Wednesday, May 18, 2016

Upgrade

Fait acompli, raison d'etre. Ular Yang Dulu Mematuk Kini Memakai Mahkota. Ni aku jumpa kat blog mana agaknya.. dia letak Surat 14 Perkara DSAI.. Beliau memang bahasa sukar tandingi..

Ni aku sedang Up&Up maksudnya di atas.. untuk jadi buku aku nye thesis Phd. Ramai-ramai lah beli nanti ye. Ya Allah, prosper kanlah idup aku,.. nak kaya ni.. heheh

Puncak

Di sinilah kedai makan yang located di Puncak Kuasa. Ayam goreng dia sedap gila sebab rasa macam Emak yang masak. Aku selalu makan sini makan tiga ketul ayam goreng dengan sayur masak internal organs macam pedal, jantung and hati. Sedap gila.

The best part, makan kat situ murah. Pastu Makciik yang kat tepi tu baru buat surgery mata. Esok aku buat presentation untuk progress report depan Dr. Sity.

Kelompok gerai ni duduk depan Jalan Dato Hamzah... Gerai MPS tu located depan Taman Tasik Seremban.

Leh parking depan Kompleks Kraf Negeri Sembilan. Colonial nya bangunan. Cun gila.. tapi warna pastel.. patut biar putih je.. biar majestic.

Aku namakan puncka kuasa sebab keliling gerai tu semua Gomen Offices.. kat kat situ ada DUN, MBO, pastu Wisma Persekutuan.. and many more..

So, makan le ke Puncak Kuasa.. sedap gila.. tapi tengahari saja.


Cendol

Tadi tengahari makan cendol Hj Shariff kat Seremban. Ni dah pukul 4 pagi. Aku masih di office. Progress meaningful tapi slow. Yang penting 1st part dah ada enough points. Tadi sembang dengan member kat Whatsapp. Beliau ni baik.. tapi aku bosan lah dgn cara beliau kasik semangat.

Pernah jumpa tak dengan orang yang beri srmangat tapi ko end up feel down? Aku jumpa few ppl yg character begitu. Big no utk face to face meet up. Hargai. Tapi rimas kasik semangat kat aku pastu sendiri play victim.

Another thing dok cerita tentang people who talk about me. I don't care what people think about me (care sikit le.. kalu tak aku x luah pun perasaan kat sini). Sang pengadu ni macam sedih sebab aku dihina oleh member yang lain. Masalahnya.. aku tak kisah pun.. sebabnya aku tak pandang tinggi pun pada mereka tu. They are no better than me..  so mereka punya perception psl aku tak penting.. aku siyes rimas... aku nak kawan dengan kau.. masalahnya pemikiran kita jauh beda... boring le bersemangat utk buat something sebab nak prove sesuatu pada org lain. Sapa orang lain tu? Aku buat sesuatu sebab aku nak buat... sebab aku nye passion... tolong le.. ni sekor lagi yang..

Rimas.. part yang boring... nasihat menda yang dah stop buat. Ya Allah pening kepala otak aku.... then suruh aku rehat.. jaga kesihatan..  aku nak buat keje kot.. nak habiskan phd.. kenapalah bz body sangat... kalau kasik duit sonok gak.. Oklah nak tido... tengok le pic cendol tu

Monday, May 16, 2016

Ellen

Member aku tanya aku pernah tak tengok that program... Little Big Shots. Ni aku tengah tengok.. pasal budak2 kecik yang ada extraordinary talents... 

Aku rasa masa aku kecik leh je masuk this Ellen nye program. Yeah I am extremely good with map.. pastu hafal semua nama capital cities of the countries.

Violin has strings and fiddle has strands.. haha.. ini budak kat dalam program tu cakap. Tadi aku berjaya buat 44 laps. Fuhh mulanya sukar tapi bila lepas saja 20 laps terus rasa mudah and boleh cepat...

Skg ni kat opis... Malam ini mesti ada progress!!


Meatballs

Semalam lepas kelas ePJJ kat Shah Alam aku ke Ikea. Konon nak beli map cun hitam putih. Tapi x jumpa. X sure samada xde stok org dah rembat or bgmana. Gi Bordes pun xde. Maps KL ada le. Nak watpe.

Semalam aku makan terlalu byk. Mula2 makan kat Kluang Station. Pastu lepas cari map x jumpa aku makan kat Ikea. Makan 23 meatballs. 20 aku nye. 3 lagi rembat member. Ni semua member2 PPP. Rindu terubat walau teruk kena bahan.

Ni aku naip dari dalam jamban D'Tempat.. tempat aku swim. Aku rasa letih gila. Tghari td aku makan 3 ketul ayam, 1 potong ikan tenggiri, sayur pedal, sayur kacang pjg, and nasik separuh. Kul 4 sampai 6 kuliah tadi ok je aku. Tapi lepas magrib otw ke mari.. aduh aku rasa letih. Paling tak best aku ada plak rasa sedih. Letih + sedih adalah set kombo yang paling tak best. Macam2 aku rasa. Pastu terpikir macam2.

