Friday, January 8, 2016

Merepek

Day 27th

The TC emailed.

The TC unblocked.

Tak sia-sia aku buat tesis pasal social media.. tak sia-sia aku macam nak mati baca article baca buku.. sampai sepupu-sepupu aku sekarang kata muka aku dah sebijik muka abang aku yang sudah early 50's. Nampak sangat PhD telah membuat aku nampak tua... tapi takpe abang aku hensem... so aku pun kategori yang sama la kot.

The answer to resistance is persistence. Itu yang aku belajar masa buat sales di CIMB dulu. Kena muka tak tau malu, kena muka tebal, kena 'gegeh' kalau ikut cakap Kedah.

Pendek kata, do not fear rejection. Itu kata-kata bosses masa aku kat CIMB dulu..

Majority of advises that I've received during this 27 days sound like this..  "leave the TC alone.. The TC needs some space.. The TC needs some time." However, I don't have much time. My goal is GOT (Graduate On Time)... and the TC has been a part of my support system for many semesters. The TC was there for three chapters. Thus, I must ensure that the TC is here for another 4 chapters.

Dan knowing me who loves to do things differently, so my approach in handling TC's resistance was different. I took sales perspective.

Ternyata, experience di SingTel jadi customer service angkat telepom, buat sales kat CIMB, amek course Marketing kat Drexel, jadi speaker and communication trainer kat Pusat Latihan AADK dulu sangat membantu.

Aku sebenarnya was-was. Adakah being persistence yang didapati always effective dalam sales is also applicable to personal life???

Aku emailed the TC every day. Updated my progress, showed some evidence that I am changing dan lebih berdisiplin, and therefore I am worthy to be re-contacted... Yeah, kerana persistence dan dengan pertolongan dari yang Di Atas... the TC responded. Aku bersyukur.

Beliau senyap... maka ramai kata aku juga wajar senyap

Tapi I didn't keep quite. Sebab beliau sudah senyap... so, aku percaya senyap lawannya bising. Macam api, tak boleh dilawan dengan api.. tapi wajar disimbah air. Bukankah melakukan perkara yang berlawanan itu berkesan?

Begitulah aku yang suka buat sesuatu dengan cara yang berbeza.

Tapi tak luar biasa pun, sebab menda ni perkara biasa dalam sales and marketing. Yeah, I am pushy... pushy can be annoying...  But we have just to push... push our product. Marketing... what is marketing? Marketing is about creating demand. The people do not need the product... kalau tak pakai product tu pun tetap orang boleh hidup,.. tak makan menda tu boleh je sihat.. tapi marketing does the magic.

Macam lagu kat radio la.. mula-mula dengau tak sedap langsung.. tapi stesen tu hari-hari putar.. dalam pada annoyed and benci dengan lagu tu.. lama-lama listeners boleh ingat setiap bait lirik dan lentok melodi by heart... maka, persistence is the answer to resistance.

Another part.. majority terlalu takut to annoy others.... I was reminded.. "do not annoy the TC."

Frankly, my psychology macam kanak-kanak.. or a teenager...  I read the message as "do not annoy the TC."

Lebih kurang macam "do not smoke..."

BTW, tengok kat TV... commercials are annoying.. that guy.. you know that young Datuk of D'Herbs. He is extremely annoying!!! Datuk Seri Vida is just plainly annoying.. who else? Yeah, that Jom Singgah program which is meant for homemakers is full of annoying characters.. dari hostnya.. Maria Tunku Sabri.. sampailah pada pengasas product and representatives dari those SME companies.. semua annoying.. I believe, we just have to face the reality.. annoying is entertaining. Annoying sells!!!

Man.. am I annoying??? hahahaha.

Dalam politics... prior to social media era.. long before (not that long sebenarnya) Facebook, Twitter, YouTube... long before Instagram and Whatsapp... political parties.. especially di Barat.. pastu kat Mesia, the ever vibrant PKR and DAP has been using email for political engagement and even for political recruitment (perkaderan politik).

