Thursday, September 6, 2018

Angan-angan

Aku ada banyak impian.. Tapi bila aku muhasabah.. Aku rasa ada antaranya tak mungkin jadi kenyataan.. Lepaa banyak perkara yang berlaku lately.. Aku betul-betul patah hati...
Antara yang paling mengecewakan, aku kena buat banyak pembetulan kat tesis aku. Kalau boleh aku tak mau modify lagi. Tapi terpaksa... Tak tahulah apa yang tak kena lagi..
Tentang fakulti.. aku tanak campur lagi.. tanak buat apa dan tanak aktif.. datang ngajar and balik.. tu jer.. aku takkan kongsi idea lagi.
Begitu juga dengan orang-orang yang rapat dengan aku.. aku tak mau ada harapan lagi ke atas mereka.. kalau mereka nak tolong.. tolonglah.. kalau mereka tanak.. tak mengapa..
Even kalau nak sabo ke hapa.. kalau itu boleh buat anda happy.. teruskanlah.. Aku pun takde kacau life anda semua.. kalau korang nak siksa aku supaya aku mati segera.. aku tak kecik hati..
Aku hidup dalam sangsi.. dalam false happiness.. tapi takpelah.. kenalah aku fake it.. fake bahagia.. fake segalanya baik.. tak apa.
Pastu nak amek kesempatan ke atas aku pun.. buatlah.. jika itu buatkan korang happy.. nak fake depan aku pun.. buatlah..
Aku faham.
Tapi aku kena gak kawan dengan korang.. walaupun aku tahu hakikat sebenar.. takkan aku nak jadi kera sumbang kan?
Tulah.. semoga cepatlah aku dapat siapkan pembetulan tesis ni.. Lepas tu boleh focus pada perkara lain dlm hidup...
Aku tak merajuk.. aku cuma faham.. sedih pun ada... tapi takpe...
Satu lagi.. aku tak mau masuk TV lagi.. Aku tanak glamer.. Aku nak life yang very quiet..
Aku takkan demand apa-apa dan mengharapkan apa-apa lagi...
Aku tak mampu ubah kalian.. kalau sempat hidup sampai viva.. bolehlah aku ubah life.. tapi kalau tak sempat.... beginilah adanya..
I hate my life.. Aku hidup sebab Emak.. Ayah.. family.. itu pun tak tau diorang sayang betul ke kat aku.. Cuma yang pasti.. aku sangat sayang mereka..
Samalah juga dengan kengkawan aku.. they are all backstabbers.. even family pun.. mereka lebih tahu tentang aku banding aku tahu tentang diri aku..
Cuma ada kalanya aku tertanya-tanya.. kenapa kejam sangat?
Kepala aku sangat sakit.. hati aku setiap hari merintih... Entahlah.. mungkin untuk kebaikan aku juga.. Aku yang banyak tahu.. tapi tak tahu... Tapi aku sebenarnya tahu..
Aku selalu terpikir.. kenapa sampai hati... kenapa jahat sangat?? Kenapa marah sampai begitu sekali? kenapa dengki benar dengan aku?
Kenapa main-mainkan kasih sayang aku pada korang semua?
Maaf aku mesti hentikan gejala parasit ini... Once and for all.
Kalau tak kesian kat aku.. at least kesianlah kat emak.. Sihir.. Syirik.. kecurian.. penipuan.. sabotaj.. aduh... Tak paham kenapa semua ni terjadi..
Keluarga teruk berpecah hanya kerananya... Begitu juga dengan organisasi.
Aku tak mampu nak buat apa.. Aku cuma mampu merayu.. pulangkanlah... another thing.. please let me viva ASAP... bijak kalian.. aku lemah selagi aku belum dapat PhD.
Tapi kalau korang terus nak menyiksa aku... Aku doakan kalian ditunjukkan jalan yang lurus ke...
Ada part yang mungkin fiktif.. maksudnya gerak hati sahaja.. ada pula yang sememangnya benar.