Aku nak ngadu. Tapi dah serik ngadu pada manusia. Karang ada saja response yang lebih buat aku down. So aku decide bgtau kat sini je. Aku malas karang.. ada je nasihat cliche.. kena ngadu pada Tuhan. Itu terbaik. Bukan kita tak buat camtu.. tapi ada waktu kita nak ngadu pada manusia lain.. Entahlah.. takpelah aku redha je. Tadi before masuk kelas ada insan yang mau aku tolong. Sedih aku sebab tak mampu nak tolong buat masa sekarang.

Aku doa Tuhan akan perbaiki kehidupan sesegera mungkin, especially aku nye financial dan kerjaya agar dapat menolong2 orang2 spesial di sekitar. Berapa lap yang aku mampu buat jap lagi.. ni masih meneran. Sebab kalau perut penuh tak sedap swim.

Ya Tuhan, pertingkatkan rezekiku.

Walmart

Aku sakit perut hebat. Diiringi oleh sakit kepala. Ini second time lepak toilet sejak masuk class kul 2 tadi. Kesian student tu. Tapi cam biasa selagi boleh aku keluarkan dari kepala otak ni.. aku teran. Yes, aktiviti yang aku lakukan tadi adalah meneran otak. Walau sakit kepala bukan kepalang, tapi aku teruskan meneran sebab mahu berikan yang terbaik.

Tadi cerita ler pasal forms of organization. Throughout times macam-macam bentuk organisasi or agency yang kita jumpa. Btw agency tu normally entity yg independent or autonomous tetapi serves the interests of a particular state. Tu sebab aku lebih setuju kalau agensi.. agensi kerajaan.. agensi swasta kurang tepat.. agensi ni ada agenda.... hahaha.. malas nak elaborate.

Yang aku citer ni is pasal menda dari Toyota kalau tak silap yang telah pengaruhi amalan kerja, struktur organisasi, cara berniaga.. even akademik seluruh dunia... Apakah mereka? TQM pastu JIT.

Jom citer pasal JIT (teringat Jit Murad yang tergolong dalam geng-geng artis yang nampak educated and elitist masa zaman 90-an.. geng-geng Suhaimi Baba... filem ada mesej.. tapi tak best)... Jap. kena tangguh menulis..

Manufacturer - Warehouse - Wholesaler - Supplier - Retailer.

Aku keluaukan jelah entry ni yek

Ni semalam masa aku kena cirbit (cirit-birit) aku tulis. Eh takpelah aku sambung.. ni kat opis.. yang aku tulis atas tu hari Ahad.. sekarang sudah Senin.

Pasal JIT... tadi aku cerita kisah cemana hypermarkets kill small retailers. Aku ingat lagi masa aku amek subject Latin American Literature kat Drexel.. Lecturer tu aku tak sure orang mana, aku rasa dia leh cakap Spanish.. eh.. aku pun tak sure.. aku rasa macam dia datang dari Eastern Europe... rasa Poland.. beliau memang anti neo-liberalism and globalization.

Yang paling aku ingat beliau bagitau dengan emosional betapa Walmart kills small retailers. Masa tu aku tak paham. Terbangang-bangang mikir cemana Walmart yang aku suka pergi tu jejaskan kedai-kedai kecik. Memang kepala hotak aku tak sampai masa tu... bodoh gila masa tu. Sekarang ni bolehlah.. sedikit enlighten.

Yang jelas.. hypermarket adalah warehouse yang bunuh wholesaler, supplier, and retailer.






Saturday, May 14, 2016

Selandar

Dulu masa lepas balik dari US aku dengan member aku Zamani dan Zamri bukan nama sebenar selalu lepak kat sini.... kat Selandar.. kat simpang tu. Kitorang selalu makan kuih udang dengan popiah. Tadi aku belikan Emak popiah. Sedap jugak le lagi...

Waktu tu dalam tahun 2001-2002.. ya Allah remaja nya masa tu.. kih3... hahaha.. tapi aku masih bermasalah.. masih rasa remaja...

Dalam politik, tokoh yang ada masalah macam aku ni ialah Tan Sri Rahim Tamby Chik. Ni Ayah pun tak ingat pasal satu lagi part dalam UPSR.... yes LISAN.... beliau yang bgtau... ini le hasil braimstorming.. kesian Ayah dengan Emak.. aku paksa-paksa diorang recall.
So,

Math, English, Kefahaman, Lisan, Penulisan. Tah hapa-hapa UPSR tu. Adoi.. ni Ayah kuar dari mandi... dia bgtau Lisan takde plak.. pening le.. tapi aku le yg masalah.. aku yg amek tapi tak ingat.