CNY but aku kat Sendayan.
Part Pakatan Rakyat sudah siap. You know the way PR operationalize politik baru.
Sekarang aku nak buat pasal BN plak. Senang. Tapi nak organize isi tu payah.
Tadi aku dah share dengan satu Whatsapp group ni. So, isi semua dah ada. Sekarang ni nak susun.
Menda ni macam ko nak basuh baju. Aku senang aje. Gi antau dobi.
Hmmm. Sejak aku pindah semban dah ada 3 kedai dobi aku antau. Yang first, aku baik gila dengan pekerja nye, siap aku kasik kakak tu tips. Tapi pastu ada sekali tu hapak. Dah hapak pastu ada kain orang lain. Tu memang tak hadam dek kepala otak aku. Aku ingat nama kedai Dobi Rich. Ko pikir bila ko jenamakan kedai ko 'rich' ko cepat kaya ke? Blah lah. Busuk.
Kendian, Kedai Dobi Kak Zee, nampak merakyat, walaupun hasil basuhan selalu busuk, tapi aku being orang yang very tolerant dan sangat supportive, aku siap bawakkan Downy sendiri, tak mintak diskaun, siap Downy tu selalu aku rasa dia guna kat orang lain nye baju, aku senyap aje. Aku hantau jugak situ. This is me. Me don't complain, me pasrah, me supportive, me is ok all the time. Me tak buruk sangka, Me tak demanding.
Walaupun premis tu bau kencing and taik kucing, aku tetap datang dengan senyuman bawak baju kotor or amek baju. Walaupun aku senyum dan beri salam tapi mamat bangsat jaga kaunter tu payah nak balas, ikut suka mood dia yang aku sangat percaya didetermined oleh persekitaran. Aku senyum gak. Tak pernah aku kasik name card supaya dia amek home tutor dengan aku belajau tentang customer service, leh belajau pasal SERVQUAL. Sebodoh-bodoh konsep yang pernah aku temukan dalam hidup, Servqual ini lah, Tapi ada guna kot. Yeah Islam anjurkan umatnya berbaik sangka so, aku kena amalkan. Ilmu tanpa amal bagaikan pohon tanpa buah. Tapi analogi tu outdated gila. Tok lebai 80-an and early 90's ok lah kot pakai. Ini era ustaz selebriti, ini era PU, maka perlu analogi yang setara dengan zaman.
Apa aku citer ni?
Aku sakit kepala. Aku makan banyak sangat karipap frozen yang aku buat sendiri. Siyes tak sedap. Tapi aku makan jugak sebab itu saja sumber makanan yang ada dalam umah ni. Dah empat hari aku tak kuar umah. Aku nak habiskan chapter 4 tapi tak habis.
Emak aku dok suruh-suruh aku balik kampung. Tapi writing tak habis lagi. Aku macam naik bengang kot.
Aku dah banyak sangat minum kopi. Aku memang dah terlebih dos.
Jap lagi aku nak buat peta minda. Pasal BN dan caranya mengoperasikan politik baru. Dan betapa tak serasi bersamanya BN dengan politik baru. Tapi tulah BN ni suka mengikut-ikut. Macam lembu kena cucuk idung. Orang sain TPPA, dia pun sain. Suka hati ler. Eh aku pun sama, To' Guru aku kata TPPA itu elok lepas jumpa Tok Stopa. Maka aku ikut je cakap To' Guru tanpa banyak soal. Unless To' Guru suruh aku persoalkan.
Tok Stopa bukan stupa, stupa ko leh jumpa kat Candi Borobodur, tak pun ko pegi kat Rangoon, btw aku decline guna Yangon sebab aku tak iktiraf sebarang pentadbiran tentera dalam negara. Kat Rangoon ada stupa super gergasi bersalut emas, jom ke sana kita mintak derma emas yang dikikis dari salutan emas tu. Stopa bukan juga stopper yang ko buat tahan pintu letak kat lantai. Ini Stopa yang hebat dalam kewangan.
Tentang karipap aku ingat masa tu aku kije De Lage Landen Financial Services. Kat mana ek? Ohya dekat dengan King of Prussia Mall. Korang google map or google Earth la, musti jumpa. Yang penting bukan dekat Pilah, ia di area suburban of Philadelphia. Bukan Philadelphia Cheese. Ada makan-makan aku pun bawak karipap. Semua orang marah lepas makan karipap aku. Team Leader aku apa nama perempuan neraka tu. Lupa, tapi aku ingat nama manager aku, Chris Boden, rambut keriting. Ye, semua marah, sebab too hot and too spicy. Rasakan. Itu cara aku sabotaj kalian, Hehek, mereka tak de buat salah pun kat aku, tapi u know, sesaja.
Kritikan mereka tak pernah lunturkan semangat aku untuk terus berada dalam industri pembuatan karipap. Yeah, aku percaya karipap aku yang terbaik. Tiap raya aku mesti buat karipap, semua orang tunggu-tunggu karipap aku. Abang aku dengan kakak ipau aku sure datang semula balik kampung bila tau aku buat karipap.
Tapi tuhari karipap aku tak sedap sebab aku ikut kehendak member aku yang mempunyai nama lagenda iaitu Sang Kuriang, ini set-set Sang Kelembai, letak ikan bilis dalam karipap aku! Dah aku agak, karipap daging mana sedap letak ikan bilis. Nak tegah karang terasa. So me being me, ikutkan saja. Dan perkara dah lepas, nak wat ceman, yang penting semua dah habis aku makan.
