Baru balik dari kampung. Tadi berjayalah sapu seluruh umah dari depan bawak ke dapur. Impressed gak lah aku. Balik dari kampung aku rasa bengong sebab still terbangang-bangang nak letak apa dlm sub-bab 3.2 Politik Mesia Pasca PRU12 dan Isu Politik dalam PRU13. Semua yang wat kena slashed. Ada 5 isi yang aku rasa relevant. Tapi entahlah. Aku end up dok tengok IG Mimi Peri, Misum and Kencana Wungu. Pastu dok tengok YouTube 7 artis bukak tudung. Tak nyangka tak enduga Sara Ali rupanya dah bukak tudung. Apapun yang paling cantik pastinya Uqasha Senrose. Rupanya dia lagi cun dari Nellydia.. Dah nak pukul 4. Esok puasa. Dahlah tu esok pun ada lecture. Tapi aku dok buang masa. Ni aku nak mandi, pastu nak Isyak.. and buatlah apa yang patut. Ohya, aku rasa macam bengang sebab akunye baju Melayu tak boleh tulang belut... 4 kot aku buat tahun ni. Aku bengang, tapi tulah my decision gak untuk buat dengan tailor bodoh tu. Takpe lesson learned. Mungkin kot pasal kecewa tak dapat tulang belut maka aku cenggini. Tapi aku yakin boleh. Aku akan cuba. Aku nak carik gak tailor yang leh. Demit.
Monday, May 22, 2017
Wednesday, May 17, 2017
Qinghai
Aku dah siap betul 2.3. Alhamdulillah lega. Tapi tak sempat siap pun 2.4 and conclusion 2.5. Makanya tak sempatlah aku submit Bab 2 ni hari. So, aku mintak tangguh jumpa SV to Saturday. Aku sangat yakin boleh siap the whole chap 2 by Jumaat. In fact esok pun boleh siap. Kalau ikut performance keje sekarang, memang leh submit thesis tahun ini. Semoga Allah makbulkan. Aku harap banget Allah permudahkan segalanya supaya cepat bergelar Dr. B. Aku nak sangat pastu dapat ke Qinghai pastu naik ketapi ke Tibet. Oh my, Lhasa memang aku nyer dream destination. Aku sekang tengah pikir, lepas Yangon mana plak aku nak gi? Aku rasa nak ke Siem Reap dululah. Nak habiskan SEA, kena gak ke PHI nanti. Satu pasal travel ni, dapat bantu aku makin paham bidang aku ni. Yay, Dato' baru saja called, esok tak perlu jumpa, jumpa hari Ahad. Mohon makin mudahlah perjalanan ini. Ameeeen.
Tuesday, May 16, 2017
Ba Wang
Ini dua term pasal China's approach in international relations. Dalam buku Leonard... buku merah tu. Dah lama tak curhat. Aku tak mau lagi curhat pasal orang. Apa kurangnya orang tu or orang ni... Apa tak eloknya sipolan-sipolan. Sebab kalau sipolan terbaca nanti salah tafsir. Wang refers to China's relation dengan countries yang persamaan budaya dengan dia. Ba pulak refers relation dengan countries yang luar kawasan. Macam US gak bila deal dengan negara-negara sekhufu, lain caranya, salu guna soft approach. Cooperative, mesra. Bila dengan non-West salunya tunjuk senjata saja. Bawang ni shampoo yang Jackie Chan jadi spokepersonnya. Pastu sekhufu dah lama tak come accross term tu. Dulu salu jumpa dalam Harakah. Aku ni hari rasa agak sedih sebab pagi tadi aku bagitau orang-orang yang berkenaan, kiranya ada kuasa lah dalam faculty. Bagitau mereka aku demam takleh nak wat kelas, tapi takde notification amek maklum pun. Kalu tak cakap GWS at least cakaplah ok. Biadap betul. Pikir aku sengaja ke nak postpone