Aku dah kena block kat whatsapp.. even nombor aku kena block.. balik kampung aku kontek guna Emak and Ayah nye phone.. both numbers pun kena block. I went to payphone.. Nombor public phone pun kena block. No other means left, except for the email.

Email sounds conventional these days. Tapi, that 45th POTUS hopeful, Mrs. Clinton is using email for political communication and fundraising... oh... POTUS is President Of The United States. Yeah, I have been receiving emails from her camp since registered as one of her supporters... Yeah I really wanna see what kind of world that we gonna live in bila a woman jadi the most powerful person on earth. World peace? Or the world crumbles into pieces???

So.. It is proven.. email is still a relevant choice for many purposes.. for sales, marketing, for politics.. for administration.. even personal.

Tu hari aku sembang dengan Pips.. Not my niece.. This is another Pips.. this Pips is just like my very own Pips.... She is beautiful inside and out... She is brilliant... She is strong..  (BTW, my Pips sakit.. tapi dia tak pernah tunjuk dia sakit... aku ralat tak dapat bantu Pips dengan bersungguh.. Tapi Pips... I promise you.. I will help you... You are always in my prayer.)

Ohh...  our conversation lingered around personality and its relationship with astrology. Haha. I am Taurean. Lombu.. macam Lombu Kak Ijat.. Lombu NFC.. Lombu One Menerung.

Pips mentioned how degil a Taurean can be. Yes, admit itu. Aku terlalu degil, tidak mendengar kata. Tapi from another angle, degil is persistence, degil is tidak give up, degil is tidak putus semangat.. degil is annoying.. hahaha... lol (BTW.. what are you? A HAHAHA-person or a LOL-person?)

Kenapa aku buat perkara yang berbeza daripada yang dinasihatkan?

Perlu aku tegaskan.. aku mendengar.. I am an excellent listener. I appreciate other people's point of view... Aku percaya kepada kepelbagaian pandangan.. I embrace agree to disagree.. I am democratic

But when it comes to deciding what's the best... I believe in Plato's Philosopher Kings... yang jadi justification or basis of 'strong government,' 'developmental state,' 'government knows all.' Versi yang teruk is dictatorship....

Aku percaya setiap manusia itu hebat.. tapi yang terpalinghebat... yang terpaling luar biasa... yang terpaling berani... yang terpaling kaya... yang terpaling bijak tidak ramai.. tidak banyak.. itu sebab societies.. tak kira era tak kira lokasi.. shapenya always macam the pyramids of Giza.. Itu sebab 'class theory' by Karl Marx (sama birthday dengan aku) is still applicable sampai sekarang walaupun communist countries sudah boleh dibilang dengan jari... even communist countries are no more communistic.. today they are too capitalistic.

Berpandukan kepada perkara yang di atas maka apabila aku buat decision, aku terpaksa ketepikan pandangan 'the masses.' The masses are apathy, mediocre.. less informed.

Macam Philospher Kings, menurut plato dalam sesebuah masyarakat, ahli falsafahlah yang terpaling bijak, yang terpaling berkebolehan memerintah, yang terpaling hebat dalam membuat keputusan. Dan bukan semua orang punya talent untuk menjadi ahli falsafah.

In relation to diri aku yang selalu yakin diri bahawa aku "the brain" (tapi bangang math.. cemana?).. Maka, apabila melakukan sesuatu aku percaya aku punya approach adalah yang terpalingbaik. Mengapa? kerana kebolehan aku melihat sesuatu dari bermacam angle dan disokong oleh kepelbagaian ilmu dan pengalaman... Ha Ha Ha... See.. aku dah mula bangga diri dan lupa diri...

Sedikit merendah diri.. aku adalah the brain dalam politics.. dalam ilmu.. dalam disiplinnya.. tapi apabila mempraktisnya?? Tak mampu atasi KJ.

