Thursday, June 1, 2017
Semangat!!!!
Colombo
Ruan Quanli
Ini maksudnya soft power dalam Mandarin. Huhu.. Ini era soft power.... avoid military conflict.. tapi tumpu menda lain.. It depends neither on economic carrots nor political sticks, but rather on the attractiveness of your culture and ideas, your legitimacy in the eyes of others, and your ability to set the rules in international organization (Leonard 2008:94). Kalau kat Mesia ni tak ramai politicians yang guna approach ni to attract people.. semua guna duit.. guna project.. guna tender.. cash is king.. and sekang plak dengan perangai PAS.. Cash is god... kalau ada pun banyak yang rethoric semata.. tak nampak thru lifestle.. Dulu ada.. tapi dah pergi.. Yes.. TGNA.. Almarhum satu-satunya politician yang guna soft power.. Dengan soft power.. beliau tak guna authority.. tapi Almarhum diiktiraf very powerful dan influential. I missed him.. Almarhum adalah antara politician yang paling aku minati. Dah takde.. tapi legacynya tetap bertahan. Moga Almarhum hepi di sana.
FDG (Focus Group Discussion)
Hari yang paling tak produktif. Aku tau apa puncanya... sebab rumah tak kemas lagi. Kenapa tak kemas rumah? Sebab aku tak assemble lagi dua rak yang aku beli kat Ikea.. memang bongok betul sesorang manusia tu bila tau apa punca gundah gulana tapi act on it. Tapi memang badan aku rasa lemah, satu lagi pasal aku dapat surat lawyer etiqa.. ni pasal eksiden back in 2014.. Mak aiii surat loyer ni memerintah plak aku sediakan segala mak nenek document yang perlu.. macam report police, pastu aku nye insuran policy segala.. mak aii.. sapa client sapa service provider kat sini? Bukan korang sendiri yang boleh get all the info ke? Just ask etiqa. Adoi hai.. Memang buat aku rasa nak mengamuk. Takper sabau.. sabau... kita akan handel menda ni dengan class. Aduh dah 12.35am.. hari Khamis dah ni hari... adoi cepat sungguh masa berlalu. Bila yer aku nak komplen pasal loyer ni.. dah lah suruh aku jumpa diorang.. takleh ke agaknya ko hantau wakil ko kat sini.. macam dia plak yang ada authority.. memang menyusahkanlah loyer yang macam ni.. macam takde passion nak buat kerja. Ohya, Harini aku berjaya lagi buat walk.. pagi semalam morning walk.. dalam pukul 2 lebih pagi.. then petang tadi sebelum buka aku buat evening walk... Ohya pasal FGD.. aku nye SV mungkin suruh buat.. kalau kena gak buat.. aku buat bulan September nanti... Ya Allah... please permudahkan urusan gue.. pastu ni ha.. tengah sangat marah dengan loyer ni.. aku ni makin jadi rasis pulak jadinya.... Kalau ikut politik baharu.. menda ni takleh... tapi entahlah pengalaman dengan kaum yg satu ni sangat tak menyenangkan.. eeeeiii.. memang PIA.... huhu.. ingat Kak Ita.. kakak aku dulu masa belajau UK... lama... 7 tahun dok sana.. salu balik mesia naik PIA.. Pakistan International Airlines... Pastu dulu kat Subang Airport salu je nampak Datuk Shake... Tapi yang ni bukan PIA yang tu.. ini Pain In the Ass.. Mintak mintak marah ni leh energize aku move aku nye arse untuk assemble rack tu ha.. mak aiii dua plak tu.. pastu nak menyapu semua.. so, esok leh la gi etiqa komplen dengan nada yang paling subtle and soothing sekali.. huhu... apa lagi nak wat esok?? Banyak gila keje ni.. aduh..
Tuesday, May 30, 2017
Siem Reap
Saturday, May 27, 2017
1 Ramadan
Hidup lagi.. dapat lagi posa. Aku bengang.. Bab 3 macam payah benau nak buat. Rasa bodoh menyelubungi jiwa. Progress memang ler ada, tapi sikit. Pastu info banyak, tapi tak tau nak susun cemana. Kena siapkan gak chapter 3 ni by ujung minggu depan. Tapi payah nau. Tengok ler camn kang. Harap berjaya ada progress malam ni... Kalau leh siap 3.2 ni. Ya Allah tolonglah hamba mu ini. Aku dah dapat baju raya.. cantik, tapi leher tu aku kasik kat student jahitkan tulang belut.. Huhu. Tadi gi Ikea.. Khamis pun dah gi.. tapi still aku nak beli gak rak tu.. so tadi pegi beli and tempah slack. Rupanya kat Sungai Besi banyak kedai tukang jahit. Alhamdulillah, InshaAllah tahun ni dapatlah beraya. Aku dah sampai Juzuk 28... lagi 2 khatam lah aku for the first time in life.. Umur 41 barulah dapat. Aku asik mikirkan tentang Bab 3... Sub Bab 3.2 citer pasal senario politik Mesia pasca PRU-12 then terus citer pasal isu politik dalam PRU-13. Aduh... Masa baca satu blog ni tadi aku teringat statement DSAI sebelum PRU-12. Beliau cakap bunyi nye lebih kurang cenggini, "pembangkang bukan nak jadi kerajaan, tapi hanya nak nafikan majoriti 2/3 BN." Malam ni aku terawih kat umah je. Sama macam semalam... kang nak buat keje.. pastu solat isyak and terawih.. pastu nak wat kije.. pastu nak pasang rak ikea.. pastu nak pasang jam ikea.. pastu nak balik kampung. Tadi Cik Pid bagitau Emak masak. Oh semalam aku makan banyak gila. Lepas Jumaat aku dok tunggu Kuriang.. so takleh nak kuar makan. So, petang semalam aku makan nasik beriyani kat Mydin tu siap makan kambing... mak aiiiii besau.. pastu aku makan plak A&W.. Ohya, Jumaat pagi aku pegi jap UKM.. jumpalah Dr. Sity.. konon nak beli buku yang beliau and Taki tulis... tapi takde. Cumanya beliau suruh aku hantar complete thesis a week before Raya. Boleh ke ni?
Tuesday, May 23, 2017
Colorful Revolution
Ni jadik kat Macedonia... Salu Color Revolution je macam kat Kyrgyztan, Ukraine, Iran, Myanmar.. tapi yang ni revolusi warna warni. Aku baru je berjaya habis tulis sub-bab 3.2.. tapi just 2 para je. Tapi kira kemajuan yang bagus. Dari takde. Aku ngantuk sangat ni...