Friday, November 20, 2015

1509

Hari Malaysia. Just another day. Tapi hari ini aku menangis lagi. Dari petang semalam bawak ke hari ini. Aku tak tahu kenapa. Aku tahu kenapa aku sedih gila tapi aku cuba nafikan itu faktor utama aku sedih. It is a fact, I am just being in denial. Sudah berapa banyak movies aku dok tengok sejak malam tadi sampai lah tengahari ini. Still the sadness persists.

Semalam lepas attending pengumuman pilihan raya kampus, aku drove to PD. Just wandering aimlessly. Aku ok, Tapi bila balik rumah aku sedih balik. Then aku watched movies. Aku pun tak ingat apa movies yang aku tengok. Tapi pagi ni aku ingat judulnya "The Amazing Now".. argghh aku lupa,.. nope it was "The Spectacular Now". Pathetically, my now is not spectacular. There is nothing spectacular about my now.  I went to bad really late yesterday, aku lupa solat Isha, then I woke up late too.. I should have gone to Amanah Grand Launching kat Shah Alam. Again, I blew up opportunities to meet important people over there. Again and again aku allow myself to be stupid.

Sedih sebab kena tinggal, Sedih sebab there are people who just can't wait. Can't wait for my big moments. Tak boleh tunggu this huge investment of theirs matures. Tak boleh tunggu. Can't you just wait and be here.. get here for me????!!! Aku cukup benci thinking as a victim of situation. However, I can't help myself from saying that people hanya mahu bersama sewaktu segalanya mudah, bukan susah. Perhaps it is an innate-character of human beings including me. I just hate this feelings. Since yesterday, I've shut all means of communication. No, I didn't switch my cell, I just refuse to open that Whatsapp.

Sedih over something that I shouldn't be sedih at all. Entahlah. Aku betul-betul penat sekarang. Penat being surrounded by people who do not know what is empathy. Penat dengan people who do not know how show empathy. Yeah. I am crying real bad now. I've been trying to be positive every in every single minute... nope.. in every single second. Tapi pada 15th September till now I just can't do that.  Hati aku remuk.


Tim

Lepas balik swimming kat Paroi tadi Kak Tim called. Aku tengok handphone ada miss call masa sampai kat depan rumah. Keluar kereta telepon umah plak bebunyi. Mesti Kak Tim. Kak Tim macam aku.. lebih tepat lagi aku ni menurun Kak Tim yang selalu tak sabar, yang selalu suka memaksa directly or indirectly, yang tak kenal putus asa... kalau mahu sesuatu Kak Tim akan usahakan... dan beliau akan pastikan ia termateri secepat mungkin.. sesungguhnya Kak Tim tak sabar.

Kak Tim kahwin dengan Bang Mad. Aku tak pasti sama ada perkahwinan itu membahagiakan atau menderitakan mereka.... haah.. their anniversary!!! We never care to ask em.. aduh ignorant sungguh kami.. soal derita atau bahagia... pada aku selagi Kak Tim and Bang Mad bersatu.. bersama.. itu pada aku sudah cukup membahagiakan.

Kak Tim secara sedar atau tanpa sedar sangat sering mengadu pada aku sejak aku kecil-kecil lagi tentang ketidakpuasan hati beliau tentang perhubungan beliau dengan Bang Mad. Sehingga kini selain adik beradik Kak Tim seperti Kak Ani dan Kak Iti... aku lah her ultimate toxic handler.

Tu antara sebab kenapa Kak Tim terlalu sayangkan aku.... malah aku juga terlalu sayangkan Kak Tim.. sayang aku pada beliau is almost unconditional...

Yang aku perasan... Kak Tim sangat setia.. setia pada Bang Mad.. itu sudah pasti... beliau di situ juga walau apa jua yang Bang Mad lakukan pada beliau.

Kak Tim setia pada kerja... jarang aku dengar Kak Tim bersungut tentang kerja.. lebih 30 tahun Kak Tim jadi guru.

Kak Tim resilient.. Kak Tim is definitely a survivor... pernah kena kanker. She is a cancer survivor. At the age of 73, aku cukup kagum dengan daya tahan Kak Tim.. pernah kena chikugunya.. pernah juga diserang minor stroke... Alhamdulillah Allah masih mahu meminjamkan kesempatan bersama Kak Tim kepada kami semua.