Macam Ramli M.S... paling hebat mengkritik orang menyanyi.. dan menasihati apakah cara terbaik untuk keluarkan suara dari tekak...  itu kerana ilmunya.. tapi suruh dia nyanyi? Sedap?

Apapun, perkara yang telah aku pelajari sepanjang 27 hari ini..

Pertama, persistence works...

Second, rejection is invitation for more communication (takleh guna 'do not' fear rejection.. nanti otak proses jadi "do not fear rejection")

Thirdly, we know what is the best for ourselves. Listen to others, but OWN the decision.

Aku nak baca Yasin... tadi lepak Shah Alam agak lama.. It was a good meeting with colleagues from FBM. Love em both.

Thank you Allah.

Wednesday, January 6, 2016

Harta

Aku ada entry lain. Tapi tak sempat siap. Dah kat Sendayan. Sampai je rasa letih banget.

Kat kampung happy gila.

Aku kemas dapur, sapu sampai keluar umah. Umah tu besau.. laman pun besau. Siyes letih tapi aku hepi. Kalau bukan aku yang buat, tak sapa lagi. Tak kan Nek Tim and Tok Mad yang kena buat? Oh tadi aku lipat baju gak. Haha. Itu saja harta aku yang ada dalam dunia ni. Aku bersyukur sebab mereka masih ada. Alhamdulillah.

Aku ada ajak few students teman aku balik. Tapi diorang tak nak. Begitulah, susah nak mintak tolong. Padahal that was a huge opportunity untuk dapat ilmu... Untuk berbakti, and tengok Nek Tim and Tok Mad, mereka dah tua.. tapi mereka bukan orang tua biasa.

Macam aku jugaklah, Dato' Agus mintak tolong buatkan artikel untuk masukkan dalam buku. Pasal kepimpinan. Tapi aku tak betul-betul usahakan. Walhal kalau diusahakan sure ada.

Begitulah kita manusia.. apabila ada pihak mohon pertolongan, kita selalu melihatnya sebagai satu bebanan, satu masalah, kita sentiasa doubt and skeptic dgn pihak yang minta tolong... konon ada unsur exploitation and manipulation... (Too Marxist pemikiran mereka.)

Padahal it opens opportunities untuk our own self-development.. Perlu di re-conceptualizekan "tolong".. lihatlah tolong dari sudut peluang untuk menyumbang dan bukannya dibebankan.
Aku tak nangis hari ni.

Nak tulis lagi. tapi dah ngantuk gika

Tuesday, January 5, 2016

40

Dah nak masuk 25 hari...

Tadi kat kampus masa buat team marking dengan team yang ajau proma, aku jadik sedih.. yang aku noticed, bila overdosed caffeine memang aku jadik camtu..

Apa lagi memang mengalir la air mata.. entah lah tak habis-habis kisah air mata.

Aku pun naik muak and naik malu.

Tapi dah itu yang jadik. Nak buat macam mana lagi. Tak perlu sorok.

Member-member aku tak kasik nangis, even yang perempuan pun, cuma sorang je yang ok with menangis. Pada aku menangis itu tunjukkan anda kuat. Itu petunjuk yang kita tak mask emotion.

It is good for our health especially mental.

Pendam jadi dendam. Itu tak bagus, Itu yang ramai pihak ANTI-TANGIS mendakwa diri mereka kononya move on padahal dok halakan tenaga pada the second party. Itu yang aku notice pada ramai kengkawan aku... baik yang muda mahupun nan lanjut usia... menumpu tenaga dan cracking head to find means nak balas dendam.. walhal senantiasa sober dari bayi sampai kini.

For me, a leader of PRO-TANGIS (wow.. I just love this... My very own one.. a new coined term... sounds like PRO-CHOICE vs. PRO-LIFE), rather than wasting our energy and time to seek revenge, adalah lebih bagus kita tumpukan tenaga dan masa untuk perbaiki diri.. perlengkapkan diri.... untuk diri sendiri.. anda kalau ada rezeki pada yang sudi.

