Saturday, May 14, 2016

Habiskan

Dah kat kampung. Dari tuhari try habiskan.. tapi tak daya.. ni pun tak tahu leh abiskan tak. Ngantuk banget. Tadi baru baca pasal TMJ nye statement yang beliau bagitau with all the money that he has he would rather buy perdana menteri than referees.

Inilah new politics of Malaysia. Character paling terkini of new politic ataupun politik baharu (aku cukup tak setuju dengan baharu... aku mau baru saja) ialah kerabat diraja dan raja Melayu itu sendiri very participative dalam democracy despite no immunity... kan imuniti dah takde due to consti amendmen in 1993.

Social media is no more platform for the people but also the platform of the royalties. Mengantuk ya ampun, Emak tengah siang ubi. Nak rebus jap lagi. Sedap. Nak tido jap. Bye.

Takut

Aku sedang buat pasal new politics. Sedang muncul di Malaysia.. a new kind of politics.. and that is new politics of the day. 'The New Politics of Monarchy, Royalties and Negeri.'

Itu tajuk article. Sapa baca ni mesti akan ciplak.. Haram. Tapi kalau ko ciplak aku akan always muncul with something else... thus yours will be obsolete.

Nak balik kampung dah.. yay. lapar. Aku kena pergi jalan ni.. mesti mengembara. Boring la. Btw aku dah 3 hari tak tukau baju.

Yala

Aku tak tau apa nak tulis. Barusan not bad progress. Agak memberangsangkan. Btw pic bawah tu amik kat Yala. Tengok le tu bangunannya warna warni. Diorang pun ada usaha macam Melaka and Spore yg suka cat bangunan warna warni. Aku nak baca buku jap. Bila lah nak gi jalan lagi ni. Aku ajak member aku gi Dumai.. naik bot le tapi.. kan best kalau dibina jembatan dari Melaka ke Pulau Rupat. Kalau nak AEC ni jadi nyata cubalah bina jambatan. Best gila dapat drive kat Sumatra. Aku rasa Indonesia kena seriously mikirin bridging its islands.. macam Jawa dengan sumatra.. boleh kan? Aku pun tak sure.. tgok peta nampak macam dekat je.. buat jematan Lampung - Banten.

Oklah nak baca buku and tido. Masih kat opis. Ya Allah permudahkanlah urusan hambaMu ini. Tambahkanlah rezeki.. dapat kerja tetap bergaji lumayan.. dapat ngajar part time banyak-banyak.. lepas tu buku yang bakal diterbitkan diterima khalayak. Paling penting, Emak dan Ayah sentiasa menyayangi, happy, dan sihat luar dan dalam.

Colorful.

Friday, May 13, 2016

Tarabulus

Tadi aku baca kat dalam satu chapter kat dalam buku Why the west rules-for now. Morris (2010:337) cakap Dinasti Sui.. Dinasti Sui ni aku kompius sebab kat dalam buku ni ada mentioned kisah Northern Wei and Eastern Wei yang pemerintahnya bukan real Chinese.. Maksudnya dalam kontemporari speaking, they are not Han Chinese. Yang real Chinese was Liang Empire.. Sui ni datang dari Northern We...

Lepas je asaskan Dinasti Sui, makanya dia emperors bikin 1500 mile long and 130foot wide Grand Canal that linked Chang Jiang (Yangtze Kiang.. ni spelling lama) dengan Northern China. Jap nak google map.. sebab aku rasa mesti linkkan dengan Hwang Ho (Yellow River)... Hahaha.. dah dapat dari Hangzhou to Beijing. Hebat sungguh.

Cakap psaal terusan.. teringat Terusan Wan Mat Saman.. dari SP.. lepas Guar Cempedak sebelah kiri tu is the terusan Pelik sampai sekarang Kerajaan Kedah tak perkenalkan terusan tu. Leh jadi modal pelancongan kot. Buat le merket terapung ke kat situ.. tiru Thai.. kihkihkih.