Tapi sungguh aku terkilan dengan beberapa pihak yang pada aku terlalu biadap pada Kak Tim.. sekiranya kebiadapan itu berlangsung tika Kak Tim masih muda ataupun sihat aku masih boleh terima.. tapi aku cukup tak faham apabila Kak Tim diperlakukan secara tidak wajar..... Kak Tim dipinggirkan ketika beliau di usia 70-an.. Kak Tim ditiadakan sewaktu beliau masih ada...

Corpse

Hari Jumaat...

Aku solat Jumaat.

Aku bosan dengan sekeliling aku. Patut hari ini aku renew passport. Tapi aku malas. Aku tak de duit nak renew passport. In fact, kalau aku renew pun aku tak tahu nak pergi mana.

Aku bosan dah nak terhegeh-hegeh dengan orang yang sepatutnya paling memahami aku. Aku tak faham kenapa perangai dia jadi macam ini. A God fearing person I guess. I don't think so... beliau hanya takut dengan diri beliau yang sebenarnya. The truth of being a true you. Teruskan. Keep on living in denial. Teruskan pura-pura gembira. Teruskan pura-pura mencapai nirvana. Tengoklah apabila dibangkitkan semula what kind of creature that you gonna be?

Aku nak mandi, tapi terbantut. Patutnya sudah mandi dan sudah juga solat Maghrib. Tapi aku delaykan. Aku tak tahu pada siapa yang aku marah. Marah pada diri sendiri?

Tapi aku sudah bosan menjadi the ultimate self-blamer. Yeah, I don't point fingers to others. I don't. I always take responsibility. Tapi kenapa perlu aku begitu sedangkan people all around me tidak begitu? At least we share the blame. We share the burden?

Kenapa when it comes to kuasa ada concept power sharing? Apabila bercakap tentang kekayaan. Ada pula re-distribution of wealth?

Kenapa benda yang sedap, yang syiok, maka perlu share? Tapi kenapa jadam harus dihidangkan kepada seorang individu? Kenapa perlu ada scapegoat, blacksheep? Kenapa?

Can someone please tell me so?

Ini lah realiti dalam apa jua social entity, a partnership, be it business or social. Family, organization, public or private. Semua sibuk dengan rehlah, dengan teambuilding, esprit de corps kononya.

But why when it comes to an incident, a catastrophe, a malapetaka, a wrongdoing... seringkali hanya seorang sahaja yang dirasakan perlu dilihat bersalah dan wajib merasakan dirinya bersalah!!!!!

Oleh itu ke mana perginya the esprit de corps?

I know the answer. Yang ada hanyalah esprit de corpse.

Yang amat kecewa.





Wednesday, September 2, 2015

Gap

Tuhari balik kg aku kuar dgn mak aku. Hari sabtu. Beli barang kali ni kat tesco cheng. Selalu kat mydin jasin je. Saja nak jalan jauh sikit dengan beliau. Dah lama x lepak sama dlm kete. Selalu dlm kete lah baru kami leh sembang. I knew she missed that too. Selalu kalao kat umah mcm x best nak borak. Lgpun mak aku telinga dah x dgr sgt. So dlm kete bolehlah beliau.

Tuhari mak aku citer pasal minyak masak. Sebab aku tanya bila masa minyak sawit muncul as cookin oil kat mesia. Rasanya dlm 80s. Prior to tt people cooked usin minyak kelapa. The best part mak aku citer ramai je org buat minyak sndiri. X beli kat kedai sbb selalu yg beli tu bau tengik. Btw masa tu xde myk masak botol mcm skg.. semua dlm tin besar yg kalau curah guna pam kecik tu. Aku suka tgok menda tu masa kecik

Antara org yg buat sendiri were my nenek.. Nek Entih sambil ditolong oleh Busu Milah.. mak aku cakap dulu2 berbotol2 ada kat umah Nek Entih.. bila buat minyak kelapa tu taik minyak nye pun sikit. Mak aku berteori it could be kelapa kat kg bapak aku kat Kandang tu was kelapa pantai.

Yer aku igt. Mak aku buat minyak sindiri. Aku ada tengok.. mmg betul minyak dpt tak banyak.. tapi taik minyak. Paling ptg mak aku suka taik minyak sebab nak buat sambal taik minyak. Memang best.

Lupa mak aku cakap masak asam pedas guna minyak kelapa tu... wa... msti best gila
Aku ngantuk gila ni..

