Alhamdulillah.. aku berjaya kemas basuh pinggan mangkuk.. I hate it so much.. it is time consuming... Aku dah fikir, buat masa ini aku terpaksa discard activity memasak di rumah.. sekali sekala sahaja...
Makin gemuk.. aku pikir aku kena kembali macam dulu.. makan banyak buah.. and roti tak sedap bungkusan hijau Gardenia sahaja.. Makan dua ni dapat kurangkan masak yang ambil masa tuk aku kemas dapur.. dan dapat elakkan aku makan kat luar jugak yang of course unhealthy..
Masa aku tengah nyental kuali yang hitam berkeladak tadi... aku rasa sangat sedih dan sangat berprasangka dengan manusia sekeliling.. aku jadi sedih.. aku jadi takut.. Sebab aku harus berpijak di bumi nyata.. yeah this is not a UTOPIA.. setiap manusia bila berkawan... bila bersahabat.. punya agenda... yang aku perati.. apabila agenda tidak tercapai.. manusia in general akan bereaksi.. dan tindak balas itu menakutkan aku!!! MasyaAllah.. sungguh aku takut...
Yang aku perasan, kita tend to harm others apabila apa yang diharapkan tidak dipenuhi... Lately, aku ada buat solat Istikharah... tentang pelbagai perkara... yeah Allah bagitau kita dalam bermacam cara.. dan gerak hati dan intepretasi hasil observation aku... sangat menakutkan....
Aku ni naive.. aku ni sentiasa bersangka baik.. tapi aku merasakan bersangka baik ini buat aku expose to manipulation and exploitation. Aku jadi takut.
Aku orangnya bercita-cita nak bahagia sahaja.. very simple... Aku deal dengan sesiapa juga dengan ikhlas.. aku kawan dengan ikhlas.. aku menolong dengan ikhlas.. aku mengajar dengan ikhlas.. aku buat segalanya dengan ikhlas...
Tapi entahlah lately aku jadi takut... Aku doa Allah pulihkan semangat aku... InshaAllah lepas solat Maghrib ni.. lepas selesai kemas.. tapi tak sempat menyapu... takleh menyapu malam... maka aku kembali bersemangat...
Kejap lagi aku ke Shah Alam attend gathering.. Aku doa aku takde ngumpat orang... sebab gather-gather ni salu agenda utamanya adalah ngumpat secara berjemaah.... The law of Absence.. sapa tak datang sure kena umpat... Harap aku takde aibkan orang... Ya Allah peliharalah hamba Mu ini...
Ohya.. aku ada kisah lawak... Emak salu cakap.. even dedulu pun ada beberapa orang cakap... ada entiti paranormal yang sering lepak dengan aku... Agendanya adalah melindungi aku dari kejahatan... Kalau betul.. aku ok je.... apapun keupayaaan entiti tersebut melindungi aku pun adalah dengan izin Allah.. Allah tak izin.. terkena jugak aku....
Maka semalam masa tengah sonok sembang dengan Tok Mas... tiba-tiba bunyi bising orang kat bawah.. gelak-gelak.. bunyinya sungguh teruja dan bahagia... Aku cakap.. "meriahnya kat sini Datuk... "Tapi dalam pada tu.. tiba-tiba kedengaran suara Azan... aku tengok jam.. eh baru pukul 12.20 pm...Lom masuk pun waktu Zuhur... Then aku pun tengok jam tangan Casio aku yang murah tu lagi.. pastu dah terpikir nak hempas jam itu bila melangkah keluar dari opis Tok Mas kelak...
Tapi Tok Mas ternyata punya daya kepimpinan yang tinggi.. terus ajak aku turun... Rupa-rupanya PA To Mas.. Dak Wawa tengah terlentang... dua orang staff perempuan tengah pegang tangan dan kaki dan memaki-maki Dak Wawa... Sambil tuk Dak Wawa... mengilai-ngilai... yang lawak salah satu statement ialah.. "Aku nak jawatan!!! Aku nak jawatan!!!" Dak Wawa kena possessed!! Apapun bijak entiti paranormal tu yang guna statement political bagi menyesuaikan dengan persekitaran dan pekerjaan Dak Wawa itu sendiri...
I asked Dato'.. Selalu ke kejadian cenggini berlaku? Sebab dia cakap masa naik tangga balik ke opis atas dia.. "Inilah dunia politik.. macam-macam... " Tapi dia jawap.. Ini first time berlaku.... Oh my.. terus aku terpikir.. adakah entiti yang ngekor aku tu adalah penyebabnya?????
Huhuhuhu.. "Jangan biarkan diri anda... di selubungi.... MISTERI.
No comments:
Post a Comment