Thursday, September 1, 2016

Rumah Besar

The Rumah Besar. Patut Jabatan Muzium and Kerajaan Negeri Melaka, and the family of Mak Ngah Izzah patut buat sesuatu. Aku pernah naik rumah ni beraya sekali sahaja. Tangga Melaka nya yang memberngkok memang cun habis. Penuh seni and gaya rumah ini. Hujan renyai-renyai tadi.
Hahaha. Ayah dengan Emak. Aku sebenarnya takut nak letak picture diorang or myself kat sini.. tapi pikir-pikir banyak je orang letak gambau menimbun kat FB.. even kat Instagram. Kat sini tak ramai visitor. Malah certain people say blog era is over. So, untuk manusia yang perlukan sedikit privacy and tak really need attention, maka blog adalah tempatnya.

Tambak Merlang

Nenek pindah dari rumah besar ke Tambak Merlang dalam tahun 1961. Tahun 1963-64 rumah nenek kat hilir tu. BTW, aku sempat duduk rumah nenek dari tahun 1976 ke tahun 1980. Aku boleh ingat apa yang berlaku kat rumah tu.. duduk dalam buai... nyorok belakang pintu.. pastu ingat rupa tangga yang macam mangkuk tu... kat belakang ada pokok belimbing... pokok delima.. jamban curah kat luar... pastu aku sangat ingat aku suka beri ayam makan tahi aku sendiri.. bila takde orang jaga aku kat jamban... maka aku akan keluar berak di halaman rumah demi mahu ayam-ayam tu dekat pada aku... satu lagi.. aku gak sure... but then kakak aku bagitau yang aku suka tangkap anak-anak ayam dan bunuh mereka.. aku picit diorang.. hmmmm... apa lagi yer? Aku menetek sampai usia aku 4 tahun.. ingat lagi ada orang datang.. tu sure nak bergossip la tu.. tengok aku tengah menetek.. pastu mereka kata.. lamanya.. sampai 4 tahun.. tapi tengoklah bonding aku dengan Emak..  hahaha.. tapi overbond kot.... anyway aku takde lah jadi anak manja.. aku sampai je oversea segala.... ohya.. bila pindah sini.. aku pasan Emak akan ada jadual bersosial atau mengumpat... kalau tak kat umah sendiri.. Emak akan bertandang ke rumah Mak Uda or Mak Cik Selamah.. and paling amazing.. Mak Cik Nyemah.. naik beskal berpalang.. yang lelakinya.. singgah untuk ngumpat... hihihi

Emak kusyuk nonton TV. He loves Nabil. Beliau suka tonton Meletop. 
Aku rasa masa ini Emak tengah tengok cerita SPY.. Yang Melissa McCarthy berlakon. Terkekek-kekek beliau gelak. Been awhile tak tengok Emak gelak begitu. Those yang jumpa Emak kini, pasti tak sampai hati nak guris hati beliau. 

Surat Cinta

Emak cakap masa beliau usia 11 tahun dah ada orang kirim surat. Pangkat Pak Long untuk Emak. Pak Long tu masa tu tingkatan 3. 11 tahun mak panggil SM2. Lepas baca mak cakap bakar. Ruginya.. surat tu semua in English.. Mak kata Pak long may be sekolah High School... Orang Simpang Bekoh pun ada kirim surat pada Emak.. tapi mak tak balas sebab tulisan arwah tu macam budak darjah dua... Pak Long tu still hidup... dah pukul 3. Aku patutnya baca buku. Aduh.

Picture ni aku amek malam tadi. Ada orang perasan banyak gila Ridsect. Rumah ni banyak semut. Emak sebelum gosok gigi kat sinki dapur, beliau akan sembur Ridsect dulu.. aku siyes tak suka bau tu.. tapi hadap je lah.. dah Emak yang buat.
At 74, She is so comel. Aku rindu Beliau already.
Emak keluar tengok aku menyapu porch tepi tu semalam. Balik cuti Merdeka ni, aku berjaya buat banyak menda kat kampung. Takdelah terbongkang saja.

Maktab

Emak masuk maktab tahun 1960 mak masuk maktab. Mak tak seronok sangat masa datang Simpang Bekoh. Rumah tak banyak sangat. Masa tu banyak sawah... mak kata cantik. Aku kena cek balik bila Emak masuk MPPM Durian Daun tu. Antara 58, 59, or 60. Emak kata masa datang Simpang Bekoh tu pun dah bermula fenomena orang tak buat sawah. Aku ingatkan fenomena itu bermula dalam tahun 80-an. Rupanya very much earlier.. Maksudnya Merdeka saja orang makin malas buat sawah. Kenapa ek?

Sana tu kari asam.. biarkan semalaman lagi sedap.. Hari ini asam pedas biasa.. takde kari.. lagi sedap.. aku macam biasa lepasa makan asam pedas memang berak-berak. 
Aku dah siap bersihkan halaman rumah.. Cun gila dah.. Rumah bersih.. parents pun happy. Aku percaya bila rumah bersih sure diorang kurang berkonflik.
Macam Olympic Torch kan? Ini hasil tebang dan trimmed pokok-pokok rambutan. Siyes buah rambutan yang Emak tanam memang sedap gila.
Dah nak senja.. kalau guna Iphone.. sure lagi cun pic ini. Mohon ada rezeki berlimpah ruah, baru leh beli Iphone.
Ini pokok rambutan kuning.. trimmed pokok-pokok yang apit dia, supaya dia boleh membesar dan berbuah ASAP.. tahun depan mesti ada.
Dah ada picture ni tadi.. takpelah letak lagi.

Simpang

Rumah Mak Ngah Izzah.. Emak pernah duduk rumah besar tu. Cantik gila. Patut di preserve. Aku masih di kampung. Malas nak balik Seremban.

Ini dari tepi belakang...
Tinggal pintu pagar.. Mak sedara aku.. Dak Busu dah jual rumah Nenek. Sedih... Kalau aku banyak duit memang aku beli rumah nenek.. Mak cakap Beliau start duduk rumah Nenek dengan Ayah sejak tahun 1962.. So.. 1962 sampai 1980.. 18 tahun.. lama kan? Dak Long SPM dah kat rumah baru.. Aku ingat Dak Long suruh aku tengokkan belah rambut dia.. Kena assymetric! Kalau tidak dia akan bukak balik rambut. Dak Long dengan Jitot cantik gila masa kecik-kecik. Sekarang both are in 50s. 
Satu lagi tinggalan..  pokok kaktus.. ini lama ni... aku suka tengok kaktus ni masa kecik-kecik.. Masa dulu aku teringin sangat nak keluar dari kampung tu dan pergi jauh.. tapi sekarang.. aku lah yang sentiasa ada kat kampung tu... 
Selain kaktus.. pokok nyior ini satu lagi tinggalan rumah Nenek dan family kami... belah kanan ada garrage.. pastu tersadai kereta Volkswagen Beetle. Damn.. kan best kalau Ayah jaga betul dan still ada..  Emak dulu kereta FIAT.. pastu Mak Lang beli, pastu Mak Ngah pulak beli dari Mak Lang.. sekarang history.. tensen betul aku,.. aku suka gila kete fiat tu.

Dressing

Mendeka

Pengangkap.. banggunan.. mendeka.. raksaksa... yg tu sampai sekarang kompiusing.. apa lagi ek.. ha ni ada soklan tambahan... untuk interview:

1 muckracking Journalism
2 citizen journalism
3 wistleblowing
4 viral propaganda