Thursday, August 27, 2015

Bridge

Ramadan sudah berakhir.. Hari Raya sudah berlalu.. Banyak kisah sedih berbanding manis masa Ramadan dan Syawal pada tahun ni. Aku pun tak tahu mana silapnya. Aku kah? Atau keadaan yang memang tak berpihak. Yang pasti selagi aku bernafas aku terus meredah.

Sekarang, aku redah kehidupan semacam tiada berfikir. Aku buat apa yang perlu aku buat apa yang aku mampu. Beyond that, aku serahkan saja pada Tuhan. Biarlah Dia saja yang uruskan.

At last, dapat jugak aku habiskan Chapter 2 thesis aku. Memenatkan, tapi sekarang macam dah biasa. Alhamdulillah supervisor pun kelihatan ok dengan aku walaupun sebelum ni macam malas nak layan whatsapp aku. Semua gara-gara aku reluctant untuk jumpa. Pada aku kalau takde product or progress perlu ke aku jumpa beliau. Alhamdulillah semua semakin ok.

Sebelum ini terlalu banyak kerisauan. Entah apa yang aku risau pun aku tak pasti. Tapi lepas tu aku usaha fokus pada apa yang perlu aku fokus. Alhamdulillah, segalanya semakin menampakkan hasil.

Aku rasa experience living abroad jadikan aku memang tough. Cakap tentang dok oversea ni aku teringat sebab tertengok cerita Philadelphia, and pastu lepas jumpa supervisor kat Bangi aku pergi jumpa member aku yang dulu sama-sama study satu uni kat sana. Argh banyak sungguh kenangan indah di sana. Masa kat sana aku tak terpikir akan balik Malaysia. Memang aku pikir untuk stay. Tapi sebab pikirkan parents, especially my mother, aku balik. Tapi bila balik pun tak banyak yang aku dapat sumbangkan pada family. Cuma satu jelah, aku dekat and I would say rapat dengan mereka nak nak anak-anak buah aku. Not bad lah kot my life over here. Tapi till now, aku sukar nak adapt dengan Malaysia. Mungkin sebab banyak sangat "first time" kat sana. Mungkin...

Aku sebenarnya kehilangan a toxic handler. Entahlah banyak sangat yang dimerajukkan, aku pun tak faham sebenarnya apa yang berlaku. Yang pasti aku agak terkontang-kanting sampai sekarang.. Aku sangka beliau adalah the ultimate toxic handler... Sebab aku sendiri adalah a toxic handler. So bila kita adalah pengurus toksik macam refining plant Lynas kat Kuantan tu, maka kita perlukan pengurus toksik yang lebih jauh lebih hebat dan lebih tough dari segala sudut berbanding kita sendiri...

Akulah tempat Emak aku share and mengadu banyak hal macam hal ayah aku.. or kakak-kakak aku.. tempat mengadu kakak-kakak aku bila diorang gaduh sesama sendiri. Tempat member-member dok curhat. Aku ni pun selalu jadi "the bridge".. kalau orang gaduh.. aku ada magic yang boleh buatkan mereka berdamai... tapi jadi someone this way, perlukan jiwa besar...

Tapi aku sendiri sangat banyak masalah. Aku kena deal dengan banyak "kekecewaan" hidup. Dulu sangat kecewa, tapi sekarang tak lagi sebab aku ubah cara aku lihat dan TANGANI kekecewaan.

Kecewa terinvolve dalam business sampai menanggung beban hutang sehingga kini. Kalau tak buat business tu sasah sekarang aku boleh saja ada rumah yang lebih besar dan juga kereta yang lebih besar. Atau jalan-jalan oversea setiap tahun macam member-member lain buat. Ramai orang tak tahu rahsia itu.. rahsia gaji aku kena potong RM1,300.00 sebulan gara-gara hutang akibat business.

I've been dealing with it sejak tahun 2010. Ha ha ha. Tak mudah yer untuk hadap realiti kegagalan dan BERTERUSAN MEMBAYAR KEGAGALAN SETIAP BULAN UNTUK BERTAHUN AKAN DATANG. TIDAK MUDAH.

Walau sepositif mana pun aku... sekali sekala aku akan berfikir begini.. "Kereta sekarang RM1K tambah dengan RM1.3K tu.. keter apa yang leh aku pakai yer?" Itu hanya sedikit.. belum lagi the other "WHAT IF".