Maksudnya, yang sudi bakal dapat a better version of us.. or perfected version. Hence, sewajarnya kita berterima kasih pada yang dah tak sudi, sebab kerana beliaulah kita menjadi a better version... tak mustahil a perfected version. Tindakan beliau menyempurnakan kita.

Kalau untuk konteks aku.. pastinya suatu versi yang luar biasa... Yeah.. kalu ikut term ICT or gadget term, an upgraded version. Versi yang dipertingkatkan!!!!

Begitulah aku,.. balik dari kampus.. dalam kereta aku terisak-isak.. sampai rumah aku rasa tak bermaya.. maka aku tekadkan diri, aku perlu lakukan sesuatu.

Maka lepas buat keje sikit.. dapatlah marking paper dalam 3 helai. Ada budak dapat kosong Part A. bengang gila aku... padahal aku dah ajar dah.. "the backbone" or "the spine" must be in a line. A straight line... adoi.. ada plak yang berinovasi... rupawajahnya jadi bertangga. 

Tapi sebab aku hati tisu aku hanya tolak 0.5 marks. Bersyukurlah sebab aku PRO-TANGIS... kalau yang menanda itu ANTI-TANGIS pasti, the whole schedule tak dapat apa markah. ZERO.

Itu bukan kisah utama.. ok, lepas tu aku mandi, then macam biasa solat Maghrib. Sekarang memang aku betul-betul jaga solat. Memang berubah. Then aku baca Quran... macam biasa bila baca Quran aku teriak... sedih.. 

Apapun aku syukur, aku ni macam mana pun mesti kembali ke tikar sejadah... bersujud.. In fact, bila aku telek cermin sekarang, aku dah nampak tanda sujud di dahi ku. Di padang Masyhar kelak bakal bersinar dahi aku... tak payah nak pakai head lamp macam orang kerja lombong arang batu kat China yang underpaid.

Lepas habis baca Quran.. bukan Koran.. koran is sokkabau in Indonesian. Yes lepas baca aku pun pergi buat night walk...

Alhamdulillah lepas berjalan pastu ada la berlari dalam 2 round dalam jarak 5.6km maka aku rasa begitu fresh. Aku janji pada diri, itu akan dijadikan daily routine.

Tadi dah berjaya analyzed pasal repressive laws yang jadi main obstacles for democratization kat Malaysia ni.. namely ISA replaced by SOSMA (tapi debatable la), then sedition Act, AUKU, pastu Publication & Press Printing Act 1984.. aku rasa ada kena tambah lagi.. tapi tu ler yang populer pun to silent oppositions and social activits..

Sekarang aku dok ngadap this stupid anti-tangis and pro-tangis entry..

Pasal 40 is a new 20 tu esok jelah.. BTW dah lepas pukul 12.00..

Maka, yeah Day 25... 

Tadi aku menunggu bilala aku nak kuar air mata ni.. the moment aku typed saja "Day 25"..  







Monday, January 4, 2016

MC

Day 24.

Yeah, Managing Change.. that is a controversial subject.

The students, mereka terpaksa amek balik exam today. Tengah jawab soalan la kot sekarang.

Aku.. yeah aku. I am sorry, again tentang aku. Blogging or initial Web Log.. memang a medium for expression. It is a digital diary. So blogging promotes narcissism. Here I am, I narcissist.

Aku memang tak boleh tahan begini. Kalau aku tak amek PhD, takdelah seteruk ini. Aku bukan pandai benau. Stretching that muscles yang ada dalam cranium tu bukan perkara yang mudah.

Kenapa orang malas nak go into research? Kenapa malas nak baca buku? Sebab menda-menda ni lah.. penat weiii..

Tadi.. aku menangis.. Aku memang terus terang.. Ada tanya "Ecik Bad, orang lelaki menangis ke"? Yeah, that was helpful.

