Masa tengah drive balik umah dari KLIA semalam, aku tetiba diacukan soklan politik oleh seorang teman yang tidak gemar bicara politik. Soklan beliau tersangat menggembirakan aku. Tapi aku yang multi-tasking yang senantiasa text and drive ini tak mampu nak menjawab sangat sebab sakit kepala. Lepas raya Cina aku dilanda sakit kepala yang sungguh melampau. Aku tak pasti kenapa. Aku cek doktor, blood pressure bagus sekali. Yes, as expected, tapi sakit pala aku melampau. Sebenarnya kerisauan yang keterlaluan, juga kelelahan menghadapi persekitaran. Aku sentiasa mencuba menumpu pada diri sendiri, tapi apabila sampai waktu, aku tak mampu tipu diri yang aku juga terlalu memikirkan orang-orang penting disekitar.
Persoalan teman tersebut berkisar tentang kemasukan 1.5 juta orang kaum pekerja dari Bangladesh. Yang pasti keconcernan beliau bersifat begitu peribadi. Katanya, kehadiran mereka merimaskan. Ringkas, tetapi padat maklumat.
Beliau bertanya pandangan aku, aku jawab dari sudut ekonomi, Malaysia memerlukan tenaga dari Bangladesh untuk ekonomi.
Aku sangat sedih dengan persekitaran, aku sudah dan sedang sedaya upaya melakukan yang terbaik tetapi masih aku tidak diberi keutamaan yang sewajarnya. Tidak mengapa,
Dalam disiplin Management and Admin, banyak konsep datang dari automotive industry. Antara konsep yang paling berpengaruh is TQM (Total Quality Management), even punch card and tah apa lagi yang membosankan tu datang dari kilang buat kereta macam Ford (tu sebab ada istilah Fordism), or Toyota. Tapi ramai overlooked pasal menda yang satu ni; which the heart of Industrial Revolution (1760-1840) was TEXTILE INDUSTRY. Ah ha. So, sesapa yang terlibat dalam industri baju and related wajar bangga dan terus mara ke depan.
Satu lagi menda penting yang dah lama aku pikir tapi aku tak jumpa-jumpa selama ini tapi aku jumpa kat dalam buku Ferrguson (2011:198) ialah THE WORKER WAS AT ONE AND THE SAME TIME A CONSUMER. The 'wage slave' also went shopping; the lowliest proletarian had more than one shirt, and aspired to have more than two. Paling menarik, inilah asas pembinaan consumer society yang propelled the West ahead of the Rest.
Pada aku governing is a business of policy and subsidy.
Entry ini bebenaunya dah lama nak keluarkan. Tapi tak terkeluar. Pagi yang indah ini yakni sehari lepas balik dari Spore, maka aku nak kuarkan. Rimas. Kena kuarkan gak. Maka, pada semua fan aku dan fan blog ni, besabau jelah dengan entry yang tiada internal coherent ini. Kejap citer itu, jap kang citer lain. Yang penting kat atas nu, citernya penting. Itu kira notes untuk aku, untuk publication aku kelak.
Ni, aku nak citer pasal Bangla 1.5.
Menarik. Macam biasa mana je menda yang tak menarik. Semua menarik except for Singapore. Bukan aku tak suka, cuma memang takde apa yang luar biasa kat sana. Weather sama, manusia nye pun sama, architecture bangunan pun, boleh lah. Aku just ngefan control tower Changi Airport. Bukan suka architecturenya, cuma suka sebab dari kecik aku ngimpi nak ke tengok menda tu depan mata. So, bila dapat tengok aku hepi le. Lagipun itu simbol transisi Spore dari ekonomi so so kepada advanced. Dan airport tu pun macam Dubai airport, ada kisah evolusinya sebagai air trasportation hub yang penting kat Asia.
Ok, pasal Bangla 1.5. Apa pemandangan aku dengan kemasukan mereka? Menentang atau menyokong? Aku yang takut dengan akta hasutan (ada lagi ke?) dan takut juga dengan polis atas talian maka aku pun SETUJU. Tak macam rakan rapat aku dan beberapa rakan sefakulti yang rimas dengan Bangla 1.5, aku ok dengan mereka.
