Monday, October 15, 2018

Anwar Ibrahim Masuk Dewan Rakyat

Dalam pada marah dan mual dengan ramai manusia, aku happy sebab DSAI akhirnya kembali ke Dewan Rakyat. Aku kalau boleh hari ini angkat sumpah, esok beliau menjadi PM.

Aku doa beliau jadi PM sesegera mungkin. Malaysia needs him.

Seperkara tentang beliau yang buat aku sangat inspired ialah 5 bulan lepas beliau dalam penjara, hari ini beliau dalam parlimen. Siapa boleh jangka nasib seseorang boleh bertukar dengan sekelip mata.

Satu lagi ialah his perseverance and determination. Cukup aku sanjung tinggi. Yer, menda yang aku lacking rasanya.

Aku sedang undertake a project. A long-term project. Aku yakin boleh berjaya. Anwar nak jadi PM, Anwar nak partinya menang dalam GE ambil masa 20 tahun. Dari 1998 sampailah 2008. Aku yakin aku mampu jayakan project tu.

Project ini memang exciting. It becomes a diversion for me. The project untuk kepuasan diri aku sendiri. Ianya bukan untuk memuaskan hati orang lain and far from fulfilling others' expectations.

So far aku happy... yes sangat gembira and bahagia. 

Not Ready To Make Nice

Aku rasa macam senasib dengan Datuk Awie sebab ada perkara yang aku tak ingin berlaku di bulan ini. Actually bulan September yang amburadul, bukannya Oktober. Oktober is bulan yang begitu calm and lahirnya aku yang baharu.

Aku yang baharu ialah aku yang sangat marah. Aku yang baharu express kemarahannya. Aku yang baharu sangat berani. Aku yang baharu pasti ramai benci. Aku yang baharu tidak peduli!!!

Aku pernah takut jadi dibenci. Aku dulu mahu disukai, digemari. Kini tidak lagi. Kini bila dah tak boleh blah aku terus blah. Kini aku tak bercakap lagi sebab aku terus pergi. 

Basically aku sangat radical. Aku ditch those bitches yang tidak memahami aku, judgmental dan buat aku uncomfortable walaupun mereka inilah yang telah membantu aku selama ini. 

True, aku kini selfish, self-centered dan lupa diri seperti kacang lupakan kulit.

Mahu saja aku curhat lebih panjang, lebih lama. Tapi aku sudah tidak peduli.