You know people, dalam keadaan macam ni.. untuk aku la.. yang aku nak dengar... "Bad, you are alright.. It is okay to cry.. Let it out... Cry.. you gonna feel better"

Aku nak teruskan marking.. 4 bundles within 3 hours. Can I do it?

BTW, chapter IV is progressing very well. Supposedly habis Ahad lepas. Tak mengapa, aku habis Ahad ni.

24

An hour after midnight.

I've just finished reciting Al-Waqiah..

Aku tak kuat.

Again crying... Aku tak kuat.

Tadi aku sembang dengan member lama, from Kedah. Same profession.

Oh my...

Aku tak tahan... kenapa orang yang benar-benar clean.. yang betul-betul sober.. yang proudly saying yang dirinya clean.. as if takde dosa, tapi acting like you are under influence?

I just don't understand the world. Expecting people not relapse but you treat that person who is really in need of your support.. mind you.. not financial support... but moral support only.. no financial obligation....

 Your treatment for 24 days shows the one who is really in need of "treatment" is you.

Yeah.. treatment hati.. A full jab of HUMANITY!!!!! 

Sunday, January 3, 2016

Box

Semalam member aku dari Bangi datang.. my senior masa sekolah.

Alhamdulillah. Aku sangat bersyukur sebab beliau boleh empathize keadaan aku. Aku tak peduli mungkin ada intention lain beliau singgah Sendayan on the way balik ke Jasin. Yang pasti his presence sedikit sebanyak kurangkan kesedihan aku.

Pagi tadi beliau pulang ke Jasin. Thank you. Aku terlalu appreciate. Ada gak member yang nak visit.

tapi yang aku sedih ialah my good old friend yang sorang ni..  oh I am not talking about TC. I am talking about sorang lagi member yang perangai macam TC gak. Cuma satu, beliau tak block.. tapi boycott. Beliau tak response kat dalam grup Whatsapp yang aku create to maintain my sobriety. Beliau pun tak mahu datang jumpa aku. Takpe, perhaps he needs some times. Memang dia begitu. Tak mengapa. Aku tak marah.

Apapun air mata memang mengalir deras setiap kali menulis di sini... Aku sepatutnya sedang marking.. project management. Tadi tengah buat answer scheme.. I mean my own version... which is the best version.. Ini untuk part A.. yang ada AIB (acitivity in box) and AOA (activity on arrow).

TBH, aku sangat bangga apabila cerita pasal tentang proma. Apataknya aku di"offer" ajar that subject masa kat Kedah walhal masa tu aku tak tahu apa-apa langsung pasal subject tu. Seingat aku masa tu dalam tahun 2009. Lama dah.. masa tu yang boleh ajar sorang saja... lecturer ni nak beranak, nama dia ASAS...hahaha.. tak leh disclose her name. Dulu sangat baik dengan aku.. pastu tah kenapa aku distant myself from her.. aku pun banyak salah.. ada betrayal seperti cakap belakang and what not. Aku sesali. Aku nak mintak maaf nanti. Even masa  tinggalkan Kedah, I ddn't say good bye.

Yang aku realize, aku mudah dapat rakan.. orang suka mahu berkawan dengan aku.. Cuma they have certain expectations on me.. akibatnya mereka terluka apabila tahu the true colors. I don't meet the expectations.

Back to proma, aku yang backgound political science kena ajar subject yang sebenarnya berasal usul dari engineering... menggeletar sampai boleh menggelupur... Aku rejected the offer initially. Tapi pada waktu tu.. Encik Mahad kata dia dah mintak tolong dari dua lecturers lain.. yang pada aku mereka lebih hebat dan berkemampuan.. tapi dah tolak..

Mak aiii.. aku takut.. sebab subject tu involves calculations.. ada nombor... aku allergy dengan nombor... tak boleh.. naik bulu roma.. pastu ada lukis-lukis schedule.. ada gambarajah... mampos!!!