kelas? Memang aku tak demam, tapi aku bersin-bersin sebab tak cukup tido. Aku sampai kampung pukul 4.30 pagi semalam. Pastu tak tido. Ingat kul 8 pagi nak bertolak ke kampus. Ya ampun tak daya. Pastu konon kul 12 noon nak ke Bangi ada meeting with SV Dr. Sity, tapi memang aku tak mampu. Sedih, apa yang aku plan for ni hari tak jadi. Ini semua gara-gara aku janji nak balik kampung dengan Kakak aku. Aku plak bila bab dah janji dengan family, especially balik kampung, sedaya mungkin aku balik gak. Tak mau hampakan hati family. Bagitu gak dengan buat kelas, and jumpa dengan SV.. tapi tulah tadi memang terbukti aku ni bukan superhuman. Aku manusia biasa je... Tak tido ngantuk, makan banyak jadik gemuk. Tapi risau gak dengan persepsi orang bila aku kensel kelas tadi and sekali lagi no show untuk meeting. Tapi aku yakin bila kita dahulukan family, inshaAllah yang lain tu pasti hebat gak. Tadi berjaya gak aku nyapu longkang and nyapu kat laman. Tapi separuh lah, hilir yang banyak daun tu tak sempat. Penat nyapu, nak nak bersihkan longkang, sebab kena angkat besi sebelum bersihkan longkang tu. Aku memang dah merosot kefitnesan aku. Lama dah aku tak bersihkan rumah kampung. Sian parents and kakak-kakak aku bila aku tak berapa nak dapat buat menda tu semua. Tulah kena habiskan PhD ni cepat. Emak tengoknya makin ok. Tapi taklah macam dulu. Tapi aku trylah salu berinteraksi dengan beliau. Cumanya tadi tu memang aku sedih bila terpaksa kensel kelas and bila kita maklumkan kita dilayan macam kita ni kaki ponteng kerja. Takpelah menda kecik je tu. Fasha Sandha lagi hebat dugaan. Ohya aku dah masuk Juzuk 25. Tak lama lagi khatam solo buat pertama kali dalam hidup. Mintak sempatlah sebelum Ramadan. Esok aku puasa Nabi Daud. Mintak mintak Emak pulih macam dulu dengan puasanya aku ni. Aku tak selebret pun Hari Emak dengan Hari Cikgu. Taklah hari-hari hari Emak dan Cikgu, cumanya pada aku memang jenis tak selebret.. Aku just nyapu jer.. Mungkin itu selerasion kot. Eh aku jumpa satu term baru. Lawak gila, kat IG Mimi Peri Rapunzel. Termanya ialah SLOMOSION. Apa tu?
Friday, May 12, 2017
Monster Calls
Oh nanti nak ke PJ ada satu kedai buku yang sangatlah ilmiahnya. Diorang banyak jual buku pasal politik kat Mesia.. Sebab ilmiah maka buku buku tu tak berpihak...
Nak balik Dayan!!!
Best lagu ni
Monday, May 8, 2017
4.37 am
Aku terjaga, aku mimpi. Patutkah aku share or patutkah senyap. Tapi mimpi tu memang sangat tak best.
Saturday, May 6, 2017
Diaspora Study
, http://gulfnews.com/news/americas/how-arabs-shaped-latin-america-1.1829470
Satu lagi menda yang aku nak buat lepas PhD is buat kajian pasal diaspora. Sure seronok. Aku baru perasan, dalam bidang aku sekarang, tak banyak masa yang tinggal. Kalau nak keluarkan masterpiece, patutnya masa umur 30-an. Tapi buat jelah kan. Ada orang aku perasan lifenya penuh strategy. Sangat teratur. Bila nak naik pangkat, bila akan jadi Prof. Madya, bila begitu, bila begini. Malah boleh plan bila nak mati. Tapi tulah aku bukan begitu. Oklah, aku jat kampung, nak Asar pastu kemas umah kampung ni.