Aku berjaya siapkan part yang payah dalam tesis. Tapi entahlah mood macam tak best. Aku pun tak tau kenapa. Aku dah makan kek coklat yang member aku bawak dari Bangi pun tak bawak apa perubahan.
Tadi ada kenalan tanya, camna mau jadi kuat? Beliau bertanya, adakah aku sering berhadapan dengan perkara yang mendebarkan dalam hidup? Aku jawab, ye, ia berterusan tanpa henti. Bak tangki air kat rumah aku yang bermasalah. Setiap kali nak guna paip dapur aku kena bukak paip depan. Pastu air dari tangki sure melimpah pastu. Pelik. Tapi setelah melakukan penyelidikan rambang, perkara ini bukan suatu perkara luar biasa di area Seremban. Aku tak tahu nak refer pada siapa. Plumber sudah lakukan kerja-kerja nya dengan caj yang bukan kepalang mahal, tetapi problem persists. Janji kalau masih bermasalah katanya suruh call. Aku call balik, tapi begitulah, suruh kembali cek, beliau beralasan. Tak mengapa, maka aku pasrah, dan redha dengan ketentuan perlu bukak paip depan setiap kali ingin membasuh mug bertimbun hasil minum kopi yang keterlaluan. Adakah ini takdir?
Aku kat Singapore ni. Entry kat atas tu aku buat masa Thaipusam. So, aku sambung jelah. Ni hari 20 February 2016.
Aku duduk kat Boss Hotel yang duduk di antara Jalan Sultan dengan Victoria Street. Walaupun namanya boss tapi aku dok sini terasa bagaikan kuli Apatah lagi nak rasa diri bagaikan Sultan and apatahlagi nak rasa macam Queen Victoria. Kah kah kah.
Bayangkan aku datang Singapore tak jalan mana. Ini 2nd night. Celaka betul aku terpaksa bertapa dalam ni buat kerja. Aku buat revise syllabus satu subject ni. Seminar in Global Affair. Memang cun aku buat syllabus nya. Jadi lebih contemporary.
BTW entry yang tadi ada picture student aku Dak Omar dengan sorang lagi mamat tu adalah dari Nei Monggol or Mongolia Dalam or Nei Mongol. Mamat itu bukan Han Chinese.
The best part aku hasut roomate Omar yang sebangsa dengan Altantuya itu untuk perjuangfkan kemerdekaan Mongolia Dalam. Aku saran beliau untuk Mongolia dalam sama ada 'self-determine' iaitu go for full-independence, or unite with MONGOLIA and BURYAT. Maka jadilah MONGOLIA RAYA or Greater Mongolia.
Dak Omar baru je tanya aku, kalau nak menghasut masyarakat yang tiada akses kepada sosial bagi membangkitkan etno-nasionalisme.Aku bagitau dia pergi baca buku Benedict Anderson, Imagined Communities. Aku dah khatam baca buku tu. Best giler!!!
Balik pasal roomate Dak Omar yang amek medicine dan belajau kat Xiamen tu, the best part beliau yang berasal Wuhai dalam Nei Mongol itu tidak setuju dengan tindakan Beijing dengan macam-macam sekatan unto social media. Paling best beliau bukan sekadar percaya bahawa Taiwan patut merdeka, tapi the whole China patut jadi ROC rather than PRC.
ROC = Republic of China
PRC = People's Republic of China
ROC tidak berdaulat. PRC berdaulat.
Bab itu kena carik sendiri reasonsnya.
Aku nak teruskan review syylabus.
Take care.
No comments:
Post a Comment