Tapi entahlah... aku tak pikir lama.. sebab aku memang sukakan perkara baru dalam hidup.. sukakan cabaran.. suka untuk belajar menda baru.. and paling penting, aku buat perkara tersebut untuk menolong. Tolong Jabatan, tolong bos.. tolong kawan yang nak bersalin... So, aku amek the challenge.

Tapi mengajar subject yang kau tak tahu apa... memang memalukan.. aku ended up insult diri sendiri depan students.. but knowing me yang memang tak tahu malu.. muka tebal.. setebal kulit badak berendam, maka aku tak kisah. In fact, boleh aku katakan yang aku belajar dari students...

Sem pertama ngajau, memang aku bodoh.. sem dua pun tetap bangang, memang kena banyak bantuan dari ASAS dan students. Aku pun pun pelik dan merungut.. "kenapa di kasik lagi subject ni"? Aku persoalkan sebab Encik Mahad janji subject tu aku ajau temporarily.. tuk ganti ASAS sahaja... last-last janji dicapati.. aku team-teaching dengan ASAS. Macam biasa aku tak ngamuk.. aku terima ia sebagai takdir aku.. and mula Sem 3 ngajau.. aku dah pandai... sampailah habis ngajau kat Kedah, aku memang sangat bijak.

Bila kat Seremban... aku tak dikasik benda alah tu.. 2 semester bebas dari proma.. aku ok saja.. aku dikasik subject management.. and of course bersama political-based subjects.. itu memang hujung jari.. di kasik ngajau research.. dealing with SPSS tu semua.. aku harung gak.. then, sem ini.. aku kena ngajau proma.. aku memang terlalu happy.. sebab subject tu tak penat ngajau... subject yg tak perlu perah kepala otak.. maka sesuai dengan aku yang busy PhD.

So, aku teringat tentang "nawaitu"... tolong orang.. aku selalu diingatkan "tolong ikut kemampuan".. kalau tak boleh tolong tak payah.. nanti menyusahkan diri.... entahlah aku dari kecil bukan sebegitu.. memang banyak kali aku tolong aku end up aku yang susah...memang bila tolong orang.. bila kita buat silap kita pulak yang terpalit dengan kesalahan.... itu juga perkara yang begitu biasa bagi aku.. sudah lali...

Maka, experience dengan project management jadi empirical evidence yang bila kita tolong orang.. kita sendiri yang dapat the benefit... walaupun macam-macam issues arised.. tapi itu semua membantu yang ditolong dan yang menolong... Aku tak dapat pertolongan semula secara direct dari yang ditolong.. tapi "keadaan" menolong.

Pengalaman mengajar that subject menyebabkan aku dioffer mengajar di Seremban and coincidentally ia sesuai dengan keadaan aku yang busy PhD. Alhamdulillah.

Malah, kepakaran aku dalam subject itu membolehkan aku claim yang aku benar-benar "multi" dalam segala hal... multi-disciplined.. multi-talented... multi-background.. Just give me any subject matter or topic.. aku boleh handle.. in fact, aku memang pada asalnya datang dari business punya discipline.

1st degree dari US aku buat business Admin.. concentration dalam Markerting & HR... masa kat US keje secara halal selama 1 tahun masa tu under OPT program.. Optional Practical Training.. keje bodoh-bodoh buat processing... Sorry the tasks bukanlah bodoh.. tapi memang tak suit dengan aku.. pastu setahun lagi keje and lepak secara haram.. hahaha.. aku pernah ye stay illegally.. pernah rasa jadi pendatang haram.... so, boleh empathize la... hahahah..

Pastu balik Mesia, keje dengan company Singapore.. jadi customer service.. keje jawab telepon. Pastu keje CIMB.. dealing with credits.. buat sales.. Then barulah aku wat master in Political Science kat UKM...