Thursday, September 6, 2018

Angan-angan

Aku ada banyak impian.. Tapi bila aku muhasabah.. Aku rasa ada antaranya tak mungkin jadi kenyataan.. Lepaa banyak perkara yang berlaku lately.. Aku betul-betul patah hati...
Antara yang paling mengecewakan, aku kena buat banyak pembetulan kat tesis aku. Kalau boleh aku tak mau modify lagi. Tapi terpaksa... Tak tahulah apa yang tak kena lagi..
Tentang fakulti.. aku tanak campur lagi.. tanak buat apa dan tanak aktif.. datang ngajar and balik.. tu jer.. aku takkan kongsi idea lagi.
Begitu juga dengan orang-orang yang rapat dengan aku.. aku tak mau ada harapan lagi ke atas mereka.. kalau mereka nak tolong.. tolonglah.. kalau mereka tanak.. tak mengapa..
Even kalau nak sabo ke hapa.. kalau itu boleh buat anda happy.. teruskanlah.. Aku pun takde kacau life anda semua.. kalau korang nak siksa aku supaya aku mati segera.. aku tak kecik hati..
Aku hidup dalam sangsi.. dalam false happiness.. tapi takpelah.. kenalah aku fake it.. fake bahagia.. fake segalanya baik.. tak apa.
Pastu nak amek kesempatan ke atas aku pun.. buatlah.. jika itu buatkan korang happy.. nak fake depan aku pun.. buatlah..
Aku faham.
Tapi aku kena gak kawan dengan korang.. walaupun aku tahu hakikat sebenar.. takkan aku nak jadi kera sumbang kan?
Tulah.. semoga cepatlah aku dapat siapkan pembetulan tesis ni.. Lepas tu boleh focus pada perkara lain dlm hidup...
Aku tak merajuk.. aku cuma faham.. sedih pun ada... tapi takpe...
Satu lagi.. aku tak mau masuk TV lagi.. Aku tanak glamer.. Aku nak life yang very quiet..
Aku takkan demand apa-apa dan mengharapkan apa-apa lagi...
Aku tak mampu ubah kalian.. kalau sempat hidup sampai viva.. bolehlah aku ubah life.. tapi kalau tak sempat.... beginilah adanya..
I hate my life.. Aku hidup sebab Emak.. Ayah.. family.. itu pun tak tau diorang sayang betul ke kat aku.. Cuma yang pasti.. aku sangat sayang mereka..
Samalah juga dengan kengkawan aku.. they are all backstabbers.. even family pun.. mereka lebih tahu tentang aku banding aku tahu tentang diri aku..
Cuma ada kalanya aku tertanya-tanya.. kenapa kejam sangat?
Kepala aku sangat sakit.. hati aku setiap hari merintih... Entahlah.. mungkin untuk kebaikan aku juga.. Aku yang banyak tahu.. tapi tak tahu... Tapi aku sebenarnya tahu..
Aku selalu terpikir.. kenapa sampai hati... kenapa jahat sangat?? Kenapa marah sampai begitu sekali? kenapa dengki benar dengan aku?
Kenapa main-mainkan kasih sayang aku pada korang semua?
Maaf aku mesti hentikan gejala parasit ini... Once and for all.
Kalau tak kesian kat aku.. at least kesianlah kat emak.. Sihir.. Syirik.. kecurian.. penipuan.. sabotaj.. aduh... Tak paham kenapa semua ni terjadi..
Keluarga teruk berpecah hanya kerananya... Begitu juga dengan organisasi.
Aku tak mampu nak buat apa.. Aku cuma mampu merayu.. pulangkanlah... another thing.. please let me viva ASAP... bijak kalian.. aku lemah selagi aku belum dapat PhD.
Tapi kalau korang terus nak menyiksa aku... Aku doakan kalian ditunjukkan jalan yang lurus ke...
Ada part yang mungkin fiktif.. maksudnya gerak hati sahaja.. ada pula yang sememangnya benar.

Tuesday, August 28, 2018

Aku bosan

Posting infinity war tu lama dah. Before raya.. BTW raya puasa aku tak balik kampung. Apa yang aku pikir pun aku tak tau. Sedih betul. Tapi raya aji aku betul balik. Tapi itu pun esok tu balik somban dah sebab nak setelkan kije phd.

Marah

Aku sangat marah. Aku penat. Aku dah bosan kena mengadap tesis lagi. Ada lagi yang aku kena ubah and in fact asa yang aku kena tambah.

Semalam SV aku bgtau yang bab 2 tak menjadi, especially part Politik Baharu. Dia kata dari cara aku tulis nampak sangat aku tak paham what is politik baharu. Aku terlalu keciwa. Aku tahu lah!!!

Politik baharu ni idealisme, amalan, budaya, dan retoriknya adalah berasaskan prinsip-prinsip yang bersifat sejagat or universal. Ianya berbeza daripada politik lama yang berasaskan perkauman, agama, politik pembangunan dan penaungan. Satu lagi rakyat berada di titik tumpu. Perjuangannya merakyat dan segalanya kerana rakyat.

Tak tahulah bila nak move on... Aku seriously dah takde hati.. Aku bosan. Bosan dengan tesis.. bosan dengan dunia akademik.. bosan dengan politik Malaysia. Bosan dengan dunia.

Maka personal life aku jadi sangat bosan. Asik keje saja.. tak habis-habis. Aku sangat bengang. Aku nak ada masa swimming.. jogging... aku nak selalu balik kampung.

Sampai bila aku nak cenggini?

Monday, June 11, 2018

Malam Tujuh Likur

Aku kat opis ni.. pukul 12.02 am hari Senin.. lagi 4 hari nak Raya.. aku ada tercongok depan komputer... buat kerja. Ya Allah.. aku rasa sedih nak mampos...

Ni dah pukul 2.39 pagi 11 June 2018.... Aku rasa sangat tak confident dengan thesis aku.. rasa bangang.. bodoh.. bahlol.. semua ada.... Aku sedih...

