Wednesday, February 17, 2016

Supercide Emocide

Semalam aku gi renew paspprt kat UTC Melaka.

Pastu aku terus balik kampung.

So, maksudnya aku telah tidak tidur more than 24 hours rasanya. Sebab pagi sebelum semalam tu aku just tido dari kul 6 - 7.45. Pastu aku gi pejabat Imigresen Seremban. Jangan pegi situ woi, ramai gila orang.

Kemarin, I mean untuk orang selatan semalam sebelum semalam. Kalu orang utara kemarin or marin (hahaha macam marine) means yesterday. My kemarin is a day before yesterday.

So, marin, aku gi Canseleri (aku cek kat situ memang itu ejaannya). Dari Shah Alam aku tarus ke UKM bayau fee. Lega.

Bebenaunya, aku tak tau nak tulis apa. Aku just nak tulis. Aku penat. Aku penat ke hulu ke hilir. Sambil tu aku dok pikir apa nak tulis kat tesis.

Adoi. aku siyes tak tau nak tulis apa kat sini.

Cuma semalam lepak kat kampung, best gila sebab dapat spend sikit masa dengan Omak. Hehe. lawak beliau dok cerita pasal adik beradik beliau. Sekarang ini ramai orang nampak macam Mak Itam ada isu. Lawak sebenaunya. Tapi itulah yang lawak untuk kita tak semestinya lawak tuk orang lain and vice versa.

Oh sebelum lupa. Perkataan SUI. Sebab aku jumpa kat sok kabau online dok mentioned kat Papua Indonesia. Not PNG (Papua New Guinea). Katanya ada ECOCIDE & ETHNOCIDE. Itu le kali pertama aku came across both terms. Aku excited. Sebab selalu guna perkataaan lain macam environmental degradation, and banyak lagi to refer to ecocide. Pastu selalu guna genocide. Bukannya ethnocide. Menarik ek? Writers memang full of ideas. This is innovation. So, yang selalu bila sebut pasal CIDE is suicide. Tu le yang aku terpikir apa maksud cide. Selama ni dok tengok term itu as it is. Tak tengok pun asal usulnya.

Maka ini hari aku cek le perkataan SUI tu. Latin rupanya. Gitu juga dengan CIDE. Also from Latin. SUI maksudnya person kot or self. Pastu CIDE maksudnya bunuh. So suicide is SELF-KILL.

Aku plak pasan yang sekarang memang trend ek sume orang guna term SUPER. Perkataan ini sungguh berleluasa. I would say now SUPER is a SUPER adjective! It is the adjective. Nak menggambarkan betaba or the intensity of a subject matter perlu ditambah adjective super didepannya. Hence, super is a super adjective.

Hahahah.. berbalik pada isu Mak Itam. Pada aku semua tu misconception and miscommunication. Sebenarnya takde isu. Begitu juga semalam ada teman forward perkara tentang agama. Aku berespond dengan cara berseloroh, bergurau, tapi beliau tak aku sangka supersensitive dan pagi ini aku dapati beliau superemotional or SUPEREMO. Beliau marah-marah aku. Aku yang tak bersedia untuk sebarang kejutan di pagi hari terus saja rasa nak demam. Dahi panas dan aku start bersin.

Tu sebab aku buat entry ini. Aku percaya bila aku express aku tak perlu makan panadol. Yes, ia benar. Blogging is a superremedy untuk rasa superemo.

Sekarang, aku rasa lega.

BTW, boleh tak pembunuhan massa yang super ramai dan super kejam kita guna perkataan baru SUPERCIDE?

Pastu nak buang EMO kita panggil ia sebagai EMOCIDE?

Aku rasa boleh kot. Apapun aku kini SUPERSTRONG untuk hadapi segala cabaran mendatang.

Aku sebenaunya ada soklan. Yelah dengan ISIS pastu tah kat Mesia ni dengan degree of tolerance yang makin menipis and degree of kebencian yang makin menebal

Dengan manusia sekeliling yang aku lihat semakin bitter, holding grudge. Pastu, macam masing-masing percatya mereka jelah yang betul. Orang lain salah.

Aku nak tanya apa purpose kita beragama? Aku selalu dengau orang cakap pasal jaga agama and what not.

SIAPA atau APA yang kita cinta?

DO WE REALLY LOVE GOD? OR DO WE LOVE RELIGION?

Bila bunuh orang or benci orang adakah kerana Tuhan atau adakah kerana agama? Kenapa bila orang tu tak sama agama dengan kita, atau beza intepretasi tentang sesuatu perkara dalam agama, maka kita benci dia?