Tapi cakap pasal Grand Canal aku lebih teringat mega project Muammar Gaddafi. Lepas Arab Spring apa jadi ek kat projek pengairan terbesar di dunia tu. Aku ingat lagi dia nak sedut air bawah tanah naik ke surface pastu salurkan kat dalam terusan yang kalau tak silap stretch dari Tripoli or Tarabulus kat barat Libya ke BenGhazi kat timur... kalu tak silap le.. mari cek.

Takde info dah siap ke tak.. Yang ada kat wikipedia.. Great Man Made River. Tu jer.. the best pasrt kat sini diorang kata.. amek air bawah tanah tu lagi murah dari desalination in long run.. aku nak sangat nengok sungai buatan tu..

Oklah.. masa utk menulis tesis... aku takde mood sebenarnya ni.. entahlah sedih.. tapi sekarang aku tak mau share lagi sedih aku kat orang.. aku share kat sini saja..   

Semula

Dalam beberapa bulan, ini lah kali pertama aku solat Jumaat semula. Memang sungguh dah lama. Ngantuk gila sekarang. Tadi aku makan mi goreng and bihun goreng, both taruh telur mata.

Sekali lagi tak pergi swim sebab makan lambat ini hari. Rasa badan tak best gila sebab tak swim. Masih tak cukup tidur. Dah dua hari tak balik rumah dan tak mandi. Lantaklah aku biat saja kerja-kerja ni. Ya Allah semoga rezeki ku semakin bertambah. 

Balkan

The Balkan Muslim discourse: Identity among the Muslims of Slavic origin. Strashko Stojanovski & Dejan Marolov. Aku baru jumpa this article yang sangat berguna untuk aku nye buku kelak

Ini pasal ethnic identity..Aku ngantuk gila... dah solat Subuh.. ni tak tau nak pergi bekfes ke tak. Malam tadi makan banyak sangat. Tapi macam lapar je ni. Ohya, dah baca sikit article ni..

Banyak masalah dengan Slavic Muslim. Diorang ni dikatakan being Turkinize.. Pastu Slav yang lain tak suka kot.

Aku harap lepas baca article tu dapat solve aku nye kekonfiusan tentang Bosnian.. Adakah mereka Slav Muslim.. then apa bahasa mereka? Croat or Serb? Atau adakah mereka kedua-duanya? Tapi bila Islamize mereka bentuk budaya and bahasa yang unik.. Macam bahasa diorang dah banyak influence atau borrowed terms dari Turki or Arab.. or Albania?

Tapi tak abis baca lagi.

Rehoboth

Bila lah dapat nak 'kembali' ke states? Boleh pergi Rehoboth Beach... Aku dulu ada pergi satu tempat ni.. aku lupa.. jap.. ohya ini kat New Jersey.. tempat tu very cool.. tapi sekarang x sure... nama dia New Hope.. orang kata dulu Grace Kelly selalu lepak situ. X sure lepak masa dah bergelar Princess of Monaco or sebelum. Prince Reinier plak tak sure. Aku pegi New Hope yang bukannya destinasi nak pergi by budak Melayu lain masa kat US sebab aku dulu selalu baca rencana pasal manusia-manusia ternama dunia.. the rich and famous.. kat Mingguan Malaysia.. Sokabau Utusan versi hari minggu ni suatu masa dulu memang gila best!! Even aku dulu peminat tulisan Astora Jabat.. tapi sekarang entah.. apa jadi agaknya dengan Utusan Malaysia.. memang le waktu tu pun memang Tun Mahathir memang tunggang Utusan.. tapi banyak gak part yang 'readable'  masa tu.. tu semua masa aku sekolah rendah.. sebelum disintegration of USSR. Articles tu mungkin je translation.. tapi bagus.. antara yang aku sangat ingat.. cter pasal the Onassis.. Aristotle.. pastu bini dia yang ex-FLOTUS.. cter pasal the Menem.. Carlos and Fetima.. masa tu le aku sedau yang rupanya bukan semua Arab itu Muslim... and ramai je orang Arab yang migrated to Latin American countries.. tu le yang ada Syakira Mebarak... haha. Baru je tadi azan subuh.. haha.. subuh di office.. aku tak balik.. baju pun tak tukau.