Menda ni bukan strategi baru untuk BN menang pilihan raya. Sejak zaman berzaman dah buat. Tapi kecoh sebab ni zaman media sosial. Kalau dulu zaman Tun M jadi PM and DSAI jadi TPM sudah ada projek IC kat Sabah. Waktu tu Sabah ni PBS bawah Pairin Kitingan yang memerintah. Maka, nak bolehkan PBS ni tak terus berkuasa buat penggal ketiga maka dibuat le projek IC. Kasik le Indon dengan Filipin yang mostly Moslem untuk jadik warganegara Mesia justeru Sabah. Apa benefit and drawbacks nya langkah tersebut untuk short run and long run, korang pikir le sendiri ye. Malas le aku nak ngulas lebih.
Tapi jap, biau le aku kasik sikit analisis walaupun malas. Dari sudut democracy ia mungkin tak bagus, tapi dari sudut nation-building mungkin agak bagus sebab yang dikasik IC pun ramainya moslem. Sebab nak bina bangsa ni memangle ada para IDEALIST yang dok sibuk berhujah bahawa MULTICULTURALISM and PLURALISM can be a basis or a core to construct a nation. Tapi entahle, susah kot. Berkurun lamanya kalau nak bina bangsa dari asas HETEROGENEITY. Alamak ai, paham ke ni??
So, memajoritikan lagi jumlah penganut Islam di Malaysia lebih memudahkan pembentukan bangsa Malaysia yang berasaskan budaya Islam. Unless korang nak bangsa Mesia yang asas budaya nya berbeza. Kalau nak yang asas lain bagi tau le. Apa yer? Confucianism? Christianity? Hiduism? Multiculturalism? Pluralism? So, camtu jelah thesis yang nyokong project IC tu.
Tapi dari sudut BORDERLAND POLITICS pulak, project IC tu terbukti bawak masalah. Tu le masa February 2013 bila mana the self proclaimed Royal Army of Sulu Sultanate ceroboh masuk. Muncul le isu kedaulatan dan keselamatan negara. Tu yang ada Peristiwa Tanduo segala. Tapi tu orang kata 'atas kertas'. Kisah bebenaunya lain. Hihik. BTW, usaha untuk menghomogenisasikan masyarakat Sabah lama dah berlaku, sapa sini kenal any Sabahan yang nama nya BIN or BINTI tapi bukan Moslem? Stacy tak kot. Ohya Linda Nanuwil kalau tak silap. Ha itu berlaku di era Haris Saleh jadi CM. Era Parti Berjaya. Tak sure parti ni berjaya tak survive sampai sekarang. Aku rasa parti tu dah resap masuk UMNO Sabah.
Aku sebenaunya sangat obsess dengan Borderland Politics. Uish best gila. Sapa minat, contact le aku yer. Manifestasi politik jenis ni macam ethno-nationalism, fault-line, marginalization, separatism, irridentism, even masuk dalam terrorism.
Kalau borderland yang pemes dalam history, korang google le ALSACE. Kalau paham bordeland politics and specifically Alsace, and juga akan paham ngape banyak opis EU terletak kat STRASBOURG.
Kalau peringkat SEA, Sabah itself is a borderland. Boleh proclaim ia sebagai the Alsace of the SEA. Four Changwats of Southern Thai macam Patani, Naratiwat, Yala, and Satun. Itu pun borderland. Apa lagi ye? Jaffna Peninsula kat Sri Lanka. Northern Ireland, and many more. Ini topic best dalam politics.
Balik pasal kisah Bangla 1.5. Kalu kisahnya untuk menangkan BN dalam PRU-14, memang itu tidak bagus untuk demokrasi Mesia lah. Hahaha. Samalah macam project IC zaman 90-an dulu. Tapi, kalau pendatang ini diberi IC ia agak bagus untuk nation-building. Kenapa?
Pertama, mereka Moslem. Sama agama, so senang berasimilasi dengan orang Melayu. Terbukalah sikit, tengok macam kaum Mamak, atau macam clan, ada clan Merican kat Mesia. Mereka India Moslem. Senang je mereka ni menjadi sebahagian daripada Melayu dan sebahagian daripada masyarakat Malaysia. Yang best klik-klik ni bila berpolitik, jiwa mereka lebih Melayu dari orang Melayu itu sendiri. Hihik. Jangan marah ye. In fact, aku ada je kenalan yang aku consider rapat yang belianye mother tongue is Tamil. Yang aku nampak, tak kurang Melayu nye beliau walau wajah lebih rupa India dan fluent in Tamil. Aku consider beliau sebagai bangsa Malaysia berketurunan Melayu yang boleh berbahasa Tamil. That's all. No biggie.