Ingat lagi masa interview dengan Datuk Sahul.. untuk biasiswa TPM.. dia tanya.. kenapa nak ngajau? U dah ada kerjaya and kerja dengan kompeni yang bagus... hahaha.. My answer.. "I believe this is the time for me to CONTRIBUTE back to the society"... The ex-VC ketawa besar... semua orang gelak

Pastu masa mock teaching.. aku remind the Dean pada waktu itu, Prof. Nash. Aku bagitau.. "A political scientist with a sound background in business is a big plus to your faculty... it will be a value added experience to you people..." hahahahaha.. kompiden tak??

Now, I realize... banyak nawaitu aku bila aku buat sesuatu adalah untuk menolong.. that's what I do best I guess... Tapi dalam pada menolong banyak aku yang terpalit.. aku yang sengsara... aku end up buat perkara yang self-destructive...

Namun, mungkinkah pengalaman kesengsaraan aku itu sebenarnya suatu pertolongan????? Mungkinkah ia untuk mempersiapkan aku untuk perkara yang sangat hebat di masa depan????

Ameeeennn.. semoga apa yang aku fikirkan itu.. itulah yang dirancang Allah untuk diri ini.

Apapun, aku mengharap TC kembali unblock... itu suatu pertolongan besar untuk aku. Namun, blocking juga sebenarnya adalah suatu bentuk pertolongan...

Whether you keep on blocking or kembali communicating.. 1st option buat aku terus sengsara.. 2nd option buat hidup aku bersinar semula... namun, kedua-dua nya adalah PERTOLONGAN.

Alhamdulillah... aku terus ditolong oleh Allah.

Badrul.

Saturday, January 2, 2016

Gulf

Day 22.

Still sober.

Tadi aku masuk tidur. Dalam pada baring aku terima imbasan.. tarikan untuk tidak sober. Aku terus informed whatsapp group yang memang aku wujudkan khas untuk tujuan tersebut. Aku just beritahu yang aku tergerak...

Alhamdulillah aku berjaya abstained diri.. here I am writing....

Tadi, aku email my ultimate TC.. aku mohon maaf padanya sebab terlalu sering mengecewakan.

Entahlah, di saat macam ini.. aku mula memikirkan kenapa kita semua hanya mahu yang baik saja dari seseorang? Tidak bolehkah kita embrace the good and the bad.. the best and worse of a person? Tak bolehkah aku dimaafkan? Tak bolehkah aku terus diberi kesempatan?

Aku bukan lahir dengan sayap. Aku lahir manusia biasa....

Apapun, menulis ini pun adalah salah satu cara aku untuk deal with the urge..

Cuma seperkara yang aku bangga... I am still surviving after 22 days.

Bukan suatu perkara yang mudah bagi seseorang yang berada di medan perang selama 8 tahun.. yeah sama tempoh dengan Perang Iran Iraq (1980-1988)..

Ada rekod buruk lapan tahun... kemudiannya bertemu dengan an ultimate toxic handler.. tapi kini the TC refused to handle the toxin anymore..

Yang pasti the toxin tak melimpah dan mencemari alam sekitar macam kat Kuantan... penuh bauxite.

Aku tak tahu kenapa aku tak menyerah... aku rasa macam better aku give up.. better aku "pergi"

Tapi aku masih di sini...

Being kuat dan menjadi kuat... aku rasa menyiksakan... tak mudah... tak menyeronokkan... tapi aku terus kuat... terus tabah... kenapa ek? entahlah.. tak patut banyak soal kot... better aku bersyukur...

Alhamdulillah...

Ya Allah kuatkan aku.

Ya Allah berikan rezeki yang halal... berpanjangan... dan mencurah-curah tanpa henti....

Ya Allah.. berikan aku kesempatan untuk membantu...

Ya Allah, kasihilah aku... kasihanilah aku...

Ya Allah yang Maha Mendengar.. please..

Thank you Allah.