Tapi aku tak pernah menyesal. Itu harga yang aku perlu bayar dan aku BERUSAHA SETIAP HARI untuk lihat ia BUKAN sebagai kesilapan dalam hidup. Ia hanyalah sebuah pengalaman dan kenangan.

Pengalaman itu juga buat aku lebih hati-hati. Tapi ada kalangan yang selalu salah sangka dengan aku. Aku kecewa dengan salah sangka ini especially teman yang selalu jadik toxic handler aku. Kecewa sebab ada kala bila aku tewas kerana emosi (aka breakdown) akibat dibelenggu kekecewaan dan tekanan aku dituduh tidak mendengar kata, mengkhianati perjanjian.... suatu rekayasa, buat-buatan... Kecewa apabila sang toxic handler undermine atau underestimate challenges yang aku alami.... pada aku.. kita hanya tahu betapa berat cabaran yang seseorang itu hadapi.. setelah kita sendiri hadapinya... oleh itu jangan pandang rendah cabaran orang lain...

So bila toxic handle aku bercakap soal busines.. mungkin kerana aku SEDANG (bukan pernah) hadapi kekecewaan maka there were certain messages yang aku sampaikan nampak discouraging.... Entahlah...

Kecewa apabila aku jadi PROTECTIVE, tapi dituduh aku NOT SUPPORTIVE. Sedih apabila aku tunjuk keperihatinan tapi dibalas kebiadapan dan ada waktu penghinaan. Aku senyap. Itu saja yang mampu aku lakukan.

Apapun aku sangat bersyukur kerana semakin lebih fokus dan lebih tenang... Aku tak mampu ubah dunia.. Apabila dunia tidak berubah.. maka aku ubah cara aku melihat dunia supaya ia lebih indah... at least di mata aku....

Tuesday, August 11, 2015

Diabetes

Dah lama tak post. Been very busy with my phd. Pastu rasa dok dalam gua. Even masa kisah 2.6 billion tu pun rasa mcm terbangang2. Ha ha ha. Sama gak bila the partnership of Tok Jib and Hj Din dissolved... ada fans yg suruh komen. Ha lawak. Does this blog have fans? Follower pun sorang je.

Pasal partnership x jadik tu. Aku mls nak komen. Tapi sebab harini ujan. Pastu nak jumpa supervisor pun beliau bz. Nak sembang kat whatsapp dgn member. Member pun bz... x tau le bz ke or memang dah meluat nak layan kita.. nak tgok tv.. yg ada citer Godzilla.. gila aku dok layan movie sekang. Stuck je dgn thesis aku ngadap tv. Which I think not bad at all.. citer godzila ni citer lama.. tapi ok lah leh tgok NYC yang still ada world trade center twin tower tu.. rindu kat US. Bila lah agaknya dpt balik ke sana.. hahaha balik ni..

Yeah.. people over there are nicer.. not like Malaysians. Very rude. Aku pun tak paham... diorang kuat maki.. tapi diorang tahankan pintu.. they greet us... and when we greet they respond appropriately. They are direct.. straightforward.. but they are not rude.... ada satu buku ni.. aku nak beli tapi x terbeli.. Human of New York... aku rasa sapa baca buku ni mesti akan jadik nicer.. nicer dlm ertikata yg sewajarnya.. kalau org kat sini cakap. Ada PR... bukan pakatan rakyat.. tapi public relation. Kikiki..yg melambangkan tahap you punya education or exposure.. entahlah.. kalau jaman skg istilah trending is softskills.

Lack of exposure mungkin is the main factor org kita xde softskills kot. Tapi yg aku kompius x cukup ke dgn segala mak nenek social media? Ada blog. Ada akaun fb. Ada twitter. Ada instagram. Ada wechat. Ada line. Ada apa lagi ye? Whatsapp.. stp soc media tu kekadang ada 5,6 accounts. Dok layan sampaikan at dinner table pun ngadap smartphone. Org tua bercakap pun kita dok belek lagi.. maka part mana yg tak cukup exposure?