Aku taknak dengar jawapan play safe. Mestinya ada yang akan cakap, both must go hand in hand. Mesti ada yang dok berhujah loving religion is an expression of god-loving. No. pick one.

Aku mau dengar jawapan yang really push the envelope.

May I get the answer?


Monday, February 8, 2016

Karipap

CNY but aku kat Sendayan.

Part Pakatan Rakyat sudah siap. You know the way PR operationalize politik baru.

Sekarang aku nak buat pasal BN plak. Senang. Tapi nak organize isi tu payah.

Tadi aku dah share dengan satu Whatsapp group ni. So, isi semua dah ada. Sekarang ni nak susun.

Menda ni macam ko nak basuh baju. Aku senang aje. Gi antau dobi. 

Hmmm. Sejak aku pindah semban dah ada 3 kedai dobi aku antau. Yang first, aku baik gila dengan pekerja nye, siap aku kasik kakak tu tips. Tapi pastu ada sekali tu hapak. Dah hapak pastu ada kain orang lain. Tu memang tak hadam dek kepala otak aku. Aku ingat nama kedai Dobi Rich. Ko pikir bila ko jenamakan kedai ko 'rich' ko cepat kaya ke? Blah lah. Busuk.

Kendian, Kedai Dobi Kak Zee, nampak merakyat, walaupun hasil basuhan selalu busuk, tapi aku being orang yang very tolerant dan sangat supportive, aku siap bawakkan Downy sendiri, tak mintak diskaun, siap Downy tu selalu aku rasa dia guna kat orang lain nye baju, aku senyap aje. Aku hantau jugak situ. This is me. Me don't complain, me pasrah, me supportive, me is ok all the time. Me tak buruk sangka, Me tak demanding.

Walaupun premis tu bau kencing and taik kucing, aku tetap datang dengan senyuman bawak baju kotor or amek baju. Walaupun aku senyum dan beri salam tapi mamat bangsat jaga kaunter tu payah nak balas, ikut suka mood dia yang aku sangat percaya didetermined oleh persekitaran. Aku senyum gak. Tak pernah aku kasik name card supaya dia amek home tutor dengan aku belajau tentang customer service, leh belajau pasal SERVQUAL. Sebodoh-bodoh konsep yang pernah aku temukan dalam hidup, Servqual ini lah, Tapi ada guna kot. Yeah Islam anjurkan umatnya berbaik sangka so, aku kena amalkan. Ilmu tanpa amal bagaikan pohon tanpa buah. Tapi analogi tu outdated gila. Tok lebai 80-an and early 90's ok lah kot pakai. Ini era ustaz selebriti, ini era PU, maka perlu analogi yang setara dengan zaman.

Apa aku citer ni? 

Aku sakit kepala. Aku makan banyak sangat karipap frozen yang aku buat sendiri. Siyes tak sedap. Tapi aku makan jugak sebab itu saja sumber makanan yang ada dalam umah ni. Dah empat hari aku tak kuar umah. Aku nak habiskan chapter 4 tapi tak habis.

Emak aku dok suruh-suruh aku balik kampung. Tapi writing tak habis lagi. Aku macam naik bengang kot.

Aku dah banyak sangat minum kopi. Aku memang dah terlebih dos.

Jap lagi aku nak buat peta minda. Pasal BN dan caranya mengoperasikan politik baru. Dan betapa tak serasi bersamanya BN dengan politik baru. Tapi tulah BN ni suka mengikut-ikut. Macam lembu kena cucuk idung. Orang sain TPPA, dia pun sain. Suka hati ler. Eh aku pun sama, To' Guru aku kata TPPA itu elok lepas jumpa Tok Stopa. Maka aku ikut je cakap To' Guru tanpa banyak soal. Unless To' Guru suruh aku persoalkan.

Tok Stopa bukan stupa, stupa ko leh jumpa kat Candi Borobodur, tak pun ko pegi kat Rangoon, btw aku decline guna Yangon sebab aku tak iktiraf sebarang pentadbiran tentera dalam negara. Kat Rangoon ada stupa super gergasi bersalut emas, jom ke sana kita mintak derma emas yang dikikis dari salutan emas tu. Stopa bukan juga stopper yang ko buat tahan pintu letak kat lantai. Ini Stopa yang hebat dalam kewangan. 

