Saturday, March 19, 2016

Saigon

Not bad gak pergi Saigon. Aku gi dengan member-member zaman sekolah. Puluh tahun tak jumpa bila umur nak cecah 40 baru jumpa. OK lah tu.

Saigon will be very meaningful to me. Aku harap trip kali ni memang life changing experience. Aku baru je lepas jalan kat area mahal kat Saigon tu. Best gak le. Sight seeing saja.

Aku tak tahu nak tulis apa. Yang aku tahu balik dari Saigon, I wanna write more, wanna swim more, happy more, smile more. Aku terlalu banyak rasa bosan. Aku terlalu banyak tekanan. Tapi redah saja lah ek.. Harap terus ok.

Opera house kalau ga silap.
Ni French architecture kot. Aku pun tak tahu. Aku nak belajau pasal sejarah architecture sikit lepas ni. Best la.
Aku amek pic ni dari satu buah rumah kedai lama yang dalam tu ada gallery lukisan. Cun banget.
Apakah itu? Itulah elevator.
I love the poster. Tengok color schemenya.. very much communistic. Haha.
Yang ini.. jiwa socialist and communist nya lebih ketara. Tapi system economy sudah capitalist.. Paradox.. Tapi begitulah hidup.. begitulah manusia.. begitulah dunia... 
Bangunan ni legacy French rasanya ni. Nice kan?

Thursday, March 10, 2016

Menakan

Aku tengah wat analysis GE13. Tapi aku bosan. Takde tempat aku nak ngadu kebosanan aku ni. Aku just mau PhD ni cepat berakhir, so that I can really go from here... Ya Allah cepatlah semua ini berlalu. PhD is such a lonely journey, memang takkan ada orang yang paham. 

Ada saja yang janji konon nak mendorong, tapi takleh bertahan. Malas nak salahkan sesiapa, and malas dah nak explain, sebab at the end aku akan jadi lagi down dengan segala arguments and actions. Susah nak temui orang yang really can empathize gejolak orang yang tengah ambil PhD. Bear in mind, aku buat part time.

Yang jelas, individualism semakin ketara. Manusia hanya mendekati pabila kita ok. Waktu tak ok memang menjauh. Lumrah kot. Takpelah, insha Allah waktu aku senang kelak aku tak kan buat begini pada orang sekeliling.

Aku nak tido jap, bangun lebih fresh so aku boleh hadap tesis. Bawah ni picture my niece yang jadi best student SMK TTDI. Siyes proud of her.

Wednesday, March 9, 2016

Hillary

Tadi dah post. Tapi ini nak post lagi. Aku happy sebenarnya ni, tapi dalam masa yang sama agak bosan. Aku nak cite pasal politik tapi aku dah lupa. Apa ye?

Takpe, nak citer pasal Hillary Clinton. Ini hari aku agak sedih sebab beliau kalah kat Michigan. Takpelah kasik can sikit kat Sanders.

Ohya, aku lepas setahun menjauhkan diri dari Instagram, maka aku bukak balik Ig dan installed app kat henset aku.

Aduh, setahun berlalu ternyata banyak perubahan. Perubahannya ialah ramainya manusia guna and banyak sangat maklumat yang pada aku sampah. Serious bosan.

Apapun, Ig pada aku mendorong ramai orang untuk SHOP more, TRAVEL more, and WORKOUT more.

Agaknya boleh tak Ig jadi app yang buatkan orang lebih READ more. I mean read good books. Camna ek nak promote?

Aku walau nampak keduniaan dan keBaratan tapi aku terlalu percaya Quran. Aku terlalu percaya dengan Tuhan yang memerintahkan kita membaca. Itu sebab perkataan pertama ever yang turun dari langit untuk Nabi was IQRA'. Bacalah.

Tapi itulah, membaca banyak tak dapat duit, tak dapat harta. Sekadar dapat ilmu. Orang suka duit. Aku pun suka duit. Tapi aku sedih ada orang suka sangat duit sampaikan terlupa.

Tapi mungkin juga hujah orang sekarang, 'membaca' or dapatkan ilmu tak semestinya through readings. Many other means. Tapi aku sangat percaya hujah Tuhan itu. Bacalah, sure ada khasiat maha hebat yang tersembunya disebalik amalan membaca. Membaca is the ultimate exercise.

Hmmm. Entahlah.

Gerhana

Hari ini gerahana matahari. Excited gila semalam. Tapi pagi ni aku bangun lewat, tapi still dapat jugak tengok. Seronok. Ini second time dapat tengok gerhana matahari seumur hidup. Yang lain banyak missed. Bulan punya selalu la tengok. First time tengok masa darjah satu, kat Sekolah Kebangsaan Chohong.

Pagi tadi aku call Emak bagitau ada gerhana matahari. Itulah dia pesan menda yang sama macam tahun 1983. Jangan tengok direct, leh buta. tadi aku tengok guna spec itam. Ok kot.

Aku rindu gila kat Emak, tapi malam ni kena siapkan analyzing the results of GE13. Aku tak tahu nak analyze camna. Siyes bosan politics Mesia ni. In fact, aku dah bosan dengan politics.

Aku macam nak buat menda lain dalam life. Tapi aku rasa perasaaan ni temporary je. Jap lagi aku suka la balik politics.