Argh.. cut the crap.. hadirin let us go into the business. Ckp pasal Tok Jib and Hj Din. Sorang ni org Melayu dari Pahang.. dan sorang lagi berBANGSA Johor.. jodoh mereka sebagai partner berakhir bila sang Hj Din dok kritik bossnya sendiri secara terbuka. Tok Jib tunjukkan pintu pada Hj Din. Maka ramai le yg naik angin pd Tok Jib katanya Tok Jib yg self-proclaimed transformer ni tak democratic.. makin menjadi perangai macam Tun Dir yang jaman2 dulu gemar sangat pada isa. Tahan org tanpa bicara. Malah Tun Dir ni berani tak berani buat istana dari yg sekarang jadi tempat org buat mejlis kawen.. sampai kan ke istana2 yg byk istana hinggap.. sampaikan yg istana hinggap yang melayap.. semua tunduk padanya.

Tu lah Tok Jib masa dapat kuasa dulu ckp nak ubah mesia ni.. dia sendiri ckp jaman government knows all spt jaman Tun Dir dah xleh pakai.. tapi bila pecat Hj Din Tok Jib terbukti dah tak jalan apa yg dia bilang. Apa ni?? Kata nak democratic.

Sebenaunya. Bila jadi PM yg maksudnya kita jadik ketua kerajaan tapi bukan ketua negara.. maka kitalah manusia yg paling berkuasa dalam jajahan takluknya. PM mesia sgt berleluasa kuasanya di mesia banding dgn Presiden US di US. PM spore di spore sgt boleh buat apa saja kalau nak banding dgn apa yg Jokowi of Indonesia boleh buat kat dlm sempadan negara-bangsa Indonesia.

Aku sbnrnya nyampah dgn cara aku nulis ni. Kang terbawak2 masa tulis tesis kang. X direct. X precise. Go around the bush. Pastu baru dpt point. Tapi entah.. bukankah tbe journey nak sampai satu destinasi itu indah. Aku kerap bgtau rakan2 yg baik dgn aku.. it is not about the destination..it is about the journey.. have fun dlm perjalanan. Tu sbb aku pantang dapat co-pilot yg x menghayati tbe journey.. leh main game. Leh bersocmed.. paling geli kalau berselfie dlm kete. Eh tapi aku pun dulu buat.. tapi aku buat waktu sorang2. Argh terima saja. X semua dlm dunia ini sama.. diversity yg buat dunia ini indah.. eh tapi ada gak yg brpndangan diversity itu punca masalah. Grrr.. stop.. tapi camna plak dgn biodiversity. Btw aku suka dgr voice over infoadvert biodiversity tu. Haliza Hashim rsnya.

Back to the partnership. Rakan2. PM hanya ketua eksekutif. Tapi disebabkan dia berfungsi dlm kerangka PARLIAMENTARY democracy maka kuasa memusat padanya. Sebab apa? Sebab demokrasi berparliament atau org dok panggil gak as Westminster style.. sbb asal usul dari England... Sebab SEPARATION OF POWER x jelas.. blurrrr.. maka aku dulu pernah masa awal2 ngajau dulu.. dok bagitau students yg parliamentary democracy practices FUSION OF POWER. Salah tu. We still have that SOP cuma the degree of SOP nye is lesser in comparison to..... PRESIDENTIAL democracy.

So yang mana satu lebih baik? Remember people.. yg lebih baik tak semestinya yang terbaik buat anda. Ha ha ha.... pemikiran apa ni? Betul kalau u suka presidential democracy sebab separation of powernya nyata.. sebab.. damn ada citer the Giver kat Fox. Jap ye... aku sbnaunya nak abiskan baca buku pasal Mongol Empire. Tapi byk benau mnda yg aku nak buat. How to prioritize? Aku nak tgok Giver lah wei.. kang sambung...

The Giver.. at first intellectually stimulating. Tapi ending nya.. but for sure ending nya forces me to think which Ive done enough thinking in my life so far... haha. That's arrogant.

Balik pada sunken partnership. Kalau PM dia hanya head of gomen. Maka head of state samada raja kalau negeri tu ada raja.. in case xde.. maka president la yg jadi ketua negara utk negara yg amalkan parliamentary democracy. So bagi negara yg amalkan presidential system.. PRESIDENT ialah ketua gomen dan ketua negara. Bunyi sedap. Tapi kuasanya tak sehebat PM. Maka utk pengamatan aku.. jadi Presiden US taklah seseronok jadi PM Mesia. Ok ke comparison tu? Ha ha ha.