Pada aku, puak-puak dari benua kecil India memang senang berasimilasi dengan budaya Melayu, dan itu termasuklah Bangla 1.5. Kedua, mereka ini very good with language. Impressive bukan, baru sampai Mesia leh cakap Melayu. Takyah sekolah kat Mesia nak pandai bahasa kebangsaan. Mudahnya mereka dengan bahasa memudahkan proses asimilasi, bahkan AMALGAMATION, hihik.
Ketiga, Bangla 1.5 ni kalau menurut observation dengan mereka yang dah ada kat Mesia ni bukannya jenis yang tak berpendidikan tinggi. Tuhari, aku sambil tuang minyak kat gas station Petronas sempat le soal selidik sorang mamat Bangla ni. Beliau ni penah masuk U tapi drop out sebab tak cukup duit. The best part beliau ni tak semacam orang Mesia yang rata-rata pejam politik. Mereka ini celik politik dan yang penting celik democracy. Bila tanya pasal tahap democracy di Mesia. Beliau gelak. Kahkahkah. So, pada aku pada yang menentang sangat bahawa langkah Bangla 1.5 tak bagus untuk democracy di Mesia, itu perlu difikir semula. Yang aku rasa, Bangla 1.5 ni akan pangkah BN untuk PRU-14, tapi untuk PRU-15 onward mereka ini mampu saja pangkah selain BN. Sebab diorang dah biasa dengan pertukaran parti pemerintah antara parti Syeikh Hassina dengan Khaleda Zia.
Keempat, bawak masuk mereka ni sebagai pekerja takde masalah kot. Sebab sektor dan jenis kerja yang mereka nak buat bukan orang tempatan nak buat pun keje-keje tu. Kalu bukan mereka yang nak keja sapa nak buat? Masuk mereka penting nak bolehkan kilang-kilang milik local, separa local separa internasional dan MNC untuk terus beroperasi kat Mesia ni. Kalau tak kang isu lain plak surfaces macam kilang-kilang pindahkan operasi kat China, Vietnam, tak pun kilang pindah operasi ke Bangladesh itu sendiri. Hilang pendapatan gomen nanti. Bising lagi nanti. Macam isu rege minyak le, ada ketika kita nak sangat minyak turun, bila dah turun kita nak plak minyak naik sebab rupanya turun rege minyak terjejas teruk ekonomi negara. Macam mana tu?
Tahan jela woi mata dan hidung. Lelama oklah hidung dah immune. Hah, yang kelima, ini ngambik hujah Ferguson (2011:198), A WORKER IS ALSO A CONSUMER. Bangla 1.5 ni datang Mesia bukan saja bakal EARN tapi SPEND their money in Malaysia. Tak ke bagus kita leh jual barang-barang kat diorang ni. Aku dulu masa ada mini market, happy gila masa Bangla masuk kedai. Lagi happy bila diorang masuk kedai banding orang Melayu masuk kedai. Sebab diorang ni cash rich. Beli borong banyak pastu takkan mintak hutang. Orang Melayu, bukan saja mintak hutang, bahkan mencuri pun ada.
Maka, rakan-rakan, anggap jelah BANGLA 1.5 is just another ECONOMIC STIMULUS PACKAGE pada tahun 2016. Hebat kan? Sapa sangka Bangladesh negara mesikin leh provide a stimulus package to Mesia? Takyah IMF, takyah EPF.
Aku nak tido.
Alahai pasal tajuknya aku tak kupas lagi. SYLHET ini ialah sebuah bandaraya tanah tinggi di Bangladesh. Vibrantly developing. RINGLET pulak sebuah pekan tanah tinggi di Mesia, kat Cameron Highland. Yes, dua-dua ada dok kat tanah tinggi. Apa lagi persamaannya? Dua-dua ramai Bangla yang duduk. Aku sebenaunya sakit mata dengan cara pembangunan Cameron Highland. Hodoh. Dari cara rupa paras bangunan-bangunan kat sana sampailah cara saur-sayuran di tanam. Yang aku pasan banyak nya orang Cina yang bangunkan. Ini bukan racist yer. Just terpikir. Kenapa ek orang Cina Mesia kat Cameron Highland takleh develop semacam Cina Singapura. Lebih bersih, lebih tersusun, dan lebih bercitarasa. Atau ni semua sebab penguasa Melayu? Mungkin dah sampai masanya Cameron Highland kita serahkan dominasi pembangunannya pada pihak yang lebih berpengalaman dalam pembangunan tanah tinggi. Huhuhuhu.
No comments:
Post a Comment