minat sangat nak ke China bila baca buku ni. Aku plan nak ke Kunming je dulu. Pastu baru pikir tempat lain. Teringin nak tengok Yunnan. Sebab ada tiga teori tentang asal usul orang Melayu. 1st datang dari Dataran Tinggi Yunnan, 2nd dari Champa, 3rd memang dari Malay Archipelago tu sendiri. Aku tak ingat sebenaunya ni. Tapi hantam jelah. Malas nak gugel. Yang penting yang sangat aku ingat is orang Melayu ada dua waves of migration. Macam waves of migration to America. Tapi tu jaman moden. Ini jaman pre-modern. Ada Melayu Proto and Melayu Deutro. Proto Malay. Proto kulit cerah tapi less advanced pastu dok kat area gunongan. Deutro plak more civilized and maritime. Kulitnya gelap sikit. Salu, orang kulit cerah lagi maju kan. Macam kat Indian sub-continent, the Indo-european races yang putih, yang hidung mancung, yang tinggi always yang berada kat kelas atas societies. Mereka enjoy hegemony and dominate dark skinned Dravidians. Tempat lain pun macam tu, macam kat US. Or South Africa during the era of Apartheid. Or kat Sudan era sebelum munculnya Republic of South Sudan. Sudan ni best, the lighter skinned Arabized Northerners repressed the darker skinned Christian-pagan Southerners. Maka salunya memang yang lebih cerah kuasai yang lebih gelap, memang dah macam suatu yang alami. Tapi kat Malay Archipelago. Oh BTW budak-budak aku terkejut aku, bila aku sebut archipelago waktu lecture tuhari, tercengang. Pastu siang tadi menjelang waktu dinihari waktu berkeliarannya jin dan syaitan aku dapat komplen yang aku ngajau luar dari syllabus. Mak aaaii. Persoklannya, siapa yang lebih tahu luar dalam pasal subjek tu sampai dengan pandainya boleh dakwa segala mak nenek yang aku ajau tu takde kena mengena dengan syllabus? Bila gagal paham, bila gagal linkkan segala apa ilmu tu, bila diri sendiri tak meluas pembacaan, disalahkan orang lain. Aduh apa ke bengapnya tu. Punyalah baik hati aku INTRODUCEkan segala mak nenek ilmu tu, dengan mudahnya dikatakan aku ngajau luar syllabus. Kita kasik LEBIH. Lebih yang masih dalam ruang lingkup sylabus, tak terkeluar walau sedikit pun, tapi dituduhnya kita menyusahkan dia. Katanya tak tercapai dek akal pikiran. Haah, pergilah amek mathematics, pegilah amek medic, pegilah amek statistis, pegilah amek engineering. Tercapai tak dek akal ko? Dah sedia ada band bawah, dia mahu terus syok berada di bawah. Kita mau elevate, upgrade kualiti dia, dia mau terus di takuk lama. PENAT. Hmmm lantak ko lah, yang penting aku dah buat keje aku. Haah kan, bodoh pun ramai je yang jadik jutawan. Ramai je orang bodoh tapi mampu employ orang cerdik and mereka jadi boss kepada orang bijak pandai. Yang penting licik. Tapi betul ke oooiiii yang jutawan nampak bodoh tu tak cerdik or sekadar licik? Bosannya aku tulis pasal menda ni. Kenapalah still curhat walhal tadi nak cerita pasal China. Ni ha pasal China ni. Sekarang ni penuh paradox, munculnya NEW LEFT and NEW RIGHT. Yang kirinya tak betul-betul kiri. Yang kanannya pulak berpaksikan kepada kirinya measure. Haha. Konpiuskan. Tapi sedaulah wahai umat, kekonpiusan itulah yang bawakan kau jumpa sesuatu yang sangat indah, sangat luar biasa. New Left dia mahu social justice aka equality tapi dengan gomen yang mendemokrasi. Bila ada je terma social tu. Itu elemen kiri. Tapi demokrasi tu kanan. New Right dia mahu MARKETIZATION & PRIVATIZATION tapi guna autocratic measures, guna kuasa negara. Ekonomi pasar itu kanan, tapi autocracy itu kiri sebab negara lebih berperanan. Nampak tak? Dalam kanan ada elemen kiri, and vice versa. Blah. BTW MINGNONG is a byproduct of Chinese Marketization. Ini macam lagu Beyonce, lagu LISTEN, "I'm not home in my on home." Maksudnya, perubahan system economy menyebabkan penghijarahan dari kampung ke bandau, from inland to the coastal area, munculnya urbanization. Ameklah urban sociology kot-kot senang ko paham. Huhu. Kalu kat Indonesia ada TRANSMIGRASI. Gugel le sendiri. Tapi nyebabkan gak ethnic conflict. Paling ternama was PERISTIWA SAMPIT di KALBAR between the Madurese and the Dayaks. Better aku baca buku.