Tentang karipap aku ingat masa tu aku kije De Lage Landen Financial Services. Kat mana ek? Ohya dekat dengan King of Prussia Mall. Korang google map or google Earth la, musti jumpa. Yang penting bukan dekat Pilah, ia di area suburban of Philadelphia. Bukan Philadelphia Cheese. Ada makan-makan aku pun bawak karipap. Semua orang marah lepas makan karipap aku. Team Leader aku apa nama perempuan neraka tu. Lupa, tapi aku ingat nama manager aku, Chris Boden, rambut keriting. Ye, semua marah, sebab too hot and too spicy. Rasakan. Itu cara aku sabotaj kalian, Hehek, mereka tak de buat salah pun kat aku, tapi u know, sesaja.

Kritikan mereka tak pernah lunturkan semangat aku untuk terus berada dalam industri pembuatan karipap. Yeah, aku percaya karipap aku yang terbaik. Tiap raya aku mesti buat karipap, semua orang tunggu-tunggu karipap aku. Abang aku dengan kakak ipau aku sure datang semula balik kampung bila tau aku buat karipap.

Tapi tuhari karipap aku tak sedap sebab aku ikut kehendak member aku yang mempunyai nama lagenda iaitu Sang Kuriang, ini set-set Sang Kelembai, letak ikan bilis dalam karipap aku! Dah aku agak, karipap daging mana sedap letak ikan bilis. Nak tegah karang terasa. So me being me, ikutkan saja. Dan perkara dah lepas, nak wat ceman, yang penting semua dah habis aku makan.

Yang aku belajau, jangan ikut sangat dengan trend ikut kehendak pelanggan, or masses yang apathy, sesungguhnya kita yang pakar dan ada krdibiliti ini boleh mold citarasa dan persepsi mereka tentang produk kita. Sekarang aku berpendirian bahawa motto democratic 'customer is always right' itu salah.

Bila ikut, resepi lagenda kita affected. Sepatutnya aku gunakan skill komunikasi aku yang bukan kepalang hebat untuk yakinkan Sang Kuriang sedara kepada Sang Kelembai itu untuk ikut resepi aku. Bukan konon-konon customize ikut tekak dia atau ikut his taste buds yang memang takde taste.

Macam tu lah gak dengan BN ni, Bandwagoning dengan pengoperasian politik baru by PR, not PR, not PH tapi PKR. BN sampai yakin bahawa politik baru adalah yang rakyat mahu

PR dan PKR dengan politik baru. Itu memang mereka, mereka secara alaminya memang sesuai dengan politik baru. Politik baru itu merakyat, marhaen. PKR memang sebelum jadiknya Gerakan Reformasi pastu jadi Parti Keadilan Nasional, then PKR lepas merger memang cocok, memang serasi bersama politik baru yang jiwanya muda, rentas sempadan, rentas perkauman, mesra teknologi.

Tapi BN, khususnya UMNO bila operasikan politik baru, jadi tak meyakinkan. Jadi canggung. 

1Malaysia, yang merupakan tool of rebranding. Konon guna 1Malaysia yang inclusive dapat rebrand party jadi pendukung politik baru. You elitist. Nope bukan elitist. You memang ELITE Melayu, tapi you nak munculkan image marhaen, image merakyat, you nak behave like rakyat, nak kasik statement sebagai rakyat. Tak menjadi. 

You can't carry the persona sebagai 'kebanyakan.' Mmmmm.

Adoi nak terberak plak dah. Jap, aku kena tulis lagi ni. Kalu tak susah akunya tesis mau maju.

Tak rasa ada orang paham aku buat keje camna, Yeah no one. I can't blame em. Orang luar biasa pasti tak difahami oleh orang biasa-biasa. Justeru, orang luar biasa tak perlu behave seperti orang biasa. Paling penting kita tidak sesekali berfikir seperti mana mereka berfikir. Yeah, yang menulis ini luar biasa, dan yang tak beremosi bila baca setiap entry aku, adalah juga luar biasa.

Argh ni penting, Aku nak relatekan dengan Hillary and Sanders.

Antara dua ni sapa yang bawak politik baru? Hillary 68 and Sanders 70+ (tak ingat, korang cartiklah sendiri pemalas!).

Sebelum tu, politik baru hari ini boleh jadi politik lama esok pagi. Yang penting politik baru jiwa mesti muda, merakyat, bebas ras (RACE, pada sapa yang kononnya pandai bahasa omputih je, geli aku, "oh.. you punya thesis tulis dalam bahasa Melayu? Kalau I susah." Sudahlah tu Bedah, yang kau bercakap tu dalam bahasa apa? Tak payah nak kasik statement bangsat macam tu depan aku kalau kau tengok TV ko turn on the subtitle. PERIOD), pelbagai kaum, rentas gender, mesra teknologi.