Tuesday, August 28, 2018

Aku bosan

Posting infinity war tu lama dah. Before raya.. BTW raya puasa aku tak balik kampung. Apa yang aku pikir pun aku tak tau. Sedih betul. Tapi raya aji aku betul balik. Tapi itu pun esok tu balik somban dah sebab nak setelkan kije phd.

Marah

Aku sangat marah. Aku penat. Aku dah bosan kena mengadap tesis lagi. Ada lagi yang aku kena ubah and in fact asa yang aku kena tambah.

Semalam SV aku bgtau yang bab 2 tak menjadi, especially part Politik Baharu. Dia kata dari cara aku tulis nampak sangat aku tak paham what is politik baharu. Aku terlalu keciwa. Aku tahu lah!!!

Politik baharu ni idealisme, amalan, budaya, dan retoriknya adalah berasaskan prinsip-prinsip yang bersifat sejagat or universal. Ianya berbeza daripada politik lama yang berasaskan perkauman, agama, politik pembangunan dan penaungan. Satu lagi rakyat berada di titik tumpu. Perjuangannya merakyat dan segalanya kerana rakyat.

Tak tahulah bila nak move on... Aku seriously dah takde hati.. Aku bosan. Bosan dengan tesis.. bosan dengan dunia akademik.. bosan dengan politik Malaysia. Bosan dengan dunia.

Maka personal life aku jadi sangat bosan. Asik keje saja.. tak habis-habis. Aku sangat bengang. Aku nak ada masa swimming.. jogging... aku nak selalu balik kampung.

Sampai bila aku nak cenggini?

Monday, June 11, 2018

Malam Tujuh Likur

Aku kat opis ni.. pukul 12.02 am hari Senin.. lagi 4 hari nak Raya.. aku ada tercongok depan komputer... buat kerja. Ya Allah.. aku rasa sedih nak mampos...

Ni dah pukul 2.39 pagi 11 June 2018.... Aku rasa sangat tak confident dengan thesis aku.. rasa bangang.. bodoh.. bahlol.. semua ada.... Aku sedih...

Sedih lagi menyedihkan.. itulah aku.. or dalam bahasa omputihnya ialah pathetic...

Rasanya life aku ni penuh dengan kekejaman... Arghhh bengangnya!!!

Saturday, June 9, 2018

Sangkar

Ini tajuk satu lagu and tajuk album by anak Salamaiah Hassan.. apa namanya.. ohya Atilia.. Itu album memang sangat best.. muncul tahun 2007.. Masa tu aku baru pindah Kedah.. Ingat lagi Dr. N yang suruh aku pegi... aku ikut jer... aku memang jenis tak membantah.. tak reti melawan... susah sangat nak say no... tapi end up aku yang suffer... and pastu.. konon being positive.. and aku pun survivelah.

Bila pikirin... itulah permulaan aku membina sangkar... kerana rentetan itu semua ler yang buat menyangkar idop aku sampai sekarang.. Kerana itulah jugak aku buat PhD and aku pilih esvi sekarang.. sebab itulah gak aku... entahlah..

Aku bengang.. aku marah... taklah marah sesiapa.. cuma aku marah dengan diri aku sendiri... tapi aku pun dah bosan jadik self-blamer.. aku bosannnnnn!!!!!

Sejak pilihan raya sampai lah dah nak hari raya.. which gonna be a few days lagi, terlalu banyak menda yang berlaku.. bercampur-campur sebenarnya.. TWO extreme ends.. ada yang buat aku sangat happy.. macam menangnya PH.. and anak buah angkat aku kembali kontek aku lepas kena maki.... ada yang buat aku sangat marah.. macam proses aku untuk viva.. ada buat aku sangat menyesal.. macam aku jerit-jerit kat bapak aku yang dah berusia 80 tahun. Padahal aku bukanlah marah sangat kat beliau.. Aku lebih marah.. terlalu kesal.. terlalu kecewa.. terlalu hampa dengan kakak-kakak dan abang aku sendiri. Itu sebenarnya...

Memang aku marah dengan bapak aku yang sudah acap kali cakap kasar kat Emak aku yang dah pun disahkan ada Alzheimer.. tuhari dia cakap "kau ni pergi mampuslah," then "ko tu gila!!"