Sedih lagi menyedihkan.. itulah aku.. or dalam bahasa omputihnya ialah pathetic...

Rasanya life aku ni penuh dengan kekejaman... Arghhh bengangnya!!!

Saturday, June 9, 2018

Sangkar

Ini tajuk satu lagu and tajuk album by anak Salamaiah Hassan.. apa namanya.. ohya Atilia.. Itu album memang sangat best.. muncul tahun 2007.. Masa tu aku baru pindah Kedah.. Ingat lagi Dr. N yang suruh aku pegi... aku ikut jer... aku memang jenis tak membantah.. tak reti melawan... susah sangat nak say no... tapi end up aku yang suffer... and pastu.. konon being positive.. and aku pun survivelah.

Bila pikirin... itulah permulaan aku membina sangkar... kerana rentetan itu semua ler yang buat menyangkar idop aku sampai sekarang.. Kerana itulah jugak aku buat PhD and aku pilih esvi sekarang.. sebab itulah gak aku... entahlah..

Aku bengang.. aku marah... taklah marah sesiapa.. cuma aku marah dengan diri aku sendiri... tapi aku pun dah bosan jadik self-blamer.. aku bosannnnnn!!!!!

Sejak pilihan raya sampai lah dah nak hari raya.. which gonna be a few days lagi, terlalu banyak menda yang berlaku.. bercampur-campur sebenarnya.. TWO extreme ends.. ada yang buat aku sangat happy.. macam menangnya PH.. and anak buah angkat aku kembali kontek aku lepas kena maki.... ada yang buat aku sangat marah.. macam proses aku untuk viva.. ada buat aku sangat menyesal.. macam aku jerit-jerit kat bapak aku yang dah berusia 80 tahun. Padahal aku bukanlah marah sangat kat beliau.. Aku lebih marah.. terlalu kesal.. terlalu kecewa.. terlalu hampa dengan kakak-kakak dan abang aku sendiri. Itu sebenarnya...

Memang aku marah dengan bapak aku yang sudah acap kali cakap kasar kat Emak aku yang dah pun disahkan ada Alzheimer.. tuhari dia cakap "kau ni pergi mampuslah," then "ko tu gila!!"

Anak lelaki mana yang mampu tahan bila Emak dia kena hina.. Pastu aku bengang mana-mana manusia yang dok sibuk nak bawak Emak masuk ward gila... Orang tua umur 76 tahun... ko nak masukkan dia dalam ward gila.. campur dengan pompuan meroyan tah mana... adoi.. pikir ler..

Pastu... korang boleh tak paham yang adik korang ni tengah buat PhD?? Aku tak sepandai mana.. buat PhD sangat demanding.. pastu esvi plak satu macam perangai... pastu aku kerja pun terlalu banyak.. susah aku nak explain.. susah aku nak buat korang faham.. aku just doa korang paham.. tapi korang tak pernah faham..

Yeah korang pun banyak hal masing-masing.. tapi leh tak tolong aku kejap ni.. tengok-tengokkan mak and ayah tu... and please jangan berkira... aku sangat tertekan... Please sket jer lagi.. InshaAllah lepas aku habis PhD.. rezeki kita semua melimpah ruah..

Aku tak paham.. apa ujian yang sedang aku alami sekarang? Aku tak tahan... Dengan esvi aku plak yang maintain being selfish.. apa lagi yang engkau nak dari aku???? Engkau nak jadi full professor.. ko dah dapat.. aku dah tolong kau... apa lagi????

Aku bengang. Ramadan tahun ni.. tak tau lah.. plan nak terawih bagai.. nak khatam quran buat kali kedua dalam idop.. tapi kelaut...

Keje aku banyak bertimbun.. tapi aku takleh nak buat...  Ini pun patutnya balik dari Bangi aku kena buat modify article.. tapi aku tak daya... aku rasa trapped... takleh nak wat apa..

Aku ada terpikir untuk tidak pulang raya... aku tak mau balik.. bukan aku tak sayang family aku.. bukan aku tak rindu.. tapi aku tak daya dah.. aku tak sekuat mana.

Aku sangat-sangat berharap sangkar yang selama ni memerangkap life aku dapat aku musnahkan..  I wanna be free... Aku nak merdeka.. Aku mahu menang.. Aku kena graduate segera.