Dalam konteks US Presidential Election 2016 sukar.

Kita tengok sapa penyokong kedua-dua nya:

Hillary - Supporters bukan orang muda, tapi berbilang kaum rentas ras.

Sanders - Supporters orang muda, tapi WASP.

Image dan siapa calon:

Hillary - Establishment or Elite or Elitist, ideologically lebih ke kanan.

Sanders - not apart of Democratic Party establishment, ideologically lebih ke kiri, even orang cakap dia ni socialist (sering party or pemimpin yang socialist akan muncul dengan polisi A PIE IN THE SKY yang sangat POPULIS tapi bisa menghancur ekonomi)

Hillary lebih kayo, Sanders lebih miskin.

Maka, dalam context yang blurrrr macam gini, maka perbandingan guna konsep politik lama dan politik baru jadi sangat kurang sesuai. Tapi boleh je kalau mahu, kenalah reconceptualize or re-model politik lama dan politik baru tu. Tapi sure kena tentangan hebat dari 'the establisment' dari mana-mana Science Politics nye School kat dalam dunia ni.

Tu sebab kalau baca pasal 2016 Democrats Presidential Race, maka kisahnya adalah Establishment vs Non-establishment. 

Orang muda sokong Sanders yang tua sebab Sanders bukan sebahagian daripada THE ESTABLISHMENT. Orang muda jiwa tak tenteram, jiwa rebel, so mereka suka dan tertarik dengan siapa Sanders dan rhetoric populist beliau.

Begitu jugalah dengan UMNO BN, macam KJ lah, bawak politik baru tapi dalam kerangka BN yang terlalu dibelenggu oleh politik lama. Nampak canggung, nampak tak kena gaya. 

You are apart of establishment. So, bila you bawak diri kat Instagram umpanya, you end up bukan memarhaenkan diri, tapi you treat yourself as a CELEBRITY. Unless memang popularity is your agenda, But will popularity be manifested into confidence? Will it be translated into votes? Especially untuk party you. Maaf ye kepada diaspora pemuja KJ yang lebih pada aku memuja imej dan rupa paras berbanding dengan idealisme beliau. To' Guru pernah described beliau sebagai aset negara. Tapi, please convince us yang aset ini terus kekal sebagai aset dan tidak bertukar menjadi liabiliti suatu hari nanti. 

BTW YB KJ, Aku pernah pergi University of Syracuse.

Jomput makan karipap.


Thursday, February 4, 2016

Progressive Liberal

Kemarin, 2 February Hillary menang Caucus Iowa.

BTW kalau nak diMelayukan istilah politik ni apa ye? Kaukus? Kukus?

Ramai orang tak paham US Presidential Election ni. Ramai orang tak reti macam mana nak teroka US politics ni  sebab banyak nau pilihan raya, banyak nau lapisnya, pastu tiap satu amalan tu ada sebab tertentu yakni there are philosophies behind it.

Untuk federal level, ada tiga jenis pilihan raya.

1) Presidential election - tiap 4 tahun
2) Senatorial election - tiap 6 tahun
3) Congressional election - tiap 2 tahun

Kalau nak cerita kisah pilihan raya kat US, memang sampai bila pun takkan habis, Tu sebab walau cemana pun orang tunjuk pandai cakap Amerika ni jahat or tak democratic based on amalan mereka dalam foreign affairs. Ataupun cakap everything is orchestrated, atau semua nya Yahudi belakang tu, memang aku rimas. Hujah mereka bukan tak boleh diterima, tapi keterlaluan fanatik dalam mengatakan segalanya konspirasi buat aku jauhkan diri dari khalayak begitu.

Yang penting, walaupun US bukan the largest democrcy, US adalah demokrasi yang paling meriah, sebab banyaknya elections. Asik-asik election, takyah nak tunggu lama-lama. Lagipun kat sana memang dah ada jadual, bukan dok tunggu 'sorang' tu je bila nak umumkan election. Banyak nye elections kat US comparable to banyaknya referendum kat Switzerland kot. Kuantiti tu nak bagi peluang pada rakyat berpartisipasi dalam menentukan halatuju negara. Bertuah dok dalam demokrasi camtu, itu lah masa golongan yang takde kuasa berkuasa.