Anak lelaki mana yang mampu tahan bila Emak dia kena hina.. Pastu aku bengang mana-mana manusia yang dok sibuk nak bawak Emak masuk ward gila... Orang tua umur 76 tahun... ko nak masukkan dia dalam ward gila.. campur dengan pompuan meroyan tah mana... adoi.. pikir ler..

Pastu... korang boleh tak paham yang adik korang ni tengah buat PhD?? Aku tak sepandai mana.. buat PhD sangat demanding.. pastu esvi plak satu macam perangai... pastu aku kerja pun terlalu banyak.. susah aku nak explain.. susah aku nak buat korang faham.. aku just doa korang paham.. tapi korang tak pernah faham..

Yeah korang pun banyak hal masing-masing.. tapi leh tak tolong aku kejap ni.. tengok-tengokkan mak and ayah tu... and please jangan berkira... aku sangat tertekan... Please sket jer lagi.. InshaAllah lepas aku habis PhD.. rezeki kita semua melimpah ruah..

Aku tak paham.. apa ujian yang sedang aku alami sekarang? Aku tak tahan... Dengan esvi aku plak yang maintain being selfish.. apa lagi yang engkau nak dari aku???? Engkau nak jadi full professor.. ko dah dapat.. aku dah tolong kau... apa lagi????

Aku bengang. Ramadan tahun ni.. tak tau lah.. plan nak terawih bagai.. nak khatam quran buat kali kedua dalam idop.. tapi kelaut...

Keje aku banyak bertimbun.. tapi aku takleh nak buat...  Ini pun patutnya balik dari Bangi aku kena buat modify article.. tapi aku tak daya... aku rasa trapped... takleh nak wat apa..

Aku ada terpikir untuk tidak pulang raya... aku tak mau balik.. bukan aku tak sayang family aku.. bukan aku tak rindu.. tapi aku tak daya dah.. aku tak sekuat mana.

Aku sangat-sangat berharap sangkar yang selama ni memerangkap life aku dapat aku musnahkan..  I wanna be free... Aku nak merdeka.. Aku mahu menang.. Aku kena graduate segera.


Tuesday, May 1, 2018

Infinity War

Haha.. malam tadi aku nengok cite tu kat Palm Mall. Ok lah tengok dengan dua ekor member ni.
Tapi yang tak bestnya lepas tengok cerita yang sangat best ialah lepak Pelita dengan dua ekor ni. Sorrylah aku memang dah bosan yang teramat dengan sekor ni yang guna taktik reverse bragging.. aku tak ingat termnya.. aku dah googled.. humble bragging.. Boring la pundek!!! Bertahun kot aku ngadap perangai ko tu. That's it!! No more kuar dengan ko..
Aku takkan kuar dengan orang yang buat aku rimas.. uneasy.. annoyed.. enough is enough!!! Kimak.
Dia punya negative vibes tu.. adoihai.. sampai kan aku nak bangun tido pagi ni susah.. rasa penat semacam.. aku sampai tak jadi pergi swimming...
So, memang aku makin kenal diri aku.. yang aku pasan.. lagi satu ko jangan paksa-paksa sangat aku nak wat sesuatu.. aku rasa ramai je orang macam tu.. semalam member yang sekor ni call.. tanya nak tengok tak.. aku cakap laterlah.. aku busy.. aku nak swim.. aku esok nak swim lagi.. pastu nak siapkan spreadsheet.. lagipun aku dah plan dengan member lain untuk tengok cerita tu.. tapi sebab dok jerit-jerit.. maka aku pun say yes.. aku ni masih a pleaser..
Tapi tulah ni hari.. di labor day yang mulia ni.. aku kepenatan!!!!
Aku apppreciate sapa saja nak kawan nak lepak... nak sembang.. takde aku rasa tak lengkap.. aku sangat happy.. tapi ini soal energy.. nanti aku exhausted.. mohon paham... pastu tolonglah jangan ganggu masa swim aku. Aku nak sihat.. aku nak tenangkan fikiran.. aku nak kuruskan badan... so, hormatlah bila aku say no.
Sabtu lepas.. aku balik.. ni cerita lain sket.. aku bawak Emak.. pastu Cik Pid.. pergi makan kat DIMA restoren.. sonok sangat rasanya dapat kuar dengan Emak and kakak aku.. hepi betul.. Aku makin merasakan itulah yang mak aku mahukan... spending time with her.
Malam.. masa nak Isyak.. Aku masuk bilik emak nak amek sejadah.. pastu emak cakap beliau nak ikut.. dulu penah aku imamkan Emak solat tapi beliau lambat sangat.. dia tak ikut.. so, aku bagitau emak.. Emak kena ikut betul-betul aku.. pastu.. rupanya Cik Pid pun checked and aku pun baca pelan-pelan bacaan dalam solat.. haah.. mak ikut betul.. aku heppi betul.. pastu masa lepas doa.. salam.. aku cium mak semua.. pastu sambil peluk Emak bisik "Emak maafkan awak.. segala kesalahan awak." Aku sebak betul...
Apapun Sabtu lepas memang antara momen paling indah dalam life aku.. dapat imamkan Emak.. Emak plak dapat betul ikut.. and keampunan dari Emak.
Aku kalau boleh nak balik hari hari kampung... jumpa Emak.. tapi busy.. and energy aku lagi.. and banyak perkara aku kena buat kat sini..
Tulah.. aku terpaksa 'singkirkan' kawan baik aku yang sorang tu.. maaf.. banyak sangat negativities dalam percakapan you.... and terlampau banyak juga tunjuk hebat.. maaf aku sentiasa rasa diri aku lebih hebat dari kau.. so, tak payah buang masa bagitau kelebihan ko.