Tuesday, May 2, 2017

Paramaribo

Harini aku balik kampung. Pukul 3 lebih tolak dari Dayan. Bz gak hiway even for southbound. Tadi sempatlah lepak dengan Kak Ja and Mirrah. Aku bawak balik besdey kek dia. Rajin aku sekarang wat kek. Huhuhu. Nak try wat kek cekelat plak. Aku penat and ngantuk sebenarnya ni. Tapi malas nak masuk tido. Ohya tadi balik dari kampung ke Dayan lepas Isyak. Mokhzani dah lama tak datang rumah. Rasanya tuan dia dah kurung dia sebab takut dia hilang. Tuhari aku bukak rantai dia sebab dia asik garu leher. Rasanya sebab tu lah tuan dia kurung dia. Sian tengok Ati, salu pagi-pagi leh main kejar kejar dengan Mokhzani. Sekarang Ati lepak sendiri saja. Aku nak basuh mukalah, pastu ngadap laptop. BTW Paramaribo is a capital city of Surinam or dulu Dutch Guiana. Takde apa yang menarik kot kat situ. Tapi kalau di kasim teket free. Aku pegi je. Aku tengah pikir lepas Myanmar aku nak gi mana plak. Antara Katmandu dengan Colombo.

Monday, May 1, 2017

92 pages

Aku baru nak masuk tido. Seharian aku buat keje. Rasanya dah sampai page 104. 2nd draft for 1st Chap sudah siap. Pagenya 92. Mintak diterima as is. Aku buat kek semalam. Kak Ja nya besdey. Tapi besdeynya dah lepas. Patut ni hari kena balik kampung bawak kek tu balik. Tapi tak tau lah kang mampu tak aku drive. Ni terlalu ngantuk. Oh harini aku puasa. Masa tengah sem break ni aku nak pulun habis-habisan. Nak sangat cepat grad. Aku nak membaiki and membina kehidupan. Selalu aku membayangkan. Pernah dulu aku begini masa tu tengah buat master. Cuma waktu tu tak siksa macam sekarang. Dulu full time, takde hutang, parents pun masih muda. Tapi sayang, bila mula serve UiTM dalam tahun 2007 tu aku buat decision yang berisiko tinggi. Aku mencuba perkara yang aku tak minat. Tak nyesal, cuma mengimbas kembali. Apapun banyak gak yang aku belajar. Cumanya I learned the hard way. Takpe gak sebab aku sangat percaya itu semua cara Allah membantu aku. Bila difikir, rupanya banyak kepahitan yang aku dah telan. Tapi bukan ker ubat memang rasanya pahit. Alhamdulillah, lagi satu tak rasa sangat pahitnya sebab aku tak play victim. Boleh je nak lihat diri sebagai mangsa. Tapi tak syoklah camtu. Merasakan diri sebagai mangsa leads kita holding grudge. Itu tak tak membahagiakan. Grudgy buat kita makin lemah. Lagipun memang nature aku. Sangat berlapang dada. Ngantuk gila. Tido dulu.

Saturday, April 22, 2017

Sinologist

Bila baca buku ni ha rasa macam nak jadik Sinologist. Ada Egyptologist, Arabist, Japonist, hijabist, haha. Aku ada tiga lagi literature mau tambah dalam LR. 2 untuk negara membangun, 1 untuk negara maju. Malaysia punya sudah complete. Lega bukan kepalang.

Oh semalam aku dapat pesanan segera or instant messaging yang mengatakan aku ni positive tak bertempat. Yeah positivist and positivism itu wujud. Tapi aku bukanlah positivist dalam konteks tu. Itu konteksnya dalam philosophy.

Yang nyata, aku sangat positif dalam hidup, dari kecik lagi. Basically, attitude yang semakin prevail pada hari ini adalah diri aku yang sebenar. Kalau orang tu kenal aku masa awal aku amek PhD, memang tak pernah terjumpa diri aku itu. Basically, kini aku makin berjaya kembalikan diri. Bukan mudah. 

Aku pernah lalui zaman yang sangat gelap, zaman meroyan, zaman emosi keterlaluan, zaman yang hampir buat aku tergelincir dari landasan. Tak semua tahu, tapi few people know. Dan ada yang claim sahabat, tidak tahu segala apa yang telah aku lalui. Yang benar-benar tahu memang akui, challenges yang aku tempohi itu bukan untuk semua orang.

Maka, based on that experience, being positive is a way forward. It is the only option. Di kala semuanya di luar kawalan. Apa option yang kita ada? Melatah? Marah? Meratap? Meroyan? Menyalahkan diri sendiri secara keterlaluan? Or yang paling sadis ialah apabila menyalahkan orang sekitar or Tuhan atas segala apa yang berlaku. Apa hasilnya? Apa kepuasan yang dapat dikecapi? 

Maka, being positivelah option terbaik. Kita tak mampu nak kawal apa orang pikir pasal kita, Kita tak mampu untuk kawal behavior orang lain. Kita tak mampu seratus peratus merencana masa depan. Tapi sebagai manusia kita boleh control our own thoughts. 

