Tuesday, February 26, 2019

Pergi Mampos

Aku teramat sangat nak express betapa sedihnya aku rasa. Tapi tak boleh. Ini macam an asthmatic person nak menghela nafas. Macam nak berak, tapi  taik ya ampun terlalu keras. Nak duduk tapi lubang buntut berbunga  sebab buasir.

Ramai tak paham, and aku pun tak memaksa sesiapa faham. Tetapi alangkah indahnya kalau ada yang faham.

Tak boleh lah. Ingatkan boleh tulis sesedih dulu. Agaknya  betul segala kesedihan itu dah hilang. Atau mungkin aku sendiri yang tak mampu untuk sedih lagi.

Hu hu hu.


Thursday, January 31, 2019

Nak Kurus

Aku tak perasan ini hari ke berapa aku lepak umah Cik Pid. Aku yakin blog ini dah takde reader sebab aku dah lama nau tak update. Even post mortem 2019 pun aku tak buat. Bila aku reflect maka baharulah perasan 2018 tahun amburadul dan aku mulakan tahun 2018 dengan drama paling hebat. Ini lebih tragis berbanding 2015, lebih menyayat hati berbanding 2016 dan lebih menggilakan berbanding siri 2018. Bayangkanlah, makin nak habis PhD drama itu makin banyak.

Aku bersyukur dengan setiap episod. Ini kerana setiap episod ada perkara bagaru yang belajar. In fact, setiap drama menyebabkan family kami kembali bersatu. Aku cukup bersyukur dengan itu.

Aku teruk kena marah. Apa tidaknya umur menjangkau 43 tahun tapi sekali imbas bagaikan 23 tahun gelagatnya. Maka aku pun buat beberapa azam yang tak tahulah dapat capai ke tidak sebab aku mahu relax dalam segalanya. Buat dan tempuhi sesuatu perkara dalam keadaan yang amat calm.

Contohnya macam aku quit smoking dulu. Tapi memang aku tak pernahlah smoke sampai dua kotak sehari, malah tak pernah smoke sampai lebih sekotak. Selalu bila balik kampung memang tak smoke at all. Tapi aku yakin perkara tu ‘rasa’ susah or derita nak buat sebab aku dah smoke lebih dari 10 tahun. So, apa yang terjadi pada suatu hari aku nak beli rokok kat 7-Eleven, aku renung harganya dan terus berlalu. Tahun 2017 rasanya. Aku tak set apa-apa. Tak plan, tak berazam, tak bersungguh. But it was done. Maka aku yakin aku mampu lakukan perkara lain dengan konsep lewa ini. We don’t think too much about it, tapi hasilnya luar biasa.

Maka inilah yang cuba aku terapkan untuk mission terkini. Walau lewa, mission kena ada. Tapi proses tu lewa. Ini aku share, mission untuk kurus sampai 97kg. Lelemak ini ialah by-product of quit smoking. Tapi takpe kali ni akan ku tempuh dengan bersahaja!

Wednesday, January 30, 2019

Burit Tumbuh Bunga

Dah few days aku menderita sakit bontot. Bukan kerana diliwati tapi sebab kena buasir. Ini first time dalam life aku kena. Ya ampun. Memang menyiksakan. Aku solat pun kena guna kerusi. Sebab kalau duduk in between sujud or tahiyat memang tak tahan terhentak. Mulanya aku kena sembelit sebab asik minum air teh. Pagi teh, siang teh, sebelum tidur pun teh. Aku pulak sedang duduk rumah kakak aku, rumah dia takde hose yang boleh pump anus tu. So aku rasa macam ada tahi tertinggal kat bontot. Aku bayangkan tahi keras yang ala-ala tahi kambing tu. Rupanya bila pump bukan. Ternyata dinding anusku sudah membengkang. Oh hanya Allah sahaja yang tahu kerisauan ini. Apa lagi agaknya dosa aku atas dunia yang fana ini hingga begini dugaan ku alami. Serius, memang a real pain in the ass. Alamak bapak aku datang. Datang mengadu. Aku ni toxic handler kenalah dengar.

Monday, October 15, 2018

Anwar Ibrahim Masuk Dewan Rakyat

Dalam pada marah dan mual dengan ramai manusia, aku happy sebab DSAI akhirnya kembali ke Dewan Rakyat. Aku kalau boleh hari ini angkat sumpah, esok beliau menjadi PM.

Aku doa beliau jadi PM sesegera mungkin. Malaysia needs him.

Seperkara tentang beliau yang buat aku sangat inspired ialah 5 bulan lepas beliau dalam penjara, hari ini beliau dalam parlimen. Siapa boleh jangka nasib seseorang boleh bertukar dengan sekelip mata.

Satu lagi ialah his perseverance and determination. Cukup aku sanjung tinggi. Yer, menda yang aku lacking rasanya.

Aku sedang undertake a project. A long-term project. Aku yakin boleh berjaya. Anwar nak jadi PM, Anwar nak partinya menang dalam GE ambil masa 20 tahun. Dari 1998 sampailah 2008. Aku yakin aku mampu jayakan project tu.

Project ini memang exciting. It becomes a diversion for me. The project untuk kepuasan diri aku sendiri. Ianya bukan untuk memuaskan hati orang lain and far from fulfilling others' expectations.

So far aku happy... yes sangat gembira and bahagia. 