Partnership PM-TPM ni memang payah. Zaman aku kecik2 dulu ada 2M. Masa tu mmg semua sonok tengok. Yelah dgn sokongan media.. pastu masa tu mana ada socmed. Ohya 2M tu Mahathir-Musa.. mula2 kemain. Tapi pastu malap. Tun Musa pun diganti dengan TGB. Gabungan Mahat-Ghafar ni x best. Tapi memanglah Tun Dir mmg leh makan TGB. Then muncul plak father-son type of partnership.. Mahat-Anwar.. pun sama gak.. masing2 mula2 memang elok.. tapi byk personal issues kot. Tapi kalao perasan most of the differences sbb perbalahan cemana nak uruskan KEWANGAN....

Maka dari kawan jadik lawan. Payah kan? Tu sebab aku kalau org ajak buat business.. ajak beli property dua nama ke.. memang aku reluctant. Bukan apa.. aku just nak jaga friendship. Waktu business bagus memanglah ko seronot. Cuba waktu low time. Tapi tulah ada member ni x paham.. dia nampak aku nye reluctance sebagai tak support dia business... merajuk... pastu asik ungkit pasal aku x support..

Manusia biasalah.. fikir apa yg mahu difikirkan saja... tak pulak mau fikir diluar kebiasaan.. betapa aku x mau business demi menjaga friendship. I am sure beliau gonna be very successful dlm biz.. aku yakin... tapi dia tak nampak.. dan dia x pulak nampak betapa my reluctance tu adalah symbol betapa x tamaknya aku... yang beliau nampak.. aku x sapot.. aku x sapot. Aduh.. tak mengapa.. it takes years utk seseorang kenal kehidupan.. sering kita sangka kita sudah cukup kenal kehidupan.. tapi percayalah kehidupan itu sendiri akan mengajar kita untuk lebih kenal apa itu kehidupan... dan apa itu persahabatan.

Ni yg aku malas ni.. masuk gak bab personal.. i should be more impersonal. Ttg Tok Jib buang Hj Din.. itu hak dia. Hak dia utk pilih Hj Din to stay or stray. Org dok sungut.. that is undemocratic.. hanya mau yes man dlm u punya pentadbiran.. x bagus. Betul tu.. tapi membawa keluar perkara atau pendirian yg sepatutnya dibicarakan dlm bilik meeting.. or somewhere private.. boleh menyebabkan Tok Jib sbgai bos x percaya pada Hj Din. Bila dah x caya.. apa perlu dilakukan?

Sbnaunya.. Tok Jib dilema.. antara keselesaan memerintah dengan public confidence.. kalau simpan Hj Din.. rasa x selesa.. bila buang Hj Din.. public makin hilang confidence pada Tok Jib and the Cabinet. So Tok Jib pilih utk dptkan TPM yg setia dan menteri2 yg setia yang mungkin beliau percaya boleh tingkatkan public confidence. Lagipun public confidence it just a matter of time. Boleh kembali walaupun payah.. tapi aku memang sangat percaya kepada kuasa yang satu ni... kuasa duit.. kuasa ekonomi.. kalau gomen Najib mampu utk create feel good ambience.. senyap la rakyat. Tu je. Rakyat Mesia bukan peduli pun pasal justice system yg impartial.. pasal hak asasi manusia.. pasal kebebasan berekspresi tu semua.. masing2 pikir perut je. Sbg PM as long as u can shower the people with money.. itu sudah cukup.

Satu lagi eh pasal org dok sibuk bila buang Hj Din and few others dr cabinet maka xde lah CHECK & BALANCE. Btw people.. dlm cabinet kita mmg x perlu expect CnB tu.. yg perlu ialah ko leh keje utk PM.. manakala PM keje utk rakyat dengan diperhatikan oleh parliament. So bila masa CnB surfaces? Itu dlm kerangka Parliament.. in particular Dewan Rakyat.. ha.. kat situlah tempat nak gasak PM n his ministers. Maksudnya kalau nak kerja check PM pastu belenkan sikit kuasa dia.. maka kerja2 perlu dilakukan di LUAR cabinet..

Paling berkesan. Kena jadi pembangkang. Pembangkang adalah pihak paling dekat dengan gomen yang boleh jadi kuasa pengimbang PM n cabinet. Tu sbb aku ckp td.. parliament memantau PM.. itu general.. sbb dlm parliament tu ada wakil rakyat kerajaan n pembangkang.. kalau ko wakil rakyat biasa tanpa portfolio dari parti memerintah.. takan ko nak berfungsi mcm pembangkang plak? Unless ko Tengku Razaleigh Hamzah. Itu exception.