Sunday, April 22, 2018

Do things that make you strong

Ini motto that keeps on playing in my head lately. Menda yang buat aku lemah, aku avoid.... Satu lagi aku gradually have changed my definition of happy. 

No more I am happy when others happy or when others happy then I am happy... So, my emotion is not relied on others'. Kalau tak how do I spread happiness kalau sendiri punya emotion pun takleh jaga. 

Marah? dulu aku agak selalu tak tunjuk aku marah. Now no more, I show it. Emotions is God-given, therefore there's nothing wrong in expressing anger, rasa irritated.. annoyed.. 

Lately ramai yang aku annoyed with. Tapi aku takkan meroyan.. itu tak classy. Cukup sekali maki. Kalau mereka buat lagi. Maki lagi. Huhu.

I am sooo proud.. of kos with my self sebab stop smoking. Memang every now and then the crave came back but I just ignore it. Banyak duit save... tu paling important.. and rasa sihat. 

Ini pun part of me training to say no. Not only to others.. but to me... Say no to over-eating, say no to malas, say no to keluar lunch berejam.. huhu say no to lepak lama.. say no to procrastination... when I can say no to others.. I can say no to myself. 

Aku peratikan.. I've been a people pleaser dari kecik. At 40's aku rasa the time has come for me to really prioritize on me. Not saying to be selfish.. Tapi say no.. say no sebab aku tak mampu.. say no sebab mesti ada masa untuk diri aku sendiri.. say no sebab later aku yang ngadap sendiri.. say no sebab later it may become an issue to me. Aku remain the same me.. yang tak kisah and tak berkira.. tapi sekarang the wiser... and very firm.

Oh.. menda yang buat aku stronger. Solat, baca Quran.. balik kampung, swimming, read books, expressive.. especially here, travel.. and when I am able to say no... I feel empowered and powerful... 

Dulu aku akan rasa down... guilty.. Pelik, tak perlu rasa bersalah sebab setiap orang dah besar and pandaii jaga diri.. especially emotion. If you feel sad when I say no to you.. then, too bad lah sebab you tak pandai kawal emosi you sendiri... Aku sangat berterima kasih to few people in my life yang ada kalanya sangat tegas.. memang say no to me.. so, selain semangat aku sendiri yang mau begini.. I learn from them as well.. aku belajar kalau aku sendiri boleh accept their no dengan sangat jayanya.. You also can be like me.