Tapi tulah kita yang sekali empat tahun ke lima tahun ni diberi peluang, diberi kuasa mengundi dua kali dalam satu masa, tapi tak mau ngundi. Dua kali sebab satu tuk Parlimen, satu lagi tuk DUN. Tapi kalau engkau daftar kat KL, Putrajaya, and Labuan, sekali jelah. Tu ler kasik kuasa tak reti nak guna kuasa. Ada tu tolak kuasa dgn tak register. Apa ke bangang. Kalau ditanya mengapa tak undi, macam-macam alasan. Walaupun aku rayakan agree to disagree tapi dalam kes tak ngundi, undi rosak, dan tak daftar, aku memang tak boleh terima langsung semua reasons. Itu memang bangang lagi membangangkan. Orang dari dulu sampai sekarang ada yang mati sebab nak perjuangkan hak ngundi, tapi kau leh sia-siakan begitu saja. Orang macam ni lah yang patut dilucutkan kewarganegaraannya. Alasan? Sebab tak komited, sebab gagal laksanakan tanggungjawab. A big offence. Samalah kalau macam lecturer datang lambat nak invigilate. Ah ha. LOL.

Pasal Hillary menang, aku happy gila. Memang aku ngefan beliau sejak zaman dia stood up for her man masa scandal Lewinsky. Terpuji sikap itu. Malas nak cerita lanjut.

Ni aku ada baca pasal Hillary sebagai progressive liberal.

Sounds macam Islam Progresif. Haha. Itu Erdogan, no itu Amanah.

So apa itu progressive liberal? Hati-hati sebab LIBERALISM kat Amerika sama dengan CONSERVATISM di UK.

Ini kisah KANAN-KIRI ye. Jangan jadi macam orang Mesia yang rata-rata bangang cakap parti berhaluan kanan mestilah parti pemerintah, dan berhaluan kiri mestilah pembangkang. Macam terima amalan di tangan kanan atau kiri lah. Kanan masuk syurga dunia, kiri masuk neraka.

SILAP. PAS adalah parti yang sangat KANAN.

So, tengok bawah ni:

UK - Labor vs Conservative (being liberal kat UK maksudnya you lebih ke kiri, tapi dok tengah sikit)

US - Democrat vs Republican (being liberal kat US maksudnya you lebih ke kanan)

So, siapa Hillary? Progressive Liberal. Kalau kat US liberal selalunya Republican, too establishment, percaya kepada less to no intervention of government in economy, pastu kalau dasar luar memang employ Realism. Maka, progressive itulah yang menjadikan Hillary a lil bit to the left, yang menjadikan beliau Democrats. Tanpa progressive, beliau sama saja macam Trump yang kini dikatakan sebagai political clown, kalau kat Mesia dulu Mat Sabu. Kalau terma yang menangkap, of course Bill yang keluarkan "Hillary is a CHANGEMAKER."

Banyak lagi nak story. sebab nak bedakan dengan Sanders, tapi nak buat thesis plak. Dah pukul 8.00 pun.

BTW, sekarang dah ada polis atas talian pulak ek kat Mesia ni. Mmmmm. Bagus tu, moga perhati yang sewajarnya diperhati, tangkap yang wajar ditangkap. Itulah justice. Meletakkan sesuatu ditempatnya. Kihkihkih.

Aku nak buat passport ni. Nak pegi Saigon March kelak.


Silap


Silap sikap Sang Bebas Silap tumpu selalu silap lalu Sang Penuh Silap.

Betul Sang Bebas Silap dan Sang Penuh Silap sama-sama mahu mara?

Tumpu silap lalu tingkah laku membelenggu?

Mana satu bantu mara?

Kata penyesalan tanda peringatan?

Kata semangat tanpa toleh belakang?

Tuesday, February 2, 2016

Bactra

Sudah pukul 3 pagi.

Aku tidak happy. Hampir sebulan aku berusaha jadi orang yang positif all the time. Tapi hari ini aku rasa aku in denial.

Aku kecewa. Aku sepecifically tahu apa perkara yang buat aku sedih. Tapi aku cuba tidak memberi perhatian pada menda itu.

BTW I saw a replica of camel. A golden camel. Macam patung sapi emas Samiri. Yang aku tahu there are two types of unta. Satu Arabian, another one is Bactrian. That micro-replica was Arabian. Arabian lepak kat of course di Semenanjung Tanah Arab sampai ke North Africa. The latter lepak kat Gobi, Takla Makan, Central Asia. The former bonggol besar satu. Bactrian ada dua bonggol.

