Saturday, May 16, 2015

Methiculous

Burn adalah nama samaran kepada seorang rakan kepada rakan ku yang tidak aku peduli akan kisah hidupnya tapi ingin sekali aku kongsi disini sebab kisah hidup nya makin lama makin menarik. Tapi insiden yang baru berlangsung last week adalah kisah epic terakhir dari Burn.

Bila dengar kisah Burn.. memang buat aku naik darah. Tapi kenaikan melampau blood pressure aku tidaklah seperti rakan sangat rapat kepada Burn iaitu Dak Abu. Kesian sungguh aku pada Dak Abu. Insan sebaik Dak Abu tak wajar rapat dengan Burn yang melampau perangai itu.

Aku malas nak kongsi.. tapi aku yakin kisah ini mesti dikongsi.... nak kongsi ke tidak? Argh kita bukan guna nama sebenar pun kan.. dan tidak memalukan pada pandangan aku....

Menurut rakan-rakan Burn yang berjaya aku wawancarai.... Burn ini orangnya dah nak pertengahan 30-an tapi perangai dan jiwa masih anak-anak. Dikatakan beliau ini attention seeker dan sering kemahuannya dipenuhi semahunya. Cita-cita nya besar dan tinggi.. beliau sangat tahu apa yang beliau mahukan dalam hidup.. tapi masa masih belum sampai utk Burn yang mengada-ngada itu mencapai kejayaan besar.

Dak Abu pulak memang aku kenal secara personal. Budak bandar.. tapi jiwa memang luar biasa bersih dan sangat baik hati.  Lebih dewasa dari sudut personality walaupun lebih muda dari Burn.
Tapi satu dalam pada jiwa tabah yang ada pada mamat ni.. beliau adalah pemblok tegar... apabila beliau memblok seseorang di mana-mana media sosial.... beliau akan memblok orang yang diblok itu dengan sepenuh hati.. sangat passionate...

Setahu aku dia ni pun ada blog.. hahaha.. pendek kata.. he is a blogger who can really block.
Pada yang dok baca ni.. memang style aku mcm ni... kejap citer pasal tu.. jap lagi kang pasal menda lain... x fokus... so bear with me lah ye. Cuma aku kongsi kat sini bagaimana the act of blocking someone over social media can change someone's life....

Hahahahaha.. so rakan-rakan leluhur... kalau mau dengar story yang inspirational lagi life changing ni.. maka lek-lek lah ye...

Adoi.. panjang nye.. aku nak gi tint kete ni.. kang aku sambung...

Seperti dijanjikan.. aku sambung tulis. Ni tgh tunggu budak AFT amek order. Bosan gile kat restoran ni.. balik-balik nasik ayam.

Burn mamat yg bijak secara akademik tapi bermasalah...

Nasi ayam dah sampai.... soup dia not bad... sedap... kedai ni kat area S2.

Aku terpaksa pinjam motor kedai tinted. Aku whatsapp member beliau tak respon. Lama dah tak bawak motor. Terasa jauh S2 dgn Bdr Seri Sendayan.. yang penting selamat sampai rumah dan boleh update cerita.

Tentang masalah Burn.. selepas wawancara dengan Dak Abu dan rakan-rakan Burn yang lain, aku berpendapatan masalah Burn ialah Burn suka merekacipta masalah. Beliau tiada masalah.. malah rakan-rakannya juga mengatakan Burn memang melihat dirinya tiada masalah.

Masalah dengan rekacipta masalah Burn... beliau gemar melibatkan "meth" apabila berdepan dengan tekanan. Rakan-rakan.. meth itu bukan mathematics... ia adalah bahan yg boleh dibakar, dimakan, atau disedut. Bahaya. Kalau berpanjangan atau terlebih makan. Boleh jadik gila dan sakit jiwa....
Insiden epic terkini dan rakan-rakan Burn percaya akan jadi kisah epic terakhir Burn berlangsung minggu lepas... minggu yang sepatutnya menjadi minggu yang indah buat Burn.. bukan saja Burn tapi Dak Abu.. teman Burn paling rapat.

Dikhabarkan... Burn was busted taking meth by Dak Abu once. Terjadi betul-betul depan mata Dak Abu yang datang rumah Burn. Dak Abu bagitau aku ia terjadi pada hari Khamis.... kesian Dak Abu datang dari jauh only to find out that Burn was still drugging... walhal dok bagitau semua orang yang he has ceased taking meth for good. Hancur luluh hati Dak Abu yang sentiasa melihat Burn sebagai seorang yang pelik tapi punya potensi diri yang cukup besar.