So rakan-rakan.. apa nak buat? Nak harap dari dalam UMNo and BN sendiri beri tekanan pada Tok Jib.. sgt payah. Pembangkang? Mrk sendiri kacau bilau.. DSAI dlm penjara.. PAS plak penuh dgn Ulama berangan.. DAP plak mmg terbelenggu oleh image yg x mesra Melayu walhal itulah party yg paling democratic dari byk segi. Mungkin org Melayu tak paham demokrasi tu apa maka mrk sgt takut dgn DAP ni.

So nak tekan Tok Jib guna sapa ni? Sapa nak wakili rakyat dikala wakil rakyat tidak answerable to rakyat? NGO? Mmmmmm... mahasiswa????.. HA HA HA. Maka kita le kena bela diri kita sendiri.. nak tekan Tok Jib maka kita pun tweet. Nak tunjukkan betapa emosinya kita pada Tok Jib and Tin Mah maka kita pun kemaskini status Fb.. nak tunjuk kita malu sbb satu dunia tau yg kita byk masalah maka kita pun buat lagu.. letak youtube. Pastu bila ada org fwrd menda2 ngutuk mcm picture ke hapa kita pun fwd lat group wasap.. biar semua org tau kita turut sama merasakan marah sebab kita x dpt that kinda of duit raya.. marah sangat ni...

Tapi kita kan org Melayu.. org Mesia.. kita tak lupa.. tapi kita ni pemaaf.. eh btw yeke kita x lupa.. xde makna nye... nak lupakan ingatan pilu mudah saja... gaji revise.. dpt duit.. maka lupalah.. kena present.. ha lupalah kami... mcm org ppuan dpt shopping.. argh lega.

Cakap pasal lega ni... Tok Jib selalu bersungut bila Tun Dir bersungut pasal cara Tok JiB mengurus negara. Kata Tok Jib.. dia jadi PM di era socmed... payah.. rakyat sng dpt maklumat..  xleh banding dgn era Tun Dir..

Tapi pada I Tok Jib wajar sujud syukur sbb jadi PM zaman ni.. kalau kisah duit raya tu timbul zaman xde socmed.. aku rasa lama dah ada Musim Bunga Malaysia yg tak terancang... tiba2 je rakyat turun jalan raya buat demo. Zaman socmed ni rakyat buat demo kat FB.. twit.. kat wassap... demo is tentang meluah rasa.. rakyat x kisah sapa kat atas sana.. sbb bila tengok party mana yg naik sama je.. agamawan boleh jadik jutawan bila berpeluang pegang kuasa... nak harap sapa?????? Kalau turun kat jalan kumpul ramai2 pun dapat apa? Kalau Tok Jib turun ramai dok pikir sapa plak nak jadik PM dari kalangan UMNo yg ramai percaya sudah brain drained.. otak ada.. tapi keazaman politik xde kot..  so tunggu jelah PRU14 nengok cemana..

Btw social media kat mesia takkan menghasil pendemonstrasian mcm kat negara2 lain. Social media itu sendiri menjadi penghalang kepada pendemonstrasian.. tngok la Bersih 4 tu nanti.. x ramai dtg... x mcm dulu2.. sebab apa.. sebab rakyat sudah rasa lega.. sebab apa dah lega? Sebab dah dapat meluah rasa di twitter.. fb.. wasap.. ckp ttg wasap.. wasap grup especially.. tu semua pengganti kedai kopi.. sembang politik kosong tanpa penghujung.. sembang politik kosong tanpa tindakan susulan.. sembang politik kosong yg melegakan tanpa perlu pergi ngeteh or ngepi physically.. wasap ialah virtual warong kopi tepi jalan.

Lagi satu pasal demo ni.. Mesia ni negara tropika.. panas... leh kena kanser kulit jemur panas lama2.. cubalah penganjur buat dlm tempat beraircond.. ramai kot.. tapi x serve the purpose plak... yg psti.. malaysian politics is goin nowhere. Selagi senang beli smartphone walau RM menjunam.. selagi orang muda masih apathy.. selagi mana ulama masih berangan mereka adalah pihak yg dpt guna hiway dan dibekalkan smart tag utk masuk syurga... ko buatlah mcm mana pun.. mesia terus kekal begini..

Is "begini" so bad?

Arghh sakit kepala. Malas aku nak pikir.