Apa lagi yang buat aku happy.. oh of course ini kali berjaya buat Tarawih dari malam 1st sampai last.. yang manis.. last tu buat kat surau kat kampung.. dulu umah arwah Nenek kat sebelah surau tu saja...
Tapi ni aku teringat Emak.. Raya kedua bawak Emak ke Pontian.. bawak berubat.. tapi orang tu tak berjaya ubatkan Emak.. In fact tak daya buat apapun... Beliau just nasihat buat solat hajat dan taubat banyak-banyak...
Aku sangat kecewa... Masa raya rumah Mak Teh masa raya ketiga pulak... beliau advised kami yang kami sudah patut prepare to let her go.. Walau pahit untuk aku hadam jadam tu.. tapi memang itulah juga realiti yang menghantui aku selama ini...
Ada satu movie itu.. A Monster Call.. very related... pasal budak lelaki yang tak boleh let go her mother yang tengah sakit...
Terus terang aku kata.. kalau Emak pergi.. aku macam boleh move on... tapi entahlah... macam mana nak move on???
Aku tak boleh bayangkan.. aku tak bersedia lagi... Aku tahu di sebalik Emak yang cakap merapu.. banyak perkara yang beliau hendak melihat jadi nyata.. tapi tak jadi kenyataan.. macam kakak-kakak and aku kahwin... Maaf Emak.. aku tak dapat penuhi...
Raya pertama.. Kak Ita ada sebut.. this Raya gonna be Emak's last raya... Deep inside aku mengiyakan... tapi aku tak mahu ia jadi nyata... aku tetap berharap dan berdoa... akan ada lagi raya bersama Emak dalam banyak lagi raya dalam tahun-tahun mendatang...
Kalau boleh ditukar ganti... biarlah aku pergi dulu... Tapi will it be easy for Emak to accept aku pergi dulu? Aku still berpegang Emak akan bersama kami dalam satu jangka masa yang lama lagi... years.. even decades.. tengok kami and cucu-cucunya berjaya...
Aku sangat rindu Emak... tuhari jalan kat Melaka masa ke rumah Mak Teh dari rumah Mak Itam.. lalu Jalan Munshi Abdullah.. Terbayang-bayang zaman kecik aku.. Emak bawak aku shopping kat Jalan Bunga Raya... Makan cendol kat Formosa.. beli ubat kat Apex Pharmacy.. naik beca merentas Jambatan Hang Tuah.. Amek taxi kat taxi stand dekat dengan bus stand bawah Malacca Shopping Centre... Aku rindu Emak.
Inilah member-member yang selalu datang raya tiap tahun... Mereka sure jumpa Emak bila beraya.. Aku doa dapat jumpa lagi tahun depan. |
No comments:
Post a Comment