Aku ngantuk.. tengok Razif Hashim dok makan-makan kat AFC menambah lagi aku nye malas nak mengarang. Aku rasa biarlah aku baca buku jap.. buku Samuel P. Huntington... buku kesayangan aku... dihadiahkan oleh seseorang yang juga aku sayang.

Berbalik pada kisah Burn..... jap nak jawab whatsapp

Keter aku pun dah siap tinted.. in fact aku dah sampai kat kampung. Agak mengantuk sekarang. Sekejap lagi aku nak mandi.

Berbalik kepada Burn yang punya love-hate relationship dengan the meth..

Menurut rakan-rakan beliau.. semasa rehab Burn memang telah menunjukkan tingkah laku yang amat menyejukkan perut ibu beliau. Apa tidaknya solat 5 waktu langsung tidak tinggal..

Quran pula memang tak lupa dibaca setiap kali lepas solat. Tapi perkara tersebut memang bukan asing pun untuk beliau.. Tapi masa di wad tersebut komitmen pada agama berlebih lagi. Alhamdulillah.

Bercakap tentang Quran.. Quran jugalah antara penyelamat utama Burn sebab selain timbunan buku-buku yang berselerakan dalam kereta, polis telah menjumpai Quran dan juga sejadah. Ia menimbulkan persepsi bahawa Burn bukan seorang penagih.

Sebelum masuk wad juga pihak hospital telah melakukan ujian personality dgn mengikat dan meletakkan Burn yang tengah high dalam bilik gelap berseorangan... dapatannya, Burn sangat membenci kegelapan. Dapatan itu menyebabkan pihak polis semakin yakin bahawa Burn mesti ditolong dan bukannya dihukum.

Tentang kereta.. Burn ditangkap oleh polis akibat panic attack semasa keter Burn habis minyak kat lebuh raya... kenapa highway? Ah ha.. rupa-rupanya Burn semasa mabuk meth telah hilang arah.  Burn telah kehilangan Dak Abu yang selama ini telah sentiasa ada untuk Burn tanpa mengira situasi.. and kali ini.. Dak Abu telah block nombor Burn... padan muka Burn...

Natijah dari kena block tu Burn telah merayau-rayau tanpa arah tujuan persis Bani Israel di Semenanjung Sinai selama 40 tahun. Menurut sang pengumpat.. beliau memandu sehingga ke Penang kerana mencari Dak Abu.

Dak Abu pula akibat kecewa dengan sikap Burn yang telah ambil meth walaupun dah berjanji bertaubat telah pergi naik gunung dan seterusnya pergi ke terengganu.

Walaupun memang meluat dengan Burn.. aku agak kecewa dengan sikap Dak Abu. Demi keselamatan Burn dan keselamatan awam Dak Abu kena pantau Burn terutama his whereabouts.

Kami dapat tahu masa Burn merayau-rayau sampai Penang, beliau siap terlibat dalam kemalangan kecil. Nasib baik tak libatkan nyawa. Begitu juga masa panic attack di highway Karak Kuantan kat Plaza Tol.. his erratic behavior seperti asyik melintas jalan telah mengganggu pengguna lebuh raya. Semuanya gara-gara mencari Dak Abu. Beliau mahu mintak Dak Abu bawak dia ke mana-mana rehab center. Burn dikatakan telah pun identify satu rehab center di Cheras.

Begitulah kita yang sober ini.. apabila dealing dengan seseorang yang terlibat dengan meth, kita kena 10 kali lebih sabar. Perlu seketika ketepikan emosi sendiri demi keselamatan orang yang kita care dan bukan itu sahaja.. keselamatan awam..

Bayangkan Burn yang sedang mabuk meth yang teruk memandu tanpa sebarang kawalan dan pantauan dilebuh raya. Ia sangat bahaya.

Namun, aku faham juga dengan Dak Abu... mixed feelings.. marah.. kecewa.. tapi risau..

Tanpa blok rasanya Burn akan berterusan dengan bonding dengan meth... tanpa diblok oleh Dak Abu, Burn tidak akan belajar menghargai orang-orang yang sangat menyayanginya dan hargai diri beliau sendiri.

Kejap.. nak istinja.... lama sangat dah dlm kamar kecil ni...

No comments:

Post a Comment