Yang aku belajau, jangan ikut sangat dengan trend ikut kehendak pelanggan, or masses yang apathy, sesungguhnya kita yang pakar dan ada krdibiliti ini boleh mold citarasa dan persepsi mereka tentang produk kita. Sekarang aku berpendirian bahawa motto democratic 'customer is always right' itu salah.
Bila ikut, resepi lagenda kita affected. Sepatutnya aku gunakan skill komunikasi aku yang bukan kepalang hebat untuk yakinkan Sang Kuriang sedara kepada Sang Kelembai itu untuk ikut resepi aku. Bukan konon-konon customize ikut tekak dia atau ikut his taste buds yang memang takde taste.
Macam tu lah gak dengan BN ni, Bandwagoning dengan pengoperasian politik baru by PR, not PR, not PH tapi PKR. BN sampai yakin bahawa politik baru adalah yang rakyat mahu
PR dan PKR dengan politik baru. Itu memang mereka, mereka secara alaminya memang sesuai dengan politik baru. Politik baru itu merakyat, marhaen. PKR memang sebelum jadiknya Gerakan Reformasi pastu jadi Parti Keadilan Nasional, then PKR lepas merger memang cocok, memang serasi bersama politik baru yang jiwanya muda, rentas sempadan, rentas perkauman, mesra teknologi.
Tapi BN, khususnya UMNO bila operasikan politik baru, jadi tak meyakinkan. Jadi canggung.
1Malaysia, yang merupakan tool of rebranding. Konon guna 1Malaysia yang inclusive dapat rebrand party jadi pendukung politik baru. You elitist. Nope bukan elitist. You memang ELITE Melayu, tapi you nak munculkan image marhaen, image merakyat, you nak behave like rakyat, nak kasik statement sebagai rakyat. Tak menjadi.
You can't carry the persona sebagai 'kebanyakan.' Mmmmm.
Adoi nak terberak plak dah. Jap, aku kena tulis lagi ni. Kalu tak susah akunya tesis mau maju.
Tak rasa ada orang paham aku buat keje camna, Yeah no one. I can't blame em. Orang luar biasa pasti tak difahami oleh orang biasa-biasa. Justeru, orang luar biasa tak perlu behave seperti orang biasa. Paling penting kita tidak sesekali berfikir seperti mana mereka berfikir. Yeah, yang menulis ini luar biasa, dan yang tak beremosi bila baca setiap entry aku, adalah juga luar biasa.
Argh ni penting, Aku nak relatekan dengan Hillary and Sanders.
Antara dua ni sapa yang bawak politik baru? Hillary 68 and Sanders 70+ (tak ingat, korang cartiklah sendiri pemalas!).
Sebelum tu, politik baru hari ini boleh jadi politik lama esok pagi. Yang penting politik baru jiwa mesti muda, merakyat, bebas ras (RACE, pada sapa yang kononnya pandai bahasa omputih je, geli aku, "oh.. you punya thesis tulis dalam bahasa Melayu? Kalau I susah." Sudahlah tu Bedah, yang kau bercakap tu dalam bahasa apa? Tak payah nak kasik statement bangsat macam tu depan aku kalau kau tengok TV ko turn on the subtitle. PERIOD), pelbagai kaum, rentas gender, mesra teknologi.
Dalam konteks US Presidential Election 2016 sukar.
Kita tengok sapa penyokong kedua-dua nya:
Hillary - Supporters bukan orang muda, tapi berbilang kaum rentas ras.
Sanders - Supporters orang muda, tapi WASP.
Image dan siapa calon:
Hillary - Establishment or Elite or Elitist, ideologically lebih ke kanan.
Sanders - not apart of Democratic Party establishment, ideologically lebih ke kiri, even orang cakap dia ni socialist (sering party or pemimpin yang socialist akan muncul dengan polisi A PIE IN THE SKY yang sangat POPULIS tapi bisa menghancur ekonomi)
Hillary lebih kayo, Sanders lebih miskin.
Maka, dalam context yang blurrrr macam gini, maka perbandingan guna konsep politik lama dan politik baru jadi sangat kurang sesuai. Tapi boleh je kalau mahu, kenalah reconceptualize or re-model politik lama dan politik baru tu. Tapi sure kena tentangan hebat dari 'the establisment' dari mana-mana Science Politics nye School kat dalam dunia ni.
Tu sebab kalau baca pasal 2016 Democrats Presidential Race, maka kisahnya adalah Establishment vs Non-establishment.
Orang muda sokong Sanders yang tua sebab Sanders bukan sebahagian daripada THE ESTABLISHMENT. Orang muda jiwa tak tenteram, jiwa rebel, so mereka suka dan tertarik dengan siapa Sanders dan rhetoric populist beliau.
Begitu jugalah dengan UMNO BN, macam KJ lah, bawak politik baru tapi dalam kerangka BN yang terlalu dibelenggu oleh politik lama. Nampak canggung, nampak tak kena gaya.
You are apart of establishment. So, bila you bawak diri kat Instagram umpanya, you end up bukan memarhaenkan diri, tapi you treat yourself as a CELEBRITY. Unless memang popularity is your agenda, But will popularity be manifested into confidence? Will it be translated into votes? Especially untuk party you. Maaf ye kepada diaspora pemuja KJ yang lebih pada aku memuja imej dan rupa paras berbanding dengan idealisme beliau. To' Guru pernah described beliau sebagai aset negara. Tapi, please convince us yang aset ini terus kekal sebagai aset dan tidak bertukar menjadi liabiliti suatu hari nanti.
BTW YB KJ, Aku pernah pergi University of Syracuse.
Jomput makan karipap.
No comments:
Post a Comment