Semalam aku gi renew paspprt kat UTC Melaka.
Pastu aku terus balik kampung.
So, maksudnya aku telah tidak tidur more than 24 hours rasanya. Sebab pagi sebelum semalam tu aku just tido dari kul 6 - 7.45. Pastu aku gi pejabat Imigresen Seremban. Jangan pegi situ woi, ramai gila orang.
Kemarin, I mean untuk orang selatan semalam sebelum semalam. Kalu orang utara kemarin or marin (hahaha macam marine) means yesterday. My kemarin is a day before yesterday.
So, marin, aku gi Canseleri (aku cek kat situ memang itu ejaannya). Dari Shah Alam aku tarus ke UKM bayau fee. Lega.
Bebenaunya, aku tak tau nak tulis apa. Aku just nak tulis. Aku penat. Aku penat ke hulu ke hilir. Sambil tu aku dok pikir apa nak tulis kat tesis.
Adoi. aku siyes tak tau nak tulis apa kat sini.
Cuma semalam lepak kat kampung, best gila sebab dapat spend sikit masa dengan Omak. Hehe. lawak beliau dok cerita pasal adik beradik beliau. Sekarang ini ramai orang nampak macam Mak Itam ada isu. Lawak sebenaunya. Tapi itulah yang lawak untuk kita tak semestinya lawak tuk orang lain and vice versa.
Oh sebelum lupa. Perkataan SUI. Sebab aku jumpa kat sok kabau online dok mentioned kat Papua Indonesia. Not PNG (Papua New Guinea). Katanya ada ECOCIDE & ETHNOCIDE. Itu le kali pertama aku came across both terms. Aku excited. Sebab selalu guna perkataaan lain macam environmental degradation, and banyak lagi to refer to ecocide. Pastu selalu guna genocide. Bukannya ethnocide. Menarik ek? Writers memang full of ideas. This is innovation. So, yang selalu bila sebut pasal CIDE is suicide. Tu le yang aku terpikir apa maksud cide. Selama ni dok tengok term itu as it is. Tak tengok pun asal usulnya.
Maka ini hari aku cek le perkataan SUI tu. Latin rupanya. Gitu juga dengan CIDE. Also from Latin. SUI maksudnya person kot or self. Pastu CIDE maksudnya bunuh. So suicide is SELF-KILL.
Aku plak pasan yang sekarang memang trend ek sume orang guna term SUPER. Perkataan ini sungguh berleluasa. I would say now SUPER is a SUPER adjective! It is the adjective. Nak menggambarkan betaba or the intensity of a subject matter perlu ditambah adjective super didepannya. Hence, super is a super adjective.
Hahahah.. berbalik pada isu Mak Itam. Pada aku semua tu misconception and miscommunication. Sebenarnya takde isu. Begitu juga semalam ada teman forward perkara tentang agama. Aku berespond dengan cara berseloroh, bergurau, tapi beliau tak aku sangka supersensitive dan pagi ini aku dapati beliau superemotional or SUPEREMO. Beliau marah-marah aku. Aku yang tak bersedia untuk sebarang kejutan di pagi hari terus saja rasa nak demam. Dahi panas dan aku start bersin.
Tu sebab aku buat entry ini. Aku percaya bila aku express aku tak perlu makan panadol. Yes, ia benar. Blogging is a superremedy untuk rasa superemo.
Sekarang, aku rasa lega.
BTW, boleh tak pembunuhan massa yang super ramai dan super kejam kita guna perkataan baru SUPERCIDE?
Pastu nak buang EMO kita panggil ia sebagai EMOCIDE?
Aku rasa boleh kot. Apapun aku kini SUPERSTRONG untuk hadapi segala cabaran mendatang.
Aku sebenaunya ada soklan. Yelah dengan ISIS pastu tah kat Mesia ni dengan degree of tolerance yang makin menipis and degree of kebencian yang makin menebal
Dengan manusia sekeliling yang aku lihat semakin bitter, holding grudge. Pastu, macam masing-masing percatya mereka jelah yang betul. Orang lain salah.
Aku nak tanya apa purpose kita beragama? Aku selalu dengau orang cakap pasal jaga agama and what not.
SIAPA atau APA yang kita cinta?
DO WE REALLY LOVE GOD? OR DO WE LOVE RELIGION?
Bila bunuh orang or benci orang adakah kerana Tuhan atau adakah kerana agama? Kenapa bila orang tu tak sama agama dengan kita, atau beza intepretasi tentang sesuatu perkara dalam agama, maka kita benci dia?
Aku taknak dengar jawapan play safe. Mestinya ada yang akan cakap, both must go hand in hand. Mesti ada yang dok berhujah loving religion is an expression of god-loving. No. pick one.
Aku mau dengar jawapan yang really push the envelope.
May I get the answer?
No comments:
Post a Comment