Aku serious unhappy. Tapi kali ini memang tak share langsung dengan sesapa.

IDK. aku just kecewa. Orang berjiwa besar tak kecewa. Tapi hari ini, aku kecewa. Hari ini aku rasa positif aku selama sebulan ini adalah positif palsu. Adik beradik dengan False Consciousness by Karl Marx. IDLI (I dont like it).

Tadi bila aku tengok TV, aku sampai ke tahap merasakan segala yang kita lakukan semuanya adalah 'hiburan' semata. Gosip, skandal menghiburkan. Tgok movie menghiburkan. Text through whatsapp menghiburkan. Dok layan FB menghiburkan. Tengok kucing, menghiburkan. Layan kanak-kanak menghiburkan. Ceramah agama menghiburkan, Dokumentari menghiburkan. Politik menghiburkan. Nak kasik lecture zaman sekarang disuruh membadutkan diri supaya menghiburkan. Aku rasa aku tulis kat sini pun untuk hiburkan diri sendiri.

As if entertainment is the primary motive in our day-to-day life.

Is life real? Apa yang sebenarnya kita buat dalam hidup?

Aku minta pada Tuhan.. ye aku mintah pada Allah sesuatu yang real. Yang sejati.

Tapi is a fake thing bad?

Do I think too much? Is thinking too much bad?

Ya Allah, aku minta tolong. Please do something. Something that makes me happy. Really happy. Real happiness. Yeah, fundamentally happy. My parents too.

Monday, February 1, 2016

Quiet

Ni hari aku decide to start talk less. Because less is more. Aku rasa I've been exposed myself to negativity. Aku kena focus, aku dah tau apa yang aku nak. So better takyah nak listen sangat to diverse opinions yang banyak derailkan aku nye plans. Pada aku, itulah the main weakness of social media. Too democratic. Aku kena filter what kind of info yang perlu and tak perlu dalam life aku. Aku dah identified siapa yang wajar aku mingle with and who's not. At the moment, the best kind of communication is monolog. So blog is the best. Less interaction. Hence, less whatsapp, and definitely FB. Till we meet again after graduation.

February

Bangun sakit pala. Rasa sebab makan banyak sangat. Another thing perhaps aku tak blog yesterday. Konon I wanted to focus on thesis. Tapi I ended up tidur. The progress was really small. It's ok, at least there were some.

My to do list is so long. Tapi macam susah lah to really find time or make time for em. Goin out buat aku letih afterward. Tapi berkurung buat aku sakit rasa unhealthy, physicalluy lembik.

Tomorrow is the caucus day kalau tak silap. I really want Hillary to win. Yeah, Iowa is extremely important. The first caucus after primaries. Macam the first day of tahun baru. You start good, the whole year gonna be good. Like a day you know, You start with Subuh, the whole day gonna be easy.

True, we need a good start.

Sakit kepala.

Atas tu semalamnya entry.

Ni aku baru bangun. Aku tidur dalam pukul 3.30am tadi. Aku mengigau teruk pagi tadi. Tah apa agaknya.

Harini macam banyak gila things to do. Nak gi renew passport. Nak buat claim EPJJ. Nak bayar yuran. Pastu aku kena pergi Jalan Tun H. S. Lee. Nak buat discharge of charge.

Tak tau mampu ke tidak buat semua itu. Aku mengantuk. Sangat mengantuk. tapi redah sajalah.

Aku berjaya siapkan part yang story tentang PAS punya branding. Basically PAS ni apa arah tujuan mereka ye? Still nak go for politics lama. Aku rasa mereka terikut sangat dengan kehendak pengundi tradisional yang primordial. Bukan sebagai party and party pemerintah (di Kelantan, pernah gak di Terengganu,, Kedah, and Perak) you ada authority untuk mold pemikiran pengikut dan shape pemikiran pengundi ke? Yelah kritik senang, buat nya payah. Tapi, orang lain kat tempat lain boleh je buat.

Aku percaya, ini bukan soal pengikut yang trapped dengan politik lama, yes politik perkauman yang primordial, tapi para pemimpin mereka sendiri.

Apa dah jadi ye dengan PAS for all, Islam rahmat untuk sekalian alam.

PRU-14 nanti ada ke Hindu or Chinese yang akan pegang bendera PAS?

Apa pendirian PAS eh? Is Islam only meant for Muslim? Mana perginya dakwah? Mana perginya tarbiyyah? Takut attitude begini sampai mereka merasakan Islam is PAS, PAS is Islam.