Anak buah favourite aku, Narkoba nama dia dapat straight As. Hebat. Aku harap sangat dia dapat buat medic kat Upenn. Kalau kat Upenn dia akan belajau next to my uni dulu. Haha, Drexel Uni. School of Business Drexel korok saja. Tak macam Upenn, apatahlagi kalau beliau dapat buat medic. Narkoba ini memang really brainy. Macam aku gak aku rasa. Sangat fond of knowledge, suka membaca. Aku nak sembang lagi pasal Narkoba, tapi later lah.

Nak cerita pasal progress PhD. Aku sebenaunya berdebar. Aku tak tahu lah betul ke tidak cara aku buat. Aku pakai hentam buran saja. Tapi aku rasa cara aku menulis macam best. Tapi itulah, is my writing tepat dengan cara academic writing? Argh, lantaklah, paling penting bendanya dah ada. Kalau dah ada at least bila nak modify dah senang. Aku suka masa edit-edit tu. Macam-macam aku akan tambah. 

Aku tuhari beria nak buat macam-macam lepas PhD. Tapi sekarang, bila pikir-pikir balik macam malas nak jadi itu semua. Aku mau life yang laid back dan tenang. Yang penting aku sihat dan di kelilingi oleh orang-orang yang sayang aku dan aku sayang.

Entahlah. Aku bosan sebenarnya. Aku tak tau apa nak buat, and aku tak tau apa yang nak ditulis. Ohya, Family aku sekarang banyak gossip. Pasal Mak Itam aku. Beliau ini adik mak aku. Beliau balu, Pak Itam aku meninggal setahun lepas kalau tak silap. Haha the best part beliau sekarang dah ada boyfriend. Kahkahkah, her sisters semua menentang kecuali Emak. Hahaha, aku suka gila dengan pendirian Emak. At the age of 74 beliau sungguh cool. Ramai cakap termasuk ada sepupu aku yang cakap she is already 54, kenapa nak berboyfriend and mau kawen lagi. Tapi aku pikir itu hak beliau lah. She is entitled to be self determined. Macam-macam hujah ini. Satu lagi mereka risau Mak Itam aku next year akan boleh keluar EPF, maka takut 'bakal' suami rompak. Entahlah, aku pikir itu hak Mak Itam aku. Apa lagi ek hujah mereka? Ohya, mereka kata arwah suami beliau baru je pergi tak sampai dua tahun. Tapi pada aku, itu hak individu lah. Aku rasa arwah Pak Itam sure mau yang terbaik buat balu beliau. If remarry is the best, then why not?

Aku sebenaunya tak tau apa nak share, aku tak suka cerita pasal kisah personal orang lain. Tapi pada aku kisah Mak Itam bukan suatu aib, beliau hanyalah seorang wanita yang mahu kecapi kebahagiaan dalam hidup. Lagipun 54 is still young. Ramai kata angka itu sudah tua. Dalam politics 50's terlalu muda. Tengoklah Tun M, at the age of 90 masih bertenaga, masih bersemangat, kenapa perlu dilunturkan semangat seseorang yang masih muda?

Yang sedang bosan,

Badrul.

Electoral

Aku dah siap analyzed Buku Jingga and Manifesto BN for GE13. Sungguh lega. Ini mau proceed with analyzing GE13 results.

GORE versus BUSH

PR versus BN

Popular votes versus electoral votes.


Monday, March 7, 2016

Siapkan

Aku sebenaunya kecewa. Tapi few days ago. Malas aku nak pikir. Aku rasa aku banyak berangan selama ni. Lama gak berangan. 2 tahun rasanya.

So, semalam aku buat unilateral declaration. Aku ada tiga options; replacement, transformation, or transplacement. Ini model pendemokrasian Huntington.

Hahaha aku pun tak tau apa yg aku pilih sebab aku quite comfortable with now. Pelik.. sebab aku very tolerant with the pain and bitterness.

Ok lah tu. Yang penting aku lebih prioritize on Chapter 4. Ni dah nak siap pasal Buku Jingga. Pastu nak analyze manifesto BN pulak. Then terus tulis pasal results PRU.

Kepala otak aku penat sebenarnya. Ni aku kat umah sendayan, baru balik dari Bekoh.

Friday, March 4, 2016

Sapurba

Sang Sapurba melepak dengan Demang Lebar Daun

Dalam politik, dalam masyarakat, dalam parti, sentiasa ada dua pembahagian yang nyata.

Yang berkuasa, dan yang dikuasai.

Pemimpin dan pengikut.

Penaung dan yang dinaungi

Yang empunya, dan yang tak punya apa.

Yang berkuasa sentiasa berada di bahagian atas hirarki.

Yang dikuasai berada di bahagian bawah strata entiti.

Kenapa adakala yang tak berkuasa cuba unjuk rasa? Kekecewaan? Ketidakadilan?

Apa tindak balas yang berkuasa? Menyekat? Mendengar? Menghukum?

Siapa sebenarnya yang bermasalah? Penaung? Dinaung? Pemimpin? Pengikut? 

Yang berkuasa sentiasa menuntut ketaatan, yang dikuasai sentiasa rela memberi kesetiaan.

Namun yang berkuasa selalu lupa tanggungjawab pembelaaan.

Perlukah ke the Wailing Wall untuk merintih meratap?

Habis meratap terjun bunuh diri di Laut Mati.

Mana mungkin lemas, maka mundar mandir menunggu wahyu di Sinai.

Apa aku tulis? Aku pun tak tahu.

Kenapa tah tahu? Sebab tak tahu nak sampaikan bagaimana lagi.

Hanya menunggu habis waktu ku.