Kebolehan mengawal apa yang kita pikir, terutama apa yang kita pikir tentang diri kita sendiri ini akan terserlah pada kata-kata, perbuatan dan pembuatan keputusan. Hasilnya magical!!! Bila kita mampu kawal diri, terutama thoughts, kita akan membentuk perception orang terhadap diri kita. Kita nampak sangat kuat, kita nampak hebat. Lepas tu InshaAllah mudah. Indirectly, kita yang kuasai persekitaran kita. Kita mampu bina persepsi orang tentang diri kita.

Maka, kerana itulah in a time of crisis, kita kena focus pada apa yang bermain di minda kita sendiri. Pandangan orang lain tentang diri kita, kena put aside. Itu di luar kawalan semasa krisis. Tapi sebaik kita mampu control our thoughts. Sebaik crisis berakhir, then the rest is history. Semuanya InshaAllah sangat mudah.

Suatu yang tricky tentang berada dalam crisis ialah kita tend to pikir kita alone kononnya "me against the world" atau "I only have myself." Masa aku tempuhi crisis, orang yang paling aku harap ada tak ada. Tak mengapa sebab masing-masing ada kekangan dan halangan. Sebab keadaan yang sangat menghimpit aku belajar untuk letak pengharapan kepada ALLAH instead of manusia. Manusia lemah, sering kita berharap pada seseorang, tapi kita tak sedar yang orang itu mungkin jauh lebih lemah berbanding diri kita sendiri. Suatu yang luar biasa tentang sentiasa meletakkan harapan pada Allah ialah Allah tolong kita menerusi manusia juga. Allah menghadirkan orang yang baik-baik, At the end, kita tak merasa alone at all. Kita kena awasi perkataan tu, takut-takut bila cakap I always alone sampaikan kita merasa kita ni takde Tuhan.

Apapun semunya dengan izinNYA. Kena sangat bersabar. Satu perkara penting, bila always positive kita akan sentiasa sangat bersyukur dengan segala apa yang kita sudah raih, bersyukur dengan khalayak yang always ambil tahu and ingin membantu, bersyukur dengan cabaran yang merintang. Yang sonok, bila positive, dalam cabaran itu kita nampak peluang. Misalnya, crisis, dalam pada kita boleh tengok ia as a kafarah, boleh saja kita being postive dan bersyukur mendapatnya sebab ia membantu kita belajar sesuatu. Untuk aku pulak, crisislah yang buat aku kembalikan diri aku yang sebenar. Crisis buat kita lebih hebat, lebih kuat. Maka takde reason untuk kita tidak bersyukur dengan crisis.

Maka, tidakkah indah dunia apabila segalanya kita lihat dari sudut yang positive? Even, bila positive kita jadi manusia yang takde masa nak tengok kurangnya orang lain sebab kita terlalu busy nak perbaiki diri sendiri. Lagipun buang masa carik lemahnya orang atau senaraikan history kelemahan dalam kehidupannya walhal tak mampu kita deny kekuatan dan kehebatan yang seseorang itu miliki. Kita jadi takde masa nak argue berjela sebab tahu ia tak bawa masuk duit berkepuk. Kalau nak argue, berbahaslah tentang idea or ideology barulah kepala otak rasa best. Takde masa jugak nak blame game sebab lagi syok main game kat tenet or main game sukan. So, being positive sentiasa ada tempatnya.

Apapun aku sangat bersyukur pada Allah. Sekarang semakin hari semakin mudah, Tak nafi, tetap ada cabaran, tapi aku tempuhi dengan tenang dan penuh stail.

Tapi ada satu menda yang aku payah nau nak control. Nafsu makan. Huhu.

Friday, April 21, 2017

Grope for Stones to Cross the River

Aku sangat suka buku ni.

Plate Plateu Plato

Aku kat kampung. Patutnya ni malam kat Dayan. Tapi aku balik kampung. Jengok Mak and Ayah. Takpelah kot. Aku planned tanak balik kampung. Nak jimat duit. Nak pulun buat thesis sampai hari Senin. Senin petang barulah balik kampung. Tapi aku pikir, kenapa perlu nak berkira sangat. So, aku pun balik je. Aku singgah solat kat masjid yang dekat dengan Exit Pedas Linggi. Tu memang favourite. Pastu aku singgah dinner and tapau untuk Emak and Ayah. Ni ada satu kedai Melayu Patani dah jadi fav aku gak. Aku belikan Mi Kungfu. Emak suka, seronok aku tengok beliau sangat berselera makan tadi. So, bolehlah pasni aku makan kat and tapau kat situ. Things get better sekang. Memang sangat bersyukur.

Peta ni dah lama benau aku nak tengok kembali tapi tak tercarik dan tiba-tiba ada orang yang share kat whatsapp group. Mala aku pun ameklah 
Ini kek untuk hari jadi Ayah and Emak.. Masa besdey Emak, kek tak menjadi.. so, aku buat sekaligus.
Emak and Ayah pergi jalan-jalan