Not Ready To Make Nice

Aku rasa macam senasib dengan Datuk Awie sebab ada perkara yang aku tak ingin berlaku di bulan ini. Actually bulan September yang amburadul, bukannya Oktober. Oktober is bulan yang begitu calm and lahirnya aku yang baharu.

Aku yang baharu ialah aku yang sangat marah. Aku yang baharu express kemarahannya. Aku yang baharu sangat berani. Aku yang baharu pasti ramai benci. Aku yang baharu tidak peduli!!!

Aku pernah takut jadi dibenci. Aku dulu mahu disukai, digemari. Kini tidak lagi. Kini bila dah tak boleh blah aku terus blah. Kini aku tak bercakap lagi sebab aku terus pergi. 

Basically aku sangat radical. Aku ditch those bitches yang tidak memahami aku, judgmental dan buat aku uncomfortable walaupun mereka inilah yang telah membantu aku selama ini. 

True, aku kini selfish, self-centered dan lupa diri seperti kacang lupakan kulit.

Mahu saja aku curhat lebih panjang, lebih lama. Tapi aku sudah tidak peduli.


Thursday, September 6, 2018

Angan-angan

Aku ada banyak impian.. Tapi bila aku muhasabah.. Aku rasa ada antaranya tak mungkin jadi kenyataan.. Lepaa banyak perkara yang berlaku lately.. Aku betul-betul patah hati...
Antara yang paling mengecewakan, aku kena buat banyak pembetulan kat tesis aku. Kalau boleh aku tak mau modify lagi. Tapi terpaksa... Tak tahulah apa yang tak kena lagi..
Tentang fakulti.. aku tanak campur lagi.. tanak buat apa dan tanak aktif.. datang ngajar and balik.. tu jer.. aku takkan kongsi idea lagi.
Begitu juga dengan orang-orang yang rapat dengan aku.. aku tak mau ada harapan lagi ke atas mereka.. kalau mereka nak tolong.. tolonglah.. kalau mereka tanak.. tak mengapa..
Even kalau nak sabo ke hapa.. kalau itu boleh buat anda happy.. teruskanlah.. Aku pun takde kacau life anda semua.. kalau korang nak siksa aku supaya aku mati segera.. aku tak kecik hati..
Aku hidup dalam sangsi.. dalam false happiness.. tapi takpelah.. kenalah aku fake it.. fake bahagia.. fake segalanya baik.. tak apa.
Pastu nak amek kesempatan ke atas aku pun.. buatlah.. jika itu buatkan korang happy.. nak fake depan aku pun.. buatlah..
Aku faham.
Tapi aku kena gak kawan dengan korang.. walaupun aku tahu hakikat sebenar.. takkan aku nak jadi kera sumbang kan?
Tulah.. semoga cepatlah aku dapat siapkan pembetulan tesis ni.. Lepas tu boleh focus pada perkara lain dlm hidup...
Aku tak merajuk.. aku cuma faham.. sedih pun ada... tapi takpe...
Satu lagi.. aku tak mau masuk TV lagi.. Aku tanak glamer.. Aku nak life yang very quiet..
Aku takkan demand apa-apa dan mengharapkan apa-apa lagi...
Aku tak mampu ubah kalian.. kalau sempat hidup sampai viva.. bolehlah aku ubah life.. tapi kalau tak sempat.... beginilah adanya..
I hate my life.. Aku hidup sebab Emak.. Ayah.. family.. itu pun tak tau diorang sayang betul ke kat aku.. Cuma yang pasti.. aku sangat sayang mereka..
Samalah juga dengan kengkawan aku.. they are all backstabbers.. even family pun.. mereka lebih tahu tentang aku banding aku tahu tentang diri aku..
Cuma ada kalanya aku tertanya-tanya.. kenapa kejam sangat?
Kepala aku sangat sakit.. hati aku setiap hari merintih... Entahlah.. mungkin untuk kebaikan aku juga.. Aku yang banyak tahu.. tapi tak tahu... Tapi aku sebenarnya tahu..
Aku selalu terpikir.. kenapa sampai hati... kenapa jahat sangat?? Kenapa marah sampai begitu sekali? kenapa dengki benar dengan aku?
Kenapa main-mainkan kasih sayang aku pada korang semua?
Maaf aku mesti hentikan gejala parasit ini... Once and for all.
Kalau tak kesian kat aku.. at least kesianlah kat emak.. Sihir.. Syirik.. kecurian.. penipuan.. sabotaj.. aduh... Tak paham kenapa semua ni terjadi..
Keluarga teruk berpecah hanya kerananya... Begitu juga dengan organisasi.
Aku tak mampu nak buat apa.. Aku cuma mampu merayu.. pulangkanlah... another thing.. please let me viva ASAP... bijak kalian.. aku lemah selagi aku belum dapat PhD.
Tapi kalau korang terus nak menyiksa aku... Aku doakan kalian ditunjukkan jalan yang lurus ke...
Ada part yang mungkin fiktif.. maksudnya gerak hati sahaja.. ada pula yang sememangnya benar.

Tuesday, August 28, 2018

Aku bosan

Posting infinity war tu lama dah. Before raya.. BTW raya puasa aku tak balik kampung. Apa yang aku pikir pun aku tak tau. Sedih betul. Tapi raya aji aku betul balik. Tapi itu pun esok tu balik somban dah sebab nak setelkan kije phd.